Iklan

27 Februari 2014

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 2 : Mui Ne (Day 1)


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Masih berkisarkan tentang Indochina 'Long Way Back' Overland Project. Sambungan kisah semalam di Saigon. Pagi ini kami bangun awal bersiap untuk menaiki bas ke Mui Ne. Bas dijadualkan berangkat jam 9 pagi berhampiran Jalan Pham Ngu Lao. Kalau ikutkan ada sarapan percuma yang akan disediakan oleh Ms Thu Guesthouse, tapi bila kami nak check-out dia takda. Kami tinggalkan kunci bilik di atas meja lobi guesthouse dan berlalu pergi. Tak sampai 5 minit terdengar suara sayup-sayup memanggil kami. Rupanya Ms Thu. Dia betul-betul tak ingat kami nak ke Mui Ne pagi tu. Kalut dia cari sarapan untuk kami. Dia belikan roti french crossant yang banyak terdapat di sekitar Vietnam ni buat bekal sarapan kami dalam bas. Memang terbaik layanan dia. Sangat disyorkan untuk menginap di sini.

Kami menaiki bas yang dijanjikan dari Saigon ke Mui Ne dengan tiket open bus tour yang dibeli semalam dari Ms Thu. Kali pertama merasa naik sleeping bus. Sebelum naik, penumpang diminta menanggalkan kasut dan diberi plastik bag untuk menyimpannya. Sleeping bus di Vietnam memang layan jugak, ada dua tingkat katil dan selimut. Gua pilih katil atas, maka kena memanjat sikit untuk naik. Pandangan dari dalam bas memang menarik untuk disaksikan. Banyak yang naik pun mat saleh 2-3 kumpulan buat riuh belakang bas.

Jarak perjalanan dari Saigon ke Mui Ne lebih kurang 5 jam perjalanan. Lebih kurang jam 2.00 petang kami tiba di pesisir pantai Muine. Bas akan menurunkan penumpang di hadapan pejabat syarikat bas tersebut. Di pejabat inilah kita boleh menempah perjalanan kita untuk hari berikutnya. Rancangan kami bermalam di Muine 2 malam sebelum ke Hoi An. Maka di sini kami tempah perjalanan bas ke Hoi An untuk hari lusa. Operator bas akan reserve-kan tempat duduk untuk kita dalam bas yang menuju ke Hoi An dari Mui Ne pada hari tersebut. Mudah kan?

Naik bas dari Saigon ke Muine. Semua pun geng backpacker jugak.

Keadaan dalam sleeping bus Vietnam.

Roti ni liat-liat sikit, banyak terdapat di Vietnam. Mana-mana tempat pergi mesti jumpa. French croissant.

Akak katil bawah merenung masa depan.

Lebuhraya di Vietnam

Lalu bandar Phan Thiet dulu sebelum tiba di Mui Ne.

TV macam-macam channel ada di Vietnam ni. Semua alih bahasa.

Duy Vu Guesthouse, Mui Ne.


Selasai satu urusan, urusan mencari penginapan pula di Mui Ne. Konsep kami mudah. Redah sampai ke sudah. Tak pernah tempah (booking) apa-apa guesthouse pun secara online. Cuma riki-riki sikit harga pasaran sesuatu tempat tu. Dari pejabat syarikat bas, kami berjalan kaki meninjau kawasan sekitar Mui Ne. Ada banyak hotel-hotel mewah di sini. Sampai di suatu kawasan, kami di sapa oleh orang tempatan yang menanyakan adakah kami mencari guesthouse untuk menginap. Kami ditunjukkan satu guesthouse yang menarik di celah-celah lorong berhampiran jalan besar Mui Ne. Duy Vu Guesthouse namanya. Harga dia pun menarik. $12 USD semalam dengan aircond, bilik air dalam semua siap. Nampak macam baru guesthouse ni, rasa macam kami yang rasmi dulu. Kami ambil terus 2 malam di sini.

Jalan pesisir pantai Mui Ne.

Hotel dan resort mewah di kiri kanan jalan Mui Ne.

Resort kami bermalam. Duy Vu Guesthouse.

Sesi berjalan bila bangkit dari tidur.

Resort di hadapan guesthouse kami.

Pantai Mui Ne yang mengalami hakisan ombak.

Angin kuat selepas hujan. Air surut.

Tebing dan tembok batu dibina bagi menghalang hakisan.

Main pasir.

Kerja-kerja pembinaan tebing bagi menghalang hakisan ombak.



Ala-ala drama gitu.

Berjalan dari hujung ke hujung pantai Mui Ne.


Takda apa pun sebenarnya ni.


Tolong ambil gambar mat saleh melompat.

Nak belajar main layang-layang di pantai Mui Ne? Sini la tempatnya.

Mui Ne Kiteboarding School.

Mui Ne Baywatch.

Risiko mandi manda di pantai Mui Ne.

Bola tampar pantai.

Main pasir, cari kepah semua ada.

Dah sampai hujung berjalan di pantai Mui Ne, keluar ikut resort ni. Nak mandi kat swimming ni pun takda masalah rasanya.

Resort mewah di Mui Ne.

Sempat main buai lagi.

Ok, kami dah nak keluar.

Di tepi-tepi jalan Mui Ne ada kedai-kedai cenderamata.



Lepas check-in Duy Vu Guesthouse di Mui Ne ni, apa lagi keluar barang untuk memasak la. Masak dalam guesthouse la seperti biasa. Menu yang sama. Sardin dan telur goreng. Akibat kekenyangan, sampai petang kami terlelap. Petang di Mui Ne dihabiskan dengan berjalan di pesisir pantai Mui Ne. Kebetulan lepas hujan pulak lepas tu. Angin memang kuat sungguh. Kami berjalan sampai ke hujung sebelum keluar melalui resort mewah yang ada di pesisir pantai. Berhampiran jalan besar Mui Ne ada kedai yang menjual cenderamata. Sempat membeli 2-3 ketul fridge magnet buat kenangan.

Beli pinggan plastik di kedai serbaneka.

Dengan modal hanya 200, 000 Dong ( ~ RM 30), hasilnya sangat puas hati.

Lobster.


Ratah udang dulu.

Kepah ke apa nama gua tak tau. Perah limau sikit, asa dia memang cun.

Sotong belum sampai lagi.

Makanan laut yang boleh dipilih di Mui Ne.


Waktu dah nak hampir Maghrib, kami masih berjalan mencari kedai serbanika untuk membeli kelengkapan memasak yang kurang. Nak cari pinggan mangkuk plastik. Mujur ada. Oleh kerana jalan pesisir laut Mui Ne yang panjang, kami terlajak berjalan hingga ke hujung jalan satu lagi. Patut rasa pelik semacam. Dekat-dekat situ pulak ada kedai menjual makanan laut. Bau dia memang terangkat. Kami disapa oleh salah seorang pelayan kedai makanan laut yang mengajak untuk mencuba makanan laut bakar di kedainya. Plan asalnya memang dah nak lari, tapi macam mana entah boleh terjebak untuk mencuba. Kedainya macam warung tepi jalan dengan suasana angin laut menderu laju. Mulanya agak was-was untuk mencuba, tapi setelah diyakinkan pelayan terbabit yang tahu kami ni muslim, apa salahnya kan. Bajet kami pun agak terbatas, jadi kami tanya apa yang kami boleh dapat dengan 100,000 Dong (dikongsi 2 orang). Katanya apa-apa pun boleh. Kami suruh dia campur semua makanan laut yang ada disitu untuk dibakar. Udang, sotong, kepah, macam-macam lagi lah. Hasilnya memang sangat-sangat puas hati. Siap dapat nasi percuma lagi, hasil muka 20 sen kami. Makan malam sudah, nak cari kopi ais Vietnam tak jumpa. Apa lagi balik tidur dengan tenang. Kroh ! kroh ! kroh !

Bersambung ke Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 3 : Mui Ne (Day 2)


// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //


12 ulasan:

  1. Betul ke hostel kat vietnam ambil pasport wkt nk check-in dan pulang waktu balik wkt check-out

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh takda lah. Passport kita sentiasa pegang. Cuma masa nak check-in dia minta passport untuk isi form yang berkaitan je.

      Padam
  2. Balasan
    1. Tambang bas dari Ho Chi Minh City ke Muine tak pasti berapa sebab kami beli tiket bas 'open tour' $30 USD dari Ho Chi Minh ke Hanoi. Bas akan berhenti mana mana tempat menarik macam Muine ni.

      Padam
  3. nak tanya. harga bilik 12usd tu sebilik ke sekepala?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga bilik tu yang $12 USD. Dia tak kira kepala. Kongsi berdua. Nak sumbat 3 orang pun boleh ni.

      Padam
  4. As'salam,

    boleh dapatkan detail bas ke mui ne? nak naik tren, masa tak kena. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Untuk jadual bas dari HCM ke Muine saya tak berapa pasti, tapi saya rasa ada di sebelah pagi dan petang bergantung kepada syarikat bas. Boleh Google cari tengok.

      Padam
  5. sambung baca..

    wo makan besar nampak..
    bln brpe ke sini yer? rse klau green season berbaloi ke sini..

    BalasPadam
  6. Mai ! Mai !
    Makan besar ! Makan besar !
    Kami mai bulan September masa ni.
    Rasa ok ja kot kalau nak mai waktu tu .

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Pacu laju-laju lari dari realiti. Buku merah jangan lupa bawak.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...