السلام عليكم Salam sejahtera ke atas kamu. Peace be upon you
Oleh kerana tiada modal cerita untuk diceritakan semenjak dua menjak ini, maka dengan itu terhasillah catatan yang lari dari tajuk kembara ini.
Dalam berlonggok gambar, sayang sebenarnya nak padam gambar-gambar pandangan dari udara (aerial view) yang abang ambik dan simpan selama ni. Lokasi semuanya di sekitar Kuala Lumpur menggunakan 'drone'.
Maklumlah seorang amatur yang bercita-cita nak jadi 'pilot' dulu tapi tak kesampaian. Dah tua bangka baru nak berjinak-jinak dengan dunia penerbangan.
Jadi abang rasa elok kiranya kalau abang kongsi gambar-gambar amatur yang sempat dirakamkan dengan 'drone' di sini.
Tidak perlu terikut-ikut rentak dan bajet orang lain.
Ikut cara kita.
Kampung Baru, Kuala Lumpur
Pemandangan Metropolis Kuala Lumpur dari Kampung Baru.
Kampung Baru yang terletak di tengah-tengah hutan batu dan konkrit.
Satu-satunya perkampungan Melayu yang masih wujud selepas pembangunan menyebabkan Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum kini hanya tinggal nama.
Pukul 7.30 pagi dah terpacak di Padang Bola Kampung Baru. Bukan nak main bola, tapi nak main drone.
Bumbung-bumbung rumah penduduk Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Antara dua sisi yang berbeza.
Persimpangan Lebuhraya AKLEH.
Wisma Perkeso.
Metropolis Kuala Lumpur yang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit.
Lebuhraya AKLEH yang memisahkan Kampung Baru.
Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur dari sudut tinggi Kampung Baru.
Bangunan-bangunan tinggi lain yang menghimpit Kampung Baru.
Wisma Perkeso dan Menara Celcom. Yang sebelah lagi tu Menara Marinara atau juga dikenali dengan nama menara 238.
Pagi-pagi hujung minggu tak sibuk dengan kenderaan.
Tepi Lebuhraya AKLEH, bangunan besar tu Menara Park kalau tak salah.
Penduduk Kampung Baru masih nyenyak tidur barangkali.
Tanya orang jugak abang nak sampai padang Bola Kampung Baru ni.
Taman Tasik Perdana (Taman Botani Perdana), Kuala Lumpur
Taman Tasik Perdana diberi penjenamaan semula dengan nama Taman Botani Perdana yang terletak betul-betul di pusat bandar Kuala Lumpur.
Suasana sejuk dan redup hutan dapat dirasai di sini. Sesuai untuk sesi riadah hujung minggu bersama keluarga.
Kayuh basikal pusing Taman Tasik Perdana. Berhenti di Taman Sunken yang terdapat di sini.
Taman Sunken atau Sunken Garden di Taman Tasik Perdana. Sunken tu apa abang pun tak tahu.
Taman permainan kanak-kanak.
Pokok-pokok redup menutupi bumi di Taman Tasik Perdana.
Lawa jugak bentuk 'Sunken Garden' di Tasik Perdana ni bila tengok dari atas.
Apabila disebut Taman Botani Perdana, pastinya ramai yang tak pasti lokasinya.
Taman Sunken tengah-tengah panas tengahari ni tak ada orang melepak.
Drone kembali mendarat di Taman Sunken, Taman Tasik Perdana.
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Dataran Merdeka yang menjadi kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara.
Ikon ibukota Kuala Lumpur.
Tak sah kalau mai Malaysia tak singgah sini.
Padang Dataran Merdeka di waktu petang.
Sebelum dihalau penguatkuasa DBKL yang ada di situ. Alasannya tak boleh main drone di Padang Dataran Merdeka ini kerana boleh membahayakan orang awam.
Kembali semula ke Dataran Merdeka pada waktu pagi cuti Hari Malaysia.
Dataran Merdeka ditutup kepada lalulintas sempena himpunan geng baju merah.
Tiada unsur-unsur baju merah dikesan di Dataran Merdeka pada jam 9.00 pagi.
Dengan 'Drone' Abang Mengorat.
Bangunan Sultan Abdul Samad dari pandangan udara.
Lalu kot atas bumbung Bangunan Sultan Abdul Samad.
Persekitaran kawasan Dataran Merdeka lengang di pagi hari cuti Hari Malaysia yang berlangsung pada 16 September setiap tahun.
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di ibukota Kuala Lumpur agak baik hari ini berbanding hari sebelumya akibat jerebu.
Abang-abang polis dah siap berkumpul mendengar taklimat dari ketua masing-masing di Dataran Merdeka.
Meninjau Dataran Merdeka dari sudut tinggi menggunakan 'drone'.
Kenderaan dihalang masuk ke Jalan Raja di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Antara tiang bendera tertinggi di dunia terdapat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Tiang bendera Malaysia yang terdapat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Tiang setinggi 100 meter megah mengibarkan Jalur Gemilang.
Kuala Lumpur masih diselubungi jerebu pada Hari Malaysia 16 September.
Suasana malam di Dataran Merdeka dari sudut tinggi. Malam-malam dengan mat rempit penuh tak ada pulak penguatkuasa DBKL nak halang dari bermain drone.
Malam hari biasa suasana di Dataran Merdeka tak begitu rancak. Yang penuh tu semua geng asap vape.
Pemasangan kerusi giat dijalankan di Dataran Merdeka. Persediaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan tempoh hari.
Taman Tasik Metropolitan (Taman Layang-Layang), Kepong
Taman Metropolitan Kepong seluas 90 hektar merupakan antara taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dijadikan tempat beriadah warga kota dan penduduk sekitar seperti Selayang dan Batu Caves.
Taman ini dilengkapi trek joging, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, padang bola sepak, kawasan bersenam dan sebuah padang yang luas untuk permainan layang-layang.
Setiap petang Sabtu dan Ahad, taman ini dipenuhi pengunjung yang bersantai bersama-sama keluarga, berkelah, atau bermain layang-layang.
Pemandangan indah Taman Layang-Layang atau juga dikenali dengan nama Taman Tasik Metropolitan yang terletak di Kepong.
Kawasan tasik yang luas di Taman Tasik Metropolitan Kepong.
Menara tinjau setinggi lima tingkat yang terdapat di Taman Tasik Metropolitan menjadi tarikan pengunjung.
Pemandangan luas Taman Tasik Metropolitan dari udara.
Menara tinjau Taman Tasik Metropolitan yang menjadi tumpuan penggemar fotografi.
Masih berlegar-legar di sekitar menara tinjau Taman Layang-Layang.
Dataran berbentuk bulat di Taman Layang-Layang yang kadangkala menjadi tapak majlis perkahwinan.
Taman Tasik Metropolitan yang luas. Laluan pejalan kaki dan basikal merangkumi hampir 3 KM setiap pusingan,
Taman Tasik Metropolitan yang terletak di sebelah MRR2.
Padang tempat bermain layang-layang di Taman Tasik Metropolitan.
Kemudahan dan lanskap Taman Tasik Metropolitan dijaga rapi oleh DBKL.
Angin sepoi-sepoi bahasa di Taman Tasik Metropolitan. Layang-layang lain tak cukup tinggi.
Sesi riadah keluarga di Taman Tasik Metropolitan. Nak joging boleh, kayuh basikal boleh atau nak melpak di padang bermain layang-layang bersama anak-anak.
Boleh main buih belon tu kalau tak main layang-layang.
Sambil kayuh basikal, sambil bawa 'drone'.
Taman Tasik Metropolitan Kepong atau juga dikenali dengan nama Taman Layang-Layang ketika musim jerebu.
Suasana di sekitar Taman Layang-Layang umpama di Genting Highland ketika musim jerebu.
Umpama pekan hantu.
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Masjid Wilayah Persekutuan yang terletak di Jalan Duta ini merupakan salah satu masjid utama yang terdapat di Kuala Lumpur.
Senibina masjid ini mempunyai pengaruh senibina kerajaan Turki Uthmaniyah dan juga senibina Melayu.
Seakan-akan Masjid Biru di Istanbul, Turki.
Masjid Wilayah Persekutuan dari pandangan udara.
Inilah dia drone Blade 350 QX3 yang digunakan abang untuk merakamkan gambar dari sudut tinggi.
DIY bag Danau Kota buat sangkut drone. Senang dibawa ke mana-mana.
Segambut, Kuala Lumpur
Apa yang istimewa pasal Segambut ni ? Sebab rumah abang di Segambut !
Dari golongan kelas atasan di Mont Kiara sehingga kelas bawahan di Kampung Segambut Dalam, semuanya ada di kawasan ini.
Jalan Kuching di sebelah bawah.
Lebuhraya Duke di persimpangan Jalan Kuching.
Tinggi sikit dari pencawang elektrik.
Kawasan sekitar perumahan abang. Ibukota Kuala Lumpur yang sedikit berjerebu.
Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Dahulunya dinamakan Taman Jalan Kuantan sebelum diubah namaya kepada Taman Tasik Titiwangsa pada tahun 1980 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Hussein Onn.
Dulu kalau ingat ada Eye On Malaysia, tapi sekarang dah tak ada. Kena pindah pi Melaka.
Setiap kejadian alam, kau akan sedar tiada satu pun yang sia-sia. Ada padang rumput di bawah tasik Titiwangsa.
Air pancut tinggi di Taman Tasik Titiwangsa. Boleh nampak Istana Budaya dari sini.
Nampak apa yang ada di bawah tasik?
Seriau jugak sebenarnya bila terbang drone atas air ni. Seriau takut ada masalah teknikal ja.
untung la abang ada drone...
BalasPadamSekiranya terlihat seorang jejaka yang sentiasa bersama alat permainannya, maka kahwinilah dia.
BalasPadamMaksudnya kahwinilah abang. Haha
seronok baca blog tuan dah 2 hari layan
BalasPadamTerima kasih tuan !
PadamBang,bolehkah main drone di Kuala Lumpur sekarang ni?
BalasPadamSaya rasa takda masalah pun. Mungkin di sesetengah tempat tertentu sahaja yang dilarang.
Padamterbaiklah bro. nice view better dri google map. nice work!
BalasPadam