Bila last sekali pergi Port Dickson berkelah lebih kurang 5-6 tahun yang lalu. Tapi tahun ni dalam 2-3 bulan yang lepas aku telah pun menjejakkkan kakiku semula ke kawasan perkelahan yang terkenal di kalangan penduduk Kuala Lumpur. Tiada plan hanya sekadar jalan2 cuti hari minggu bersama keluarga. Hari sabtu Port Dickson memang terkenal dengan pasar malamnya. Suasana yang agak meriah ditambah dengan keasyikan melihat panorama matahari di ufuk barat terbenam benar2 mempersona.
Kebetulan sebelum itu, terlihat iklan di Mudah.my yang menyatakan terdapat sebuah track di Port Dickson yang menyediakan perkhidmatan menjual Buggy dan ATV. Disini juga turut disertakan khidmat menyewa Buggy dan ATV untuk pengunjung yang hadir. Harganya juga berpatutan. Banyak juga benda2 lain yang boleh lakukan disini. Menurut owner, banyak pelancong luar dan pembuat iklan bikin iklan kat sini.Meh layan gambar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan