Pages

18 Mac 2014

Cambodia Thailand Overland Project : Tribute to Faris Hakim Hamzah

Assalamualaikum w.b.t. Catitan kali ini khas untuk sahabat rapat, Faris Hakim Bin Hamzah yang telah kembali ke Rahmatullah. Beliau adalah salah seorang geng atau ahli yang mengikuti perjalanan Cambodia-Thailand Overland Project bersama gua pada April tahun lepas. Pemergian beliau pada usia 24 tahun amat mengejutkan. Moga Allah mencucucri rahmat ke atas beliau. Al-Fatihah.

“ Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “

Dari-Nya kita datang,
Kepada-Nya kita kembali.

Allah lebih sayangkan mu sahabat.
Semoga Allah tempatkan dirimu dlm kalangan orang soleh.
Suatu hari nanti, kami pasti menyusulmu.

(1989-2013)
Al-Fatihah.







Cambodia-Thailand Overland Project Travelogue Video by Faris Hakim Hamzah










13 Mac 2014

Saturday Breakfast Ride | Kuala Klawang via Hulu Langat

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Masih berkisarkan dengan dunia permotoran. Dinamakan 'Saturday Breakfast Ride' atau sesi tunggangan mencari sarapan di hujung minggu. Kali ini berkisahkan tunggangan hari minggu atau 'weekend ride' ala-ala touring yang dianjurkan oleh kami geng The Highlanders Motorsport. 

Ini semua adalah hasil idea akhir beberapa hari sebelum tu. Sembang mulut dah memang lama hendak merasai selekoh Kuala Klawang yang hangat diperkatakan oleh kaki-kaki ride, tetapi tidak kesampaian sehinggalah ke waktu ini. Seperti biasa, menjadi tugas gua melakukan rutin memeriksa peta perjalanan dan laluan mana yang akan ditempuh. 

Jentera yang terlibat kali ini bukanlah motorsikal berkuasa besar atau superbike akan tetapi cukup sekadar dengan jentera kapcai dan juga skuter.

Hanya 3 buah motorsikal sahaja yang terbabit dalam hari kejadian. Dua buah kapcai dan sebuah skuter. Antaranya adalah Yamaha Nouvo LC 135 (gua), Suzuki Belang 150 (Affendy) dan Honda Dash 110 (Ahmad). 

Ride ke Kuala Klawang, Negeri Sembilan kali ini berlangsung dua minggu awal sebelum Cameron Highland Ride yang diceritakan pada catatan sebelum ini. Jarak yang ditempuh pergi balik adalah lebih kurang 300 KM melalui 3 buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Tujuan utama aktiviti Saturday Breakfast Ride ini diadakan adalah untuk merasai sendiri lenggok selekoh jalan Hulu Langat - Kuala Klawang yang hangat diperkatakan para bikers tegar. 

Jalan yang berbukit-bukau disertai dengan selekoh-selekoh tajam menjadi idaman para bikers. Kebanyakan geng motorsikal berkuasa tinggi menjadikan Kuala Klawang ini sebagai trek mingguan mereka.  

'Kuala Klawang International Circuit'

Laluan / Route

Kuala Lumpur (Desa Pandan) - Bukit Ampang - Batu 14 Hulu Langat - Kuala Klawang - Simpang Pertang - Durian Tipus - Karak -Bentong (Jalan Lama) - Genting Sempah - Jalan Gombak Lama - Kuala Lumpur



Sesi touring dan cornering (meleper) menjelajah 3 buah negeri dalam satu hari. Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Legasi 585. Yamaha Nouvo LC 135 & Sym VTS 200.

Perjalanan bermula di sebuah restoran mamak di Desa Pandan. Janji dalam pukul 9 tayar golek, tapi pukul 11 baru gerak.

Sesi memenuhkan tangki minyak sebelum memulakan perjalanan ke Hulu Langat.

Skuter Yamaha Nouvo LC sedia beraksi.

Honda Dash 110 yang turut serta dalam ride Kuala Klawang ini.

Sekatan jalanraya semasa menghampiri Bukit Ampang.

Cukup dokumen tak ada masalah.

Di awal perjalanan dari Batu 14 Hulu Langat menuju Genting Peras.

Ambil kiri menuju Kuala Klawang. Jalan ke Semenyih / Kajang yang ditutup akibat tanah runtuh.

Nak ke Sungai Gabai semua simpang kanan sebelah ni.

Ada beberapa stage atau peringkat di sini. Stage 1 Kuala Klawang.

Bukan Genting Perah. Jalan Genting Peras menuju ke Kuala Klawang.

Sesi bergambiran saudara Affendy dan Ahmad.

Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar. Jarang -jarang kereta melalui kawasan Genting Peras ini.

Jalan menuju ke Kuala Klawang. Peringkat ketiga atau Stage 3 selesai.

Berhenti menunggu rakan-rakan lain.

Isi minyak dahulu, takut tak sempat sampai di pekan Kuala Klawang.

Jalan menuju ke Hulu Langat.

Matahari terik memancar di atas kepala.

Selamat tiba di pekan Kuala Klawang.

Bersungguh nak bergambar di mercu tanda Kuala Klawang.

Berhenti berteduh akibat kebas punggung.

Menghampiri bandar Karak ketika ini.

Dusun durian Karak.

Alhamdulillah. Yamaha Nouvo LC meluncur laju tanpa sebarang masalah.


Topup minyak lagi. Suzuki Belang agak kuat mengketedarah minyak.

Stiker The Highlanders Motorsport.

Stiker The Highlanders Motorsport ditempek di merata tempat.

Balik dari Genting Sempah melalui jalan lama Gombak. Singgah di kedai kelengkapan aksesori motorsikal, Bike Cheap.

Harga terbaik yang ditawarkan di kedai Bike Cheap ini. Pemilik pun muda lagi dan ramah.

Kedai Bike Cheap Gombak yang menawarkan pelbagai barangan kelengkapan motorsikal.

Walaupun kedai Bike Cheap ini kecil, tapi padat dengan barangan motorsikal.

Saudara Razlan sedang memilih helmet di Bike Cheap, Gombak.

Tahukah anda, motor bukan main banyak stiker dan tayar dah tukaq besar tapi sekadar bersembang di kedai kopi?

Sembang di kedai kopi saja tak guna jika tak merasai sendiri selekoh Kuala Klawang?.Sembang sesiapa pun boleh sembang tapi pengalaman melalui sendiri jalan ni hanya hangpa saja yang tahu.

Jangan jadi hero jalanan di Lebuhraya DUKE sahaja pergi balik kerja. Sesekali 'test power' tengok di jalan Kuala Klawang ni. Bukan cc jadi ukuran tapi jiwa.

Sunday Breakfast Ride | Cameron Highland via Sungai Koyan

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.

Berhenti sekejap cerita Indochina 'Long Way Back' Overland Project. Masuk cerita motorsikal pulak. Kecelaruan identiti nih. Tak tahu nak cerita mana dulu.

Dua minggu lepas, berlangsungnya aktiviti 'weekend ride' atau dalam bahasa Melayunya dipanggil 'sesi tunggangan hujung minggu'. Aktiviti mengejut yang dirancang secara tiba-tiba oleh gua disokong oleh sahabat-sahabat The Highlanders Motorsport yang lain. 

Rancangan asal adalah sebanyak 4 buah biji motorsikal (termasuk gua yang menggunakan skuter). Akhir sekali, yang tinggal hanya berdua sahaja yang 'ON' oleh kerana masing-masing mempunyai agenda dan komitmen di tempat lain. Dah jadi duo ride lah pulak.

Dua orang pun jadi. Laluan untuk ride hujung minggu ini boleh dikatakan agak jauh. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 500 KM untuk satu pusingan (loop) bermula dari Kuala Lumpur dan berakhir juga di Kuala Lumpur. 

Laluan yang dipilih adalah melalui Ulu Yam, Batang Kali seterusnya ke Kuala Kubu Bharu. Dari Kuala Kubu Bharu, kami mengikuti jalan ke Fraser Hill hingga ke Gap (Fraser Hill) dan sebelum tiba di pekan Raub. Perjalanan diteruskan dari Raub hingga ke Felda Sungai Koyan, sebelum memasuki jalan Sungai Koyan-Ringlet yang menjadi highlight untuk ride kali ini. Balik dari Cameron Highland, kami melalui jalan lama Ringlet-Tapah seterusnya memasuki Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Jentera yang digunakan bukanlah motorsikal berkuasa tinggi. Hanya berbekalkan sebiji kapcai dan sebiji skuter, kami membelah jalan berbukit-bukau pergunungan Banjaran Titiwangsa. Member gua si Affendy dengan Suzuki Belang 150 dan gua dengan Yamaha Nouvo LC 135. 

Laluan kali ini secara puratanya banyak merentasi kawasan selekoh berbukit bermula dari Ulu Yam dan Fraser Hill. Tujuan utama ride kali ini ingin merasai sendiri perjalanan touring dan cornering bermotosikal dengan enjin berkapasiti kecil. 

Laluan Sungai Koyan hingga ke Ringlet yang luas dan panjang sesuai untuk motorsikal berkuasa tinggi berikutan high speed corner-nya yang panjang. Tidak hairanlah setiap hujung minggu memang ada saja kumpulan motorsikal berkuasa tinggi melayan selekoh Sungai Koyan-Ringlet ini.

17 jam bersama Yamaha Nouvo LC membelah Banjaran Titiwangsa.

Laluan

Kuala Lumpur (Mont Kiara) - Ulu Yam - Batang Kali - Kuala Kubu Bharu - Fraser Hill (Gap) - Raub - Felda Sungai Koyan - Ringlet - Tanah Rata - Brincang - Tapah - Kuala Lumpur.

Peta perjalanan touring kami dari Kuala Lumpur ke Cameron Highland melalui Sungai Koyan.

Suzuki Belang dan aksesorinya sedia beraksi.

Laluan Kuala Kubu Bharu menuju ke Fraser Hill.

Jalan Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill berhampiran empangan .

Tiba di Gap Fraser Hill. Berhenti minum seketika sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Raub.

Hari minggu di Fraser Hill. Ramai yang beriadah di sini sama ada berbasikal atau bermotosikal melayan selekoh tajam.

Lepak minum menghilangkan dahaga di warung Gap Fraser Hill. Suasana hutan yang redup dan sejuk. Kebanyakan kumpulan motorsikal juga singgah di sini.

Laluan menuruni bukit dari Fraser Hill ke Raub.

Jalan  berselekoh yang sunyi di antara Fraser Hill dan pekan Raub

Puas layan corner Fraser Hill, tiba di Tranum sebelum ke pekan Raub.

Bilangan kenderaan yang melalui jalan Raub ke Fraser Hill boleh dibilang dengan jari. Memang sunyi walau di hari minggu.

Selamat tiba di pekan Raub. 

Pekan Raub.

Boleh join geng The Highlanders Motorsport di Facebook. Aktiviti menarik hujung minggu bersama kami.

Pekan Raub.
Kami hanya berhenti mengisi minyak di Kuala Kubu Bharu, Raub, Sungai Koyan dan Ringlet. Di samping itu, simpanan minyak diisi di dalam botol dan disimpan di bawah seat untuk kecemasan. Mana tahu minyak tidak mencukupi untuk tiba di stesen minyak berikutnya. Keadaan jalan dan cuaca agak baik pada hari itu. Keadaan panas membahang dirasai semasa melalui kawasan Felda Sungai Koyan dan POS Betau. Kami melepak seketika di stesen minyak Petronas Sungai Koyan merehatkan badan sebelum menyambung perjalanan melalui POS Betau ke Ringlet.

Secara keseluruhannya, penggunaan minyak untuk touring Cameron Highland dengan skuter Nouvo LC ini adalah kurang dari RM 25.00. Balik rumah pun masih ada baki minyak. Suzuki Belang 150 pakai minyak lebih sikit dari Nouvo LC gua, mungkin kerana kapasiti enjin yang lebih besar dari Yamaha Nouvo LC 135.


Minyak spare harus ada bagi memastikan kelancaran perjalanan. Tak pernah guna pun untuk Nouvo L. Cukup untuk ke stesen minyak sterusnya.

Petronas Sungai Koyan yang menjadi pitstop bagi pelancong yang kebanyakan dari Cameron Highland yang ingin ke Taman Negara Pahang.

Petronas Sungai Koyan. Satu-satunya stesen miyak di sini. Isi minyak disini dahulu kerana tiada stesen minyak semasa dalam perjalanan ke Ringlet nanti.

Ambil simpang kiri ke POS (Perkampungan Orang Asli)  Betau untuk ke Ringlet dari Felda Sungai Koyan.

Jalan Sungai Koyan ke Ringlet yang luas.

Geng motorsikal berkuasa tinggi menunggu rakan-rakan mereka di Ringlet.

Saudara Affendy bersama Nasi Ayam Cameron Highland di Tanah Rata.

Berhenti lepak makan di Tanah Rata sebelum ke Brinchang.

Strawberry.

Strawberry 4 kotak RM 10.

Strawberry Cameron Highland.

Jagung Cameron.

Balik dari pasar Brinchang singgah ladang teh BOH untuk sesi bergambar.


Suzuki Belang 150 dan Yamaha Nouvo LC di Tanah Tinggi Cameron.

Cadangan asal nak melawat kilang BOH, tapi dah tutup waktu petang.

Sesi bergambar bersama jentera setelah berjaya mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highland.

Daun teh.

Agak sejuk waktu-waktu petang di Cameron HIghland.

Sepetang di ladang teh BOH, Cameron Highland dengan jentera masing-masing.

Ladang teh BOH.

Yamaha Nouvo LC berjaya mengharungi perjalanan berbukit-bukau tanpa sebarang masalah.

Jalan lama Cameron Highland - Tapah.

Lata Iskandar Tapah di waktu senja.

Suzuki Belang 150 berlatarbelakangkan Lata Iskandar, Tapah.

Baru gua tahu kereta Volkswagen ni isi minyak di bahagian depan.

Isi minyak di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebelum memecut pulang ke Kuala Lumpur dalam kedinginan malam.
Setelah 17 jam perjalanan melayan selekoh-selekoh bukit terbaik di Malaysia ini, kami selamat tiba di Kuala Lumpur kembali. Alhamdulillah perjalanan dengan kapcai dan skuter ini lancar tanpa sebarang masalah.

Lebih kurang jam 10.00 malam jugak kami sampai di Tol Jalan Duta. So far so good. Tiada masalah dengan Yamaha Nouvo LC gua. Perjalanan balik hari ke Cameron Highland dengan jarak lebih kurang 500 KM melalui kawasan hutan dan pergunungan.

Nak tengok video ? 

Video

)