Pages

26 Jun 2015

Iftar@KL 2015 | Berbuka Puasa di Dataran Merdeka

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



" Done iftar ! Pasni nak gi terawih pulak ! "
  
*Acah-acah geng-geng hipster kemaskini status di media sosial.

Alhamdulillah. Gua masih terpelihara dari terjebak dengan perkara-perkara sebegini. Tak tau la kot-kot lepas ni gua buat jugak.

Sebelum mulakan cerita tu gua nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1436 H dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat abang-abang dan kakak-kakak sekalian. 

Amacam puasa ?  Dah seminggu berpuasa ni kalian beriftar di mana ? Masak sendiri ke tunjuk-tunjuk je lauk di Bazar Ramadhan ?

Gua tak sempat lagi nak jejak Bazar Ramadhan. Minggu pertama puasa ni bukan main meriah depa kata. Bukannya apa gua tak nak pergi, yang menggugat iman bukan makanan yang dijual tapi sekumpulan manusia ber-legging buat 'reunion' di tengah laluan orang ramai.

Jem woi !

Kalau di rumah gua, takda la nak panggil istilah 'iftar' ni. Senang sebut 'bukak posa' ja. Kalau Sabah, Sarawak nu depa panggil ber-sungkai. Betulkan gua kalau salah.

Ok. Berbalik kepada tajuk.

Kalau hangpa rasa malas nak keluar duit ke Bazar Ramadhan atau pun malas nak memasak sendiri di rumah untuk berbuka puasa pada hujung minggu, gua boleh syorkan satu tempat di ibukota Kuala Lumpur untuk anda ber-iftar !

Di mana tu ?


Program berbuka puasa ini dianjurkan oleh Jabatan Kesenian & Kebudayaan Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tak perlu tempah-tempah tempat duduk ke apa. Datang dan duduk sahaja dengan selamba. Semestinya ianya percuma !

Majlis berbuka puasa ini diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad di bulan Ramadhan 1436 H ni. Meh tengok takwim.

Minggu Pertama : 20 & 21 Jun 2015
Minggu Kedua : 27 & 28 Jun 2015
Minggu Ketiga : 4 & 5 Julai 2015
Minggu Keempat : 11 & 12 Julai 2015

Majlis Iftar@KL minggu pertama Ramadhan tu dah berlangsung minggu lepas. Gua sempat pi terjah sorang-sorang minggu lepas hari Ahad. Bersama rakyat meraikan iftar di jalanan !

Gua tak nak sembang kemaih. Meh layan gambar sekitar program Iftar@KL 2015 !


Gua sampai Dataran Merdeka pukul 6.00 petang. Ramai dah pasang 'port' !

Majlis berbuka puasa Iftar@KL ni dia buat atas jalanraya depan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Boleh bawa keluarga, abang kakak tok nenek semua beriftar di program Iftar@KL di Jalan Raja ni.

Duduk je mana-mana ruang kosong yang ada di sini. Tanya dulu kot-kot ada orang dah parking sbelum tu.

Jenis yang cop-cop tempat pun ada. Melilau gua cari tempat kosong.

Senang gua duduk dengan pakcik-makcik ni. Depa orang susah. Tak ada protokol apa pun nak kena ikut.

Hamparan tikar panjang di majlis Iftar@KL. Setiap orang dapat pek makanan sendiri.

Pukul 6.30 petang, gua dah duduk bersila dah. Sambil duduk tu ada orang mengaji Al-Quran.

Pek makanan berbuka puasa Iftar@KL yang disediakan pihak penganjur. Air sirap tu kena beratur ambik sendiri.

Geng-geng pakcik yang duduk sebelah gua. Selain pelancong luar, golongan gelandangan pun turut berbuka puasa sekali.

Mat saleh, cina, india pun semua ada menunggu waktu berbuka puasa sekali.

Ruang kosong masih ada.

Pelbagai golongan dan lapisan masyarakat bergaul mesra sekali di program Iftar@KL.

Gua lebih senang bergerak sendirian ke mana-mana tempat lebih-lebih lagi acara awam.

Majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka ni dah dimulakan beberapa tahun lepas lagi.

Dalam set kotak makanan ni lengkap ada nasi, lauk paprik ayam, kurma dan juga air minuman

Orang ramai berpusu-pusu ambik air sirap sebelum berbuka puasa.

Kalau tak ada tempat duduk di tikar, ambik set makanan dalam kotak tu dan duduk la di padang rumput Dataran Merdeka pun boleh.



Lepas selesai iftar, anda tak perlu terkejar-kejar balik rumah atau cari masjid untuk solat Maghrib. Sepanjang berlangsungnya program Iftar@KL ni pengunjung boleh kalau nak solat Maghrib berjemaah di sini. Ada surau sementara yang disediakan. Makan banyak masa buka puasa kemudian sakit perut pulak ? Tandas pun ada. Usah gusar.

Program Iftar@KL 2015 ni berlangsung sehingga tengah malam. Lepas solat Maghrib berjemaah, ada tazkirah oleh ustaz-ustaz jemputan sebelum disambung pula dengan solat Isyak dan juga solat Tarawih di Dataran merdeka ni. Lepas sembahyang Tarawih, ada program Malam Kesenian Islam pulak.

Yang datang bukan calang-calang orang. Ustaz Don ada, M Nasir pun ada. Siap ada moreh lagi disediakan lepas tu untuk para pengunjung.

Nah ketik pautan tu untuk info segala macam Jadual Aktiviti Iftar@KL 2015



Gua sambung solat tarawih di Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Beratur ambik moreh. Kembara jauh-jauh boleh, tarawih sampai 8 rakaat ja.

Menu moreh Ramadhan ke-4 di Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Tahun 2014 lepas pun gua ada datang meraikan Majlis Berbuka Puasa di Dataran Merdeka ni. Tapi masa tu dia tak panggil lagi program 'Iftar@KL'. Masa tu program ni dinamakan 'Jom Buka Puasa'. Baru tahun ni dia tukar nama jadi Iftar@KL kalau tak salah. 

Kalau sebelum-sebelum ni dia buat di depan Panggung Bandaraya DBKL, baru tahun 2015 ni dia tukar lokasi dan tempat di pulak. Tikar dibentang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Masa tu tak ada lagi stail makan nasi dalam kotak macam tahun ni. Makan nasi dalam pinggan polisterin dengan gulai kawah tu tahun lepas !

Meh mengimbau sikit program 'Jom Buka Puasa' di Dataran Merdeka tahun 2014 lepas !


Majlis Berbuka Puasa Ramadhan 2014 diadakan di hadapan Panggung Bandaraya.

Meriah dengan orang ramai.

Ini dia Panggung Bandaraya DBKL kalau hangpa tak tau.

Majlis berbuka puasa tahun 2014 tak seramai macam tahun 2015. Pukul 6.00 pakat rilek ja lagi.

Makanan kena beratur ambik sendiri tahun lepas.

Atmosfera petang Ramadhan 1435 H sebelum buka puasa.

Bagi peluang dulu depa ambik makanan. Kita buat pecutan saat akhir.

Menu ringkas berbuka puasa di dataran Merdeka. Bubur lambuk wajib ada.

Syok duduk sorang-sorang tengok gelagat orang ramai.

Berkhatib sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Meraikan warga miskin kota.

Bacaan alunan ayat-ayat Al-Quran dari pentas utama.

Cari parking dulu, kemudian baru beratur ambik makanan buka puasa.

Masing-masing dah sedia dengan nasi lauk gulai kawah. Tunggu azan Maghrib ja.

Keadilan untuk Gaza. Bulan puasa lepas, Gaza dibedil teruk oleh rejim.

Ok. Tak lama dah. Tak lama dah. 

Anda patut cuba merasakan susana berbuka puasa di jalanan ini.

Itulah kisahnya bila berbuka puasa di Dataran Merdeka ni. Macam-macam ragam orang kita boleh tengok.

Selain di Dataran Merdeka, hangpa boleh juga cuba berbuka puasa di Dataran Perbadanan Putrajaya. Tapi dekat sini tak ada juadah atau makanan percuma. Kena beli atau bawa makanan sendiri. Bentang tikar pun sendiri-sendiri jugak. Layan jugak.

4 ulasan:

  1. Thanks for sharing hazwan. Solat magrib kt dataran ek before terawih di masjid jamek? Kalau kt dataran ada tmpt wuduk tandas semua? Sy xdpt nk bayang sebenarnya hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure !

      Di Dataran Merdeka semua kemudahan asas macam surau dan tandas semua ada. Ada khemah-khemah depa buat macam surau sementara. Saya lepas Maghrib terus gi Masjid Jamek, tak solat di Dataran Merdeka pun.

      Padam