Pages

22 Mei 2011

Solo Ride~Kuala Lumpur

Salah satu aktiviti di malam minggu yang menjadi favourite aku. Bukan merempit mahupun menyempit, solo ride with my Corratec menjadi pilihan. Destinasi yang menjadi pilihan ~ Kuala Lumpur. Kenapa Kuala Lumpur? Sebab dekat ngan rumah aku di Segambut Luar. Lebih kurang 7-8km ke Pusat Bandaraya via Jalan Ipoh.
KLCC
Solo ride yang selalunya tidak dirancang akan bermula pada sebelah malam lebih kurang jam 10 @ 11p.m. Pada waktu2 begini, selalunya akan ada geng2 yang mengajak berfutsal atau menonton EPL di mamak. Jika tiada aktiviti sebegini ,bila jiwa terasa bosan duduk di rumah barulah solo ride menjadi pilihan. Kenapa aku solo ride? Sebab geng2 aku masih kurang berminat walaupun telah diracun oleh aku beberapa kali. HoHo..

Posing dulu..
Sebenarnya di waktu malam minggu sebegini, banyak ragam dan aksi yang dapat diperhatikan di Kuala Lumpur, tempat lahir tipu daya. Yang merempit dengan motornya, yang bercouple dengan pasangannya dan banyak lagi contoh yang kadangkala kita sendiri tidak mahu lihat. Sebab tu lah aku suka solo ride malam2, untuk melihat realiti warga kota yang segelintirnya sudah mengenepikan agama dari gaya hidup. Arak, judi dan maksiat berleluasa. Diantara tempat2 yang anda boleh try lalu adalah seperti di Jalan P. Ramlee menghala ke KLCC di mana terdapat banyak kelab2 malam di kawasan ini. Dikelilingi pusat membeli belah, pusat2 maksiat turut kelihatan. Aku sengaja melalui kawasan ini dan kawasan sekitarnya dengan niat untuk dijadikan peringatan dan iktibar tentang kerosakan masyarakat yang melanda sekarang.

Menara Public Bank
Salah satu keseronokan bermountainbiking di malam hari adalah cuacanya lebih sejuk dan kurang asap pencemaran. Kalu rasa nak lompat dividider, nak loncat mana2 pun dipersilakanlah selagi tak jatuh. Jumpa roadblock pun wat muka selamba je lalu, takdanya pakcik2 polis tu nak tahan minta lesen ngan tunjuk roadtax. Sebab itulah motto seorang cyclist " NO LICENCE, NO ROADTAX". Terserempak juga dengan geng2 fixie. Selalunya mereka ini dalam kelompok yang agak ramai. Antara tempat2 menarik yang aku akan kunjung adalah KLCC, Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya. Lagi satu, antara keseronokan solo ride ni, aku suka skitching dari satu kenderaan ke kenderaan yang lain. Selalunya lori menjadi pilihan kerana slow and steady. Time skitching ni la banyak mata memandang. Mesti diowang pikir natang kejadah apa la mamat ni buat. Aku rasa korang pun mesti nak tau menda skitching ni kan, so pandai2 la google ye..hoho..adios..=)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan