Pages

13 Februari 2020

360 Jam Turki - Balkan | Part 1 : Pengalaman Naik Oman Air Dari KL ke Istanbul


Pa habaq semua? Kembali lagi kita bersiaran dalam catatan merapu abang kali ni.

Atas permintaan ramai, abang cuba jugaklah menulis cerita '360 Jam Turki - Balkan' ni. Ramai sangat yang dok bertanya, bila nak kemaskini blog, ni haa abang dah kemaskini dah.

Sebenarnya banyak cerita-cerita tertunggak yang abang tak sempat tulis lagi. Contoh dia Jejak Ramadhan Selatan Thai edisi tahun lepas tak tulis pun lagi. Ni pulak boleh langkah terus pi tulis cerita Turki & Balkan yang abang pi baru-baru ni.

Bukannya abang tak nak menulis, tapi menulis ni tau saja la makan banyak masa. Nak kena jaga kualiti jugak. Tak boleh tulis sambil lewa ja. Banyak fokus dok buat video sekarang ni. Sat ja 2-3 jam boleh siap satu-satu video. Zaman dah berubah. 

Ada lagi ka orang baca blog ni? Setahu abang semua tengok video kat Youtube ja sekarang.

Oklah berbalik pada cerita '360 Jam Turki - Balkan'. Patutnya abang buat ringkasan dulu sebelum catatan ni. Tempat mana abang pi, laluan mana abang ikut semua. Tapi macam tak dan ja. Hangpa layan dululah cerita yang ni. Nanti abang rajin abang buat 'teaser' sikit kisah perjalanan kami.

Buat sistem online untuk beli tiket bas tu bagus. Tapi yang jadi tak bagus sampai stesen bas kena print pulak tiket bas dengan caj RM1.00 Bukan berkira bab RM1.00 tu. Tapi apa guna sistem online kalau perlukan tiket fizikal?

Abang sendiri tak sangka abang boleh sampai Turki dan wilayah Balkan tahun lepas sebenarnya. Kalau ikut plan memang ada la angan-angan tu nak pi Istanbul semua, tapi bila tu tak pernah tetapkan masa. 

Hangpa pun tau la cara abang kan, semuanya plan last minit. Ada waktu terluang & nampak macam cun ja terus jalan. Tak minat abang tunggu-tunggu orang. Abang kalau gerak solo pun boleh.

Nak dijadikan cerita hujung tahun 2019 bulan November macam tu abang tengok cuti abang dok ada banyak lagi. Ternampak pulak kat Twitter ada catatan dari 'Pemburu Tiket Murah' berkenaan tiket murah dari Kuala Lumpur ke Istanbul. 

Abang tengok harga tiket masa tu tak mahal mana, tak sampai RM2,000 pun pi balik. Dalam RM1,900 camtu ja tak salah abang. Naik penerbangan KLM transit di Amsterdam dulu baru ke Istanbul.

Dalam hati abang baik jugak ni kan, boleh alang-alang tu turun kat Amsterdam. Dah la tak pernak jejak kaki lagi kat Eropah ni. Tapi jadi macam patah balik la pulak. Transit di Amsterdam, turun balik ke Turki.

Abang semak semula kat laman web penerbangan KLM betui ka ada tiket KL-Istanbul harga bawah RM2,000 pergi balik. Memang betul ada, tapi ada hari-hari tertentu ja dalam bulan November tu. Bukan setiap hari.

Masa tu pun abang pun tak confirm lagi nak pi ke tak. Abang cuba rekrut adik perempuan untuk turut serta. Ya, ahli biasa tu. Dia pulak ada tarikh pilihan dia sekian-sekian. Jadi masing-masing ada tarikh sendiri.

Abang abaikan dulu tiket KL-Istanbul naik KLM tu dulu. Buat tak tahu ja masa tu, ingat tak ada rezeki la kot nak pi Istanbul kali ni.

Tiba-tiba ternampak la pulak iklan Oman Air ada promosi KL-Istanbul harga lebih kurang RM2,000. Tapi yang ni kita kena transit sekejap di Muscat, Oman. Abang periksa di laman web Oman Air memang harga dia lebih kurang macam tu dalam bulan November 2019 tu.

Abang buat lengai macam serba salah nak pi ka tak pi. Adik abang nak pi tapi kena ikut tarikh pilihan dia pulak. 2-3 hari berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan. 

Semak balik tengok harga tiket dah naik RM2,100! Ah sudah. Silap tak beli awal hari tu.


Naik bas dari Penang ke Kuala Lumpur untuk ke KLIA. Penerbangan dijadualkan esok pagi. Seriau jugak abang takut bas rosak tengah jalan. Melepas flight sat lagi.

Jadi abang terus ambik keputusan beli tiket waktu tu jugak. Adik abang beli sendiri, abang beli sendiri. Masing-masing beli tapi booking pada tarikh yang sama. Abang terpaksa ikut tarikh pilihan adik abang jugak macam mana pun.

Abang tak beli tiket flight dari laman web Oman Air sendiri, tapi dari Budgetair.com. Sebab apa? Boleh dapat harga lebih murah berbanding dari beli di laman web Oman Air.

Budgetair.com ni kiranya salah satu OTA (Online Travel Agent) yang ada & kita boleh dapat harga tiket kadang-kadang dengan harga diskaun lagi. Oleh kerana itu harga tiket yang kita beli di OTA lebih murah dari laman web syarikat penerbangan.

Contohnya macam abang nak pi Istanbul ni abang bandingkan harga dulu di laman web syarikat penerbangan & laman web Skyscanner (website carian penerbangan). Abang tengok di Skyscanner lebih murah, salah satunya belian melalui Budgetair.com ni. Jadi abang buat keputusan beli melalui OTA.

Ni contoh beli tiket flight melalui OTA. Ni salah satu OTA, BudgetAir.com. Bila hangpa buka cari kat Skyscanner akan keluar pilihan nak beli melalui OTA yang mana.


Hangpa paham tak abang cerita apa sebenarnya ni? Mesti ramai yang konfius kan!

Senang kata abang tak beli melalui laman web syarikat penerbangan. Contohnya Oman Air, tapi beli melalui Online Travel Agent (OTA) sebab murah sikit. Takda beza banyak sangat pun harganya. Naik Oman Air jugak tapi OTA ni yang akan uruskan tiket kita. Cuma kita kena bagi detail diri kita la lepas tu.

Abang dapat kurang RM50 ja kot beli di OTA berbanding di laman web Oman Air. Adik abang pulak dia beli melalui Traveloka, pun boleh dapat murah sikit. Hangpa rajin-rajin la cari tengok mana pilihan yang boleh dapat murah yang hangpa boleh guna. Tapi kalau jenis tak kisah tak ada masalah pun sebenarnya. mana-mana pun boleh.

Jadi abang dapat la beli penerbangan Kuala Lumpur ke Istanbul dengan menaiki penerbangan Oman Air ke Istanbul (Transit di Oman) dengan harga RM2,050. Abang beli tiket ni lebih kurang 10 hari sebelum bertolak. Adik abang pun sama. Beli minit akhir pun boleh ja dapat murah kalau kena dengan masanya.

Kalau hangpa jenis yang tak mau transit boleh ja naik Turkish Airlines terus dari Kuala Lumpur ke Istanbul tanpa henti selama 11 jam setengah. Tapi tiket dia ya ampun mahal la sikit. Boleh cecah RM3,000. Nak jimat ambiklah Oman Air. Berbaloi dengan harga. Transit di Oman pun bukan lama mana, sejam dua sahaja. Untung-untung boleh jejak tanah Oman sekali.

Nak pi Istanbul dari Kuala Lumpur ni tak kalut. Dalam sehari ada banyak penerbangan ke sana. Cuma mahal & murah ja. Etihad ada, Qatar Airways ada, Oman Air ada. Masing-masing akan transit di hub masing. Contoh Oman Air kita akan tukar flight di Muscat Oman. Qatar Airways pulak akan transit di Doha, Qatar untuk penukaran flight. Masing-masing ada negara dia.


Pukul 7.00 pagi dah terpacak di KL Sentral. Nak naik bas pi KLIA.

Abang skip terus cerita ni di hari kejadian. Di hari kejadian yang pada mulanya abang plan nak pi berdua ja dengan adik abang untuk trip '360 Jam Turki Balkan' ni dah bertambah ahlinya menjadi 4  orang kesemuanya. Sorang kawan abang, sorang lagi kawan adik abang.

Jadi ada dua laki-laki, dua perempuan. Abang dah kawan abang rancangnya akan sambung dari Istanbul ke Bosnia, dan akan pulang semula ke Istanbul melalui wilayah Balkan dalam tempoh masa 2 minggu.

Adik abang dan kawannya pulak masa terhad cuma seminggu sahaja dan plan mereka hanya di Turki sahaja. Dan kemudian mereka akan balik dulu tinggalkan abang dan kawan abang di sana.

Gitu cerita dia. Geng perempuan dok seminggu. Geng laki dok dua minggu.

Bas dari KL Sentral ada ke KLIA & KLIA2. Jangan salah naik bas. Salah turun lapangan terbang nanti.

Ni pengalaman pertama abang naik flight dari KLIA ni. Selalu dok naik dari KLIA2 sebab dok biasa guna Airasia ja. Ni kali pertama abang naik Oman Air ni. Dah la tak biasa dengan KLIA ni. Selalu dok hantar orang je naik flight, ni kita sendiri pulak yang rasa.

Paling jauh sebelum ni yang pernah abang naik adalah dengan Airasia ke Pulau Jeju. Tu pun ambik masa 6 jam jugak dari Kuala Lumpur ke Jeju. Tu pun jenuh kebas punggung. Sampai basah-basah berpeluh. Kah!

Ni pulak lebih kurang 12 jam. Naik flight 6 jam ke Muscat, Oman. Tukar pulak lagi satu light dari Muscat ke Istanbul lebih kurang 5 jam. Nah lumpuh satu badan camni sampai Istanbul. 

Abang dah la jenis tak berapa gemar melilau-lilau dalam flight sewaktu di udara nih. Selagi boleh tahan abang tahan. Kepit pun kepit la. Malas nak berselisih dengan pramugara-pramugari. Abang nih dah la jenis penyegan orangnya. Haha


Tiket bas KL Sentral-KLIA naik harga dah ka. Kali terakhir abang naik tahun lepas dalam RM12.00 camtu ja. Kali ni RM15.00 sehala.

Jadual perjalanan flight Oman Air abang dari Kuala Lumpur ke Istanbul pada pukul 9.40 pagi. Pukul 7.00 pagi abang dan adik abang dah dok di KL Sentral cari bas ke KLIA. Rasa macam dah terlambat dah sebab tinggal berapa jam lagi ja nak check-in.

Dapat mesej awal pagi tadi kata flight Oman Air yang abang akan naik ni akan mengalami kelewatan sikit (delayed). Tu yang kami buat rilek-rilek je tu ke KLIA. Sampai awal pun nak buat apa. Nak makan apa pun mahal. Sampai tak sarapan pagi tu. Ingat nak makan atas flight sat lagi.

Sampai di KLIA baru abang jumpa kawan abang si Asri, dan adik abang jumpa kawan dia si Maznah. Jadi sekarang cukup 4 orang. Abang, adik abang, Asri & juga Maznah.

Abang dah la kali pertama kat KLIA ni dok melilau-lilau la jugak dulu start dari turun bas tadi di bahagian bawah sampai la naik ke atas ke kaunter check-in KLIA. Rupanya tak la complicated mana, senang ja nak cari jalan. Abang rasa KLIA2 serabut & luas lagi. KLIA ni mudah sikit.


Lebih kurang sejam perjalanan dari KL Sentral ke KLIA dengan menaiki bas.
Kami cari kaunter penerbangan Oman Air untuk check-in beg masing-masing. Sebelum ni naik Airasia mana ada pernah check-in beg sebab nak kena tambah bayaq asing. Tapi naik penerbangan antarabangsa dengan Oman Air ni dah siap percuma sekali dengan bagasi 30KG percuma.

Abang pun check-in la sekali beg kecik abang yang tak sampai 10KG pun abang rasa. Depa semua tak puas hati abang bawak beg kecik. Barang-barang penting abang bawak naik atas kabin (passport & dokumen). Baju & benda lain abang letak di bagasi bawah.

Abang bukan bawak apa sangat pun. Makanan apa pun tak bawak. Makanan abang mintak Asri yang bawakkan sebab beg dia besaq sikit. Abang cuma bawa baju & alatan elektronik (contoh macam charger, travel adapter & kabel) tu ja. Ada bawak jaket lebih satu takut sejuk. Ubat-ubatan ringkas sikit. Tu je lah yang abang bawak pun.


Sampai dah di KLIA. Turun-turun bas masuk bawah ni jumpa kedai mamak.

Ramai jugak yang melepak di kedai mamak bawah tempat bas di KLIA ni. Ni semua sementara nak tunggu bas sampai la ni.

Adik abang pandai. Beg kecik abang dia bawak. Beg besaq gedabak dia punya ni dia suruh abang pikul. Cekap dia.

Naik escalator dari tempat bas di tingkat bawah KLIA ke tingkat atas. Baru nampak ada lif. Tak perasan pun tadi.

Rupanya lif lutsinar ni boleh turun kat tempat bas tadi. Macam mana abang boleh tak tahu ni.

Inilah dia KLIA. Kali pertama sampai & buat urusan sendiri semua nak pi Istanbul. Ni aras nak check-in beg semua.

Beg yang kita check-in tadi akan terus sampai di Istanbul nanti. Tak payah ambik beg dah masa kita transit di Lapangan Terbang Muscat, Oman nanti. Beg kita akan dipindahkan terus ke penerbangan seterusnya. Hangpa toksah risau.

Tapi elok jugak sebelum hangpa nak pi tu ambik insurans dulu. Takut-takut la beg hilang ka, beg lambat sampai ka, flight delayed ka, semua tu kita boleh claim kalau ada insurans. Bukan setakat sakit ja. 

Dulu abang selalu ambik AXA Travel Insurans. Tapi yang tu jenis 'Pay & Claim'. Maksudnya apa-apa yang terjadi kita kena bayaq duit kita dulu, baru kita boleh tuntut kat syarikat insurans.

Alhamdulillah la tak pernah berlaku apa-apa peristiwa yang tidak diingini sepanjang abang dok travel ni.

Tapi baru-baru ni abang dah beralih arah ke Etiqa Trip Care 360 Takaful. Yang ni ada banyak pakej dia. Abang ambik jenis yang setahun punya. Hangpa boleh tengok kat laman web Etiqa sendiri nanti kalau ada masa. Hangpa kaji sendiri tengok.

Urusan check-in beg tak mengambil masa yang lama. Petugas Oman Air sangat cekap dan banyak membantu. Dia akan bagi kita dua tiket siap-siap. Satu tiket dari Kuala Lumpur ke Muscat & satu lagi tiket Muscat ke Istanbul. Tiket ni hangpa kena jaga elok-elok la. Nanti nak guna kat Muscat nanti.

Tak ramai pun yang beratur kat kaunter check-in Oman Air ni. Abang syak bukannya takda orang, tapi kami yang paling lewat. Santai sungguh kami. Pukul 8.30 pagi baru dok check-in beg lagi.

Dah siap check-in beg boleh la masuk ke ruang menunggu. Abang ingat kena jalan kaki sekejap ja nak pi gate ruang menunggu tu, rupanya kena naik shuttle pulak. Abang dah seriau dah takut terlambat. Tapi tren shuttle KLIA ni laju, sat ja nak pi belah sana.

Dari mula tadi abang dah ingat nak pi tandas dulu sebelum nak naik flight ni, tapi bila dah lepas pemeriksaan imigresen tadi kami terus naik shuttle tren ke gate. Sampai kat gate dok cari toilet tak ada la pulak. Ah sudah. Waktu ni dok melilau kot-kot ada tandas yang terdekat tak jumpa jugak.

Terpaksa tanda kawasan kat dalam flight la nampaknya ni. Abang dah la tak biasa pi toilet dalam flight ni. Takpa, abang cuba.


Dah siap check-in beg, mari kita masuk ke ruangan menunggu. Tak sibuk macam KLIA2 noh kat KLIA ni.

Abang ingatkan dekat ja nak jalan pi gate tempat menunggu tu, rupanya kena jalan kaki & naik shuttle jugak noh nak pi sana! Dia bangunan yang lain! Janganlah kecam abang, kali pertama ni naik flight di KLIA.

Oh sebelum abang terlupa, abang dan adik abang dah tukar duit Ringgit Malaysia kepada Turkish Lira siap-siap di Malaysia sebelum tu. Abang kirim kat adik abang suruh tolong tukarkan sekali di KL Sentral 2-3 hari sebelum berlepas ni. Maznah & Asri depa tukaq masing-masing.

Berapa banyak abang tukar untuk duduk di Turki selama seminggu ni?

Matawang Turkish Lira jatuh teruk sejak akhir-akhir ni. Masa abang pi hari tu 1 Turkish Lira = RM 0.75. Maknanya kalau kita ada RM 750 kita boleh dapat 1000 Lira. Rasa mewah pulak berbelanja di Turki waktu ni.

Kalau dulu-dulu 1 Turkish Lira boleh mencapai RM 2.00-RM 3.00 tau. Mahal. Sekarang ni siapa yang nak rasa harga murah di Turki boleh la pi waktu sekarang ni. Tak rasa teruk sangat macam kita pi Siam.

Elok tukar duit kita siap-siap kepada duit Lira di Malaysia ni. Tak pun tukar duit Ringgit kepada Euro dulu untuk buat simpanan sikit. Kalau kat sana depa tak terima duit Ringgit Malaysia. Kalau ada pun kat Istanbul belah Grand Bazaar sana. Tu pun jenuh nak cari jugak.


Itu dia kapal terbang Oman Air kita yang akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Istanbul. Ni merupakan penerbangan terjauh yang abang pernah naik selama ini. Nak kena transit dulu kat Muscat lepas ni.

Flight Oman Air yang abang nak naik ni delayed dekat 45 minit jugak. Dari gate tempat menunggu boleh tengok flight yang kita nak naik ni tengah restock barang-barang. Awat delayed lama sangat tak tau.

Pukul 10.15 a.m baru kami dapat naik. Tu kira belum berlepas lagi. Baru dok setting tempat duduk. 

Susunan seat dalam flight Boeing A330-300 Oman Air ni jenis 2-4-2. Kalau duduk belah belakang pesawat dapat seat 2-3-2. Abang pilih seat 2nd last dari belakang. Duduk dengan si Asriyanti. Jadi ada ruang sikit kat koridor tu kalau nak keluar masuk pi tandas sebab seat belah sana ada 3 ja. 

Sebelum naik flight ni masing-masing ada jugak buat online check-in kat laman web Oman Air. Jadi kita boleh pilih seat mana yang kita nak duduk masa nak pi nih dari Kuala Lumpur ke Muscat.

Untuk penerbangan dari Muscat ke Istanbul pulak tak boleh pilih dah seat mana kita nak duduk. Dia akan pilihkan sendiri seat secara random (rawak) ja. Mungkin sebab flight kecik dengan susunan seat 3-3 macam Airasia dia tak bagi kita pilih seat kot.

Abang macam biasa mesti nak dok sebelah tingkap. Baru dapat tengok pemandangan yang indah. Pramugari abang tak mau tengok. Huhu.

Nak dijadikan cerita abang kena marah awal-awal masuk flight tu. Sebab apa?

Abang dok rakam video dengan kamera SJCAM abang. Rupanya tak boleh noh. Abang macam biasa la dok ambik gambaq sekeliling luaq tingkap & keadaan sebelum berlepas. Masa masuk kat pintu pesawat lagi dia tak rakam. Ada sorang pramugari ni ja yang tak berapa nak puas hati dengan abang.

Kata dia kalau tak dapat kebenaran untuk merakam video tak boleh rakam video. Itu apa yang abang translate la apa dia cakap dalam bahasa Inggeris. Abang naik Airasia ok ja, takkan Oman Air tak boleh kot?

Abang faham tu kerja dia. Jadi abang pun rakam la jugak tapi secara senyap-senyap. Haha

Tapi masalah dia sekarang abang rakam video atas flight Oman Air bukan main konon-konon nak buat review. Sampai Malaysia, bila ekstrak balik video yang abang rakam semuanya korup! Video lain kat Istanbul ok. Hahahaha. Padan muka!

Inikah yang dikatakan tuhan bayar cash sebab tak ikut kata pramugari? Kalau tak ada video review atas pesawat Oman Air ni!


Kapal terbang Qatar Airways. Rasa macam teruja betul tengok kapal-kapal terbang di KLIA ni. Dok biasa tengok Airasia sejenis je sebelum ni. Haha.

Brahim's tengah restock makanan dalam Oman Air ke tu?

Penumpang-penumpang yang terlibat dalam penerbangan bersama Oman Air dari KLIA ke Muscat, Oman. Banyak orang Arab, banyak yang destinasi lain-lain ni bukan semua nak ke Istanbul.

Dah boleh masuk flight Oman Air. Delay dekat setengah jam jugak tadi. Salnya dijadualkan berlepas jam 9.40 pagi. Pukul 10.15 baru boleh masuk.

Penerbangan bersama pesawat WY822 Oman Air Airbus A330-300

Sebelum berlepas akan ada majlis bacaan doa dulu dalam flight Oman Air ni. Ada krew kabin yang akan baca doa. Prosedur keselamatan semua dia tunjuk dalam video ja dalam skrin depan kita tu. 

Baguslah camtu. Cakap pun bahasa Arab separuh dan bahasa Inggeris separuh. Pramugari pramugara pun helok-helok.

Dalam pukul 10.35 a.m camtu baru pesawat berlepas meninggalkan KLIA.

Penerbangan Kuala Lumpur ke Muscat mengambil masa lebih kurang 7 jam. Ni dah lewat dekat sejam ni sampai sana nanti mesti kalut nak transit flight pi Istanbul pulak.

Ini merupakan kali pertama abang naik jenis pesawat yang sediakan makan sekali ni. Biasalah orang kampung. Dok biasa naik Airasia tak biasa order makan pun. Dok tengok penumpang sebelah ja lah makan Nasi Lemak Pak Nasir selalu pun. Ambik bau pun dah cukup. Hahaha.



Rasa teruja betul dapat naik flight Oman Air ni. Entah kenapa. Mungkin sebab dok naik flight sebelum ni modal beratus-ratus ja. Kali ni main beribu-ribu Ringgit.

Ni baru rasa selesa sikit naik flight jauh-jauh ni. Ruang kaki dalam pesawat Oman Air ni luas. Seat pun lapang sikit. Takda la kematu punggung.

Abang pilih seat sebelah tingkap. Masa nak buat check-in online kat laman web Oman Air, kita boleh pilih seat mana nak duduk. Ada pesawat Air Mauritius kat sebelah.

Setiap penumpang dalam pesawat Oman Air ni dibekalkan dengan bantal, selimut dan juga earphone.

Nak kena pulangkan balik ke bantal dan earphone ni? Bekas telinga hang takkan nak kena bagi balik kot. Earphone boleh ambik bawak balik. Cuma bantal dengan selimut tak boleh seludup bawak keluar. Kena pulang balik.

Setiap penumpang dibekalkan dengan selimut, bantal dan earphone semasa di dalam penerbangan. Dari KL ke Muscat, dari Muscat ke Istanbul, semua barang ni kami dapat.

Abang tak guna sangat pun selimut tu. Siang-siang ni selimut apa panas-panas ni. Lainlah kalau malam. Bantal pulak abang sendal ja kat tepi tak guna pun. Earphone je abang guna buat tengok movie.

Oh ya, dalam flight Oman Air ni ada disediakan sistem hiburan mereka sendiri. Depa panggil 'in-flight entertaiment system' kot tak salah abang. Kiranya tiap penumpang ada skrin masing-masing yang kita boleh gunakan untuk membuang masa sementara nak sampai tu. 

Hangpa boleh la tengok movie ka, dengaq lagu ka, main game ka semua ada. Ada satu controller dia bagi sekali bawah skrin tu, nak taip ke apa boleh guna controller tu.

Abang sempat la tengok movie seround, tapi bila jemu tak tahu nak buat apa lagi, lena sat. Bangun-bangun tak sampai lagi. Bangun-bangun pramugari hantaq makan.

Lebih kurang sejam lebih selepas penerbangan berlepas baru krew kabin akan edarkan makanan kepada penumpang. Masing-masing dah la kebuluran tak sempat sarapan pagi tadi. Dok harap makanan dalam flight ja lah.


Ni remote control kalau nak tengok cerita ke dengaq lagu ka, nak tengok peta ka, semua boleh tekan-tekan kat remote ni. Tapi dia tak boleh cabut. Lekat sekali kerusi depan tu. Ada wayar.

Ada akak dah siap bawak bantal tengkuk sendiri dah. Nak hadap penerbangan selama 7 jam ni dari Istanbul ke Muscat.

Flight Oman Air baru berlepas dari KLIA. Boleh nampak Putrajaya kat bawah. Tu PICC (Putrajaya International Convention Centre) tu kan?

Memperkenalkan kawan abang si Asriyanti. Kami dok di bahagian belakang pesawat. Kerusi jenis berdua ja ni. Yang di tengah tempat pakcik tabligh tu jenis bertiga.

Ni dia pramugara Oman Air tengah serve makanan. Sat sat makan, sat sat makan. Abang kena tegur dok ambik video dengan pramugara lain sebelum ni. Terus tak ambik video dah.

Kak pramugara dok tanya geng tabligh sebelah nak makan apa, si Asriyanti pulak muka gelabah. Dia tak buat apa haih. Haha.

Set menu makanan atas flight ni. Pramugara Oman Air layanan memang bagus. Kita boleh pilih nak daging ka ayam. Ada dua pilihan makanan.

Setiap orang akan dapat set ni. Ada nasi lauk daging rendang, roti dengan jem, salad campur kentang, ada macam puding roti ka apa tu. Ayaq boleh pilih nak ayaq apa. Oren ka epal ka. Lepas habis makan dia akan layan bagi kopi panas pulak.

Tenung dulu sebelum jamah. Sayang betul nak makan tengok susunan cantik-cantik ni.

Masing-masing sebenarnya kebuluran tak sempat jamah sarapan pagi tadi. Naik atas flight Oman Air dapat makan percuma ni tunggu apa lagi. Balun!

Bagi tekak Melayu abang, makanan yang disajikan dalam penerbangan Oman Air ni sedap. Satu set semua ni rasa kenyang betul. Mula-mula ja nampak macam tak cukup kan. 

Abang dah tak tahu kata mana. Nampak laut dah kat bawah. Sibuk makan tadi. Boleh tengok peta kat skrin depan lokasi kedudukan pesawat.

Baru lepas Mumbai nak masuk tanah Arab.

Roti ni bukan pramugara Oman Air bagi. Abang beli kat 7E sebelum ni. Baru teringat ada dalam beg. Nak tunjuk perbezaan tekanan udara. Nak pecah plastik tu tekanan tak sama bila kita dok dalam flight ni.

Tak sempat lapaq lagi, dah jamu makan balik. Setiap masa selama 7 jam atas pesawat ni tak pernah tak kenyang. Ni jamu muffin pulak sebelum nak turun di Muscat. Memang terbaik layanan Oman Air! Recommended!

Dah nampak dah tanah negara Kesultanan Oman. Teruja nak jejak tanah Arab walaupun sekejap. Moga Allah jemput abang ke tanah suci di lain masa. Doakan abang ya.

Abang ingatkan tanda-tanda kiamat dah semakin hampir bila tengok bumi Arab yang semakin menghijau. Rupanya padang golf tepi Airport Muscat. Aiseh.

Singgah transit sat sejam kat Oman ni. Kalau banyak duit dan masa boleh la singgah. Nak masuk Oman ni kalau kita rakyat Malaysia kena apply visa online dulu. Tak boleh terjah macam gitu ja.

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat.

The Prophet Muhammad Peace Be Upon Him said: " If you were to come to the people of Oman, they would have never insulted nor abused you". Baiknya orang-orang Oman ni.

Jika terdengar hilaian kuat makcik-makcik dok bergelak ketawa di lapangan terbang asing, maka tak lain tidak bukan makcik dari Malaysia la tu.

Memperkenalkan ahli-ahli yang terlibat dalam trip '360 Jam Turki Balkan'. Berdiri dari kiri, Maznah, adik abang & Asriyanti.

Penerbangan sesi kedua bersama Oman Air bersambung dari Muscat ke Istanbul. 5 jam setengah lagi dalam flight.

Boleh nampak banjaran gunung bersalji di tengah Turki. Kali ni abang dah tak duduk dengan Asriyanti dah kat belakang ni. Pilihan seat secara rawak. Dia pi dok tempat lain

Penerbangan Muscat - Istanbul dengan Oman Air kali ni naik kapal terbang kecik sikit macam Airasia dengan susunan seat 3-3. Jadi abang tak sempat ambik gambaq banyak sangat sebab ruang agak terhad.

Perbezaan 5 jam waktu Turki dan Malaysia. Malaysia GMT+8 dan Turki GMT+3. Maksudnya waktu Turki lewat 5 jam berbanding kita. Kalau kat Malaysia dah pukul 5.00 petang, di Turki baru 12.00 tengahari.

Istanbul! Abang sampai jugak akhirnya. Bermula dari angan-angan ja, tuhan tunjukkan jalan dan dipermudah segala urusan.

Istanbul kota yang agak padat di Turki ni. Nanti hangpa turun sana boleh rasa macam padat dia macam di Indonesia woi!

Alhamdulillah.Kami selamat mendarat di Istanbul Grand Airport (IGA) atau kod airport (IST) jam 7.00 malam waktu Turki. 

Inilah dia lapangan terbang terbesar di dunia yang pernah kita baca-baca di tabloid sebelum ni.

Nak keluaq pintu gate pun punya jauh. Mujur ada macam escalator tu senang sikit tak payah berjalan. Kalau orang tua depa ada shuttle sama macam Airport Muscat, Oman.

Masing-masing kejutan budaya sekejap tengok polis-polis imigresen Turki lelaki mahupun wanita segak-segak putih mulus semuanya. Ah sudah, tak jadi kerja kalau dok perhati akak imigresen kat sini. Tahanlah saya akak, tahanlah!

Sampai pukul 7.00 p.m pun dah gelap dah Turki. Maghrib masuk awal kat sini. Cukup 14 jam penerbangan dari Kuala Lumpur dengan sejam transit di Muscat, Oman.

Rasa lemau weh naik flight lama-lama nih. Jetlag ke apa orang kata sebab perbezaan waktu lagi.

Untuk pengetahuan semua, susah sebenarnya nak dapat wifi percuma dekat Istanbul Grand Airport nih. Walaupun nampak besar dan mewah, tapi takda wifi percuma!

Macam mana abang nak check-in Facebook nak bagitau kawan-kawan dan sanak saudara abang dah sampai Istanbul ni? Ini boleh menimbulkan kemarahan!

Kami tak rancang pun nak ambik 'portable wifi' ke apa masa trip Istanbul ni. Lagi pun nak lepak Turki seminggu ja, bukan lama mana pun.

Kat hostel ke mana nanti guna wifi percuma hostel je lah. Percuma lagi tak payar bayor. Hang bukannya sibuk mana pun nak kena ada internet setiap masa. Whatsapps orang pun hang tak reply. Ada internet sibuk nak main filter muka anjing.

Aduh pedih. Haha.


Alhamdulillah. Selamat mendarat di lapangan terbang baru Istanbul Grand Airport (IGA) atau dikenali dengan nama Istanbul Airport (IST)

Yang kita selalu dok baca sebelum ni Turki akan mempunyai sebuah lapangan terbang terbesar di dunia, inilah dia Istanbul Grand Airport. Kalau hangpa rasa KLIA2 dah cukup luas, hat ni lagi luas. Jenuh jugak nak berjalan kalau nak cari gate keluar je pun.

'Cikis' bukan sejenis biskut. Cikis adalah bahasa Turki yang bermaksud 'keluar'. Kelihatan di situ geng-geng Awan Dania segak berbaju kuning keluar dari IGA.

Nak cari jalan keluar dari Istanbul Grand Airport ni bukan main jauh kalah KLIA2. Besaq sungguh wei! Mujur ada escalator buat orang yang malas berjalan macam abang ni. Nak gerak dari satu tempat ke depan nu mudah sikit.

Turun flight tadi dah siap-siap pi tandas semua. Yang abang pelik airport bukan main besaq tapi tandas tak banyak, siap kena beratur la tunggu orang lain menyudahkan hajat. Bukan dekat Sitanbul ja, dekat Muscat pun sama sebelum ni!

Tandas KLIA2 jugak terbaik. Banyak dan bersih pulak tu. Haha.

Tandas kat Turki masih lagi ada air paip untuk hangpa beristinjak, tak payah bawak keluaq guna tisu basah yang hang beli kat Guardian lagi. Haha.

Kami mencari tempat nak naik bas dari Istanbul Grand Airport ni ke pusat bandar Istanbul. Pusat bandar Istanbul pulak ada 2 tempat yang menjadi pilihan untuk pengunjung, sama ada Taksim atau Sultanahmet. Dua-dua kawasan ni jauh antara satu sama lain. 

Kami pilih untuk menginap di kawasan Sultanahmet dulu awal-awal ni. Minggu depan balik dari Bursa baru kami rancang nak lepak duduk di Taksim pulak.

Mengikut congakan abang, tempat bas ada di bahagian bawah bila tengok papan tanda yang disediakan. kami pun ronda habis jugaklah satu lapangan terbang ni cari tempat nak naik bas. Dok baca banyak bunyi 'Cikis,cickis' ni rupanya maksud dia exit atau keluar.

Sampai la kami ke tempat naik bas. Bas Havaist (Havalimani = Airport) ni dia memang bergerak dari airport ke pusat bandar dan patah balik dari bandar ke airport ja. Dia bukan bas antara bandar. Selalunya banyak pelancong yang naik bas ni kalau dah turun di Istanbul Grand Airport ni.

Mula-mula kena cari dulu platform mana yang kita harus tunggu. Cari ja bas Havaist nombor IST-20 dia akan berhenti di Sultanahmet. Ada tulis di kawasan sekitar platform bas kalau hangpa tak faham & untuk lebih kepastian. Tak faham lagi boleh terus tanya abang bas yang bertugas.

Sebelum nak naik bas kita kena ada kad Istanbulkart dulu. Kad ni lebih kurang macam kad TouchnGo. Boleh beli di tepi platform. Ada mesin warna kuning tepi tu yang hangpa boleh beli kad ni dan topup/reload duit dalam kad ni.

Tambang bas 18 Lira (RM14.00) seorang untuk ke Sultanahmet. Kad Istanbulkart ni kami beli sekeping ja sebab boleh kongsi sampai5-6 orang. Kad ni sahaja harga dia 6 Lira (RM4.50). Nak naik bas ke tren ke apa boleh guna satu kadi ni ja kongsi ramai-ramai.

Jarak perjalanan dari Airport Istanbul ke Sultanahmet mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bas akan berhenti dulu turunkan penumpang di beberapa hentian sebelum hentian terakhir di Sultanhamet sbelah Masjid Biru (Blue Mosque).


Ni tempat nak tunggu bas dari Istanbul Aiport ke pusat bandar Istanbul. Macam abang nak pi belah Sultanahmet yang ada Masjid Biru tu. Kena cari bas ke 'Sultanahmet'

Siapa yang 'pendik'? Kalau si Asriyanti dia kepit. Haha.

Sebelum nak naik bas kita kena beli dulu Istanbulkart ni. Dia macam kad TouchnGo. Kena reload dulu duit dalam kad ni, baru boleh guna nak naik bas nanti. Harga Istanbulkart 6 Lira (RM4.50). Tambang bas pulak dari Airport Istanbul ke Sultanahmet 18 Lira (RM14.00)

Letak beg bawah bas akan dapat satu resit macam ni beserta nombor. Nak ambik beg masa turun nanti kena tunjuk balik resit ni. Takut tertukar & tersalah beg.

Bas hangpa jangan risau setiap setengah jam akan ada sekali bas dari Airport Istanbul ke pusat bandar. Abang turun flight tadi pukul 7.00 malam, pukul 8.00 malam baru naik bas. Dok melilau pusing-pusing dalam airport dulu tadi.

Jarak perjalanan dari Airport Istanbul ke Sultanhamet mengambil masa lebih kurang 45 minit. Bas ada setiap setengah jam sekali. Satu kad Istanbulkart tu boleh kongsi untuk 4-5 orang.

Bas berhenti di hentian terakhir betul-betul di sebelah Masjid Biru (Blue Mosque). Sini adalah hentian terakhir bas dari Airport Istanbul. Kawasan ni dia panggil Sultanahmet.

Alhamdulillah. Sampai jugak kami di tanah yang diimpikan untuk dijejaki. Terpesona sekejap bila sampai Istanbul ni. Terpesona dengan orang dan negaranya.

Turun bas di Sultanahmet, kami melepak berkelah dulu dalam kesejukan pekena jagung bakar panas-panas yang dijual di kawasan sekitar Masjid Biru. Si Asriyanti mengepalai agenda membeli jagung. Tak sabar betul dia. Mujurlah dia belanja. Kalau tak abang nak kutuk lagi ni.

Harga setongkol jagung bakar lebih kurang 4 Lira (RM3.00) camtu. Hangpa jangan tiba-tiba mintak boh marjerin ka susu ka. Memang takda. Orang Istanbul makan jagung dengan garam. Dia tabuq garam selonggok atas jagung bakar tu, makanlah hangpa.

Suhu malam-malam kat luaq ni boleh tahan sejuk. Kena pakai baju sejuk siap-siap dah. Indah betul sambil makan jagung boleh tengok sekitar halaman Masjid Biru. Orang pun ramai lagi yang dok meronda di kawasan ni.

Dah kenyang makan jagung, tibalah masanya untuk menapak cari penginapan yang kami dah tempah menerusi AirBnB. Adik abang tempah kata dia ambik apartment yang ada dua bilik. Sekarang ni kita kena bukak peta dan cari jalan.

Dah la telefon semua pun bukan ada internet. Buka offline maps la yang ada dalam Google Maps tu. Abang dah simpan siap-siap lokasi apartment AirbnB tu sebelum tu.

Naik bukit turun bukit jalan lebih kurang 2KM jugak abang rasa jumpalah apartment yang kami booking tu. Mengah jugak rasanya. Istanbul ni kalau tak fit jangan buat main ooo! Semua jalan dia jenis berbukit dan bergunung-ganang!

Elok ada orang jual jagung bakar panas-panas pulak depan tu.

Tak dan apa lagi member kita tak menyempat-nyempat dah beli jagung bakar. Setongkol 4 Lira (RM3.00)

Boleh pulak berkelah makan jagung bakar kat tepi ni. Dah la sejuk kat luaq malam-malam ni. Masa kami pi ni suhu di Istanbul sekitar 7-8 darjah Celcius.

Hai tak sejuk ke dik malam-malam ni. Hang mana boleh makan jagung dik.

Ni contoh duit Turkish Lira. Masa kami pi bulan November hari tu kadar tukaran Lira kepada Ringgit lebih kurang 1 Lira = RM0.75. Murah!

Matawang Turkish Lira (TL) jatuh teruk sejak akhir-akhir ni. Kalau dulu 1 Lira pernah sampai RM2.00-3.00. Tapi sekarang Lira dah jatuh merudum teruk. Kalau masuk Siam kita rasa mahal, tapi masuk Turki kita rasa murah. Ni sekarang ni bulan Januari 2020 ni Turkish Lira turun lagi, 1 Lira = RM0.68 ja. Wah untung banyak.

Sekian sahaja kisah perjalanan dan pengalaman abang naik penerbangan Oman Air dari Kuala Lumpur ke Istanbul.
Untuk kisah perjalanan seterusnya kami di Istanbul abang akan sambung dalam catatan selepas ni. 

Ni dok cerita pasal Oman Air sahaja pun makan berpuluh jam dah masa menulis. Tapi bagus jugaklah menulis simpan kat blog ni, sekurang-kurangnya orang lain pun dapat ambik sikit info dan pada masa yang sama abang pun tak terlupa. 

Kalau tak tulis ni mesti hilang ditiup angin ja memori-memori semua. Gambar pun entah ke mana. Ni kalau rasa rindu-rindu boleh jugak belek-belek tengok gambaq lama balik. Kawan tanya pun kalau tak ingat abang rujuk kat blog ni balik je segala perincian perjalanan semua.

Abang mana pernah buat itinerary. Tulisan di catatan ni lah itinerary abang semata-mata. Kalau hangpa nak itinerary perjalanan '360 Jam Turki Balkan' ni hangpa kena tengok la catatan-catatan abang.

Nampak macam poyo la pulak kan. Haha.

Ok sampai di sini la kot catatan abang untuk '360 Jam Turki - Balkan | Part 1 : Pengalaman Naik Oman Air Dari KL ke Istanbul'. Insyaallah abang akan istiqamah untuk menulis kisah selepasnya, berapa modal, berapa kos, duduk kat mana kat Istanbul ni. Nantikan!

Assalamualaikum.


*Bagi teaser sikit