السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Hari Ahad lepas, buat kali keduanya gua ikut geng-geng THM (
The Highlanders Motorsport) ke Kuala Klawang International Circuit . Selepas aktiviti
Saturday Breakfast Ride | Kuala Klawang via Hulu Langat kali pertama ke sana beberapa bulan lepas, boleh dikatakan selalu jugak geng-geng THM meleper layan corner di jalan Hulu Langat - Kuala Klawang ni, cuma gua je yang tak ikut. Ada 2-3 biji kapcai pun jadi je selalu. Ketagih katanya.
Sesi tunggangan hujung minggu lepas disertai empat orang ahli sahaja. Fendi, Ahmad, Qhalif dan gua. Masing-masing bawa kapcai dan gua seorang je bawa skuter. Kalau dulu bawa skuter Nouvo LC, kali ini gua cuba bawa Sym VTS 200 pulak layan corner Kuala Klawang.
Sebelum
ride, dah nama
Sunday Breakfast Ride wajib kiranya melepak pekena sarapan pagi dulu di warung kampung Hulu Langat. Tunggu orang itu ini, jam 11.00 pagi baru dapat gerak. Alhamdulillah, cuaca panas molek hari tu. Tak berapa panas dan tidak pula hujan berikutan musim banjir sekarang ini.
Elok sampai di Kuala Klawang terus ke Lenggeng melalui Hutan Lipur Jeram Toi dan seterusnya ke Beranang. Ada jemputan kenduri kahwin salah seorang ahli THM. Nak dijadikan cerita skuter Sym gua pancit keluar dari rumah kenduri. Mujur ada kedai repair kereta berdekatan yang dibuka pada hari Ahad. Alhamdulillah dipermudahkan urusan si musafir. Minta tolong cucuk cacing di tayar dan kami meneruskan perjalanan ke Morib.
Laluan
Kuala Lumpur - Hulu Langat - Kuala Klawang - Lenggeng - Beranang - Semenyih - Putrajaya - Morib.
|
Kawasan Menara Tinjau Bukit Ampang yang telah ditutup. |
|
Dikatakan kawasan Menara Tinjau Bukit Ampang ini ditutup atas alasan tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF) |
|
Menara tinjau Ampang yang sudah dua tahun ditutup. Semak samun di kawasan sekitar. |
|
Pemandangan ibukota Kuala Lumpur dari Bukit Ampang. |
|
Pekena nasi lemak ayam di warung kampung Hulu Langat dulu sebelum ride. |
|
Ramai jugak orang bersarapan di warung kampung ni. Bukan sekadar nasi lemak, roti canai pun ada . |
|
Cukup korum. |
|
Fendi THM. Muka ada sikit manis. |
|
Singgah di kedai runcit Jalan Hulu Langat - Dusun Tua |
|
Suasana kampung Hulu Langat. |
|
Fendi THM dengan Suzuki Belangnya. |
|
Berhampiran simpang Pekan Batu 14 Hulu Langat. |
|
Sedap layan corner, tiba-tiba brader ni muncul. Dia layan sorang-sorang. Benda ni panggil Street Luge. |
|
Stage 1 Kuala Klawang International Circuit. |
|
Naik bukit dan turun bukit melayan corner Kuala Klawang. |
|
Geng kapcai sedap melayan corner Stage 1 Kuala Klawang. |
|
Agak gayat nak melayan selekoh Kuala Klawang bersama jentera Sym VTS 200. |
|
Iklan Sym VTS 200 di Kuala Klawang. |
|
Permulaan Stage 2 Kuala Klawang International Circuit. |
|
Persimpangan Jalan sungai Tekali. Kanan boleh menuju ke Semenyih. Kita ambik ke kiri untuk ke Kuala Klawang. |
|
Di belakang persimpangan ni sebenarnya ada empangan. Empangan Semenyih. |
|
Kawanan monyet di bahu jalan menghala ke Sungai Tekala. |
|
Ada kereta yang berhenti memberi makan monyet di sini. |
|
Bersedia memulakan Stage 2 Kuala Klawang. |
|
Tempat wajib berhenti memasuki Stage 2 Kuala Klawang. |
|
Stage 2 Kuala Klawang bermula. |
|
Empangan Semenyih di kanan jalan. |
|
Jalan yang kurang dilalui kenderaan. |
|
Penduduk tempatan. |
|
Hentian wajib Genting Peras. |
|
Semua dah sampai dulu di Genting Peras, gua yang terakhir tiba. |
|
Sesi membincangkan permasalahan corner di Genting Peras. |
|
Ahmad THM memeriksa Honda Dashnya. |
|
Genting Peras. Permulaan Stage 3 Kuala Klawang International Circuit. |
|
Kadang-kadang, terserempak dengan rider-rider lain yang datang dari arah Kuala Klawang di Genting Peras |
|
Batu tanda sempadan daerah Jelebu, Negeri Sembilan. |
|
Berakhir Stage 3 Kuala Klawang International Circuit. |
|
Lepak minum di MZ Corner, kedai tumpuan rider selepas melayan selekoh Kuala Klawang. Minyak petrol pun ada dijual di sini. |
|
Sesi tuang minyak motor di Kuala Klawang. |
|
Menghampiri pekan Kuala Klawang. |
|
Terkandas hujan lebat di Semenyih. |
|
Ahli-ahli THM lain di Pantai Morib, Banting. |
|
Hujan renyai-renyai mengiringi kami hingga ke Pantai Morib. |
|
Ride-ride juga, kewajipan jangan ditinggalkan. |
|
Jarak keseluruhan hampir 325 KM bila kembali semula ke Kuala Lumpur. |
Menarik tgk street luge tu...tak bahaya ke?
BalasPadamEm brader tu main street luge sorang-sorang dia ja !
PadamBest jugak ronda-ronda macam ni...lalu jalan yg jarang dilalui orang...
BalasPadamYup. Sedap meleper di Kuala Klawang ! Haha.
Padammerempit?
BalasPadamTak merempit. Lebih kepada 'touring' jarak jauh :)
Padam