Sambutan Malam Deepavali di Little India, Kuala Lumpur
السلام عليكم Salam sejahtera ke atas kamu Peace be upon you
Siaran tertunda malam raya dari Little India, Bricksfield Kuala Lumpur.
Bukan nak cerita makan nasi alas daun pisang ke apa.
Saja abang dan mak ayah abang ronda naik motor ke Little India malam tu tengok kemeriahan sambutan Deepavali di sana.
"Kak mari tengok kak ! Tengok dulu "
"Saree cantik ada, maruku ada, henna (inai) ada "
Macam-macam depa meniaga. Ada khemah sementara yang didirikan di sini untuk para peniaga.
Kalau kita di Kuala Lumpur jatuh wajib hukumnya pi Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) shopping cari aksesori dan kelengkapan nak sambut raya, masyarakat India pulak ada Little India untuk sambut Deepavali.
Little India di Bricksfield dah jadi macam Jalan TAR menjelang sambutan hari Deepavali. Meriah sungguh dengan orang ramai lebih-lebih lagi malam Deepavali. Bunga api dan mercun wajib bila menjelang tengah malam.
Hangpa dok 'complain' India main mercun.
Ingat sama yang Melayu pun apa kurangnya. Tak dan nak sampai raya, hari pertama puasa dah dengaq berita kes putus jari main mercun.
Deepavali is Deepavali.
Tak perlu la kot panggil 'Raya Keling' ke apa. Jagalah adab dengan kaum lain.
Biskut dan manisan.
Hangpa jangan tanya nama apa makanan yang ada dekat Little India ni. Abang bukan tahu sangat pun.
Ni hangpa semua pun tahu maruku.
Alas kaki murah-murah. Satu RM5 ada, tiga RM10 pun ada.
Baju-baju yang dijual di bawah khemah sementara.
Bermacam pilihan pakaian tradisi kaum India.
Abang meronda kawasan sekitar Little India ambik gambaq ja. Satu apa pun tak beli.
Saree ka apa semua boleh cari dekat Little India.
Peniaga Melayu pun ada.
Bunga-bungaan.
Bukan kata pengunjung India sahaja di Little India ni, pelbagai bangsa pun ada.
Tau apa yang depa pakat tengok? Mat-mat saleh main bunga api ja pun.
Banyak yang jual pakaian la di Little India ni.
Bukan main sibuk. Nak rasa suasana Jalan TAR musim raya boleh la mai Littel India ni.
Jalan utama di Little India yang sesak dengan kenderaan.
Kemeriahan lampu-lampu di Little India.
Auntie dan bunganya.
Walaupun abang orang Melayu, tak ada masalah nak ronda tengok persiapan masyarakat India menyambut Deepavali di Little India.
Jualan murah RM10.
Menjelang tengah malam di Little India.
Penjual maruku di kaki lima jalan.
Little India sesak dengan kenderaan dan orang ramai.
Tunggu bunga api.
Lampu raya.
Uncle kedai sebelah pasang lagu 'Musafir di Aidilfitri' nyanyian S.Jibeng. Jangan percaya.
Pekena maruku dulu sementara tengok depa main mercun.
Kedai makan depan ni bersiap melepaskan tanglung.
Sesi menerbangkan tanglung.
Pesta bunga api di Little India bermula.
Setiap kedai membakar mercun mereka sendiri.
Mercun padi yang buat bingit telinga.
Lari jauh-jauh kalau rasa bahaya duduk dekat.
Habis yang ni, mercun sebelah sana pulak bunyi.
Gelagat pengunjung lain di sekitar kedai makan Little India.
Bukan abang sorang ja takut mercun, yang lain pun masuk berselindung dalam kedai.
Bakar tanglung lagi.
Ada satu mercun bom tu yang tak tahan dilepaskan di Little India. Kuat sungguh !
Pakat ambik gambaq.
Bunyi mercun silih berganti di Little India.
Jalanraya lengang dengan kenderaan apabila mercun dimainkan.
Pesta bunga api dan mercun di Little India sempena perayaan Deepavali.
Macam-macam jenis mercun keluaq.
Asap menyelubungi sekitar Little India.
Bunga api dan mercun berlanjutan sehingga 20 minit.
Tak perlu takut pun nak berjalan di Little India ni lebih-lebih lagi malam Deepavali.
Depa bagi ruang secukupnya kalau hangpa nak jalan-jalan.
Semuanya persepsi.
*Gambar dan video diambil sepenuhnya menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi
Cahaya lampu yang cantik..
BalasPadamSelamat menyambut deepavali kepada semua pembaca yang beragama Hindu.
BalasPadaminilah uniknya malaysia
BalasPadamTunggu raya cina pulak. Haha
PadamMeriah! Malam deepavali tuh memang kat area rumah pon berdentum dentam dengan bunyi mercun hehe
BalasPadamSungguh ! Meriah sungguh !
Padamske dgn blog anda..sempoi..
BalasPadamTerima kasih !
PadamMalu haih !