Pages

25 Februari 2012

Projek Microprocessor

Assalamualaikum. Entry kali ni aku saja-saja nak tulis pasal projek elektronik yang aku buat masa semester lepas di UiTM. Saja gatal-gatal tangan nak menulis. Bukan apa, nak bagi panduan kat junior-junior aku nanti   pasal benda ni. Bukan senang woo nak buat benda alah ni. Mau satu sem jugak lah nak pikior menda ni.

Projek Mikroprosessor ni sebenarnya diberikan oleh lecturer aku sejak awal sem lagi. Tapi disebabkan komitmen-komitmen lain, projek ni tertangguh sehingga hujung sem. Sebelum tu projek mikroprosessor yang aku dapat ni diberi tajuk "LCD Digital Voltmeter". Setiap kumpulan ada 4 orang ahli. Aku dan budak-budak rumah sewa aku membentuk satu geng. Senanglah sikit satu rumah. Mudah berhubung. Tajuk yang aku dapat ni walaupun tajuknya mudah, tapi nak designnye punyalah payah.Bermula dari kosong, kitorang terpaksa design benda ni berdasarkan apa yang dipelajari di dalam kelas.

Langkah pertama adalah mereka-bentuk litar. Menggunakan software seperti Proteus, agak pening kepala memikirkan komponen-komponen yang perlu diletakkan. Berpandukan sedikit pengetahuan dan tunjuk ajar lecturer, design circuit akhirnya berjaya disiapkan. Selepas itu, bermulanya kerja mencari komponen-komponen elektronik. Kalau sebut pasal elektronik, penduduk sekitar Lembah Klang akan terbayangkan Jalan Pasar di Pudu Kuala Lumpur. Disini terdapat pelbagai jenis kedai elektronik yang menjual pelbagai barang elektronik. Selalunya orang yang membaiki peralatan elektrik akan ke sini mencari spare-part elektronik.

Ni adalah satu pemandangan biasa di dalam kedai elektronik sekitar Jalan Pasar. 

Budak rumah sewa aku Haris dan auntie kedai elektronik.

Ni adalah kedai yang kami lawati hari tersebut. Maplin Electronics. Terkenal di kalangan student.

Selesai mencari komponen, barang-barang tadi akan dipateri di atas PCB (printed Circuit Board). Apabila selesai tugasan mempateri komponen-komponen electronic tadi, perlu dipastikan tidak ada timah-timah solder yang melekat antara satu sama lain diatas PCB. Ini boleh mengakibatkan short circuit. Seterusnya litar ini akan diuji yakni, melalukan proses troubleshooting. Makan masa jugak lah nak buat benda ni. Nak kena cuba connection antara komponen itu berjaya atau tidak. Kalau tak boleh, perlu diperbaiki sehingga selesai masalah.
Member dan juga rakan serumahku Hasbiyallah sedang melakukan troubleshooting.

Troubleshoot.

Program yang direka akan  dipindahkan ke dalam Microprosser melalui komputer.

Litar LCD Digital Voltmeter kami.

Dalam proses pembikinan.

Test, test dan test lagi.

Contoh paparan pada LCD


Ole Electronis





Bacaan menunjukkan nilai voltage (bukan betul pun tu)

View Larger Map

P/s: Point A adalah UiTM Shah Alam dan B adalah kedai Electronic Maplin di Jalan Pasar, Pudu

14 Februari 2012

Ronda-Ronda Pulau Sayak, Kedah

Assalamualaikum w.b.t. Dah lama rasanya gua tak update blog ni. Last entry bulan Februari lalu kalau tak silap. Penyakit malas melanda dalam beberapa bulan ni ditambah pula aktiviti luar kampus. Kalau rasa rajin barulah menjenguk blog yang dah bersawang ni. Ada jugak pikir nak update blog ni, tapi bila dah depan laptop : layan PES ngan Facebook sampai ke sudah. Satu kerja pun tak jalan. 

Ni nak cerita satu port best lagi menarik di Negeri Kedah, negeriku tercinta. Pulau Sayak diberi nama. Dekat-dekat area Pantai Merdeka kalau tak silap. Ni pun gua pergi dah lama dah, baru teringat nak share. Kawasan ni berdekatan dengan pantai dan di kawasan ni jugaklah terkenal dengan Mee Udang nye. Ada banyak restoran atau warung di tepi laut untuk layan Mee Udang. Masa gua pergi hari tu raya memang ramai orang. Kena tunggu sekejap baru ada meja nak duduk makan. 

Mee Udang dia boleh tahan lah. Sedap lagi mak gua punye Mee Udang rasanya. Terpulanglah, citarasa masing-masing berbeda. Ada la udang besaq 3 ekoq. Pastu tambah ngan cili sos. Tang part tu gua kurang minat sangat. Patutnya sediakanlah tiap meja cili sos tu ikut citarasa pelanggan. Sepinggan mau RM 8.00 jugaklah. Ada siap tulis kat situ harga udang mengikut harga pasaran. Malas pulak gua nak menulis. Layan gambaq jelah. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh lah bertanyakan di FB gua. Insyaallah gua jawab . Haha.

Masjid ni kat area Kuala Kedah. Nama apa tak ingat. Tengok dari luar syahdu je. Kena lintas kubur sebelum tiba di pintu masjid.

Dekat Pulau Sayak ni ada jeti. Tempat pendaratan ikan barangkali. Gua pergi petang cam sunyi je. View dia pun best.

Good panorama for photographer. ( Semua gambar kat sini captured by Xperia Active)

Mak gua takut-takut nak lalu jeti ni. Kat area sini pun banyak kucing . Mungkin bayak ikan kot sini.

Bot bot nelayan yang ada.



Bot-bot kecil nelayan.


Salah seekor kucing yang dimaksudkan.

Orang tua gua tak nak kalah gaya.

Bot nelayan di Jeti Pulau Sayak.


Signboard yang boleh dilihat di pinggir jalan. Mee Udang Yaakob Hashim.

Ada kubur lama sini.

Berhadapan gerai Mee Udang Pulau Sayak ada pantai. Bermacam aktiviti ada.

Ni kedai lagi satu. Lebih kurang rumah orang ja.

Panorama Pulau Sayak di kejauhan.

Pakat melepak lepaih pekena Mee Udang.

Budak-budak ramai pakat dok main pasir.

Gerai ni  la kami sekeluarga pekena Mee Udang.

Senja petang.




Ni dia Mee Udang Pulau Sayak. Rm8 sepinggan. Ada juga saiz besar.






Sebab apa dipanggil Pulau Sayak gua sendiri tak tau. Mungkin pulau berhadapan pantai ni kot. 




Tu dia signboard. Buka dari pagi sampai malam.