السلام عليكم Salam sejahtera ke atas kamu. Peace be upon you.
Berminat tengok kawan-kawan hangpa selfie dengan kamera aksi GoPro tapi bajet pulak ciput cikeding? Seboleh-bolehnya nak hipster tapi tak mampu?
Berminat dengan 'action camera' untuk dibawa menyelam di pantai dan sungai? Tak jadi pergi snorkeling di Krabi sebab yang hang ada cuma Lenovo bukannya GoPro?
Oleh kerana abang sendiri pun guna kamera murah ni, ada eloknya abang kongsikan sikit review berkenaan SJCAM SJ4000 Wifi.
Bagi mereka yang bajetnya agak terhad dan termenung panjang seminggu sambil berpikir dua tiga kali untuk membeli GoPro, abang boleh sarankan hangpa alternatif lain untuk GoPro dan boleh cuba dulu kamera aksi pelbagai guna SJCAM SJ4000 Wifi ni.
Kualiti SJCAM SJ4000 Wifi buatan China ini mungkin tidak segah GoPro tapi rekabentuknya persis GoPro dengan harga yang jauh lebih murah. Silap-silap kalau jauh tak boleh beza mana satu GoPro dan mana satu SJCAM SJ4000.
Ada dua jenis SJCAM SJ4000. Model yang terbaru sekarang mempunyai fungsi Wifi dan model lama tak ada fungsi Wifi ni. Yang lagi terbaru sekarang ni SJCAM SJ4000 + Wifi. Yang tu lagi canggih dan power. Harga pun 'power' jugak.
Abang pun pening. Setiap model berbeza dan tak sama dari spesifikasi. Chipset yang berbeza.
Apa fungsi Wifi dalam SJCAM ni ? Ia memudahkan kerja kita untuk memindahkan gambar dan video dari kamera SJCAM SJ4000 ke telefon pintar anda. Dia tahu kebanyakkan hangpa semua jenis yang 'tazzabar' nak 'update' masuk Instagram, Facebook dan group Whatsapps.
Jadi dengan wujudnya fungsi Wifi, hangpa dah tak perlu tunggu balik rumah untuk transfer guna kabel dari satu gajet ke gajet yang lain. Sambil-sambil lepak pun boleh pindahkan gambar. Maka bolehlah hangpa tunjukkan kepada dunia luar gambaq anda yang lawa tu.
Sebelum tu hangpa kena install dulu aplikasi SJCAM HD dari Google Play (kalau sistem operasi Android) di telefon pintar anda sebelum boleh menggunakan fungsi Wifi ni. Dengan aplikasi SJCAM HD, anda berkuasa penuh untuk mengawal SJCAM SJ4000 Wifi anda secara langsung terus dari telefon pintar. Nak ambil video, gambar, tukar tetapan (setting), tengok galeri semua boleh dilakukan melalui telefon pintar anda.
Ada beberapa pilihan warna SJCAM SJ4000 Wifi yang boleh dipilih. Antaranya hitam, perak, biru, merah, kuning. Abang jenis suka warna pelik-pelik sikit. Warna kuning jugak menjadi pilihan. Tapi kalau nak rakam di khalayak ramai menjadi rumit jugaklah dengan tumpuan orang ramai bila tengok kamera kaler kuning ni.
Bila hangpa beli SJCAM SJ4000 Wifi ini, akan ada beberapa barang aksesori yang disertakan sekali di dalam kotak. Antaranya adalah 'mounting' dan 'casing' kalis air. Mounting untuk helmet ada, mounting untuk handle basikal ada, dan segala macam lagi 'mounting' yang boleh diubahsuai diselaraskan mengikut kesesuaian.
Abang beli SJCAM SJ4000 Wifi ni pun sebenarnya untuk diletakkan pada 'drone'. Drone abang beli asalnya tak ada kamera. Nak beli GoPro tak mampu, jadi dapat beli SJCAM SJ4000 pun jadilah.
Mounting dia pun cantik dan ngam-ngam je muat pada 'drone' Blade 350 QX3 ni. Untuk makluman, kalau nak letak pada drone, selalunya orang akan letak 'gimbal'. Gimbal berfungsi menstabilkan kedudukan kamera walau apa pun orientasi drone ketika itu. Baru la tak bergegar-gegar kamera tu. Kalau ada gimbal, persis iklan TV bak hang !
Tapi drone abang tak ada gimbal. Nak beli gimbal pun mahal. Jadi abang tepek dan lekat terus kamera kat body drone tu. Kalau buat video bergegarlah jugak. Nak ambik gambaq tak ada masalah.
Untuk makluman, SJCAM SJ4000 Wifi ni lebih ringan berbanding GoPro Hero 4. Oleh kerana itu, ia sesuai untuk diletakkan pada drone.
Mesti ramai yang bertanya, berapa harga set lengkap SJCAM SJ4000 ni ? Harganya hanya dalam sekitar RM300 - RM350 dah boleh dapat. Lebih kurang 5 kali ganda lebih murah berbanding GoPro.
Abang beli ni pun pada awal bulan Ogos hari tu dari Momo Acessories sempena promosi raya. Layanan terbaik !
SJCAM SJ4000 + Memori Kad 8GB = RM 300 sahaja !
Bagi yang berminat, boleh rujuk Instagram Momo_Accessories untuk melihat promosi terkini dan maklumat lanjut berkaitan SJCAM SJ4000 Wifi. Bukan itu sahaja, kalau nak cari model selain SJCAM SJ4000 seperti SJCAM SJ5000 pun ada.
*Dengaq kata dah naik harga dah sekarang
Drone Blade 350 QX3 yang digandingkan bersama SJCAM SJ4000 Wifi.
Meh kita tengok contoh gambar yang diambil dengan SJCAM SJ4000 Wifi dengan tetapan resolusi 5MP dan seterusnya diedit menggunakan aplikasi VSCOCam di telefon pintar.
Untuk penerbangan dengan drone pulak, abang set timer atau pemasa kepada 3 saat sekali. Maknanya setiap 3 saat dia akan tangkap gambar sekali.
Penerbangan sulung SJ4000. Oleh kerana ianya tiada 'remote', maka gambar yang diambil ditetapkan setiap 3 saat sekali.
Kenapa tak buka Wifi di SJ4000 dan tengok 'live feed' melalui telefon? Oleh kerana frekuensi Wifi dan frekuensi radio adalah sama (2.4GHz), ia akan menggangu penerbangan drone.
Pemandangan sawah padi di Kampung Tupai, Sik Kedah yag diambil menggunakan kamera SJCAM SJ4000.
'Aerial View' yang dirakam melalui SJCAM SJ4000.
Gambar yang dirakam SJCAM SJ4000 masih cantik walaupun ketika itu hari menghampiri senja.
Hasil gambar SJCAM SJ4000 yang diedit dengan applikasi VSCOCam di telefon pintar.
Jam 6.45 petang di sawah bendang Kampung Tupai, Sik Kedah.
Sawah padi terbentang luas. Bila bergambar dengan monopod dah terlalu 'mainstream'.
Bila senja melabuhkan tirai. 'Live feed' dari telefon pintar via SJCAM SJ4000 Wifi.
Sudut bukaan lensa 170 darjah SJCAM SJ4000 yang luas.
Matahari di sebelah depan. Kamera apa pun kalau kena dengan cahaya boleh jadi cantik.
Menguji SJCAM SJ4000 di gerai Ais Kacang Chowrasta Penang.
Pemandangan petang di Taman Metropolitan Batu, Kuala Lumpur menggunakan 'drone' dan SJCAM SJ4000
Tengok orang mengail di tepi tasik.
Selit SJCAM SJ4000 di celah jaket. Menguji litar jalanan Kuala Lumpur City Grand Prix.
Dataran Merdeka Kuala Lumpur dari pandangan 'drone' sebelum diusir oleh penguatkuasa DBKL.
"When sky is the limit". Pakcik guard juga menjadi halanagn utama apabila parameter sekuriti mereka diceroboh.
Pemandangan Desa Park City dari sudut pandang 'drone' yang diambil menggunakan kamera SJCAM SJ4000.
Ronda tengok orang berjoging di Desa Park City Lakeside.
Bukan Tanjung Harapan, Afrika Selatan. Tapi di Desa Park City, Kepong.
Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sekolah Kebangsaan Segambut.
Meniti senja di Parit 3, Sungai Burong, Sekinchan.
Sesi beramas mesra bersama penduduk tempatan Sungai Burong, Sekinchan.
Pemandangan dari atas Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Bahagia yang sebenar adalah bila kau tak perlu bersesak-sesak dalam kesesakan trafik untuk sampai ke sesuatu destinasi.
Berhujung minggu di Tasik Perdana bersama SJCAM SJ4000.
Air Terjun Lata Mengkuang dari pandangan atas menggunakan drone.
Senja melabuhkan tirainya di Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Kedah.
Bot-bot di Pulau Sayak yang di-parkir cantik dan tersusun.
Sesi lepak petang orang tempatan Pulau Sayak di atas jeti.
Pulau Sayak yang terkenal dengan menu mee udangnya.
Antara gambar yang dirakamkan menggunakan kamera SJCAM SJ4000 di Pulau Sayak.
Pemandangan lautan luas mata memandang di Pulau Sayak.
Pulau Sayak. Pandangan dari udara.
Kualiti gambar terbaik yang dihasilkan oleh SJCAM SJ4000 Wifi.
Ini pulak contoh video yang diambil menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi dengan tetapan resolusi 720p/30fps.
Abang agak berpuas hati dengan hasil videonya selama berbulan-bulan diuji. Tak pernah bawa selam masuk air lagi.
Suntingan dilakukan di dalam telefon Lenovo abang menggunakan applikasi AndroVid.
Macam-macam video dah abang buat dengan kamera SJCAM SJ4000 Wifi ni. Lasak dan senang digunakan. Selain tu jugak, kamera ni disertakan warranti selama 1 tahun dari tarikh pembelian.
Saya bukan pro. Newbie je haha. Terbangkan dron pun baru 2 kali sejak beli hehe. Bagi contact bro. Boleh Fun Fly sama2 nanti. Terbang takde geng kurang seronoklah.
salam, boleh tk share tips caner nk snap gambar cantik bila guna sjcam, saya pun guna sjcam4000 wifi, tp bila snap picture alahaiii sedih jeee. ke saya yg tk pandai guna sjcam,tangan tk bedung kot dedulu masa kecik hahahahaha tq bro
Tekan 'mode' kt depan tu dua kali cmtu la nanti klua enam icon, guna button 'up' atau 'down' untuk pilih icon. Mcm awk nk preview gambar yg dh amik, pilih icon 'playback', then tekan button ok yg kt atas tu. tadaaa,, dh boleh preview gambar. :)
Sj5000 wifi. Lebih kurang je tu awak. Tekan on/off tu tiga kali mcm awak ckp. Lepas tu klua 6 bnd ni (vid/photo, tv out, vid laps, photo laps, playback & setup). Kalau nk tgk balik gambar tu, kne pegi kat playback.
saya salah seorang pengikut blog saudara. Blog penuh maklumat + gambar menarik Banyak maklumat yg saya dapat & pakai :). Terima kasih share kpd semua org.
Boleh saya tahu berapa harga Blade 350 QX3. Saya salah seorang pengguna SJcam 4000 ni :) & berminat utk dptkan drone.
salam..sya penguna sjcam5000 wifi,sya nak tny kenpa bila connect wifi sjcam dgn anst mggunakan app sjcamhd dan bila nk selfie screen pda anst jd hang tp boleh snap gmbr jd kita nk tgk gmbr pda screen time selfie xbleh sbb hang..klu rekod xhang ok je..sya ada cuba pda ipad jugk bnd y sma berlaku..boleh bntu saya x?
Boleh Google atau tengok Youtube cara-cara untuk update firmware SJCAM. Saya sendiri pun tak update firmware sebab jarang guna SJCAM dengan fon untuk ambik gambar. Huhu
salam saya pun face benda yang sama masa nak beli SJCAM5000 wifi.. dekat handphone hang bila live camera kat phone tapi utk take picture je.. bila tukar mode video.. ok plak xde msalah..so cancel x jadi beli..hehe.. sebab firmware ke?
assalamualaikum. saya ada masalah dgn sjcam4000 sy.. masalahnya saya tak boleh nak upload video ke insta aatau mana2 laman sosial... gambar takda masalah..
Salam. "Penerbangan sulung SJ4000. Oleh kerana ianya tiada 'remote', maka gambar yang diambil ditetapkan setiap 3 saat sekali" Macam mana nak set dia ambil gambar setiap 3 saat tu ye? Tq.
woahhhh. ada promosi lagi x agak2. hehe. cantik gambar nya. dan sesuai untuk penggemar aktiviti lasak.
BalasPadamTak salah saya promosi dari Momo Accessories untuk SJ4000 tu sampai hujung bulan Ogos ni
Padambest juga
BalasPadamBest !
Padamas salam bro...nak tanya drone tu bape kos...tq
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamDrone Blade 350 QX3 tu harga dalam RM2000 untuk set asas belum termasuk kamera.
Tq Bro
BalasPadamSalam bro. Bole join fly sama nanti.
BalasPadamWaalaikumsalam geng !
PadamKita amatur, malu nak fly dengan yang pro. Haha
Saya bukan pro. Newbie je haha. Terbangkan dron pun baru 2 kali sejak beli hehe. Bagi contact bro. Boleh Fun Fly sama2 nanti. Terbang takde geng kurang seronoklah.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam, boleh tk share tips caner nk snap gambar cantik bila guna sjcam, saya pun guna sjcam4000 wifi, tp bila snap picture alahaiii sedih jeee. ke saya yg tk pandai guna sjcam,tangan tk bedung kot dedulu masa kecik hahahahaha tq bro
BalasPadamWaalaikumsalam Yaya.
PadamEm tak ada tips apa pun sebenarnya. G'una mode auto je setting 'HDR' on.
Lepastu edit la sikit gambaq tu masuk Photoscape atau VSCOCam. Baru menyerlah sikit :)
Nak tnya. Kalau letak dkt moto. Ikat dkt handle pkai aksesori asas dia tu kuat dak?? Sat g baguih pnya duk speed teqebang teruih. Hahaha
BalasPadamInsyaallah kuat kot. Ikat dengan tali sebagai langkah berjaga-jaga takut jatuh. Saya pun tak pernah cuba. Haha
PadamMacam mana nak preview gambar kat SJCam? (Bukan dekat phone. Dekat SJCam itself) Orang yang jual ada ajar, tapi saya macam confius sikit. Thanks!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamTekan 'mode' kt depan tu dua kali cmtu la nanti klua enam icon, guna button 'up' atau 'down' untuk pilih icon. Mcm awk nk preview gambar yg dh amik, pilih icon 'playback', then tekan button ok yg kt atas tu. tadaaa,, dh boleh preview gambar. :)
PadamNuryana.
PadamAwak guna SJCAM yang mana eh? Macam lain je cara dia ni.
Kalau SJCAM SJ4000 Wifi macam saya punya, ada 4 mod. Video, gambar, preview dan setting.
Tekan butang on/off tu tiga kali terus sampai mode preview. Pastu nak tengok gambaq, tekan button atas bawah yang dekat tepi tu.
Sj5000 wifi. Lebih kurang je tu awak. Tekan on/off tu tiga kali mcm awak ckp. Lepas tu klua 6 bnd ni (vid/photo, tv out, vid laps, photo laps, playback & setup). Kalau nk tgk balik gambar tu, kne pegi kat playback.
PadamKt playback tu ade vid/gambar yg kita amik.
Oh. Lebih kurang la kot. Btw, penerangan awak terperinci betul. Rajin menaip. Haha :)
PadamKalau nak delete gambar yang dah ambil tu mcm mana ye ?
PadamSalam Tuan,
BalasPadamsaya salah seorang pengikut blog saudara.
Blog penuh maklumat + gambar menarik
Banyak maklumat yg saya dapat & pakai :).
Terima kasih share kpd semua org.
Boleh saya tahu berapa harga Blade 350 QX3.
Saya salah seorang pengguna SJcam 4000 ni :) & berminat utk dptkan drone.
Terima kasih
https://www.instagram.com/mohseinmazlan/
Waalaikumsalam.
PadamTerima kasih kerana mengikuti blog Budak Letrik.
Harga drone Blade 350 QX3 dalam RM2k termasuk GST.
Assalamualaikum.
BalasPadamnak tanya ni.. beli kat mana drone tu..? berapa harga?
Waalaikumsalam.
PadamDrone ni abang beli di Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Harga drone Blade 350 QX3 ni lebih kurang dalam RM2k termasuk GST.
Kalau biasa orang guna Phantom buat main.
Salam nak tanye, membe punya gambar guma sjcam asal ad tarikh ye? Bro punya takde pulak sy tgk, ke ad setting?
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamSJCAM semua boleh adjust sama ada nak letak tarikh tu atau tak.
Boleh buka dan cari dekat setting untuk padamkan tarikh tersebut. Godek-godek sikit.
salam bro, nak tnya..image size guna brpa ya? bila sy dload gmbr msuk hp, gmbr tu jadi compressed. harap bro boleh tlng :D
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamAbang setting kamera SJCAM SJ4000 abang 5MP je. Bab compress tu tak tahu la pulak camna boleh jadi camtu.
salam..sya penguna sjcam5000 wifi,sya nak tny kenpa bila connect wifi sjcam dgn anst mggunakan app sjcamhd dan bila nk selfie screen pda anst jd hang tp boleh snap gmbr jd kita nk tgk gmbr pda screen time selfie xbleh sbb hang..klu rekod xhang ok je..sya ada cuba pda ipad jugk bnd y sma berlaku..boleh bntu saya x?
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamBtw, anst tu apa dia?
Tak faham. Haha.
Benda ni memang ada isu pada SJCAM. Saya punya pun jadi camtu jugak. Mungkin boleh update firmware SJCAM yang terbaru.
opss..sory anst tu tepon :) hehe
Padamowh yeke..boleh bg detail or step x mcm mna nk update firmware sjcam.ada bca psal update tp xberapa faham
Boleh Google atau tengok Youtube cara-cara untuk update firmware SJCAM. Saya sendiri pun tak update firmware sebab jarang guna SJCAM dengan fon untuk ambik gambar. Huhu
Padamsalam
BalasPadamsaya pun face benda yang sama masa nak beli SJCAM5000 wifi.. dekat handphone hang bila live camera kat phone tapi utk take picture je.. bila tukar mode video.. ok plak xde msalah..so cancel x jadi beli..hehe.. sebab firmware ke?
Waalaikumsalam.
PadamSaya pun kurang pasti sebab apa. Saya sendiri pun jarang guna SJCAM connect dengan fon. Selalu snap manual ja.
salam, tumpang tanya. kenapa sy tak boleh share video dari action camera sy ea? maksudnya tak boleh nk transfer ke smartphone.
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamCik guna apps apa nak transfer ke smartphone tu?
Saya guna apps SJCAM Zone ok ja.
app xdv
Padamsalam
BalasPadamLama tak muncul di FB abg joe
Knp kalau connect wifi bettry cepat habis yer... mmg mcm tu ker?
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamMemang sebegitu, sedangkan telefon buka wifi pun cepat habis bateri. Inikan pula SJCAM.
Salam saya nak tnya.. Saya pengguna sj5000.. Nk update video dlm insta msti xboleh.. Nak kena install apps apa ye? Minta pencerahan.. Heee.. Trimas :)
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamSaya tak pasti & kurang jelas dengan soalan puan.
Selalunya kita akan download dulu video yang ada di dalam SJCAM ke dalam telefon. Baru kita boleh muatnaik ke Instgram, Facebook & sebagainya.
salam nk tnye..cmne nk wt video slow motion yer??serius xtau..bru try sjcam nie..hihi,hrp bole share
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamNak buat video slow motion kena guna software komputer. Dari SJCAM sendiri cuma boleh rakam video sahaja.
skrg latest sjcam 5K eh... baru nak pi beli... baca info dlu... ke ada action cam lain yg bagus../budget rendah je nii
BalasPadamYup. SJCAM SJ5000 pun banyak jenis sekrang ni. Wifi+, dan macam-macam lagi yang abang sendiri tak tahu.
PadamXiaomi Yi pun ok jugak kot kalau masih tercari-cari action cam jenis bajet.
salam nk tnye...cmne nk delete video yg ad lmbang kunci yer??hrp bole blsn la..xtau nie..
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamNak padam gambar yang ada lambang kunci di SJCAM tu abang tak pandai. Selalunya kena cucuk SJCAM tu dekat komputer, baru boleh delete.
assalamualaikum. saya ada masalah dgn sjcam4000 sy.. masalahnya saya tak boleh nak upload video ke insta aatau mana2 laman sosial... gambar takda masalah..
BalasPadamWaalaikumsalam.
PadamDah masukkan video & gambar dari SJCAM ke dalam telefon ke maksudnya ni?
Kalau betul tak ada masalah nak muatnaik gambar ke media sosial !
Salam. "Penerbangan sulung SJ4000. Oleh kerana ianya tiada 'remote', maka gambar yang diambil ditetapkan setiap 3 saat sekali" Macam mana nak set dia ambil gambar setiap 3 saat tu ye? Tq.
BalasPadamWaalaikumsalam !
PadamYup, ada menu 'capture mode' yang kita boleh tetapkan 3 saat, 5 saat dan ada lagi satu berapa saat entah abang tak ingat.
Dengan mode tu lah abang setting untuk diletakkan di drone.
Jadi dia akan ambik gambar setiap 3 saat sekali. jangan lupa tutup, kalau tak sepanjang masa dia dok ambik gambaq setaip 3 saat.
Salam..sy pkai sj6 legend..mcm mane nk bg gmbar btul2 clear bile kite upload ke fb atau youtube?video kabur xnpk mcm hd..
BalasPadam2020 ni. tp sy bru nk beli sj4k
BalasPadam