Pages

01 Jun 2014

The Highlanders : Tunggangan Malam Jalan Lama Gombak - Bentong

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Kisah kali ini berkisarkan pengalaman melalui Jalan Lama Gombak-Bentong pada lewat tengah malam . Idea tercetus selepas sesi Lepaking Teh Tarik (LTT) oleh ahli-ahli The Highlanders Motorsport sebelum itu. Sebanyak 5 buah motorsikal turut terlibat dalam aktititi larut malam ini. Tujuan, untuk melihat dan merasai sendiri suasana malam Jalan Lama Gombak Bentong yang selalu diceritakan sebelum ini.

Aktiviti berlangsung lebih kurang jam 3.00 pagi. Sebelum itu, kami berkumpul di Restoran Bistari Plaza Damas bagi menunggu ahli-ahli The Highlanders lain. Ada yang dari Putrajaya, dan ada yang datang dari Shah Alam. Cukup ahli, kami terus bergerak ke stesen minyak BHP sebelum Tol Lebuhraya Karak. Ada yang nak tukar lampu, ada yang nak pasang kamera lah sebelum itu untuk merakamkan perjalanan malam tu.

Jalan lama Gombak-Bentong memang gelap pada malam hari. Tak banyak kenderaan yang melalui jalan ini siang mahupun malam hari. Kalau ada kenderaan yang lalu pun kebanyakannya adalah lori. Perlukan lampu yang terang untuk melalui jalan ini pada waktu malam. Ada pokok-pokok dan dahan tumbang yang berselerak di atas jalan. Kelihatan juga kereta yang di parking di bahu jalan berhampiran jalan masuk ke Balai Polis lama yang menjadi tempat kajian paranormal.

Apa yang terjadi malam tu? Semuanya baik-baik sahaja. Boleh tonton video untuk kepastian lanjut. Ada sesuatu yang dibincangkan di kedai makan selesai aktiviti :)



Setting lampu.


Diskusi selesai aktiviti.




Video


7 ulasan:

  1. syok ar uolss gi dgn motor lagi rasa feel dia...lps raya hr tu aku pun lalu sini saja jln2 mlm2 nak tembus p genting amber court....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saja cr angin mlm utk rasa seram...

      Padam
    2. Saja cr angin mlm utk rasa seram...

      Padam
    3. Fuh dengaq bunyi 'cari angin malam untuk rasa seram' terus rasa seram!

      Padam