Iklan

13 September 2013

Cambodia-Thailand Overland Project - Part 4: Bayon Temple


Fuh ! Lama tak menulis rasanya. Semenjak bulan puasa dan raya lepas, penyakit malas yang tiada ubat semakin menjadi-jadi. Tambahan pula dengan dengan projek overland baru-baru ini : Indochina 'Long Way Back' Project yang mengambil masa hampir 20 hari. Nak tau cerita kena tunggu.

Nak sambung cerita Cambodia-Thailand Overland yang tak habis-habis lagi. Asyik dok sangkut ja. Kat mana kita berhenti hari tu? Okey kat Bayon Temple. Bayon Temple ni terkenal dengan ukiran batu yang menyerupai muka manusia dengan pelbagai ekspresi yang pelik. Kami berkayuh ke Bayon Temple dari Kompleks Angkor Wat. Boleh tahan jugak jauh dalam cuaca panas terik ni. Ada juga melalui kawasan hutan-hutan yang sedikit redup. Panorama tanah berdebu memang biasa di mana-mana di bumi Cambodia. Juga melalui pintu-pintu gerbang lama yang menjadi tinggalan sejarah di Angkor Wat ni.

Petikan dari Wikipedia ;-

Bayon (Bahasa Khmer: ប្រាសាទបាយ័ន, Prasat Bayon) adalah candi agung Kerajaan Khmer di kawasan Angkor, Kamboja. Dibangun pada akhir abad ke-12 hingga awal abad ke-13, candi yang kaya ukiran ini adalah candi agung resmi kerajaan yang bersifat Buddha Mahayana yang dibangun atas prakarsa Raja Jayawarman VII. Candi Bayon berdiri menjulang tepat di pusat ibu kota milik Jayawarman VII Angkor Thom. Setelah Jayawarman wafat, candi ini kerap diubah fungsinya menjadi candi Hindu dan Buddha Theravada sesuai keinginan raja berikutnya.


Ciri utama candi Bayon adalah terdapat banyak wajah berukuran raksasa dengan ekspresi yang tenang, teduh, dan anggun, terukir pada menara-menara candi yang mengelilingi puncak utama. Candi ini juga terkenal dengan dua set bas relief yang menampilkan kombinasi antara mitologi, sejarah, serta adegan sehari-hari di masa Kerajaan Angkor. Kini upaya pemugaran utama dilakukan oleh pihak konservasi Jepun untuk pelestarian Angkor (Japanese Government team for the Safeguarding of Angkor/JSA) yang menggambarkan candi ini sebagai "sebuah perwujudan paling mengagumkan dari gaya barok" dalam Architecture Khmer, yang dibandingkan dengan gaya klasik Angkor Wat.

Pintu gerbang lama di dalam kota Angkor Wat. Ada utara, selatan, timur dan barat. 

Jalan berdebu di pepohon kayu dalam kawasan Angkor Wat.

Nak mudah sewa tuk-tuk satu hari. Tak payah susah-susah mengayuh macam kami.

Salah seorang team line-up yang hilang pagi tadi.

Kayuh lagi dan lagi. Bayon Temple masih belum kelihatan.

Pintu gerbang lagi.

Parking basikal di hadapan Bayon Temple. Harus berkunci.

Jalan masuk ke Bayon Temple.

Melangkah masuk ke perkarangan Bayon Temple ala-ala Indiana Jones.

Pelancong Korea dan Jepun pun ramai melawat Bayon Temple ni.

Jalan masuk ke Bayon Temple juga dari batu-batu yang disusun.

Bayon Temple Entrance.

Berbincang dulu.

Bayon Temple.

Makcik Korea di sebelah memanggil-manggil lakinya di bawah.

Ukiran batu-batu di sekitar Bayon Temple.


Salah satu ukiran batu di Bayon Temple.

Yang melukis pun ada tengah-tengah panas ni di Bayon Temple.

Subjek lukisan.

Bayon Temple. Nampak tak muka orang atas tu.

Bayon Temple.

Batu-batu yang dibentuk di Bayon Temple. Bila pegang memang rasa lain batu dia.

Capturing moment in Bayon Temple.

Ada banyak pintu dan lorong yang boleh dilalui di Bayon Temple ni.

Bayon Temple dengan ukiran batu berwajah manusia.


Sami-sami Buddha pun banyak melawat Bayon Temple ni.

Yang ni ada guide yang terangkan kisah Bayon Temple.

Bayon Temple - The Smiling of Cambodia.

Built around 1190 AD by King Jayavarman VII, Bayon is a Buddhist temple but it incorporates elements of Hindu cosmology.


Adegan Indiana Jones di Bayon Temple.

"Mona Lisa of Southeast Asia."

Ada sesuatu yang menjadi perhatian pengunjung di Bayon Temple ni. Tak sempat gua nak menyibuk.

Sami Buddha.

Bayon Temple is surrounded by two long walls bearing an extraordinary collection of bas-relief scenes of legendary and historical events.

Masih belum puas menjelajah Bayon Temple.

Yang buat video ada, yang ambil gambar ada.

Gambar kenang-kenangan penulis di Bayon Temple.


Rakyat Malaysia. Bukan Cambodia.

Bayon Temple.

Bayon Temple.

Bayon Temple.
Jangan nak sedap-sedap bertenggek kat sini.


Bayon Temple.


Ni ada patung yang rebah.

Cambodia-Thailand Overland Project Line-Up.

Panas-panas pekena ayaq kelapa memang pergi !

Harga lebih kurang di Malaysia. Kurang RM 3 sebiji.

Lepas puas melawat Bayon Temple, kami meneruskan kayuhan ke Ta Prohm Temple, lokasi dimana Angelina Jolie berlakon filem Tomb Raider suatu ketika dulu. Sebelum tu pekena ayaq nyoq (kelapa) yang dijual di tepi jalan dalam kawasan Angkor Wat. Memandangkan makan tengahari kami terpaksa ditunda ke waktu malam, kami sempat bantai pisang beberapa biji buat alas perut. Bersambung !

Bersambung ke Part 5: Cambodia-Thailand Overland Project : Ta Phrom Temple


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...