Iklan

02 Januari 2014

Air Terjun Lata Medang, Kuala Kubu Bharu

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.



Mai dekat ! Mai dekat ! Rapat rapat !

Ni abang nak cerita pasai kisah jelajah air terjun pulak setelah gigih menghabiskan cerita Trans Java Solo Escape yang dah lama tertunggak. Ceritanya dah lama dah sebenarnya kami trekking ke Air Terjun Lata Medang ni, tapi baru sekarang abang berkesempatan nak kongsikan pada kalian.

Hujung minggu tak tau nak pi mana dan nak buat apa? Dah cemuih lepak Pavi?

Bagi geng bujang, sangatlah sesuai bagi anda berkunjung ke Air Terjun Lata Medang ni kalau ada kelapangan waktu di hujung minggu. Takkan lepak umah tengok TV ja kot? Sekali sekala terjah masuk hutan pulak.

Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak kecik, tidak disarankan untuk berkunjung ke sini kerana lokasinya terletak nun jauh di dalam hutan. Tak seperti Ulu Yam dan Sungai Gabai yang mana anda boleh usung tupperware dan bekas air untuk berkelah, Air Terjun Lata Medang ni anda tak boleh bawa kereta masuk dan parking di dalam. Kena trekking dulu dekat dua jam.

Air Terjun Lata Medang ini terletak di Kampung Pertak berhampiran pekan Kuala Kubu Bharu. Kampung Pertak ni merupakan sebuah perkampungan orang asli yang terletak berhampiran Sungai Pertak. Jikalau anda dari pekan Kuala Kubu Bharu, ikut ja jalan menuju ke Sungai Chilling atau Bukit Fraser. Jalan yang sama.

Sebelum sampai di Sungai Chilling, akan ada satu signboard ke kanan yang menunjukkan ke Kampung Pertak. Masuk simpang kanan tadi  dan anda akan melalui kawasan perkampungan moden orang asli hingga ke jalan kecil di mana terdapat jambatan gantung yang merentasi sungai.

Parking kereta anda di situ dan bersedia untuk trekking masuk ke dalam hutan. Tak perlu bayar parking ke apa, sebab memang tak ada pak guard yang bertugas di situ. Risiko meletak kenderaan ditanggung sendiri. Kawasan tersebut agak terhad dengan parking, jadi pandai-pandailah anda rancang perjalanan anda. 

Tidak seperti Air Terjun Chamang di Bentong yang anda boleh terjun mandi terus lepas parking kereta, untuk sampai ke lokasi Air Terjun Lata Medang anda perlu trekking lagi masuk ke dalam hutan lebih kurang 2 jam perjalanan dari lokasi parking kereta. Tiada jalan pintas atau jalan mudah untuk menjumpai 'harta karun' di tengah hutan ini.

Untuk panduan peta perjalanan, kami hanya cari di Google sahaja. Ada sekeping peta yang telah dilukis oleh pengunjung yang pernah sampai ke Air Terjun Lata Medang sebelum ini. Kami mengikuti sahaja peta tersebut oleh kerana terdapat beberapa simpang yang kritikal sepanjang laluan denai hutan.

Memang agak kurang berselisih dengan pengunjung lain di sini, tidak seperti di Sungai Chilling atau Sungai Pisang yang sememangnya ramai dengan pengunjung. Sepanjang perjalanan, kita boleh terserempak dengan orang asli tempatan dari suku Temuan yang menaiki scrambler meronda kebun mereka.

Malas nak tulis panjang, abang bagi panduan bergambar je lah ke Air Terjun Lata Medang.


Berehenti rehat di Empangan Kuala Kubu Bharu sebelum ke Lata Medang.

Berlatarbelakangkan Empangan Sungai Selangor dan gunung-ganang. Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar.

Air tasik Empangan Kuala Kubu Bharu yang biru.

Kalau musim kemarau boleh nampak pulau-pulau kecil di Empangan Kuala Kubu Bharu ni.

Sesi bergambar bersama rakan-rakan sekelas sebelum menyambung perjalanan ke Kampung Pertak untuk ke Lata Medang.

Tempat parking. Bersiap sebelum memulakan trekking ke Air Terjun Lata Medang.

Jambatan gantung pertama yang anda akan jumpa dari tempat parking Sungai Pertak.

Jambatan gantung lama yang merentasi sungai. Dari tempat parking tak jauh dah nak jumpa jambatan ni.

Orang asli suku Temuan dengan motor scrambler-nya nak masuk hutan.

Masing-masing masih bersemangat di awal perjalanan menuju Lata Medang.

Pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk trekking ke Air Terjun Lata Medang.

Untuk panduan ke Air Terjun Lata Medang, dari tempat parking kereta anda akan bertemu sebuah jambatan gantung lama yang merentasi Sungai Pertak. Ikut laluan tersebut hingga anda bertemu pulak sebuah jambatan yang runtuh yang melintangi sungai. Berhati-hati apabila melintasi sungai mengikut jambatan runtuh tersebut. Selepas melintasi sungai, teruskan mengikut trail atau laluan yang ada.

Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk ber-trekking masuk ke dalam hutan ni. Kalau boleh lengkap berkasut kerana jarak perjalanan yang dilalui hampir 12 KM pergi dan balik. Untuk ke Lata Medang, tak perlu untuk lintas sungai macam Sungai Chilling, cuma diawal perjalanan sahaja kita melalui jambatan gantung lama dan jambatan runtuh yang melintasi sungai.


Jambatan runtuh kedua yang merentangi Sungai Pertak.

Masing-masing terutama Maddin yang masih bertenaga di awal perjalanan.

Masing-masing boleh gelak pada mulanya sebelum pakat menyumpah-nyumpah bila nak sampai Lata Medang.

Ikut sahaja trail yang ada. Masih di awal perjalanan ke Air Terjun Lata Medang.

Pepohon kayu yang tinggi lagi redup sepanjang trail ke Lata Medang.

Jarak ke Air Terjun Lata Medang pergi dalam 6 KM dan balik 6 KM lagi.

Laluan rata di peringkat awal. Masih boleh tersenyum girang.

Biar kalah berlumba, jangan kalah bergambar. Air Terjun Lata Medang mesti dijejaki !

Melintasi balak tumbang di pertengahan jalan.

Pastikan jugak bawa bekalan air yang mencukupi. Boleh buat bergaduh kalau tak cukup air.

Masih steady ketika melintasi pepohon buluh ke Air Terjun Lata Medang.

Jarang selisih dengan orang bila ke Lata Medang ni.

Bekas tayar scrambler dapat dijumpai sepanjang perjalnan ke Air Terjun Lata Medang

Banyak pokok-pokok tumbang yang perlu diredah sebelum sampai ke Lata Medang.

Dah berjam-jam trekking, baru jumpa sumber air. Ingat dah dekat dah Air Terjun Lata Medang.

" Tak jauh dah, tak jauh dah " . Nak sedapkan hati.

Titi yang dibina masyarakat orang asli. Pastikan anda trekking hingga jumpa titi ini dulu.

Antara tanda penting sebelum jumpa Lata Medang adalah titi ini.

Titi kayu yang dibina masyarakat orang asli tempatan.

Berehat sebentar. Tatkala ini ramai yang sudah bersungut jauh lagi ke Air Terjun Lata Medang.

Panas terik. Mujur ada pokok-pokok besar yang memayungi kami.

Rehat lagi. Masing-masing mula bertanya bila nak sampai Air Terjun Lata Medang. 

Cerun curam. Perlu mendaki naik ke atas.

Rimbunan buluh lagi. Air Terjun Lata Medang masih belum kelihatan.

Ketika ini tiada istilah senyum.

Jumpa pokok ni kira dah dekat la tu nak samapi Air Terjun Lata Medang.

Kasut dah berselut.

Rehat lagi. Lata Medang masih belum kelihatan.

Hampir tiba di Air Terjun Lata Medang. Ada geng lain yang camping di Lubuk Mecu.

Jumpa titi lagi.

Scrambler orang asli tadi masa mula masuk.

Dah jumpa sungai. Lompat-lompat ke tingkat atas sampai jumpa Lata Medang.

Ni dia Lata Medang yang dicari !

Berehat lagi sebelum berendam di Lata Medang.

Dah jumpa Air Terjun Lata Medang, masing masing segan silu pulak nak mandi.

Lata Medang yang sejuk dan nyaman. Tak ada orang lain kecuali kami.

Calon pertama yang nak seluk kaki Air Terjun Lata Medang.

Calon kedua masuk air Air Terjun Lata Medang

Bersiram-siraman dulu sebelum gelongsor di Lata Medang.

Lata Medang memanggil-manggil untuk cuba gelongsor.

Kesan pacat semasa trekking ke Lata Medang.

Azfar cuba menangguk udang.

Main gelongsor-gelongsor di Air Terjun Lata Medang ni memang layan !

Kesejukan Air Terjun Lata Medang. Masalah sekarang nak naik bahagian atas tu licin.

Berkelah dengan makan roti sahaja di Lata Medang.

Di Lata Medang ni jugak ada ikan-ikan dan udang kecil.

Memang kurang orang atau boleh kata takda langsung orang kat Lata Medang ni.

Puas main gelongsor di Air Terjun Lata Medang.

Dari tadi menangguk udang, seekor pun tak dapat.

Maddin dah sejuk ketaq.

Lata Medang. Air terjun yang masih belum terusik dengan pencemaran.

Kalau Sungai Chilling dah terlalu mainstream, boleh cuba ke Air Terjun Lata Medang.

Pandangan dari atas Air Terjun Lata Medang.

Duduk bawah air sejukkan kepala.

Masalah dia sekarang nak naik ke atas ni batu dia licin.

Waktu petang memang takda orang. Selalunya depa trekking ke Lata Medang waktu pagi.

Silap kami dah sampai lewat di Air Terjun Lata Medang. Kalau tak boleh lepak lama sikit.

Gelongsor turun  Air Terjun Lata Medang !!

Bergambiran kenang-kenangan di Air Terjun Lata Medang.

Depa ni naik lagi satu tingkat Air Terjun Lata Medang.

Air terjun bertingkat Lata Medang.

Kalau kat Sungai Chilling dah tentu ramai. Di Lata Medang hanya kami sahaja.

Air terjun bertingkat Lata Medang. Ni lubuk bahagian atas.

Tiada istilah tiada tempat untuk menunaikan kewajipan bersolat.

Iklan singlet bersama ikan belacak.

Ikan ni banyak melekat di batu-batu. Geli-geleman je rasa bila dalam air.

Ikan-ikan kecil ada la. Jaga-jaga masuk seluar nanti.

Seseronok mana pun kita jelajah air terjun, solat jangan diabaikan.

Keindahan yang belum terusik. Rasa tak mau balik dari Air Terjun Lata Medang.

Lata Medang akan ku jejak lagi lain masa.

Balik dari Air Terjun Lata Medang melalui laluan sama. Titi runtuh Sungai Pertak.

Geng shooter siap boleh berehat bila sampai.


Sementara menunggu kawan lain tiba.

Ini pulak Sungai Pertak. Gua cuba menghampiri kawasan tengah, tapi kaki tak jejak dasar sungai. Dalam woo ! 

Sungai Pertak yang dingin. Cuma sedikit kotor dengan sampah sarap.

Sampah di Sungai Pertak.
Sungai Pertakyang mengalir jernih.

Apa yang syok dan menarik berkenaan Air Terjun Lata Medang ni adalah ianya kurang dikunjungi orang ramai dan masih belum tercemar oleh kerana lokasinya yang terletak nun jauh di dalam hutan.

Air Terjun Lata Medang ni sebenarnya bertingkat-tingkat dan terletak di kawasan tanah tinggi. Oleh itu, kita akan jumpa dulu Lubuk Mecu di bahagian bawah sebelum jumpa Lata Medang di bahagian atas. Ikan pun kita boleh tengok dekat sini tapi semuanya kecik-kecik, tak seperti di Sungai Chilling. Bagi yang suka berkhemah pulak, ada kawasan tapak perkhemahan berhampiran dengan Lubuk Mecu. Bolehlah kalau ada yang nak berkhemah di sana. Percuma.

Sebelum beredar pulang ke Kuala Lumpur, kami sempat melayan mandi-manda di Sungai Pertak dahulu. Lokasinya pula tak jauh dari tempat parking kereta berhampiran Kampung Orang Asli Pertak. Waktu pun dah petang menjelang senja, hanya kami sahaja yang berada di situ.

Tengahari tadi sebelum itu, masa melintasi Sungai Pertak tengok ada ramai jugak berkelah di sini disebabkan lokasinya yang boleh diakses dengan kenderaan hingga ke tepi sungai berbanding Air Terjun Lata Medang yang kami jelajahi tadi.

Sampah sarap agak banyak bertaburan sekitar Sungai Pertak ni. Pandai berkelah tapi tak pandai buang sampah. Sayang tengok tempat menarik sebegini dengan longgokan sampah. Pandai makan tak pandai buang. Kenyang perut suka hati. Kena kencing tikus, tempat kena tutup masa tu baru nak tepuk dahi. Lepas ni kalau dah kena bayar nak masuk baru hangpa nak merungut.


Tips ke Lata Medang :


  • Dari Kuala Kubu Bharu, ambil jalan menuju Bukit Fraser dan belok kanan bila ternampak papan tanda Kampung Pertak. Terus mengikut minitar hingga terjumpa Sungai Pertak di sebelah kanan jalan. Parking kenderaan anda di situ.
  • Mula trekking dari tempat parking hingga ke hujung jalan. Akan ada jambatan gantung yang merentasi sungai. Teruskan perjalanan hingga melepasi jambatan kedua yang runtuh menyeberangi Sungai Luit.
  • Selepas jambatan runtuh, teruskan berjalan mengikut trail yang ada hingga anda menjumpai simpang yang pertama. Ambil jalan KIRI dan teruskan perjalanan. Anda akan terdengar deruan air Lata Jebus di sebelah kiri anda.
  • Jumpa simpang yang kedua, ambil KANAN. Teruskan perjalanan yang sedikit mendaki dan agak teknikal.
  • Lebih kurang sejam perjalanan, anda akan bertemu dengan Air Terjun Lubuk Mecu. Ada tapak khemah di sini. Untuk ke Lata Medang, teruskan perjalanan mengikut denai hutan ke atas. 
  • Masa yang diambil untuk trekking dari tempat parking kereta ke Air Terjun Lata Medang lebih kurang 2 jam setengah perjalanan. Dinasihatkan memulakan trekking pada waktu pagi untuk keselamatan. Kot-kot sesat dalam hutan tu.

Video

Antara aksi-aksi menggiurkan yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan kami ke Air Terjun Lata Medang.






83 ulasan:

  1. Nice info, tak pernah tahu pasal Lata Medang ni, slalu dgr sg.chilling je, boleh cuba utk pergi nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sungai Chilling dah terlalu mainstream. Hiks ;-)

      Padam
  2. kt sini boleh overnight camping x? kna ada contact sesape kew or charge?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat Lata Medang takda tempat untuk camping, tapi sebelum sampai Lata Medang akan ada tempat camping berhampiran Lata Mecu. Kami pi hari tu ada orang camping kat situ. ;-)

      Padam
    2. Dari Lata Mecu ke Lata Merdang tu jauh x? Sbb plan nak camping

      Padam
    3. 10 - 15 minit

      Padam
  3. tempat tukar baju ada x? mcm best jungle trekking kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada tempat tukar baju kat Lata Medang ni, kena pandai-pandai sendiri cari tempat :)

      Padam
  4. Boleh g cni weekdays x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lata Medang boleh dikunjungi tiap hari tak seperti Sungai Chilling. Tak ada siapa yang jaga Lata Medang oleh kerana ia jauh ke dalam hutan.

      Padam
  5. isnya-allah nak pergi sini hujung minggu nie.... bila tengok gambar macam tak sabar nak main gelongsor tuu... hehehe....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syok main gelongsor kat air terjun Lata Medang ni !

      Padam
  6. Jalan ni macam ke Bukit Kutu je.. semalam hiking Bukit Kutu@Gunung Kutu.. kalau tau boleh singgah medang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Jalan yang sama ke Bukit Kutu. Tapi simpang lain. Haha

      Padam
  7. Hahaa...sy ade penah psg niat nk p bsama fmily...tp disebabkb x nmpk trail kami buat kputusan bpatah blk sebab x nk abik risiko sesat...ade juga tserempk ngan org,tp mrk br trun drp bkit kutu..finally kami trun n hanya mandi -manda yg kt bawah bdekatan jmbatan mgkin lubuk mecu... in sha Allah akn repeat kmbali ke sana..thz bro 4 d info...

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure !
      Kalau bawa family kesian jugak nanti sebab jarak ke Lata Medang yang agak jauh dari tempat parking.

      Padam
  8. Nak tanya.. Untuk simpang kedua yang perlu ambli KANAN tu, berapa jauh jarak dia dari simpang Pertama KIRI tu. Sebab pergi hari tu lepas ambil simpang KIRI, jalan tak sampai 10 minit ada 2 simpang, belah kiri landai, belah kanan menaik. saya pilih yang kanan, lepas tu kena cross sungai banyak kali, tapi tak jumpa air terjun tu, huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya jalan yang awak ikut tu dah betul untuk ke Lata Medang. Tapi dari simpang tu memang jauh ke dalam, tapi tak ada cross sungai banyak kali. Jumpa Lubuk Mecu teeus naik ke tingkat lagi satu baru jumpa Lata Medang.

      Padam
  9. Baru pergi last week..mmg best ! My trip ritu yg naik smp medang waterfall ada 5 adults 5 kids..paling kecik kids umur 4 tahun. Sesuai jugak kot utk bawa family. Yg x larat trekking tue nnt leh suwoh tunggu kat bawah jer. Leh tlg masak utk picnic tepi sungai hehe ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow ! Siap ada budak kecik tu ! Orang besar pun dah tercungap-cungap trekking Lata Medang ni. Haha

      Padam
  10. Thank you for sharing.. best sebab banyak info bergambar. A picture can speak a thousand words :)

    BalasPadam
  11. Salam..budakletrik xde wat nek lata medang lagi ke? Klo de leh la kami join..teringin sgt nak tgk waterfall..tp tbatas sbb kami pmpuan(4org) xde pilot laki nk bw msok utan..huhu..kot2 kalo ade event cmtu jemput2 lah.. leh email sy ecahm21@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Em ada jugak perancangan nak naik Lata Medang sekali lagi lepas ni. Insyaallah akan jemput anda nanti :)

      Padam
    2. Tq..sgt di hargai..jgn lupe email k! *dah excited* tq tq tq :))

      Padam
    3. Amboi engkau. Budak perempuan laju je nak jadi pilot. Ale uto.

      Padam
    4. Kenapa geng ? Seperti ada unsur-unsur ketidakpuasan hati di situ

      Padam
  12. salam nak tanye..perjalan nak ke lata medang nie kene perlu mendaki?? atau jalan saje??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.
      Perjalanan ke Lata Medang ni hanya trekking sahaja, tapi ada kawasan cerun-cerun curam sikit. Tak perlu mendaki ke apa.

      Padam
  13. Salam, sangat informative. tq :).
    Nak tanya, parking kereta selamat ke kalo niat nak campign/bermalam kat lata mecu/medang.

    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikusalam Zulasyfaf !

      Em tak pasti selamat tak parking kereta dekat hujung jambatan tu. Letak kereta dekat kawasan Kampung Orang Orang Asli Pertak tu rasanya lebih baik kot.

      Padam
  14. Dulu saya ikut orang. sekarang nak pi dengan kawan2. kami cuba cari jalan. Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure ! Moga selamat perjalanan pergi dan pulang ! Tak susah mana pun nak cari jalan ke Lata Medang ni

      Padam
  15. Salam. Nak tanya , Kalau nak pergi Lata MEdang ni kan , anggaran bajet berapa eh ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Tak perlu keluarkan modal pun nak trekking ke Lata Medang ni. Kongsi-kongsi duit minyak kereta sorang sikit.

      Padam
  16. Baru pergi semalam, di bawah prog Pusat Kokurikulum Selangor... Agak mecabar sebab jauh... tapi bila dah sampai, memang puas hati.... terrrrrbaikkk........ air yang tingkat atas tu sangat sejuk seperti air batu... tak terendam saya... ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Betul. Baru tahu erti penyesalan. Tapi memang berbaloi bila dah sampai ke Lata Medang ni.

      Padam
  17. bestnya....gambar2 semua cun............

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.

      Nk tnye, if ktorang group 7org ppuan selamat x pegi sna without lelaki?

      Ktrg nak pegi 16sept ni.

      Feel free to joint us ;)

      Padam
    2. Waalaikumsalam.

      Tak perlu risau, lebih dari selamat kalau dah sampai 7 orang tu.

      Lagipun, waktu cuti mesti ramai yang ke sana.

      Padam
  18. Terima kasih atas perkongsian, tuan. Gambar-gambar menarik! :)

    Ada beberapa soalan. Untuk parking tu, jauh tak dari jalan utama? Betul ke dikenakan bayaran untuk parking?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.

      Dari jalan utama masuk ke dalam Kampung Pertak lebih kurang 1KM macam tu baru jumpa kawasan parking di tepi sungai.

      Masa kami pi hari tu tak ada pun dikenakan apa-apa bayaran parking, parking saja di tepi jalan tidak berturap di tepi hutan sepanjang pinggir sungai.

      Padam
  19. Terima kasih bro di atas info, gambar dan video yang dikongsikan.

    BalasPadam
  20. Salam bro nak tanya kalau nak overnight kat mecu tu, kena ada apa apa kena buat tak? Sebab saya ni tak berapa pandai benda macam ni. Ada tips apa apa dak kalau nak overnight?

    BalasPadam
  21. Salam bro nak tanya kalau nak overnight kat mecu tu, kena ada apa apa kena buat tak? Sebab saya ni tak berapa pandai benda macam ni. Ada tips apa apa dak kalau nak overnight?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Saya tak pernah bermalam di Lubuk Mecu atau Lata Medang ni, jadi tak tau keadaan dia macam mana.

      Kena belajaq la kot ilmu hutan sikit sikit

      Padam
    2. Terima kasih tapi ada jugak ilmu navigation semua tapi tak tahu rules nak bercamping or laranganntu ja

      Padam
  22. Saya ada soalan...untuk perempuan,dekat sekitar situ ada tempat salin pakaian tak??atau dari lata medang nii smpai kg pertak mmg takde tempat salin baju???kena turun dgn baju basah yew kalau lepas mandi?

    BalasPadam
  23. Saya ada soalan...untuk perempuan,dekat sekitar situ ada tempat salin pakaian tak??atau dari lata medang nii smpai kg pertak mmg takde tempat salin baju???kena turun dgn baju basah yew kalau lepas mandi?

    BalasPadam
  24. Saya ada soalan...untuk perempuan,dekat sekitar situ ada tempat salin pakaian tak??atau dari lata medang nii smpai kg pertak mmg takde tempat salin baju???kena turun dgn baju basah yew kalau lepas mandi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum.

      Lata Medang bukan macam tempat perkelahan biasa yang ada surau, tandas sebagainya.

      Di kiri kanan semua hutan dekat sini, jadi pandai-pandailah nak cari tempat mana nak salin baju.

      Padam
  25. Salam

    Lata medang @ lata mecu klu utk hunting OK x?

    BalasPadam
  26. Alamak bang kitorang tersesat sampai gunung rajah dah 7jam kt dalam hutan hmm next time pi lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu dia haih 7 jam sampai Gunung Rajah !

      Salah simpang kot.

      Takpa boleh cuba lagi di masa hadapan. Haha.

      Padam
  27. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  28. Bro,tgglkn nombo telefon bro ...sye nk call bro..utk pertnyaan lebih lanjut....ade yg masih blur2 ni bro

    BalasPadam
  29. Bro , bole wassap saya x ? Atau bro call saya ... Sbb sye nk tnye lebih detail tntng track ke lata medang ...de yg blur2 ni bro...
    Ni nombo sye 0192086810
    As soon as possible ye bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oleh kerana entry ni dah lama, abang pun blur-blur jugak kalau orang nak tanya lebih terperinci. Haha.

      Boleh mesej abang di Facebook Page Budak Letrik.

      Padam
  30. TempT parking selamat x letak moto...ade org yg jaga x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takda parking khas. Parking tepi jalan ja tengah hutan tepi sungai. Risiko atas tanggungan sendiri.

      Padam
  31. Salam geng...tempat ni ade miaw x?(pak rimau)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ish tak berani nak cakap jugak. Tak jumpa lagilah sebelum ni. Haha

      Padam
  32. Salam geng...tempat ni ade miaw x?(pak rimau)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Waktu kami pi tak nampak pulak pak rimau. Mintak jauh kalau ada. Haha.

      Padam
  33. esok nk pegi sana nih.. haha.. sapa nk join jom laa k.. lambat tinggal.. haha.. :D

    BalasPadam
  34. Respek semangat adventurous korang! Yang lagi respek, pergi la mana pun, solat tak lupa. Tabik spring!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun tak tau sapa nama, terima kasih diucapkan ! Keep explore !

      Padam
  35. Baru balik dari lata medang.. 3ari 2mlm.. btolak kol 12.20am sampai kol 4.00am.. lambat sikit sampai sbb gelap n hujan.. mmg tcungap gak la.. nk layan selut yg licin.. bdn da bsh kena hujan.. berat btambah.. mnyumpah gak la sblm smpai.. hahahaha apa2 pun mmg tbaikkk!! X lupa kat pakcik org asli Abdul Rahman @ Mike yg ramah walaupun bisu.. hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah ! Power masuk Lata Medang malam² !

      Padam
    2. Bang Zul ada no or fb sy nak Tanya lebih detail psal LAta medang

      Padam
  36. Assalamualaikum
    Brmalam kt sungai teratak tu Selamat x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah selamat. Sebab ada yang camping di sini jugak sekali sekala.

      Padam
  37. Baikla bro.
    ini bru la review, gambar ada video ada. Gambar pun byk dan bukan la gmbar selfie gedik. Terima kasih ea, info nya.

    BalasPadam
  38. Nak taye...bole jamak ke kat sana???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut jarak adik mai la. Kalau lebih 2 marhalah boleh ja jamak. Tapi solat atas batu ja la.

      Padam
  39. Balasan
    1. Tak perlu ambik permit pun. Masuk atas tanggungan sendiri.

      Padam
  40. Terbaik, sy view blog anda 24/12/2018.

    BalasPadam
  41. Bro nak tanya. Tempat parking ada dekat tapak berkelah pertak kan?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...