Pages

27 Ogos 2015

Menjelajah Air Terjun Chamang

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Nak cari ubat panas badan musim panas dan berjerebu ni ?

Dah minum ayaq nyoq banyak biji namun panas badan masih belum kebah?

Nindia ubat panas badan paling mujarab abang jumpa. Abang sarankan kalian untuk berendam bermandi-manda di Air Terjun Chamang. 

Air Terjun Chamang ini terletak di daerah Bentong, Pahang lebih kurang 80 KM dari pusat bandar Kuala Lumpur. Jaraknya macam kita ke Air Terjun Sungai Chilling atau pun Lata Medang di Kuala Kubu Bharu. Tak jauh mana pun. Kalau dari KL lebih kurang dalam sejam setengah pun dah boleh sampai.

Cara senang untuk ke Air Terjun Chamang ni boleh ikut sahaja Lebuhraya Karak dari Kuala Lumpur. Keluar ikut susur keluar Bentong. Bila sampai di pekan Bentong, akan ada papan tanda penunjuk arah untuk ke Air Terjun Chamang. 

Cari simpang kiri ke Chamang lebih kurang 1 KM dari pekan Bentong. Terus sahaja hingga ke penghujung Jalan Chamang dan sampailah anda ke Air Terjun Chamang ini.

Kalau ikut Lebuhraya Karak pastinya kena tol. Kalau jenis kedekut dan nak jimat macam abang, kita ada pilihan laluan lain. Hangpa boleh ikut Jalan Lama Gombak-Bentong. Abang saja ikut jalan ni sebab tak ada tol dan minyak pun lebih jimat. Santai-santai sambil menghirup udara segar hutan sambil-sambil tengok orang kayuh basikal balik dari Jandak Baik dan Genting Sempah.





Kalut-kalut sangat pun nak pi mana. Tak lari Air Terjun Chamang tu. Abang bertolak dari rumah pun dah pukul 12.00 tengahari. Pukul 2.00 baru sampai di Air Terjun Chamang. Sebelum tu, abang singgah solat dulu di Masjid Daerah Tengku Sulaiman, Bentong.

Dari simpang jalan besar selepas pekan Bentong masuk ke Air Terjun Chamang, jarang juga nak selisih dengan kenderaan lain. Yang abang nampak banyak budak-budak muda naik motor bawa pelampung. Sah orang-orang dekat sini ni. Jalan dia pun agak sunyi dan sesetengahnya dikeliling hutan. Eh takkan tak ramai kot orang padahal hujung minggu ni hari Ahad.

Sangkaan abang meleset sama sekali. Sampai di pintu masuk Air Terjun Chamang, tu dia pengunjung punya la ramai ! Sampai jem la jugak tempat parking Air Terjun Chamang tu. Bertindan-tindan kereta.

Setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 seorang untuk masuk ke kawasan Air Terjun Chamang, manakala parking kereta pulak percuma di sini. Ada petugas di pintu masuk yang kutip duit. Parking kereta pulak ada dua kawasan, satu berhampiran air terjun dan satu lagi sebelum pintu masuk.


Ada jual ayaq kelapa depan Masjid Tengku Sulaiman, Bentong. Pantang jumpa ayaq nyoq mesti nak beli.

Ada deretan warung berhampiran Masjid Tengku Sulaiman. Goreng pisang ka keropok lekor ada dijual di sini.

Papan tanda arah di Air Terjun Chamang. Ada tandas, gerai dan tempat persalinan di kawasan air terjun.

Air Terjun Chamang, Bentong Pahang Darul Makmur.

Tahap kesukaran untuk diakses = Mudah

Air Terjun Chamang ni sangat mudah diakses. Hangpa tak perlu untuk trekking masuk ke dalam hutan tebal atau pun melintasi sungai untuk sampai di sini seperti mana Air Terjun Sungai Chilling, Air Terjun Sungai Pisang di Gombak mahupun Lata Medang di Kuala Kubu Bharu.

Segala kemudahan ada di sini antaranya tandas dan bilik persalinan. Persekitarannya juga agak bersih dan terjaga. Kalau rasa nak beli jajan ka apa, ada gerai-gerai kecik di sini. Jangan tanya abang ada tak restoran atau kedai nasi campur di kawasan Air Terjun Chamang ni. Memang tak ada. 

Kalau nak datang berkelah, bawa la makanan siap-siap dari rumah atau beli dulu apa yang patut di pekan Bentong. Makan nasi ulam petai tepi sungai ni layan jugak. 

Bila hangpa dah siap parking kereta, jalan kaki tak sampai 100 meter hangpa dah disajikan dengan pemandangan seperti ini.

Meh tengok gambar !

'Port' wajib bergambar orang ramai bila sampai di Air Terjun Chamang.

Pemandangan Air Terjun Chamang dari sini pun dah cukup cun.

Air Terjun Chamang di kala panas terik mentari.

Air Terjun Chamang, Bentong. Mana nak cari air terjun dengan pemandangan seperti ini.

Orang ramai sibuk berkelah di Air Terjun Chamang.

Sekeluarga berkelah makan nasi tepi ayaq sungai.

Abang tak kesah kalau orang nak berkelah, tapi lepas makan plastik-plastik tu tolong la kemas dan buang.
*Tiba-tiba emosional.

Kalau perut masing-masing pakat jaga, makan nak sedap. Sampah tu hangpa ingat sapa nak kutip bagi hangpa?
*gambaq sekadar hiasan.

Kawasan tumpuan ramai untuk berendam di Air Terjun Chamang.

Bagi can dulu depa mandi, lepas ni kita pulak masuk.

Geng-geng muda riang bermain air di Air Terjun Chamang.
Kawasan larangan sebenarnya untuk naik ke tingkat atas Air Terjun Chamang.

Tak ada benda lain yang lebih menggembirakan bila mana hang dapat berkelah sebelah ayaq terjun.

Gambar Air Terjun Chamang yang diambil menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi.

Ramai orang di hujung minggu.

Kalau rasa hebat sikit, boleh panjat untuk ke kolah tingkat atas.

Papan tanda zon bahaya dah jelas terpacak di Air Terjun Chamang ni.

Dapat rasakan tak kedinginan Air Terjun Hutan Lipur Chamang ?

Jumpa geng kupu-kupu di Air Terjun Chamang.

Abang cuba panjat naik atas sikit.

Air terjun yang mengalir deras terus ke bahagian bawah.

Ada yang melayan perasaan.

Ramai yang mandi di bahagian bawah.

Tak sabaq nak terjun haih !

Kat Air Terjun Chamang ni tak boleh main gelongsor-gelongsor macam di Lata Medang. 

Penampakan kelibat manusia di situ.

Perasan tak kelibat manusia di dalam gambar Air Terjun Chamang ni?

Syok tengok Air Terjun Chamang yang deras ni.
Aksi romantika pun turut ada di sekitar kawasan Air Terjun Chamang.

Dengaq bunyi air terjun semacam terapi.

Di Air Terjun Chamang, ada petunjuk bendera amaran. Kalau hijau tu boleh la mandi manda lagi.

Batu-batu besar.

Ada yang buat pengambaran hari tu di Air Terjun Chamang.

Titi gantung merentangi sungai Air Terjun Chamang.

Kena naik titi gantung untuk ke seberang sana.
Bawah titi gantung pun ada orang berkelah.

Sesuai bawa keluarga berkelah di Air Terjun Chamang. Tak perlu trekking jauh-jauh untuk sampai.
Orang ramai sibuk menyeberang menggunakan jambatan gantung Air Terjun Chamang.

Yang pastinya bukan abang. Ni geng pengambaran tadi.

Ada banyak lokasi dan ruang yang anda boleh pilih untuk berkelah di Air Terjun Chamang.

Bawa kelengkapan sendiri untuk berkelah seperti tikar. Ta ada perkhidmatan 'sewa tikar' mahupun 'sewa pelampung' di sini.

Menarik bukan sungainya?

Gayat juga abang naik titi gantung Air Terjun Chamang ni. Berenjut-renjut. Ada makcik sorang tu dekat setengah jam jugak meniti titi gantung ni baru selesai.


Pokok Pulai. Setiap pokok ada tag nama.

Kesejukan Air Terjun Chamang.

Nak berkhemah di Air Terjun Chamang? Tak ada masalah. Ada tapak khemah lagi di Dataran Dedaru.

Keluarga ni siap bukak kanvas.

Suasana redup menghampiri petang di Air Terjun Chamang.

Leka tengok ayaq sungai Air Terjun Chamang.

Air Terjun Chamang ni sebenarnya dah meragut banyak nyawa.

Maaf. Tak ada selfie. Memang abang akan ambil pemandangan kawasan sekitar mana-mana tempat abang pergi.

Tiba-tiba timbul makcik di di celahan batu. Tahu-tahu je abang tengah ambil gambar.

Susah nak jumpa ayaq terjun yang lawa dan mudah diakses seperti Air Terjun Chamang. 

Dapat berkhemah semalam macam keluarga ni pun layan jugak ni. 

Sekeluarga anak beranak ni. 

Papan tanda arah laluan denai Hutan Lipur Chamang.

Lagi petang lagi meriah orang mandi manda kat Air Terjun Chamang ni.

Kesian tengok mak ayah bawa budak kecik berkelah sekali.

Kalau abang mungkin tak bawa dah bayi kecil berkelah. Kesian woo !

Entah kenapa abang kesian sangat kat 'baby' ni. Abang tak kuat !

Air Terjun Chamang selalu berlaku kes kepala air. Kalau agak cuaca mendung nak hujan tu baik naik siap-siap.

Nak BBQ ke apa pun boleh dekat kawasan khemah Air Terjun Chamang.

Melayu, Cina, India semua pun ada. Tak ada masalah pakat mandi sekali.

Geng terjun tiruk pun ada.

Keriangan terpancar di wajah kanak-kanak bila dapat mandi sungai.

Geng Sikh bersidai di tepian air. Sejuk kot.

Sesi mandi manda bersama anak-anak di Air Terjun Chamang hujung minggu.

Abang rasa kebersihan kawasan Air Terjun Chamang ni cukup terjaga.

Jarang nak nampak plastik sampah orang buang.

Batu-batu besar dia pun boleh jadi jadi 'port' bermain di tepian air.

Kalau ramai sangat orang hujung minggu kat Air Terjun Chamang ni, cubalah pergi hari biasa. Pastinya lebih selesa untuk mandi-manda.

Lagi penampakan manusia di celahan batu Air Terjun Chamang.

Batu-batu besaq Air Terjun Chamang.

Lepak balik sebelah sini. Check cuaca macam nak hujan. Angin pun kuat semacam.

Bawa 'drone' sekali kot boleh terbang sampai tingkat atas Air Terjun Chamang. Cuaca mendung, GPS tak berfungsi. Kecewa.

Balik dari Air Terjun Chamang ikut jalan lama Gombak-Bentong, mesti ada benda tumbang tengah jalan. Kali ni pokok balak timpa wayar letrik. Habis bersepah tengah jalan.

Dinasihatkan kepada para pengunjung lebih berhati-hati bila mandi manda di sini. Air Terjun Chamang ni telah mencatatkan beberapa siri kemalangan yang melibatkan kematian sebelum ni. Tahun lepas ada seorang orang Myammar mati. Tahun ni tak pasti pulak. Kalau agak mendung-mendung nak hujan tu lupakanlah hasrat nak mandi. 

Di sini selalu berlaku kes fenomena 'kepala air'. Oleh sebab itu orang tua pesan, kalau hujan jangan mandi sungai. Mungkin di tempat kita mandi tu belum hujan, tetapi di hulu sungai mungkin dah lama hujan. 

Hangpa bayangkan air terjun yang sedia ada mengalir pun dah cukup deras, inikan pula bila hujan di hulu sungai pastinya isipadu air yang dibawa turut bertambah. Selalunya 'kepala air' ini berlaku secara tiba-tiba dan tak boleh dijangka.

Kalau rasa tak pandai berenang tu toksah gigih la nak mandi di kawasan lubuk Air Terjun Chamang ni. Mandi kawasan cetek-cetek dah la. Dah nama pun lubuk, kita tak tahu apa yang ada di bawah tu. Abang pernah terbaca ada suatu lubuk puaka di Air Terjun Chamang ni yang telah menelan banyak nyawa. Di mana lubuk tu abang pun tak pasti. Wallahualam.


Ni antara video yang sempat dirakamkan di Air Terjun Chamang.