Iklan

13 Mac 2014

Sunday Breakfast Ride | Cameron Highland via Sungai Koyan

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.

Berhenti sekejap cerita Indochina 'Long Way Back' Overland Project. Masuk cerita motorsikal pulak. Kecelaruan identiti nih. Tak tahu nak cerita mana dulu.

Dua minggu lepas, berlangsungnya aktiviti 'weekend ride' atau dalam bahasa Melayunya dipanggil 'sesi tunggangan hujung minggu'. Aktiviti mengejut yang dirancang secara tiba-tiba oleh gua disokong oleh sahabat-sahabat The Highlanders Motorsport yang lain. 

Rancangan asal adalah sebanyak 4 buah biji motorsikal (termasuk gua yang menggunakan skuter). Akhir sekali, yang tinggal hanya berdua sahaja yang 'ON' oleh kerana masing-masing mempunyai agenda dan komitmen di tempat lain. Dah jadi duo ride lah pulak.

Dua orang pun jadi. Laluan untuk ride hujung minggu ini boleh dikatakan agak jauh. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 500 KM untuk satu pusingan (loop) bermula dari Kuala Lumpur dan berakhir juga di Kuala Lumpur. 

Laluan yang dipilih adalah melalui Ulu Yam, Batang Kali seterusnya ke Kuala Kubu Bharu. Dari Kuala Kubu Bharu, kami mengikuti jalan ke Fraser Hill hingga ke Gap (Fraser Hill) dan sebelum tiba di pekan Raub. Perjalanan diteruskan dari Raub hingga ke Felda Sungai Koyan, sebelum memasuki jalan Sungai Koyan-Ringlet yang menjadi highlight untuk ride kali ini. Balik dari Cameron Highland, kami melalui jalan lama Ringlet-Tapah seterusnya memasuki Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Jentera yang digunakan bukanlah motorsikal berkuasa tinggi. Hanya berbekalkan sebiji kapcai dan sebiji skuter, kami membelah jalan berbukit-bukau pergunungan Banjaran Titiwangsa. Member gua si Affendy dengan Suzuki Belang 150 dan gua dengan Yamaha Nouvo LC 135. 

Laluan kali ini secara puratanya banyak merentasi kawasan selekoh berbukit bermula dari Ulu Yam dan Fraser Hill. Tujuan utama ride kali ini ingin merasai sendiri perjalanan touring dan cornering bermotosikal dengan enjin berkapasiti kecil. 

Laluan Sungai Koyan hingga ke Ringlet yang luas dan panjang sesuai untuk motorsikal berkuasa tinggi berikutan high speed corner-nya yang panjang. Tidak hairanlah setiap hujung minggu memang ada saja kumpulan motorsikal berkuasa tinggi melayan selekoh Sungai Koyan-Ringlet ini.

17 jam bersama Yamaha Nouvo LC membelah Banjaran Titiwangsa.

Laluan

Kuala Lumpur (Mont Kiara) - Ulu Yam - Batang Kali - Kuala Kubu Bharu - Fraser Hill (Gap) - Raub - Felda Sungai Koyan - Ringlet - Tanah Rata - Brincang - Tapah - Kuala Lumpur.

Peta perjalanan touring kami dari Kuala Lumpur ke Cameron Highland melalui Sungai Koyan.

Suzuki Belang dan aksesorinya sedia beraksi.

Laluan Kuala Kubu Bharu menuju ke Fraser Hill.

Jalan Kuala Kubu Bharu ke Fraser Hill berhampiran empangan .

Tiba di Gap Fraser Hill. Berhenti minum seketika sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Raub.

Hari minggu di Fraser Hill. Ramai yang beriadah di sini sama ada berbasikal atau bermotosikal melayan selekoh tajam.

Lepak minum menghilangkan dahaga di warung Gap Fraser Hill. Suasana hutan yang redup dan sejuk. Kebanyakan kumpulan motorsikal juga singgah di sini.

Laluan menuruni bukit dari Fraser Hill ke Raub.

Jalan  berselekoh yang sunyi di antara Fraser Hill dan pekan Raub

Puas layan corner Fraser Hill, tiba di Tranum sebelum ke pekan Raub.

Bilangan kenderaan yang melalui jalan Raub ke Fraser Hill boleh dibilang dengan jari. Memang sunyi walau di hari minggu.

Selamat tiba di pekan Raub. 

Pekan Raub.

Boleh join geng The Highlanders Motorsport di Facebook. Aktiviti menarik hujung minggu bersama kami.

Pekan Raub.
Kami hanya berhenti mengisi minyak di Kuala Kubu Bharu, Raub, Sungai Koyan dan Ringlet. Di samping itu, simpanan minyak diisi di dalam botol dan disimpan di bawah seat untuk kecemasan. Mana tahu minyak tidak mencukupi untuk tiba di stesen minyak berikutnya. Keadaan jalan dan cuaca agak baik pada hari itu. Keadaan panas membahang dirasai semasa melalui kawasan Felda Sungai Koyan dan POS Betau. Kami melepak seketika di stesen minyak Petronas Sungai Koyan merehatkan badan sebelum menyambung perjalanan melalui POS Betau ke Ringlet.

Secara keseluruhannya, penggunaan minyak untuk touring Cameron Highland dengan skuter Nouvo LC ini adalah kurang dari RM 25.00. Balik rumah pun masih ada baki minyak. Suzuki Belang 150 pakai minyak lebih sikit dari Nouvo LC gua, mungkin kerana kapasiti enjin yang lebih besar dari Yamaha Nouvo LC 135.


Minyak spare harus ada bagi memastikan kelancaran perjalanan. Tak pernah guna pun untuk Nouvo L. Cukup untuk ke stesen minyak sterusnya.

Petronas Sungai Koyan yang menjadi pitstop bagi pelancong yang kebanyakan dari Cameron Highland yang ingin ke Taman Negara Pahang.

Petronas Sungai Koyan. Satu-satunya stesen miyak di sini. Isi minyak disini dahulu kerana tiada stesen minyak semasa dalam perjalanan ke Ringlet nanti.

Ambil simpang kiri ke POS (Perkampungan Orang Asli)  Betau untuk ke Ringlet dari Felda Sungai Koyan.

Jalan Sungai Koyan ke Ringlet yang luas.

Geng motorsikal berkuasa tinggi menunggu rakan-rakan mereka di Ringlet.

Saudara Affendy bersama Nasi Ayam Cameron Highland di Tanah Rata.

Berhenti lepak makan di Tanah Rata sebelum ke Brinchang.

Strawberry.

Strawberry 4 kotak RM 10.

Strawberry Cameron Highland.

Jagung Cameron.

Balik dari pasar Brinchang singgah ladang teh BOH untuk sesi bergambar.


Suzuki Belang 150 dan Yamaha Nouvo LC di Tanah Tinggi Cameron.

Cadangan asal nak melawat kilang BOH, tapi dah tutup waktu petang.

Sesi bergambar bersama jentera setelah berjaya mengharungi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highland.

Daun teh.

Agak sejuk waktu-waktu petang di Cameron HIghland.

Sepetang di ladang teh BOH, Cameron Highland dengan jentera masing-masing.

Ladang teh BOH.

Yamaha Nouvo LC berjaya mengharungi perjalanan berbukit-bukau tanpa sebarang masalah.

Jalan lama Cameron Highland - Tapah.

Lata Iskandar Tapah di waktu senja.

Suzuki Belang 150 berlatarbelakangkan Lata Iskandar, Tapah.

Baru gua tahu kereta Volkswagen ni isi minyak di bahagian depan.

Isi minyak di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebelum memecut pulang ke Kuala Lumpur dalam kedinginan malam.
Setelah 17 jam perjalanan melayan selekoh-selekoh bukit terbaik di Malaysia ini, kami selamat tiba di Kuala Lumpur kembali. Alhamdulillah perjalanan dengan kapcai dan skuter ini lancar tanpa sebarang masalah.

Lebih kurang jam 10.00 malam jugak kami sampai di Tol Jalan Duta. So far so good. Tiada masalah dengan Yamaha Nouvo LC gua. Perjalanan balik hari ke Cameron Highland dengan jarak lebih kurang 500 KM melalui kawasan hutan dan pergunungan.

Nak tengok video ? 

Video

)

6 ulasan:

  1. Hi Bro

    Best you punye expidisi 500km!

    Nak tanye, apa keadaan jalan raya Bkt Fraser ke Raub? Jalan smooth atau rekahan dan berlubang?

    Sekian

    KuhenKV

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Kuhen !

      Jalan dari Bukit Fraser ke Raub yang berliku boleh dikatakan agak smooth dan cantik, cuma ada sesetengah tempat yang tak berapa elok. Secara keseluruhannya boleh dikatakan baik.

      Padam
  2. menarik...saya naik mtr 30 minit dah kejang pinggang..T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun kejung punggung jugak. Haha

      Padam
  3. baru pikir nk beli nouvo lc ni. ulang alik kl batang kali ikut ulu yam ok ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok ja. Tapi sekarang Yamaha dah tak keluarkan model Nouvo LC ni. kalau yang ada pun stok lama tak pun yang 2nd hand ja.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...