Sambungan dari 180 Hours Trans Borneo : Menumbok / Beaufort
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Setiap minggu pada hari Ahad, akan berlangsung Pasar Gaya atau dipanggil Tamu Gaya di Kota Kinabalu ini. Tamu Gaya diadakan di sepanjang Jalan Gaya bermula seawal pagi hingga jam 2.00 petang.
Pelbagai barangan boleh didapati di sini. Antaranya adalah baju, cenderahati dan makanan poplar tempatan. Suasana di Tamu gaya ni memang meriah dengan kehadiran orang ramai dan pelancong luar ke sini pada hujung minggu.
Pelbagai barangan boleh didapati di sini. Antaranya adalah baju, cenderahati dan makanan poplar tempatan. Suasana di Tamu gaya ni memang meriah dengan kehadiran orang ramai dan pelancong luar ke sini pada hujung minggu.
Gua pun tidak terkecuali mengambil kesempatan berkunjung ke Tamu Gaya di Kota Kinabalu ni. Waktu tu pun dah hampir pukul 10.00 pagi. Dari Australian Place, tempat gua menginap untuk ke Jalan Gaya tidaklah begitu jauh. terletak di seberang jalan besar sahaja.
Agak sesak jugak Tamu Gaya pagi itu dengan orang ramai berikutan minggu tersebut adalah minggu cuti sekolah. Gua meronda berjalan kaki sekitar Tamu Gaya dari hujung ke hujung. Panjang juga Tamu Gaya ni dengan pelbagai jenis barang diniagakan. Gua tak beli apa-apa pun. Cuma sempat ambil gambar sekeping dua.
Agak sesak jugak Tamu Gaya pagi itu dengan orang ramai berikutan minggu tersebut adalah minggu cuti sekolah. Gua meronda berjalan kaki sekitar Tamu Gaya dari hujung ke hujung. Panjang juga Tamu Gaya ni dengan pelbagai jenis barang diniagakan. Gua tak beli apa-apa pun. Cuma sempat ambil gambar sekeping dua.
Tamu Gaya sesak dengan kehadiran pelancong dan orang ramai. |
Permulaan Jalan Gaya. |
Orang ramai berpusu-pusu ke Tamu Gaya di Kota Kinabalu. |
Skuter unik yang dipamerkan oleh Sabahan Scooterist. |
Modifikasi ekstrem skuter di Sabah. |
Yamaha Ego dengan tayar kancil. |
Belek-belek skuter unik ni dulu. |
Kedengaran bahasa-bahasa dari semenanjung di Kota Kinabalu ini. |
Tapak jaja Pasar Mingguan Jalan Gaya. |
Di Tamu Gaya ini bermacam jenis barang ada. Ikan hiasan salah satunya. |
Salah sebuah peniaga poskad dan cenderamata di Tamu Gaya. |
Keychain Sabah. |
Alatan pertukangan yang dipromosi di Tamu Gaya. |
Antara peniaga di Tamu Gaya juga menjual Kopi Borneo. |
Biji kopi Robusta. |
Buah-buahan. |
Gua pun tak tahu nama apa ni. Macam makanan. Ada dijual di Tamu Gaya. |
Anak-anak pokok. |
Tamu atau Pasar Gaya yang menjual anak-anak pokok buah-buahan. |
Pokok-pokok hiasan. |
Madu lebah. |
Sarapan pagi di Tamu Gaya yang dibungkus dalam plastik. |
Kuih-muih. |
Kuih 3 biji RM 1.00. Harga lebih kurang di Semenanjung. |
Khemah-khemah peniaga Tamu Gaya. |
Kerepek-kerepek dan kekacang. |
Buah-buahan yang siap di-pack. |
Pokok bunga orkid. |
Pokok Belalai Gajah. |
Pokok ni sangat popular di Tamu Gaya. Mana-mana pun boleh jumpa. |
Magnet Peti Ais |
Jambu air. |
Pam angin. |
Tamu Gaya, Kota Kinabalu. Orang semenanjung barangkali. |
Tamu Gaya, Kota Kinabalu. |
The Jesselton Hotel Kota Kinabalu. Jesselton merupakan nama lama bagi Kota Kinabalu. |
Tamu Gaya, Kota Kinabalu. |
Tamu Gaya, Kota Kinabalu. |
Peta perjalanan bas bandaraya Kota Kinabalu. |
Bermacam barangan yang anda boleh jumpa di Tamu atau pasar Jalan Gaya ini. Dari pokok bunga sehinggalah ke pakaian. Tidak hairanlah Tamu Gaya ini menarik pelancong luar dan orang tempatan ke sini.
Gua melepak sat dengan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah yang membuat survey di Tamu Gaya. Saja abang melayan sekejap peminat-peminat abang. Lagi pun gua memang tak ada program apa pun waktu tu.
Cuaca panas membahang dapat dirasai di Kota Kinabalu waktu tu. Mungkin kedudukannya yang berdekatan dengan laut. Gua balik semula ke hostel di Autralian Palace untuk berkemas.
wah.......saya suka tamu gaya...
BalasPadam