Pages

13 April 2013

Ada apa di Tanjung Dawai & Pantai Merdeka?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Ada apa dengan Tanjung Dawai yang terletak 30 KM dari Sungai Petani, Kedah ini?

Selain menjadi tempat pengumpulan hasil laut, Tanjung Dawai juga menjadi akses kepada pengunjung yang mahu ke Pantai Merdeka. Kalau naik kereta nak kena pusing jauh kalau nak ke Pantai Merdeka. Maka dengan itu bot laju menjadi pilihan bagi pengunjung yang ingin ke Pantai Merdeka. Bayaran sebanyak RM 2.00 seorang dikenakan bagi yang mahu ke seberang sana. 

Oleh itu, ada apa pulak di sebelah Pantai Merdeka sana?  Pantai inilah yang seringkali diucap dan menjadi lirik lagu 'Cinta Pantai Merdeka'.

Pantai Merdeka ni jadi tempat lepak golongan muda-mudi di kala petang sambil menghirup angin laut. Ada pelbagai gerai yang menjual makanan serta minuman dan selalunya menjadi tumpuan anak muda di hujung minggu.

Pantai Merdeka di kejauhan dari Tanjung Dawai.

Masjid Tanjung Dawai berhampiran pantai.

Bot yang membawa penumpang ulang-alik dari Tanjung Dawai-Pantai Merdeka.

Ada kampung bersebelahan Masjid Tanjung Dawai.

Pemandangan senja di Tanjung Dawai.

Pemandangan matahari terbenam di Tanjung Dawai.

Bila siang berganti malam.

Nelayan Tanjung Dawai tengah pasang pukat.

Berkibar megah bendera lusuh negeri Kedah ditiup bayu laut

Masjid Tanjung Dawai di tepi laut di kala senja.

Berjalan-jalan di pesisir pantai Tanjung Dawai.

Jeti Tanjung Dawai. Dari sini boleh naik bot dengan bayaran RM 2.00 untuk ke Pantai Merdeka.

Bot laju dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka

Satu bot 10 orang penumpang sahaja dibenarkan naik.

Jaket keselamatan tak payah pakai. Masa perjalanan 2-3 minit ja naik bot ni. Tak sempat nak pakai pun.

Kanak-kanak bermandi riang di Pantai Merdeka.

Ni tengah tunggu giliran nak naik bot balik dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai la ni.

Pantai Merdeka di waktu petang hujung minggu.

Mai lepak mai di Pantai Merdeka. Macam-macam jenis makanan dan minuman diniagakan di sini.

ABC ada, laksa ada. Abang sempat pekena ABC di Pantai Merdeka ni.

Suasana petang di Pantai Merdeka. Bot yang akan membawa penumpang ke Tanjung Dawai berlabuh.

Balik ke Tanjung Dawai pun kena RM 2 seorang.

Matahari terbenam di Pantai Merdeka.

Laju bot Tanjung Dawai-Pantai Merdeka ni. Sat ja dah sampai seberang.

Ni la tempat dia nak beli belacan atau ikan kering. Sebelah jeti Tanjung Dawai.

Tengok orang mancing sementara tunggu azan Magrib 


Magrib di Masjid Tanjung Dawai.

07 April 2013

Tabur Hill Trekking / Menabur di Bukit Tabur

Mula mendaki jam 6.30 pagi selepas Subuh. Sesi bergambar di awal pendakian.

Al-kisah meriwayatkan hikayat budak-budak rumah sewa gua mengajak menabur peluh di Bukit Tabur 2 bulan lepas. Program tanpa dirancang ini bermula seawal jam 4.00 pagi hari Sabtu. Depa bertolak dari Shah Alam jam 4.30 pagi dan smapai rumah gua di Kuala lumpur jam 5.30 pagi. Cadangannya nak solat Subuh atas sana tapi elok sampai kaki bukit azan dan pun berkumandang. Ditambah ada yang sakit perut pulak pagi tu, agenda tergendala hingga jam 6.30 pagi. 

Bagi yang pertama kali nak panjat Bukit Tabur ni dinasihatkan datang awal. Selalunya pagi-pagi buta lagi kereta dah penuh tepi jalan parking berhampiran empangan. Berhampiran kawasan ni jugak ada masjid tak jauh dari bulatan menghala ke simpang Bukit Tabur. Boleh solat Subuh dulu sebelum panjat. Pastikan membawa air dan kudapan yang boleh menghilangkan penat mendaki bukit ini. Untuk peta ke Bukit Tabur, boleh rujuk disini.

Untuk mereka yang kali pertama mendaki Bukit Tabur ini dinasihatkan lebih berhati-hati. Seeloknya pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Kawasan Bukit Tabur ini agak berbahaya oleh kerana terdapat gaung di kiri kanan yang dalam. Pernah ada kes beberapa kematian jatuh ke dalam gaung di kawasan Bukit Tabur ini. Ada lintasan gaung di mana pendaki harus menuruni gaung dengan tali dan memanjat semula dengan tangga. Laluan pendakian Bukit Tabur yang berbatuan tajam sedikit mencabar. Bukit Tabur mempunyai banyak puncak yang bersambungan dan untuk menghabiskan trek Bukit Tabur ini mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Bukit Tabur team line-up.

Macam-macam la depa ni.

Hentian rehat R&R pertama. Mengunyah kudapan yang dibawa.

Bukit Tabur dinasour backbone (tulang belakang dinasour) di belakang sana.

Trail Batu Kuartza yang tajam di Bukit Tabur..

Penanda kura-kura yang ditinggalkan oleh pendaki-pendaki yang terdahulu untuk rujukan.

Pemandangan Taman Melawati di sebelah kiri Bukit Tabur sepanjang pendakian.

Batu kuartza di sepanjang pendakian Bukit Tabur..

Astonishing View of Tabur Hill


Rehat lagi.

Terdapat lintasan gaung di sini. Sila berhati-hati dan pakai kasut yang sesuai.


Rock climbing batu kuartza. Boleh terkoyak seluar kena batu ni. Agak  tajam.

Matahari memancarkan sinarnya di Bukit Tabur. Mari ambil gambar.

Waktu yang ditunggu semua pendaki saat matahari naik di Bukit Tabur.

Indah ciptaan Allah s.w.t

Sesi fotografi Bukit Tabur bermula.

Tak kurang hebatnya budak rumah gua. Yang belakang tu interframe lebih.

Teruskan mendaki.

Pakat pacak tripod geng DSLR. Gua dengan kamera hanset boleh main jauh-jauh.

Antara pendaki lain yang meneruskan pendakian ketika kami berehat.

Pemandangan jelas Taman Melawati dari Bukit Tabur.

Matahari dah tinggi.

Melepak sambil tengok matahari.

Tengok batu dia. Ni la Batu Kuartza. Kalau nak tahu dalam jam kita ada batu ni untuk kawal pemasaan. 

Berlatar belakangkan Taman Melawati

Subhanallah. Indah ciptaan Allah.

Pokok atas ni pun dah lain bentuk tak sama macam kita biasa tengok kat bawah.

Empangan Klang Gate dari pandangan atas Bukit Tabur.

Tanda mereka sudah sampai di Bukit Tabur.

Pokok cabang-cabang di Bukit Tabur. Depa kata nama dia Jari Hantu.

Kawasan ni la umat manusia banyak bertenggek konon-konon dah sampai puncak Bukit Tabur. 

Nampak. Puncak Bukit Tabur betul tak sampai lagi.

Gaya semua tak nak kalah atas Bukit Tabur.

Macam lukisan. Pantulan cahaya atas air Empangan Klang Gate.

Enjoying the view of Bukit Tabur.

Sesi feeling-feeling puncak dunia.

Superb View of Bukit Tabur. Masyaallah.

In the eye of the world. Pui.

Bukit Tabur dalam kenangan.

Nanti akan jumpa kawasan lumut hijau masa mendaki Bukit Tabur. Tekstur dia cuba tengok.

Rehat lagi.

Sesi luahan perasaan di Bukit Tabur.

Lumut hijau Bukit Tabur.

Menarik view dari atas Bukit Tabur ni.

Ni la cabaran yang harus ditempuhi semasa mendaki Bukit Tabur. Gaung dalam bawah tu yang harus dituruni dengan tangga. Memang agak bahaya.

Bukit Tabur yang bahaya. Kena berpaut pada tangga dan harus berhati-hati. Sorang-sorang lepas.

Vertical accent of Bukit Tabur. Mendaki batu kuartza pada sudut 90 darjah. 

Ambil masa anda. Jangan gopoh.

Nampak tak umat manusia di seberang puncak Bukit Tabur sana. Tu yang masih belum melintasi gaung tadi.

Bukit Tabur yang ekstrem.

Panjat dan panjat lagi.


Ada jugak lumut warna jingga di Bukit Tabur ni..


Di sebelah sana adalah UIA Gombak dari pandangan atas Bukit Tabur.

Ada banyak puncak Bukit Tabur. Lintas satu demi satu.

Ni kena guna tali masa turun 

Nampak tak? Nampak apa? Salah pegang habis.



Sangat bahaya dan harus berhati-hati ketika mendaki di Bukit Tabur.




Ni masa Chinese New Year hari tu la kot.

Trail ni best. Redup je dengan pokok renek.

Check point akhir. Sebenarnya boleh lagi panjat sampai atas tapi semua dah malas.

Turun naik bukit. Depan ni simpang kalau nak turun balik ikiut jalan dusun.


Bersembang tak habis. 

Kawasan ni orang panggil Belumut sebab banyak lumut.

Pokok kawasan gunung.

Menuruni Bukit Tabur di kawasan dusun.

Trail waktu turun.

Tu dia. Penangan Tabur Hill.


Video yang sempat dirakamkan