Pages

25 November 2015

Backpacking Bajet Penang | Bukit Bendera & Batu Ferringhi

Sambungan dari Backpacking Bajet Penang | Roti Bakar Transfer Road & Ais Kacang Chowrasta

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Selesai pekena sarapan pagi di Jalan Transfer serta diikuti dengan Ais Kacang Penang Road berhampiran Pasar Chowrasta sebagai pencuci mulut, agenda kami seterusnya adalah untuk menjelajah ke Penang Hill atau pun orang panggil sebagai Bukit Bendera.

"Anda tidak pernah ke Penang jika anda tidak ke Bukit Bendera". 

Ayat ni abang jumpa masa di Bukit Bendera tempoh hari tapi dalam bahasa 'omputih'. Oleh kerana abang sendiri tak faham waktu tu, saja abang terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Maksud dia macam ni lah lebih kurang.

Ok. Cerita dia sekarang ni kami berada di Pasar Chowrasta. Macam mana nak pi Bukit Bendera?

Ada banyak option atau pilihan. Yang banyak duit dan tak nak susah-susah angkut beg sana sini, boleh saja tahan teksi. Berlonggok teksi di Jalan Penang berhampiran Pasar Chowrasta ni. Teksi sapu pun ada.

Yang jenis nak berjimat boleh saja naik bas Rapid Penang. Cari ja laluan ke Bukit Bendera. Laluan bas terpampang jelas di cermin bas. Kadar bayaran sehala pula ke Bukit Bendera abang tak pasti, tapi yang pasti tak lebih dari RM 3.00.

Yang jenis lagi kedekut macam kami, ada juga pilihan lain. Sempena dengan promosi RM 5.00 Hop On Hop Off Penang, kenapa tidak kami gunakan saja perkhidmatan bas pelancong ni? Jimat pun jimat. Hanya perlu bayar sekali sahaja dah boleh pi ronda satu Penang dalam masa sehari !


Samosa 'power' di Pasar Chowrasta, Penang. Depan Mydin Jalan Penang pun ada.

Promosi RM5 Hop On Hop Off Penang


Abang syak hangpa mesti selalu nampak bas dua tingkat berwarna-warni ni semasa ronda-ronda mahupun berjalan-jalan di Penang. Selalu hangpa nampak mat saleh ja dok bersidai di atas ruangan terbuka atas bas. 

Dalam hati hangpa terpikir, syoknya kalau dapat naik. Tipulah kalau tak ada perasaan nak naik bas Hop On Hop Off Penang ni. Hangpa simpan angan-angan tersebut kemudiannya sebab tak mampu nak beli tiket bas bila hangpa tau harganya RM 19.00 seorang.

"Perkhidmatan bas Hop On Hop Off Penang merupakan salah satu cara alternatif untuk melihat Pulau Pinang dari sudut yang berbeza. Pelancong luar dan tempatan boleh menggunakan perkhidmatan bas Hop On Hop Off Penang ini untuk melawat tempat-tempat menarik yang ada di sekitar bandaraya Pulau Pinang"

Nah bagi hangpa yang berkeinginan nak rasa macam mana perasaan berjemur di atas bas takda bumbung ala-ala mat saleh ni, ada promosi untuk pemegang MyKad warganegara Malaysia. Promosi ini berlangsung sehingga penghujung bulan November.

Mungkin ada yang sedia maklong promosi perkhidmatan bas pelancong Hop Hon Hop Off Penang ini. Dengan bermodalkan RM 5.00 sahaja, anda berpeluang menaiki bas ini seharian dalam tempoh masa 24 jam.

Bukan hanya untuk Hop On Hop Off Penang sahaja, Hop On Hop Off Kuala Lumpur pun ada jugak promosi RM 5.00 ni.

Meh abang cerita dan kongsikan panduan nak dapatkan tiket promosi RM 5 Hop On Hop Off Penang ni.

  • Pertama sekali hangpa buka laman web Hop On Hop Off Penang. Kalau nak naik bas Kuala Lumpur, buka laman web Hop On Hop Off Kuala Lumpur punya. Dua bandar ni ja ada perkhidmatan bas ni. Jangan gatai cari Hop On Hop Off Seremban ke Kuantan ke, memang tak dak.
  • Hangpa cari link 'Promosi MyKad RM5' di bahagian atas laman web. Daftar la dekat dalam laman web tu. Isikan nama, e-mail, no kad pengenalan dan butiran-butiran lain yang diminta dan kemudian hantar. 
  • Kemudian periksa e-mail anda. Akan ada e-mail yang dihantar dari pihak Hop On Hop Off. Hanya perlu cetak email tersebut dan bawa ketika mana anda nak naik bas.
  • Hari yang mana hangpa pilih nak naik bas, hangpa tunggu ja mana-mana hentian Hop On Hop Off Penang. Senarai hentian hangpa boleh semak dalam laman web. Contoh, macam Chowrasta. Masa naik bas, tunjuk salinan e-mail yang anda dah cetak sebelum ni pada konduktor bas dan sediakan duit RM 5. Kalau dia minta kad pengenalan bagi.

Itu ja yang kena buat? Ya, itu ja prosedurnya. Mudah bukan?


Kaunter pertanyaan bas Hop On Hop Off Penang di Chowrasta. Tak semestinya beli tiket bas di sini. Beli dalam bas pun boleh.

Ruangan terbuka di atas bas Hop On Hop Off. Awek 3 orang ni pun naik sekali dengan abang sebelum tu.


Abang menunggu bas di perhentian bas Pasar Chowrasta di Jalan Penang. Bas Hop On Hop Off tak sama seperti Rapid Penang yang selalunya senang nak nampak oleh kerana kekerapan bas ni adalah setiap 30 minit sekali. Hangpa kena lepak la dulu sementara menunggu bas ni sampai.

Bas Hop On Hop Off Penang yang kami tunggu tiba jugak akhirnya, tapi ketika itu bas penuh dengan pelancong. Tak ada kerusi kosong di ruangan berbumbung, yang ada hanya di ruangan terbuka di belakang bas. Maka terpaksalah kami lepak di ruangan terbuka di atas bas tu.

Panas cek woi rentung tengahari buta dok belakang bas camni !

Konduktor bas comel lagi kiut bernama Nia (eh tiba-tiba tahu nama) memberikan tiket bas ketika mana kami berada di ruangan atas bas. Sebelum tu dia suruh naik dan duduk dulu. Kemudian bas dah jalan baru dia datang. Setiap penumpang juga diberikan sebuah buku panduan pelancongan beserta dengan tiket bas. 

Bas Hop On Hop Off Penang sama juga waktu operasinya dengan Bas Hop On Hop Off Kuala Lumpur iaitu operasinya bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 8.00 malam. Tempoh masa sah laku tiket bas pulak adalah selama 24 jam.

Nak duduk dalam bas seharian pun tak jadi masalah. Kami naik bas pukul 11.00 pagi, jadinya sebelum pukul 11.00 pagi keesokkan harinya kami boleh naik lagi. Hanya perlu tunjukkan tiket bas tu sahaja kepada koduktor ataupun pemandu bas.


Memasuki kawasan Little India. Masjid Kapitan Kling di kiri jalan.

Dek terbuka di belakang bas Hop On Hop Off Penang. Panas lit lit. Naik waktu pagi mesti cun ni !

Waktu tengahari tak ada sapa pun sanggup berpanas dan berjemur di ruangan terbuka bas Hop On Hop Off Penang. Semua jenis jaga kulit.

Waktu ni baru abang dapat masuk duduk di dalam ruang berhawa dingin bas Hop On Hop Off Penang bila sesetengah penumpang dah turun.

Petang-petang sikit baru syok duduk lepak belakang bas HOHO Penang ni.

Hentian atau stesen bas Hop On Hop Off di Gurney Drive. Boleh tukar naik bas Beach di sini. Abang dah naik bas City, jadi tak perlu tukar untuk ke Bukit Bendera.

K-Poppers junior di dalam bas Hop Hon Hop Off Penang menuju Bukit Bendera.

Ada dua laluan bas Hop On Hop Off Penang ini iaitu laluan bandar (City) dan juga laluan pantai (Beach). Penumpang boleh sesuka hati nak naik yang mana pun dan ada stesen pertukaran disediakan iaitu di Gurney Drive dan di Chowrasta. Hanya perlu turun dan tukar bas.

Meh abang sertakan senarai perhentian mengikut urutan :


Laluan Bandar (City)
  1. Gurney Drive (Stesen Pertukaran)
  2. Bagan Jermal
  3. Kebun Bunga
  4. Botanical Garden
  5. Penang Hill
  6. Kek Lok Si
  7. Times Square
  8. Komtar
  9. Chowrasta (Stesen Pertukaran)
  10. Unesco Heritage
  11. Little India
  12. Clan Jetties
  13. Cruise
  14. Fort Cornwallis
  15. St George
  16. Blue Mansion
  17. Kelawei

Laluan Pesisir Pantai (Beach)
  1. Straits Quay
  2. Four Point
  3. Flamingo
  4. Shamrock Beach
  5. Miami Beach
  6. Rasa Sayang
  7. Golden Sands
  8. Holiday Inn
  9. Hard Rock
  10. Tropical Spice
  11. Teluk Bahang
  12. National Park
  13. Craft Batik
  14. Escape
  15. Butterfly Farm
  16. Taman Rimba

Nak senang nampak hangpa boleh berkunjung ke laman web Hop On Hop Off Penang. Dekat situ ada peta perjalanan yang lebih jelas. Tak payah pening kepala sangat pikir laluan. Hangpa takkan sesat ke Perlis mahupun ke Terengganu. Duduk dalam Penang tu jugak.

Abang dari Pasar Chowrasta tadi dah naik bas 'City' siap-siap, jadi tak perlu tukar bas dah di Gurney Drive untuk ke Bukit Bendera. Bas akan berhenti sekejap di perhentian Gurney Drive menunggu penumpang lain yang nak tukar bas. Lepas tu baru dia akan teruskan perjalanan mengelilingi laluan yang diperuntukkan.

Kami turun di hentian nombor 5 iaitu 'Penang Hill' untuk ke Bukit Bendera. Bas ni akan berhenti betul-betul depan pintu masuk Bukit Bendera. Turun bas acah-acah artis sikit bila banyak mata yang memandang. 

Abang dan adik abang, kami ja orang tempatan yang turun bas dengan pelancong mat saleh dan warga K-Pop Korea yang lain. Orang dok syak banyak duit naik bas Hop On Hop Off ni padahal bayaq RM 5.00 ja pun.


Perlu beratur nak naik keretapi Bukit Bendera. Barisan bukan main panjang.

Hujung minggu biasalah orang memang ramai nak naik Bukit Bendera.

Dekat 45 minit jugak beratur menunggu giliran naik tren ke puncak Bukit Bendera.

Bukit Bendera (Penang Hill)


Ikut suka hati hangpalah nak panggil Bukit Bendera atau Penang Hill. Dua-dua benda yang sama. Rugilah kalau mai Penang tak pi Bukit Bendera.

Terletak lebih 800 meter dari paras laut, Bukit Bendera merupakan puncak tertinggi di Pulau Pinang. Siapa dulu kecik-kecik pernah mai Bukit Bendera kita geng. Kalau dulu kena naik tren lama berwarna merah yang agak lambat, sekarang ni dah ada tren baru. Laju dan siap ada aircond lagi !

Kalau dulu tren lama harga tiket dalam RM 4.00 sehala kalau tak salah tapi dengan adanya tren baru sekarang harga tiket Bukit Bendera dah jadi RM 10.00 pergi dan balik. Dah tak boleh beli tiket sehala dah sekarang. Suka hati hangpa la nak turun jalan kaki atau naik tren semula.

Nak beli tiket tren Bukit Bendera tu tak apa, yang menjadi masalah kena beratur panjang dekat sejam baru sampai giliran naik tren. Tu baru hari minggu biasa, cuba hangpa mai waktu cuti musim perayaan. Tu dia orang. Berapa kali dah abang mai, tak boleh-boleh jugak nak naik. Ni baru ada peluang.

Bacaan lain : Ceritera Berbuka Puasa di Bukit Bendera


Tren baru Bukit Bendera berhawa dingin akan tetapi setelah disumbat beramai-ramai, bau kepam semerbak memenuhi ruang.

Pemandangan dari sisi tren Bukit Bendera. Walaupun dengan kecerunan tinggi, bukan main laju tren ni pecut !

Takda masa nak beromantika tengok pemandangan dalam tren Bukit Bendera ni. Depan belakang kiri kanan penuh dengan umat manusia.

Sampai di puncak Bukit Bendera akhirnya. Tak sampai 10 minit naik tren dah sampai puncak.

Suasana dingin sejuk ala-ala Cameron Highland dapat dirasai di atas puncak Bukit Bendera ni

Tren Bukit Bendera yang dah dipenuhi penumpang berlepas turun ke bawah.

Mai sebelum ni tak ada pulak menara tinjau ni di Bukit Bendera.

Pandangan dari Bukit Bendera. Boleh nampak Jambatan Sultan Abdul Halim.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang bergambar di puncak Bukit Bendera.

Rumah dengan senibina kolonial British. Banyak tempat-tempat baru dibangunkan di puncak Bukit Bendera ni.

Kepelbagaian loghat negeri-negeri di Malaysia dapat ditemui di sini. Mai dari Kedah ada, Kelantan ada.

Remaja dan tongkat sakti masing-masing tidak dapat dipisahkan. Mesti nak memancing.

Hutan menghijau di sekeliling Bukit Bendera.

Macam-macam ada atas Bukit Bendera ni. Dulu mai tak ada tangga ke bawah.

Ruangan melepak sambil usya awek.

Budak-budak sekolah dengan rombongan pun banyak !

Tangga ke bawah menuju rumah dengan senibina kolonial tadi.

Cuaca redup-redup gitu. Suhu di Bukit Bendera dikatakan 5 darjah Celcius kurang daripada suhu paras laut.

Pak Arab pun bergambar selfie sakan. Depa gelak tengok kamera kecik SJCAM SJ4000 abang.

Port wajib bergambar bila sampai di Bukit Bendera.

Teropong berbayar disediakan untuk pengunjung Bukit Bendera.

Bukit Bendera tidak sebesar mana. Sehari boleh jalan pusing habis atas ni.

Port melepak tengok monyet di Bukit Bendera.

Nak pi mana? Bangkok? Paris? 

Asal abang ambik gambaq, ada ja yang mengikut sekali.

Tarikan terbaru di Bukit Bendera, Love Lock ala-ala Paris.

Berlonggok kunci mangga. Tak lama roboh pagar ni.

Port wajib bergambar golongan hipster. 

Gigih tak gigih, abang dan adik abang ja penumpang yang usung backpack naik Bukit Bendera. Orang ramai dok pandang semacam. Mai dari ceruk mana ni. Dah tu takkan kami nak tinggal beg dekat bawah.

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya memang panas sungguh pun. Baru nak rasa angin sejuk di puncak Bukit Bendera, matahari bersinar terang tengahari buta ni. Basah ketiak abang.

Kawasan puncak Bukit Bendera tidaklah terlalu luas. Kalau ronda dalam sehari boleh habis kot. Dah lama tak mai baru tau ada macam-macam tarikan atas ni. Yang terbaru ada Love Lock. Acah-acah romantika di Paris. Abang ronda-ronda jugak kawasan tu, kot-kot la terjumpa jodoh. Hiks.

Tempat makan menarik di Bukit Bendera? Em abang pun tak pasti. Kalau dulu Bukit Bendera ni terkenal dengan 'Kacang Putih' dan 'Ais Kacang' dia. Abang pernah cuba dulu-dulu sekali ais kacang atas ni. Power ais kacang dia. Macam-macam buah dia letak. 

Tapi sejak renovasi terbaru kedai-kedai makan ni, abang tak pernah lagi rasa ais kacang dia. La ni dah ada banyak buah kedai. Kedai pun gayat abang tengok, betul-betul tepi tebing. Abang pun ronda-ronda sat tengok harga. Mahal semacam. Terus tak jadi nak pekena ais kacang.


Kawasan sekitar dataran Bukit Bendera.

Tangga mencanak menuju ke Masjid Bukit Bendera.

Selain masjid, dekat puncak Bukit Bendera ni ada jugak gereja dan juga kuil.

Masjid Bukit Bendera dalam proses renovasi. Nak solat boleh ja kat sini.

Di perkaranagn Masjid Bukit Bendera, ada beberapa buah bangku disediakan. Boleh lepak dulu.

Kedai makan dan restoran Bukit Bendera. Nampak macam tergantung di tebing bukit.

Laluan pejalan kaki menuju kembali ke tren Bukit Bendera.

Kami meronda tak lama atas Bukit Bendera tu. Beli apa pun tidak, makan minum pun tidak. Tak ada apa sangat yang menarik untuk dijadikan cenderamata. Hanya ambik gambar sana sini sahajalah.

Nak naik awal tadi pun kena beratur, nak turun pun sama jugak kena beratur. Panjang jugak barisan beratur pun. Orang ramai musim cuti ni. Abang kira dekat setengah jam jugak tunggu tren nak turun dari Bukit Bendera. Turun pun sama, berhimpit macam sardin dalam tren.

Pukul 2.30 petang kami tiba semula ke bawah. Orang beratur nak naik Bukit Bendera waktu kami turun lagi ramai berbanding waktu kami naik. Menghala ke petang, lagi ramai orang.

Elok ja keluar, bas Hop On Hop Off Penang dah sedia menunggu di depan pintu masuk Bukit Bendera. Rupanya bas yang sama jugak masa kami naik tadi ! Kiranya dia dah buat satu pusingan lengkap.

Boleh la abang jumpa konduktor Nia tadi lagi. Kenapa asyik dok jumpa orang yang sama ni. Mungkin inikah yang dikatakan jodoh? Hiks.


Pintu masuk Bukit Bendera a.k.a Penang Hill.

Selamat tinggal Bukit Bendera. Nanti abang mai jenguk lagi.

Destinasi seterusnya selepas Bukit Bendera adalah mencari penginapan di Batu Feringghi.

Tak nama Penanglah kalau tak banyak warung jalanan !

Destinasi kami seterusnya apabila turun dari Bukit Bendera adalah untuk ke pesisiran pantai Batu Feringghi mencari penginapan bajet. Kalau ikut abang nak lepak tiduq di Georgetown pun boleh dan lebih murah, tapi adik abang nak lepak belah Batu Feringgi. Abang turutkan jelah.

Bas Hop On Hop Off yang dinaiki kami dari Bukit Bendera sudah semestinya adalah bas 'City', jadi kita kena tukar bas 'Beach' dulu untuk ke Batu Feringghi. Jadi kami turun di stesen pertukaran di Gurney Drive untuk proses tukar bas. Tunggu la sat dalam 20 minit bas 'Beach' pun mai la.

Asal abang naik ja mesti ada geng-geng awek backpackers tempatan atas bas Hop On Hop Off Penang. Selalunya mereka datang secara bergerombolan. Paling kurang 2-3 orang. Dari segi dialek dan loghat, abang mereka-mereka ini berasal dari Kuala Lumpur. Yang penting kayu tongkat selfie harus ada !


Patut depa kata syok kalau duduk depan sekali atas bas Hop On Hop Off Penang ni.

Melalui Masjid Kapitan Kling lagi.

Nasi Kandar Beratur Penang dah buka seawal petang.

Kedai-kedai emas di sekitar kawasan Little India Penang.

Bas Hop On Hop Off Penang yang abang naik waktu ni tak ada orang. Ada la orang Jepun sorang kat luar ni.

Mamat Korea sebelah abang ni dok sengih-sengih. Takut abang dibuatnya. Rupanya tengah berbalas mesej di telefon.

Bas Hop On Hop Off Penang melalui kawasan Fort Cornwallis dan Padang Kota Lama.

Berubah tempat duduk abang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Teruja tengok pemandangan dari atas bas Hop On Hop Off Penang.

Panas lit lat lit lat. Berminyak habis muka pan-Asia abang.

Brader Jepun tadi dengan gajetnya. Angin sepoi-sepoi bahasa menghembus ke pipi.

Hujung minggu ni macam biasalah sesak sikit kawasan Padang Kota Lama ni. 

Berhenti untuk tukar bas di Gurney Drive. Usya rojak gelek Penang dari jauh.

Stesen nombor 1 bas Hop On Hop Off Penang. Stesen pertukaran di Gurney Drive.

Tak ada kopi hipster tulis nama nak tunjuk. Hanya pekena samosa di atas bas Hop On Hop Off Penang sambil menikmati pemandangan pesisir pantai.

Bas 'Beach' Hop On Hop Off Penang.

Abang perhati je geng-geng ni gigih berdiri sambil bergambar sedang bas sedang bergerak laju.

Bas layan 'kona' Tanjung Bungah menuju ke Batu Feringghi.

Sambil bas bergerak, konduktor bas Hop On Hop Off Penang memberikan penerangan tentang kawasan sekitar Batu Feringgi.

Baru abang tahu ini adalah salah sebuah rumah banglo Loh Boon Siew, pengasas Boon Siew Honda yang terletak di Batu Feringghi.

Mereka duduk jugak akhirnya. Ada wifi dalam bas Hop On Hop Off Penang ni. Tengah kemaskini status kot.

Bangkit pulak. Jalan sempit dan berliku Batu Feringgi di pesisir pantai. Ranting pokok selalu sangkut dekat bas.

Bas Hop On Hop Off berhenti di hentian Pantai Miami atau Miami Beach. Bukan Miami di Amerika tapi di Penang.

Deretan kereta parking di bahu jalan sepanjang Miami Beach, Penang.

Syok layan pemandangan dari atas bas Hop On Hop Off Penang melalui selekoh-selekoh sempit di pesisir pantai Batu Feringgi. Kalau hangpa naik kereta tak sama perasaannya. Dengan bau masin laut dan bayu pantai yang menerpa ke pipi, indah !

Tak dan puas layan pemandangan tahu-tahu dah sampai. Ada banyak hentian di Batu Feringghi ni. Semuanya dekat-dekat antara satu sama lain. Selalunya setiap hentian dinamakan sempena nama hotel yang berdekatan.

Abang turun di hentian 'Golden Sands' yang bernombor 24 kalau ikut buku. Kalau nak turun kena la siap-siap duduk depan pintu bas. Kalau tak, drebar dan konduktor tak tahu.

Kenapa turun di sini? Bukan nak menginap di Golden Sands Resort pun. Sebenarnya nak cari hotel bajet yang ada di sekitar sini. Nampak stesen minyak Petronas dan Mcdonalds kira betul dah tu. Cari Jalan Sungai Emas. Nampak bangunan tinggi-tinggi tu, situ banyak ja hotel murah-murah.

Kalau nak menginap betul-betul di tepi pantai agak mahal, boleh ja cari hotel yang terletak jauh sikit dari laut. Bukan jauh mana pun nak jalan kaki pi laut. Dalam 200 meter ja sampai la tepi pantai kalau dari hotel. Boleh rujuk peta Google Maps yang abang sertakan di bawah.





Melilau la kami cari hotel bajet di sekitar Jalan Sungai Emas, Batu Feringghi ni. Di kawasan ni yang senangnya ada banyak kedai-kedai makan dan Pasar Malam Batu Feringghi pun senang dicapai. Sebelum tu abang ada la jugak buat kajian sikit-sikit apa yang patut.

Abang terus terjah salah satu hotel bajet yang namanya Mutiara Feringgi Hotel. Di sebelah menyebelah hotel ni ada banyak jugak hotel yang lain. Entah macam mana abang boleh ambik pilih hotel yang ni. Ada sorang receptionist Bangla jaga kaunter hotel.

Hari minggu ni macam biasalah bilik penuh. Tanya bilik yang ada tinggal triple room. Abang dengan adik abang dua orang ja. Harga bilik pulak RM 80 semalam. Bilik ni patut dia boleh sumbat 3 orang. Malas nak tanya hotel lain kami pun ambik setuju la ambik bilik triple room ni.


Mutiara Ferringi Hotel tempat kami menginap.

Harga bilik bermula dari RM 45 semalam di Mutiara Ferringhi Hotel. 

Deretan hotel-hotel lain sepanjang bangunan rumah kedai bersebelahan Mutiara Ferringhi Hotel.

Ruang lobi Mutiara Ferringi Hotel. Ada wifi sekali tiap bilik.

Alhamdulillah la ada tempat menginap di Batu Ferringhi ni. Aircond semua sejuk, wifi dan air panas semua cukup cuma bilik dia ja tak ada tingkap. Kami lepak berehat dulu sementara menunggu waktu Maghrib. Lapaq pun dah lapaq ni. Berkira-kira nak keluaq meronda Pasar Malam Batu Ferringhi dan sesi 'Jalan Makan Jalan Makan' lepas tu.

P/s : Gambar banyak dirakam menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi. Senang sikit guna kamera aksi ni berbanding telefon. Kalau tengok gambar macam 'wide angle' dan melengkung tu maknanya guna SJCAM SJ4000 Wifi la tu.