Pages

18 Jun 2014

The Highlanders : 2 Puncak Ride - Bukit Tinggi & Genting Highlands

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Masuk pulak cerita ride atau tunggangan hujung minggu bersama kumpulan The Highlanders Motorsport. Hanya 4 orang ahli sahaja yang terlibat iaitu Ahmad, Razlan, Fendi dan juga gua sendiri. Empat buah jentera yang terbabit dalam ride kali ini. Dua buah skuter dan 2 buah kapcai. Nouvo LC 135, SYM Symphony SR 150, Honda Dash dan juga Suzuki Belang 150 Agenda untuk ride kali ini adalah untuk mengasah tayar di sekitar Banjaran Titiwangsa iaitu di Bukit Tinggi dan Genting Highland. Setelah sekian lama tak meleper, masing-masing teruja dengan tunggangan kali ini. 

Tapak lokasi berkumpul adalah di Pelita Desa Sri Hartamas. Kami bermula agak lewat, lebih kurang jam 11.00 pagi menunggu orang itu dan orang ini. Laluan seperti biasa iaitu melalui Jalan Lama Gombak-Bentong hingga ke Genting Sempah sebelum memasuki Lebuhraya Karak sehingga ke persimpangan Bukit Tinggi. Dari Bukit Tinggi, kami turun semula ke Lebuhraya Karak menuju ke Genting Highland dan menuruni semula melalui Batang Kali dan Ulu Yam sehingga ke Kuala Lumpur.


Berkumpul di Desa Sri Hartamas

Stesen minyak Petronas Genting Sempah.

Stesen minyak Petronas Genting Sempah.

Memeriksa tekanan angin tayar.

Sesi menghilangkan kebas punggung di Genting Sempah.





Selamat tiba di Bukit Tinggi.

Berdiskusi pengalaman meleper masing-masing.







Genting Highland.

Laluan Genting Highland menuju Batang Kali

Berhenti di bahu jalan setup AEE Chest Mount

AEE Chest Mount cara kami.



Selamat kembali ke Kuala Lumpur.





Video yang dirakamkan melalui AEE Chest Mount

1 ulasan: