Pages

06 Mei 2011

Fixie, MountainBike dan Nouvo LC

 
Mountainbike
 
Fixie
Nouvo gua..hoho
Hari ni gua nak cerita pasal 3 jenis pengangkutan yang penting dalam hidup gua iaitu jeng,jeng,jeng..ada 3 beradik kat sini. yang pertama sekali, my Corratec a.k.a motorcross gua. Kedua, my Fixie a.k.a beskal pusing taman dan yang last sekali kuda tunggangan gua, Yamaha Nouvo LC.

Selangor Mountainbike Challenge 2011             
Pertama sekali nak cerita pasal mountainbike gua ni. Gua bela dia dari kecik lagi kira-kira 2 tahun yang lepas. Gua beli MTB ni dari Kedai Samy Batu Caves. Sapa yang main MTB taw la dia mana port tu. Odometer my Corratec ni dah cecah 1500KM. Maknanya cam pergi balik kampung gua kt Kedah 2-3 kali. Kalau di kalangan Mountainbiker, beskal ni boleh dikatakan untuk amatur. Walaupun untuk amatur, set yang dipadankan cukup berbaloi. Dengan brek hidraulik depan belakang (Kalah Nouvo LC gua), double wall rim, 27 speed deraileur sudah cukup untuk kabat (daki) bukit-bukit dan persekitaran yang mencabar.

Yang keduanya nak cerita pasal basikal pusing taman gua iaitu Fixie. Basikal ni tiada brand tapi harganya boleh tahan. Dengan ketiadaan brek tangan dan hanya berbekalkan kemahiran membrek menggunakan kaki (lawan arah kayuhan), ianya sangat-sangat tidak sesuai untuk dibawa mendaki bukit. Preweng mati (flywheel mati) yang menjadi sebahagian daripada trademark basikal fixie ni kadangkala agak menyusahkan. tapi satu je yang best pasal basikal ni, ianya ringan dan senang untuk dikayuh berbanding dengan mountainbike. Setakat untuk perjalanan yang mendatar sahaja ianya tidak menjadi masalah untuk si pengayuh. Kalau jumpa bukit tu pandai2 le toloak atau tonton..hoho..

Terakhir sekali, kuda kesayangan gua yang sentiasa menemani gua dikala susah dan senang iaitu my Nouvo LC. Bersama dialah gua lencun, bersama dia jugaklah gua berpeluh. So far so good. Takda merengek-rengek lagi. Pancit pun tak pernah. Alhamdulillah segala perjalanan selama ini selamat. Minyak pun save bila pakai scooter ni. Mungkin teknologi TPS sensor Yamaha ni yang jadi begitu. Perjalanan Kuala Lumpur-Shah Alam pegi balik dua kali RM5 pun dah cukup. Mesti ada yang tak percaya, bila kowang try baru tahu betapa savenye scooter ni..

Akhir kata, mulakanlah perjalanan dengan sepotong doa. Walau apa sekalipun kenderaan yang anda gunakan, manusia tiada kuasa melainkan Allah yang Maha Kuasa keatas segala-galanya. Moga2 memperoleh perjalanan yang selesa dan selamat.Adios.Salam..=)

2 ulasan:

  1. Salam, basikal CORRATEC MTB abang tu.. Model apa eh? Tahun bila? Harga berapa?

    BalasPadam
  2. Corratec Baco. Tapi dah lama dah model ni. Beli 2009 dulu. Harga Rm 2000 masa tu.

    BalasPadam