Pages

29 Februari 2016

Ada apa di Pontian, Johor?

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you



Jarang sekali abang nak meronda berjalan-jalan ke belah selatan tanahair melainkan kalau ada urusan wajib seperti kenduri-kendara keluarga. Kalau kata saja-saja nak jalan memang tak sampai dah. Dulu pernah bercita-cita nak ride dengan skuter Nouvo LC abang ke Tanjung Piai, tapi sekadar cita-cita. Terlajak ride ke selatan Siam pulak. Huhu.

Kalau ada sedara mara duduk belah sini boleh jugak dijadikan alasan, tapi sedara semua ramai duduk belah utara tanahair. Nak kata ada kawan-kawan duduk Johor, pun tak ada jugak.

Paling kuat pun pi sampai bandar Melaka tengok A'Famosa, tu pun balik hari. Maka dengan itu memang kira lama jugaklah abang tak sampai ke selatan tanahair yakni ke negeri Johor ni.

Beberapa bulan lepas, abang berkesempatan berkunjung ke daerah pelawak lagenda Ahmad Maslan iaitu di Pontian, Johor Darul Takzim. Rupanya bandar Pontian ni terletak di muara sungai tepi laut. Abang dok ingat pekan dia pekan koboi, tapi rupanya besar dan maju jugak Bandar Pontian ni. Terkesima abang sekejap.

Apa yang menarik dan ada di Pontian ni?

Pontian, merupakan bandar penghujung paling selatan tanahair. Orang luar atau pengunjung yang datang ke Pontian selalunya akan berkunjung ke Taman Negara Tanjung Piai di mana terletaknya 'Tanah Terhujung Benua Asia'. Dalam benua Asia yang besar ni, di Tanjung Piai inilah merupakan tanah paling terhujung sekali di belah selatan.

Ok. Nampak macam blur tu? Tak berapa nak faham apa yang abang sembang ni bukan? Kalau jenis hat minat mata pelajaran 'Geografi' mesti tau. Kena buka peta tengok sendiri baru hangpa faham. Kalau tak nampak jugak mesti hangpa ni kaki lompat pagar sekolah masa subjek 'Geografi' dulu.




Abang berkunjung ke Pontian kali ni bukan dengan 'backpacking' tapi dengan mak ayah abang. Dari Kuala lepas Subuh dah bertolak dah. Sampai dalam pukul 10.00 pagi. 

Rumah pengantin dekat-dekat bandar Pontian ni ja. Sebelum berkumpul bergerak makan kenduri dengan kaum keluarga yang lain, abang sempat singgah seketika di bandar Pontian menerbangkan 'drone'. Saja syok-syok takda kerja. Panas pun panaslah.

Antara kawasan yang menarik di bandar Pontian ini adalah Pusat Perdagangan Pontian atau juga dikenali dengan nama 'Tambak Pontian'. Abang rasa macam baru lagi tempat ni, banyak rumah-rumah kedai yang masih belum diduduki.

Boleh nampak makcik kutip kepah ke apa kat tepi pantai dan budak-budak asrama segak berkemeja 'outing'. Kalau petang-petang ramai la orang lepak jalan-jalan di tepi pesisiran laut Tambak Pontian ni. Kalau tengahari rembang macam ni, tak ada sapa la yang gigih dok terpacak tengah panas melainkan abang!

Meh tengok gambar pemandangan sekitar Tambak Pontian !

Pusat Perdagangan Pontian atau juga dikenali dengan nama 'Tambak Pontian'.

Bandar Pontian yang pesat membangun.

Pemandangan Tambak Pontian dari udara. Dah nama pun tambak, mesti depa tambun tanah.

Rumah-rumah kedai di Tambak Pontian. 

Abang tak pasti makcik ni tengah cari apa di tepi laut Tambak Pontian ni.

Sempat menerbangkan drone di Tambak Pontian sebelum makan kenduri.

Abang-abang bangla cukup berminat dengan drone.

Selesai majlis, abang baru berkesempatan bergerak ke Tanjung Piai. Ada banyak tempat yang boleh dilawati di Tanjung Piai ni. Antaranya adalah Taman Negara Tanjung Piai.

Depa kata ada 'port' keropok lekor yang terkenal di Tanjung Piai ni. Sedara-sedara abang berhenti la singgah tengok dan beli. Lokasinya kalau dari pekan Pontian ada kedai di tepi jalan menghala ke Tanjung Piai.

Oleh kerana hari dah lewat petang, abang tak dapat la nak masuk Taman Negara Tanjung Piai tersebut. Ia ditutup jam 5.30 petang. Jadi terpaksa la merewang ke tempat lain.

Kelihatan berkibar megah bendera Barisan Nasional dari jauh. Bukan, bukan nampak kelibat pelawak lagenda Ahmad Maslan. Terdapat sebuah jeti nelayan di Tanjung Piai ni. Siap ada resort lagi tak jauh dari situ.

Dari jeti nelaya Tanjung Piai ni, kita dapat tengok negara Singapura yang terletak tak jauh dari sini. Boleh nampak la kapal-kapal dagang sibuk berlabuh di pelabuhan sana. Abang syak pakcik-pakcik nelayan sini senang-senang ja kalau nak lepas masuk Singapura dengan bot mereka ni.

Yang menjadi kegusaran adalah monyet-monyet yang terdapat di sini. Bukan main dia nak terkam kalau ada makanan. Jenis tak takut orang.


Berkibar megah bendera Barisan Nasional di Tanjung Piai.

Jeti Nelayan Tanjung Piai.

Pengunjung boleh la berjalan atas jeti nelayan Tanjung Piai ni sampai ke hujung kalau tak gayat.

Nampak di hujung sana tu? Tu lah Tanjung Piai Resort.

Bot-bot nelayan berlabuh di Jeti Tanjung Piai.

Terbangkan drone pulak dah sekali lagi di Tanjung Piai.

Tanjung Piai Resort. Chalet terapung atas laut.

Boleh nampak Singapura dari Tanjung Piai ni.

Tanjung Piai Resort. Abang tak pi pun ronda ke sana.

Jeti Nelayan Tanjung Piai pandangan dari udara gaya drone.

Boleh la kalau nak melepak petang-petang tengok monyet kat Tanjung Piai ni.



Bila hari dah semakin senja, abang kembali semula ke pekan Pontian. Ada banyak hotel-hotel yang boleh diduduki di sini dengan harga semurah RM50-60 berdekatan dengan Tambak Pontian. Abang tak ingat pulak abang duduk hotel apa hari tu, tapi betul-betul bertentangan dengan pasaraya Giant Pontian.

Nak cari makanan apa yang istimewa di Pontian ni abang pun tak tahu. Kalau kawasan tepi laut ni selalunya mesti ada 'port' tertentu nak pekena seafood ke tapi macam suram dan sunyi ja di bandar Pontian ni. Last-last, sekali pekena mamak.

Dari kedai mamak, abang dan keluarga abang beransur ke Taman Awam Tepi Laut Pontian. Macam tu lah nama yang abang nampak kat situ. Ke salah nama abang bagi? Ada replika mahkota gergasi di situ bertemakan cahaya lampu LED ala-ala I-City. Malam-malam minggu macam ni banyak remaja yang melepak main kasut roda di sini.

Nak main kasut roda rasa tak berapa sesuai. Macam dah tua bangka. Mau gelak orang tengok sat lagi. Jadi pilihan yang lebih baik adalah balik tidur. 

Bergermerlapan nama Pontian di Taman Awam Tepi Laut Pontian.

Taman Awam Tepi Laut Pontian.

Hari kedua kami di Pontian. Bangkit awal pagi nak cari sarapan pagi. Dengaq kata ada bakso glamer di Pontian ni.

Bakso Idaman nama dia. Kalau hangpa Google 'bakso Pontian' keluaq la nama ni. Lokasi dia terletak di Jalan Parit Raja. Abang pun tak tahu kat mana.Guna Google Maps cari, jalan tu ada tapi kedai tu tak jumpa!

Kami belasah ja sarapan di warung tepi jalan yang agak meriah ni. Tengok dari luaq bakso dan lontong semua ada. Roti canai pun ada jugak.

Menu kami pagi tu : Roti canai, lontong dan bakso. Rasaya boleh la tahan. Ok la jugak. Dengaq bunyi cakap orang kedai ni macam orang jawa. Tapi Pontian ni pun banyak orang Indonesia. Kan dekat dengan Kukup yang menjadi pintu masuk dan keluar utama ke Indonesia.

Yang syoknya, keluar dari kedai dah nak balik terpandang kedai Bakso Idaman tak jauh dari tempat parking kereta. Tak perasan masa mai tadi !


Sesi mencari sarapan pagi di Pontian.

Lontong Pontian.

Kuah roti canai yang ceroi.

Nindia bakso cara Pontian. Cara Pontian ke mana pun sama ja lebih kurang !

Selain daripada Taman Negara Tanjung Piai yang terdapat di Pontian ini, terdapat juga taman negara lain iaitu Taman Negara Kukup. Pengunjung boleh menaiki bot untuk ke taman negara ini. Abang tak pi pun, cuma pernah terbaca catatan orang ja. 

Di Kukup ini jugak terdapat Terminal Feri Antarabangsa Kukup yang menjadi pintu masuk/keluar penting untuk ke Tanjung Balai dan Pulau Karimun di wilayah Indonesia. Saja-saja nak jalan Indonesia boleh la naik feri di sini. Pastikan bawa passport. Balik hari pun boleh.

Sebab abang tak pergi jadi abang tak cerita la. Abang cerita tempat mana yang abang pergi, Selesai sarapan pagi tadi , kami menuju ke Kukup. Tak ada agenda apa, cuma nak tengok keadaan setempat sahaja. Nak shopping bukan ada tempat shopping pun macam Langkawi.

Kami menjengah Perkampungan Nelayan Air Masin di Kukup. Sebuah kampung nelayan seperti Pulau Ketam di Pelabuhan Klang. Rumah-rumah di sini dibina di atas ceracak di kawasan berpaya bakau. Hampir keseluruhan penduduk di sini berbangsa cina dan ada sesetengah mereka tidak fasih berbahasa Melayu dengan baik.

Ada kedai-kedai kecil yang menjual hasil laut seperti ikan masin dan ikan bilis. Harga lebih murah berbanding di pasaraya dan lebih segar. Ada jugak chalet dan hotel-hotel kecik. Banyak yang abang tengok orang Singapura yang berkunjung ke sini untuk menikmati makanan laut.



Kelong-kelong perternakan ikan dalam sangkar yang terdapat di Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup.

Pemandangan perkampungan nelayan Air Masin, Kukup dari sudut udara.

Kawasan berpaya yang agak kotor di Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup.

Penternakan ikan dalam sangkar menjadi sumber rezeki penduduk tempatan Kukup.

Kawasan Taman Negara Kukup di kawasan hutan seberang sana.

Ada sesetengah rumah di Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup ni masih berdindingkan kayu.

Lorong-lorong sempit yang hanya dapat dilalui oleh kenderaan beroda dua sahaja.

Rumah-rumah penduduk Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup.

Ada yang berumah batu. Chalet dan hotel pun ada di Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup ni.

Pemandangan seolah-olah di Pulau Ketam.

Banyak juga kelong-kelong ikan ni.

Boleh naik bot untuk ke kelong ikan. kalau pi Taman Negara Kukup dia akan singgah di kelong ikan ni masa balik.

Bangsal tempat simpan alatan menangkap ikan.

Pusing-pusing kawasan Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup dengan drone.

Seronok la budak-budak kecik termasuk sekali mak-mak budak.

Belah kiri rumah dua tingkat ni sebenarnya hotel di Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup.

Bentuk muka bumi Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup.

Ada ruang beriadah rupanya di bahagian atas bangunan.

Banyak orang luar seperti Singapura yang mai melepak di Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup ni.

Bau hanyir sikit la bila duduk di kawasan paya bakau ni.

Kebersihan agak kurang terjaga di Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup ni. Pampers ke apa semua main campak bawah rumah.

Peminat-peminat cilik yang turut sama melihat abang main drone di Perkampungan Nelayan Air Masin, Kukup.

Tokong di belakang.

Dari pekan Kukup, kami kembali semula ke Pontian untuk check-out hotel waktu tengahari. Harus pulang Kuala Lumpur hari ni. Saja la abang cadangkan pada mak ayah abang ikut jalan lama untuk balik ke KL dari Pontian. Ikut jalan tepi laut. Bosan la dok ikut lebuhraya ja. Lambat memang lambat tapi dapat lalu banyak pekan-pekan kecil dengan pemandangan yang menarik.

Bukan selalu mai Johor. Kena la jelajah habis dalam sehari ni. Kami lalu pekan Ayer Hitam. Biasa la geng mak-mak ni kalau dengar Ayer Hitam mesti dia dapat hidu bau 'pasu'. Berhenti singgah sat tengok-tengok pasu. Boleh tahan meriah Ayer Hitam ni dengan pasu-pasu seramik dia. Seronok la orang perempuan kalau mai sini.

Dari satu pekan ke satu pekan. Dari Ayer Hitam ke Batu Pahat. Berhenti cari nasi briyani gam pulak dah di pekan Batu Pahat. Gogle punya Google, kami pekena nasi beriani di Restoran Bariani Power. Boleh tahan sedap, tapi dah petang. Tinggal lauk ayam ja, kambing dah habis. Boleh tahan padat sepanjang masa kedai ni.

Lalu pekan Muar, dah dah kami tak berhenti dah. Takkan nak cari Mee Bandung Muar pulak. Kalau jumpa tu rasanya harus berhenti jugak tu. Bukan boleh tahan sangat nafsu makan ni bila berjalan. Nasib baik tak ternampak ja.

Seterusnya masuk ke negeri Melaka, lalu ikut Umbai singgah la tengok Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Kalau saja-saja nak pi memang tak tau bila nak sampai. Tapi ni dah alang-alang lalu singgah la sat. Yang abang ingat waktu kecik-kecik dulu pernah la mai Umbai ni makan makanan laut. lama dah. Tak sangka dah berubah wajah dah sekarang.



Umbai, Melaka. Lokasi terkenal untuk penggemar makanan laut segar.

Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai.

Medan selera ikan bakar di Umbai ni walaupun nampak gah, tapi tak meriah mana.

Ada yang menyatakan indah khabar dari rupa. Umbai yang sekarang tidak seperti dulu kata mereka.

Pemandangan Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai dari udara gaya drone.

Lokasi menarik untuk melepak ambik angin petang-petang ni di negeri Melaka.

Ada gelanggang futsal di tepi laut berhampiran Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai ni.

Sesi riadah bersama keluarga di pantai Umbai petang hujung minggu.

Dari Umbai ini jugak kita boleh ke Pulau Besar.

Layan jugak tengok depa ni main futsal dengan angin kuat tepi pantai ni.

Kalau sepak kuat sikit ni mau masuk laut bola futsal tu. Siapa nak kutip?


Tak mampu nak makan ikan bakar boleh ja duduk melangut tepi pantai Umbai ni tengok matahari terbenam.

Ok,ok. Dah gelap. Jom balik.

Nak cerita pasal Pontian ja tapi terlajak dah masuk negeri Melaka. Dah alang-alang tu abang cerita la sampai habis trip makan kenduri abang di Johor ni bersama keluarga.

Kami tak sempat nak merasa ikan bakar di Umbai ni oleh kerana masing-masing dah kekenyangan. Pantang berhenti ja, bawa keluar drone langsung. Saja la syok-syok ambik gambaq kawasan yang jarang-jarang kita nak sampai ni.

Dari Umbai, merayap ke bandar Melaka seterusnya melalui Klebang. Coconut Shake memang takda dah sebab dah malam. Bagi abang Coconut Shake Klebang ni biasa-biasa ja, tak teringin sangat pun. Banyak tempat yang lagi sedap dari Klebang ni. Geng-geng hipster suka la Klebang ni sebab ada gumuk pasir ala-ala padang pasir. Menggeletis la kalau mereka sampai sini.

Destinasi seterusnya tanpa dirancang tiba-tiba tersesat kat Pengkalan Balak sebab lapaq. Tu sebab lapaq tu, kalau semua kenyang lagi mau lajak terus dah sampai Kedah. Haha. Ok. Hambar.

Bagi penggemar makanan laut boleh la kalau kiranya nak makan 'seafood' di sini. Harganya munasabah. Ada banyak kedai-kedai yang menyajikan hidangan makanan laut di sebelah malam. Mengantuk lepas makan? Boleh sewa chalet-chalet yang berdekatan. Ada banyak chalet tepi laut di Pengkalan Balak ni.

Makan pun dah makan di Pengkalan Balak, tapi Kuala Lumpur tak sampai-sampai lagi. Dah la esok tu hari Isnin. Dari tengahari sampai ke malam singgah merata bermula dari Johor sampai ke Melaka. Ni kalau malam minggu ni mau abang lajak ke Port Dickson seterusnya ke Bagan Lalang baru balik KL. Tapi pi dengan keluarga biasa la tak boleh buat kepala sendiri.

Tepuk dada tanya diri, tepuk poket duit dah nipis. Kalau banyak duit sedap sikit berjalan. Sesekali berjalan dengan keluarga macam ni barulah syiok ! Berhenti merata. Yang tak syoknya bila balik tengah malam semua berdengkur bantai tidoq, abang sorang-sorang la gigih bawa kereta ! Nak buat camna abang kan. Hmm.

* Gambar dan video dirakam sepenuhnya menggunakan SJCAM SJ4000 Wifi

11 ulasan:

  1. Wah... abg Letrik makan beriani kat kampong saya... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untung orang kampung dapat makan beriani hari-hari. Haha

      Padam
  2. Wah . ...tq lokasi terjah akak dulu dah banyak perubahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kembang kempis Ahmad Maslan kalau dengaq ni. Haha

      Padam
  3. Berminat dengan teknik aerial shot guna drone ni. Nak guna untuk buat review homestay. Apa pendapat bro?

    BalasPadam
  4. Cantiknya amik gambar kat Pontian =)
    My hometown..

    BalasPadam
  5. pontian dah banyak berubah...bestlah baca blog BUDAK LETRIk..teruskan menulis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi baca blog merapu abang ! :)

      Padam
  6. wooo..cantiklah abang amik gambar sekitar Pontian ni...i bangga jadi anak jati Pontian...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum
    Bang,,,xde ka tpt cendrahati buat kengkwan yg jauh nun di sana. Brg khas tempatan...

    BalasPadam