Pages

16 Disember 2011

Yamaha Nouvo LC & Sym VTS 200 Ride | Bukit Fraser

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Selepas berjaya menjejak puncak kota keriangan Genting Highland bersama Yamaha Nouvo LC ni bersama abah gua, ketagihan untuk ride lagi semakin menjadi-jadi.

Minggu lepas, gua ditemani abah gua sekali lagi mengadakan sesi tunggangan atau ride, lokasinya terletak agak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur.

Untuk edisi ride kali ini, kami membawa diri ke Bukit Fraser atau Fraser Hill yang terletak di Raub bersempadan dengan pekan Kuala Kubu Bharu. Ride kali ini bukan sahaja berdua tapi kali ini disertai oleh seorang rakan gua masa gua kerja sambilan di kedai kasut Crocs dulu.

Rakan gua bukan dari kalangan geng skuter, tapi dia layan Yamaha FZ150i. Tapi tu tak menjadi satu hal.


"We are bikers, we are brothers" 

Kami bergerak dari Kuala Lumpur pada hari Ahad, lebih kurang pada pukul 9.30 pagi. Laluan perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur melalui Ulu Yam seterusnya hingga ke Batang Kali. Dari Batang Kali, perjalanan diteruskan menuju ke Kuala Kubu Bharu.

Dari pekan Kuala Kubu Bharu, baru kita akan jumpa jalan untuk ke Bukit Fraser. Nanti kita akan melalui Empangan Sungai Selangor pulak lepas tu. Panorama di sini memang menarik. Angin bertiup agak kuat semasa kami berhenti rehat di sini. Air empangan berwarna biru jernih dan cantik.

Depan lagi anda akan melalui kawasan santuari ikan Sungai Chilling, tempat perkelahan yang terkenal bagi pencinta alam. Seterusnya, anda akan melalui jalan yang berbengkang -bengkok, sedikit mendaki berpuluh kilometer jugaklah. Jaga-jaga dengan tanah runtuh di kiri kanan jalan.

Akhir sekali sebelum jumpa Bukit Fraser anda akan sampai ke suatu persimpangan yang dipanggil 'Gap'. Jalan sehala bermula dari sini hingga ke puncak Bukit Fraser. Dari Gap ke puncak Bukit Fraser lebih kurang 8 kilometer lagi. Jalannya mencanak naik hingga ke atas. Kami sampai di puncak lebih kurang jam 12.00 tengahari. 

Mari tengok gambar !!

Yamaha Nouvo LC gua. Bersiap sedia melayan kona Bukit Fraser.

Bersama dengan rakan semasa kerja sambilan dulu. Dua-dua gadis ye nak naik Bukit Fraser.

Jalan dari pekan Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser.

Berhenti sat di atas jambatan berhampiran Empangan Sungai Selangor melihat pemandangan.

Dari pekan Kuala Kubu Bharu, kita akan jumpa jambatan ni dalam perjalanan ke Bukit Fraser.Tak jauh dengan Empangan Sungai Baru.

Panorama Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Bharu. Telefon gua tak lawa ambik gambar.

Ayah gua acah-acah menikmati pemandangan bersama air tasik Empangan Sungai Selangor yang membiru.

Jentera yang terlibat dalam ride ke Bukit Fraser. Yamaha Nouvo LC, SYM VTS 200 dan Yamaha FZ150i.

Sesi bergambiran di Empangan Sungai Baru, Kuala Kubu Bharu

Di persimpangan Gap menuju ke Bukit Fraser. Masa dulu kena tunggu sejam sekali sebelum naik. Sekarang laluan baru sehala.

Alhamdulillah. Selamat tiba di puncak Bukit Fraser.

Lawa bunga-bunga dekat atas Bukit Fraser ni. Lanskap yang menarik.

Taman permainan kanak-kanak diselubungi kabus berhampiran medan selera Bukit Fraser.

Medan selera di Bukit Fraser mengadaptasi senibina kolonial Inggeris.

Geng skuter 585 beraksi di Bukit Fraser.

Menara Jam Bukit Fraser yang terletak di bulatan berhampiran balai polis.

Sesi bergambar lagi di Menara Jam Bukit Fraser.

Kabus menyelubungi Bukit Fraser selepas hujan. Sejuk hingga ke tulang.

Rumah Penginapan Persekutuan Bukit Fraser.

Baca peta Bukit Fraser dulu yang dicetak di rumah.

Yamaha Nouvo LC di puncak Bukit Fraser.

Bersama ayahanda di Allan's Water, Bukit Fraser.

Kenangan di Bukit Fraser bersama jentera Yamaha Nouvo LC abang.


View Larger Map

Yamaha Nouvo LC & Sym VTS 200 Ride | Genting Highland via Jalan Gombak Lama

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Selepas catatan Review Yamaha Nouvo LC yang lepas, ini adalah catatan yang seterusnya. Gu baju berjinak-jinak nak tulis blog. Segala kesalahan tatabahasa dan penjodoh bilangan serta 'typo' harap ditegur.

Untuk catatan ini bukan nak buat review lagi tapi nak kongsi pengalaman. Apa dia ?

Yamaha Nouvo LC dan Sym VTS 200 Ride ke kota keriangan Genting Highland !
*tiba-tiba teruja

Beberapa minggu lepas, gua dan abah gua sesaja ride ke Genting Highland. Petang-petang hujung minggu yang bosan, tiba-tiba ayah gua ajak naik Genting Highland. Bukan naik kereta tapi ride !

Apalagi bersemangat dan bergegas siaplah sebelum Asar.

Lepas solat Asar, kami pun bergerak la menuju ke Genting Highland. Dari Segambut Luar, kami mengikut Jalan Kuching seterusnya ke Jalan Gombak-Bentong Lama ( jalan lama) ke Genting Sempah. Dari Genting Sempah baru naik ke Genting Highland.




Saja kami pilih nak ikut Jalan Gombak-Bentong Lama. Waktu-waktu petang macam ni kalau lalu jalan ni syok sikit. Sejuk dengan hutan di kiri dan kanan jalan. Sambil-sambil tu boleh mengasah tayar dan bakat ambik corner. Huhu.

Jarak perjalanan mengikut Jalan Gombak Lama ni takdalah jauh mana, kalau jauh pun mungkin lebih sikit je dari Lebuhraya Karak. Kalau ikut peta Google Maps lebih dalam 4 KM ja. Semasa dalam perjalanan di pertengahan jalan nanti kita akan berselisih la dengan Lebuhraya Karak yang kelihatan di bahagian bawah hutan, sementara kita akan melalui jalan hutan yang terletak lebih tinggi dari Lebuhraya Karak. Nampak sayup-sayup je kereta kat bawah.

Dari Jalan Gombak Lama baru kami keluar di Persimpangan Genting Sempah (tempat RnR). Kalau hangpa straight ikut jalan lama ni, korang boleh lajak pergi ke Bentong atau pun Janda Baik. Tapi kami nak ke Genting Highland, jadi kena berhenti di sini

Lebih kurang sejam masa yang diambil untuk sampai ke Persimpangan Genting Sempah ni dari Segambut. Laluan jalanraya agak sedikit mendaki dan berbengkang -bengkok. Sedap layan corner. Macam gua dulu pernah solo ride kayuh basikal ikut jalan Gombak Lama ni. Sakit jugaklah nak sampai Genting Sempah !

Dari Genting Sempah, seterusnya kami pun memulas pendikit menuju la ke puncak Genting Highland ni. Mencanak la jugak bukitnya. Meraung enjin nak sampai puncak. Solat Maghrib di surau Hotel Awana seterusnyabaru  turun kembali ke bawah melalui laluan lain iaitu jalan Batang Kali-Ulu Yam-Kuala Lumpur. 

Disebabkan dah tak tahu nak sembang apa, ada baiknya kita layan gambaq !!

Setting dulu sebelum bergerak melayan corner Genting Highland. Baju kena masuk dalam. Baru kemas !

Yamaha Nouvo LC dan Sym VTS 200 siap sedia menuju kota keriangan Genting Highland.

Isi minyak dan angin dulu sebelum bergerak. Setting mau Tiptop!!

Laluan melalui jalan lama Gombak -Genting Sempah. Kurang sangat kereta lalu sini.

Sampai kat persimpangan Genting Sempah. Nampak banyak warung tepi jalan jual Buah  Beranagn tu.

Buah Berangan di tepi jalan Persimpangan Genting Sempah.

Perjalananan menuju ke puncak, simpang ke Kereta Kabel.

Sampai di puncak Genting Highland akhirnya. Kedinginan menggigit tulang.

Berhenti rehat di puncak Genting Highland bersama jentera masing-masing. Enjin skuter diperah ke tahap maksimum.

Kabus menyelubungi Genting Highland ketika ini.

Di hadapan First World Hotel Genting Highland kalau tak salah.

Sesi bergambar kenang-kenangan bersama Nouvo LC & Sym VTS 200 di Genting Highland.

Lepak dulu di puncak Genting Highland.

Model pembangunan di Genting Highland.

Ingatkan banyak gambaq nak cerita, tapi banyak ni ja yang ada.

Seeloknya sebelum buat sesuatu ride tu buatlah persiapan sikit. Sediakan baju hujan kot-kot hujan ke sat lagi. Selalu gua dah siap letak-letak bawah tempat duduk skuter Nouvo LC gua.

Minyak kalau nak isi penuh tangki motor pun sebenarnya dah cukup untuk perjalanan pergi dan balik Genting Highland dari Kuala Lumpur. Lainlah kalau motor hangpa dah ubahsuai dah modifikasi, kuat mengketedarah minyak.

Pastikan juga tekanan angin tayar berada dalam julat yang sesuai. Kalau angin banyak sangat, tayar keras. Tak sedap layan corner tu satu, licin pun licin jugak. Kalau lembik sangat pun tak sesuai. Pandai-pandai la hangpa adjust tengok macam mana.

Sekian.

10 Disember 2011

Mengayuh di Bukit Cerakah

Assalamualaikum..Inilah kali kedua aku menjejakkan kaki ke Bukit Cerakah atau juga dikenali sebagai Taman Botani Negara yang terletak di Shah Alam. kali pertama masa aku kecik. Masa tu mak aku kata aku pernah pergi tempat ni, siap ada bukti bergambar lagi. Entahlah aku pun mana ingat masa tuh, kecik lagi kot.

Aku ke sini untuk sekadar beriadah. Menunggang Mountainbike. Aku bawa basikal sendiri dari rumah. Kawanku yang kaki basikal pun ada ikut sekali. Ada lagi 2 orang budak2 rumah sewa aku ada ikut jugak, jadi terpaksalah mereka menyewa basikal di taman ini. Hujung minggu cukup padat dengan pengunjung,basikal pun tak dijamin cukup. Ada shuttle servis disediakan secara percuma bagi mereka yang tak mahu berbasikal.

Bayaran masuk RM3 dikenakan bagi mereka yang berkunjung di sini..penyewaan basikal RM5 ringgit sejam kalau tak silap. Tapi kena beratur panjang la jawabnya. Basikal yang disediakan pun ada yang elok dan ada yang tidak. Nasib la dapat yang mana. Kat sini susana hutannya sangat best. Bagi pencipta lanskap, sangat sesuailah datang sini. Sejuk pun sejuk.
Member aku sepasang ni tengah beratur untuk basikal. Hari Sabtu ramai jugak orang.

Ni Bukit Sapu Tangan punye Entrance. Bukit yang tertinggi kat sini.

Mencanak je naik bukit, takde rata lansung. Nama pun Bukit  Sapu Tangan.

Rehat jap sebelum kayuh balik.

Ada menara tinjau kat bukit ni. Dah usang,kayu reput sikit.

Jumpa awek2 suwuh amik gambar pulak

Peta Taman Botani Negara

Lanskap cantik kat sini. Bersih dan ceria

Ada Tasik.

Tengah hujan pun kayuh. Nyaman.


Member aku 2 orang tadi tak dapat sewa basikal. Dah habis. Kena  joging la

Puncak Bukit Sapu Tangan.

Menara Tinjau tadi. Tinggi gak.
Last sekali kami ke Taman Kaktus.