Pages

22 Jun 2011

Kayuhan Solo | Gunung Jerai, Kedah

Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya mempunyai 1,217 meter. Aku solo ride ke puncak Gunung jerai ni dalam pertengahan tahun 2010. Alang2 dah balik kampung kat Sik, Kedah apa salahnya ride sekali. Hari Jumaat pada hari itu, hujan renyai2 pagi hari. Sarapan di Pekan Jeniang terus ke sini. Cuaca pagi selepas hujan agak nyaman dan berkabus. Waktu-waktu sejuk begini memang membangkitkan selera gua untuk berkayuh. Nyaman dan segar saja.

Parking kereta di kaki Gunung Jerai.
Pukul 7.00 pagi gua dah berada di kaki Gunung Jerai. Ambil masa kira-kira setengah jam jugak la dari Kampung Tupai, Sik nak ke Gunung Jerai ni. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui Pekan Jeniang sebelum jumpa pekan Gurun. Lepas pekan Gurun akan ada banyak pondok warung di kiri kanan jalan yang menjual produk berasaskan jagung seperti jagung rebus ataupun jaung dalam cawan. Jagung manis mentah pun ada. Kenapa kawasan ni banyak gerai jagung pun aku tak pasti. Rasanya dekat ngan sawah kot. 

Sampai-sampai unloading dulu my Corratec. MTB yang tak pernah mengecewakan aku. Ride without failure. Pancit pun tak pernah dalam ride dan jamboree. Sayang sangat kat ekaw.Hoho.Apepun snap gambar dulu sebelum ride wat kenangan kat cucu nanti. Insyaallah.

Unloading My Corratec dulu.


Bergambar dahulu sebelum memulakan kayuhan.
Awal2 pendakian agak santai. Dia saje je bagi panas badan dulu sebelum ke tahap yang lebih extreme. Jarak dari kaki gunung ke puncak lebih kurang 13 Km. Hutan di kiri kanan. Sesekali jumpa gak kera. Jalan ke puncak banyak liku2 yang tajam. Kereta pun kurang. Mungkin sebab di pagi hari Jumaat. Apa kejadah naik gunung hari Jumaat pagi kan? 
Di awal permulaaan pendakian Gunung Jerai dengan basikal bukit.

Sekali sekala berhenti rehat disebabkan laluan yang semakin mendongak. Kayuhan menggunakan gear yang paling ringan pun agak menyeksakan. Tak tahu mahu persalahkan siapa. Basikal atau sendiri. Teringat kata-kata '" Don't wish for lighter bike, wish for stronger legs". 

Cermin di setiap selekoh Gunung Jerai memberi panduan kepada pemandu.

Ambil nafas sat.
Laluan yang semakin menghampiri puncak agak berkabus disebabkan hujan. Peluh tetap juga mengalir keluar walaupun sejuk. Kadangkala berselisih dengan van yang membawa tourist dari kaki gunung ke resort di atas puncak. Lain macam depa pandang. Ada jugak geng-geng MTB lain yang dah turun. Pelik aku. Pukul berapa dorang naik nih? Gua naik pukul 7 pun tak sampai puncak lagi. Diorang dah turun?

Kabus Gunung Jerai
Dekat atas puncak sana ada dua simpang seperti dalam gambaq, kalau ke kanan ke Regency Jerai Hill , resort yang terbaek atas nih atau ke kiri ada ayaq terjun dan boleh pergi pencawang yang tertinggi sekali atas gunung Jerai ni. Pencawang yang kita dok tengok dari bawah kalau duduk kat area sekitar gunung Jerai nih.
Persimpangan di puncak Jerai

1200 m dari aras laut.
Ni antara panorama menarik yang kita boleh nampak kat Regency Jerai Hill ni. Ada masjid lagi atas nih. Aku pernah solat dalam ni dan nak amik wudhuk pun sangatlah sejuk airnya cam kat Fraser Hill. Senibina resort ni ala-ala British lebih kurang. Ada Restaurant (Harga jangan bicara), port lepak2 tengok pemandangan dan macam2 lagi. Dari atas ni korang boleh tengok pemandangan sawah padi yang terbentang luas sejauh mata memandang. Nampak jugak Pulau Bunting yang ada jambatan yang menghubungkannya dari Tanah Besar. Best woo dok atas ni tengok scenery yang asyik nih.
Panorama at Regency Jerai Hill
Dah puas aku snap sana sini, dan ini haya sebahagian dari gambar solo ride ke Jerai Hill. Tak larat den nak upload banyak2. Nak tgk dalam FB banyak. Hoho. Den pukul 11 lebih baru aku trun ke bawah. Perasaan turun downhill memang best. Nyaris2 terbabas dek sebab jalan licin selepas hujan. Apapun my Corratec tetap terbaek. Satu je yang aku pegang selama aku solo ride ni. " Manusia merancang, Allah merancang. Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik. Wassalam.
Paddy field

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum encik,saya seorang student sedang menjalankan satu projek tentang Gunung Jerai bagi semester akhir. Saya ingin memohon kebenaran encik untuk mengambil gambar-gambar di dalam blog ini untuk dimasukkan ke dalam projek saya dan dijadikan sebagai sumber rujukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Ya,dipersilakan.

      Padam
    2. Assalamualaikum..terbaiklh ride solo..sya pn suka ride solo..

      Padam
  2. Assalamualaikum tuan....estimate klu kayuh dr kaki ke puncak 13 km tu berapa jam. Tkasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Santai-santai kurang 2 jam boleh sampai atas bang

      Padam