Pages

27 April 2017

Bukit Bendera Hiking via Laluan Warisan

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Telah menjadi gaya hidup atau 'lifestyle' sejak akhir-akhir ni, ramai bebenor umat manusia khasnya golongan muda yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti hiking ni. Kalau boleh semua gunung atau bukit dia nak takluk. Pantang kawan racun sikit dia on sahaja. Tujuannya boleh la buat modal nak muat naik kat Instagram tu. Penuh la gambaq-gambaq aktiviti rekreasi bercaption-kan ayat-ayat deep yang dia dah join.

Tidak terkecuali jugak abang. Tapi abang tak berapa terinspirasi sangat nak jejak semua bukit atau gunung yang ada. Asal mana yang larat dan dekat je abang gigih la nak hiking. Kalau kata Kinabalu tu tak sampai tahap abang lagi kot. Pancit lagi mengah abang rasa.

Di Penang ni ada beberapa tempat popular untuk kaki-kaki hiking. Yang selalu abang naik adalah Bukit Jambul. Bukan Kompleks Bukit Jambul yang ada Mydin dalam tu. Ni memang betul-betul Bukit Jambul. Berjambul jugaklah nak naik atas tu.

Selain tu, kalau di sebelah seberang dekat dengan Bukit Mertajam hangpa boleh hiking Cherok Tokun. Tak jauh dari rumah Anwar Ibrahim. Kaki hiking mesti tau punya tempat ni. Masa zaman diploma di UiTM Penang dulu rajin la jugak naik. La ni tak naik dah. Haha.

Selama duduk di Penang ni ada satu bukit lagi abang tak pernah hiking. Bukit Bendera a.k.a Penang Hill. Selalu dok naik atas pun naik tren ja. Teringin jugak nak cuba tengok hiking naik guna kudrat sendiri sampai ke puncak Bukit Bendera ni.







Rancangan minit akhir untuk hiking naik Bukit Bendera dirancang tanpa sengaja malam sebelum tu. Ahli yang terlibat abang ajak Pak Andak Katang sorang ja. Jadi kami berdua ja lah yang hiking naik pada hari kejadian. Senang.

Mengikut kajian abang di internet, ada beberapa trek atau laluan popular yang boleh dipilih untuk hiking naik ke Bukit Bendera. Antaranya adalah menerusi Taman Botani (Trek Jeep), MoonGate atau Laluan Warisan. Ada lagi trek lain yang hangpa boleh ikut, mungkin ada otai-otai lain yang tahu.

Banyak abang baca depa hiking naik Bukit Bendera ikut laluan MoonGate yang berhampiran Taman Botani. Dengaq depa kata dekat 3 jam jugak nak hiking tu pun. Pengsan abang dengaq.

Abang cuba cari maklumat berkaitan Laluan Warisan atau pun Heritage Trail. Tak banyak maklumat yang abang jumpa pasal laluan ni. Ada abang jumpa satu blog bahasa Inggeris yang ditulis oleh seorang uncle Cina yang selalu dok hiking kat sini. 

Tapi hangpa tau la abang bukannya pandai sangat bahasa Inggeris ni. Tak berapa nak paham. Tengok gambaq dalam tu nampak la gambaran serba sedikit cara nak naik Bukit Bendera ni.


Baru keluar rumah 2 minit, tak dan apa lagi dah ada sekatan jalanraya dah. Nasib baik lesen dengan roadtax hidup. Huhu


Pukul 10.00 pagi abang dan Pak Andak dah terpacak di Stesen Keretapi Bukit Bendera di hari kejadian. Tapi untuk hiking naik, bukan melalui stesen keretapi ni. Hangpa kena mula dari Then Kong Thnuah Temple dekat-dekat tempat parking kereta Bukit Bendera.

Ada dua tempat parking di Bukit Bendera ni. Yang pertama, parking bertingkat di depan Stesen Keretapi Bukit Bendera. Yang tu hangpa senang nampak. Yang kedua, ada lagi satu parking kereta berhampiran dengan Then Kong Thnuah Temple di Jalan Pokok Ceri.

Kalau hangpa parking di parking bertingkat depan Stesen Keretapi Bukit Bendera, hangpa kena jalan kaki sikit turun ke bawah. Kemudian hangpa akan nampak simpang kiri dengan pintu gerbang tulisan cina. Cari je Jalan Pokok Ceri kalau nak lebih kepastian. 

Jalan je terus sampai ke hujung. Hangpa akan jumpa parking kereta dan Then Kong Thnuah Temple ni nanti. Dari situ dah boleh nampak trek hiking 'Laluan Warisan' ke Bukit Bendera.







Kami parking motor di parking bertingkat depan Stesen Keretapi Bukit Bendera. Kemudian jalan kaki turun sikit ke Jalan Pokok Ceri.

Jalan terus sampai ke hujung sampai jumpa parking kereta Bukit Bendera.






Ramai yang tak tahu rasanya ada tempat parking kereta di sebelah belakang Stesen keretapi Bukit Bendera ni.

Bagi mereka yang parking kereta di penghujung Jalan Pokok Ceri, di sinilah laluan masuk untuk turun ke Stesen Keretapi Bukit Bendera.

Selamat datang ke Bukit Bendera !

Dari sini boleh nampak Stesen Keretapi Bukit Bendera. Nak beli tiket semua kena turung tangga ke bawah.

Boleh tengok tren Bukit Bendera baru bergerak naik dari Stesen Bawah.

Bila dah sampai kawasan parking kereta Bukit Bendera tu, hangpa ikut je jalan minitar yang ada di sebelah tokong kat situ. Masa ni la jalan semakin mencanak naik. Abang dah mula mengah-mengah dah masa awal-awal ni. Jadi seeloknya senaman ringan la sikit, baru badan tak terkejut.

Kita akan melintasi laluan keretapi di sebelah bawah selepas itu. Kiranya keretapi akan lalu atas kepala kita ja. Kalau kena masa boleh la nampak tren funikular Bukit Bendera ni lalu.

Tak jauh dari situ boleh nampak dah dari jauh tulisan 'Penang Hill Heritage Trail' yang terpampang jelas di atas sebuah batu besar. Di situlah permulaan pendakian kita ke puncak Bukit Bendera.

Di awal perjalanan ni kerja kita naik anak tangga ja sampai la ke Stesen Tengah. Tak ada laluan denai-denai hutan. Semput abang. 

Pakcik-pakcik Cina rilek lagi selamba ja potong kami yang muda-muda ni. Tangga dia macam tak ada kesudahan. Pheeww !

Nah abang bagi gambaran macam mana perjalanan naik ke atas tu.


Selepas melalui kawasan parking kereta Bukit Bendera tadi, hangpa akan nampak laluan ni.

Then Kong Thnuah Temple ada di sebelah kiri laluan mini tar.

Nampak laluan keretapi yang mencanak naik depan tu?

Ada tokong lagi sebelah kanan jalan.

Melintasi pintu gerbang laluan rail keretapi Bukit Bendera.

Boleh nampak dari jauh tulisan 'Penang Hill Heritage Trail'.

Pak Andak yang turut serta dalam ekspedisi hiking ke puncak Bukit Bendera via Laluan Warisan.

Laluan Warisan Bukit Bendera ni dah lama ada sejak tahun 1890 lagi !

Suasana taman masa nak naik tangga Laluan Warisan Bukit Bendera ni.

Panduan jarak perjalanan untuk naik ke Puncak Bukit Bendera. Dari Stesen Bawah nak ke Stesen Tengah ada dalam 1 KM. Ni jarak hiking naik bukit ye tuan-puan

Laluan Warisan a.k.a Heritage Trail ni telah dinaik taraf oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM 400,00 pada tahun 2014 lalu.

Ayam belaan orang tempatan berlari kegirangan. Betul ke ayat abang ni?

Tangga menuju ke hati awak. Eh eh. Kena lintas semula laluan keretapi.

Lawa pemandangan dia awal-awal ni pun.

Pak Andak tidak melepaskan peluang mengambil sekeping dua gambar.

Tu dia jumpa anak tangga lagi tak habis-habis.

Semut hutankah ini?

Berhenti rehat sat di sebuah pondok wakaf sambil menemuramah pekerja-pekerja Bangladesh.

Penang Hill atas lagi dia tulis.

Papan tanda amaran bahaya melintasi trek keretapi Bukit Bendera.

Boleh tengok tren funikular moden Bukit Bendera lalu.

Perjalanan diteruskan lagi. Stesen Tengah masih belum kelihatan. Berhenti seberapa ketika akibat pancit.

Tangga menuju ke hati awak ni memang tak pernah habis eh?

Dah nampak dah kawasan taman ni kiranya dah nak sampai dah Stesen Tengah.

Bermacam jenis bunga hidup subur di kawasan Stesen Tengah. Mungkin suhu dia sejuk sikit kot.

Selamat sampai di Stesen Tengah. Kalau orang putih dia panggil 'Middle Station'.

Heritage Trail atau Laluan Warisan ni trek dia memang cantik dari Stesen Bawah sampai la ke Stesen Tengah.

Kalau bab-bab nama bunga ni abang memang failed sikit.

Suasana di Stesen Tengah Bukit Bendera seindah bunga di taman.

Pemandangan menghadap laut dari aras Stesen Tengah ni pun dah cukup mengujakan.

Boleh nampak Jambatan Pertama & Kedua Pulau Pinang dari sini.



Uncle ni la yang potong kami masa naik tangga tadi.

Tren lama Bukit Bendera duduk terdampar di Stesen Tengah ni.

Tren lama Bukit Bendera yang warna merah ni digunakan dari tahun 1977 sehinggalah ke tahun 2010 sebelum digantikan dengan tren moden yang warna biru tu.

Tinggalan trek keretapi lama Bukit Bendera.

Nostalgia tren lama Bukit Bendera. Abang pernah naik 2-3 kali. Dari kecik sampai la ke besar. Kipas angin tu yang paling abang ingat.

Ada seorang petugas yang akan jaga di Stesen Tengah ni setiap masa sepanjang tempoh operasi tren Bukit Bendera.

Ruang kokpit keretapi lama Bukit Bendera.

Bagi mereka yang hiking sampai ke Stesen Tengah ni dan tak nak teruskan ke Stesen Atas Bukit Bendera, boleh tunggu tren di sini untuk turun semula ke bawah.

Kalau masa zaman tren merah Bukit Bendera ni masih lagi digunakan, penumpang perlu turun di Stesen Tengah ni untuk bertukar tren untuk naik ke Stesen Atas.

Suasana dingin dan hijau di sepanjang laluan rail keretapi Bukit Bendera.

Boleh nampak jelas kawasan Air Itam di bawah sana.

Kemudahan tandas disediakan di Stesen Tengah ni.

Geng-geng hikers yang nak turun semula ke bawah. Cuma bagitahu makcik guard yang bertugas, dia akan telefon tren suruh berhenti di Stesen Tengah masa turun nanti. kalau tak tren akan terus ja tak berhenti.

Bahasa Melayu lama di pintu.

Dari Stesen Tengah cari laluan bertangga melalui kebun sayur.

Dari sini hangpa akan dengar bunyi anjing menyalak. Memang tugas dia jaga kebun sayur. hangpa buat tak tau ja.

Selamat tiba di Claremont Station.

Cantik kawasan sekitar Claremont Station ni.

Amaran jangan melintasi trek keretapi terdapat di mana-mana sahaja.

Ni dia pondok Claremont Station.

Orang tempatan yang duduk di lereng bukit ada yang turun di Claremont Station ni untuk balik ke rumah memasing.

Claremont Station. 449.3 meter dari paras laut.

Mula-mula tu kami ingat tren berhenti kat sini nak ambik kami. Kami kuis-kuis tangan tak nak. Rupanya ada orang nak turun kat sini. Malu sat.

Bukan cermin tandas unuk berselfie.

Ke mana sahaja hiking ada bekal buah. Kali ni jambu batu yang abang bawak.

Dalam tren tu semua menjerit "Pak Andak Katang !". Sikit pun Pak Andak tak layan jeritan mereka. Maaf yer Pak Andak bukan biasa-biasa.

Abang pun tak nak kalah dengan Pak Andak. Tapi tak ada pun orang menjerit. Yang kedengaran hanya bunyi cengfkerik dan ombak menghempas pantai.

Sistem funikular tren Bukit Bendera.

Ayaq jernih ni kalau ada sungai dah lama terjun dah.

Papan tanda arah yang harus diikuti. Kita nak pi 'Top Station' sekarang ni.

Berada di ketinggian 470 meter aras paras laut.

Dah tak ada anak tangga dah selepas Middle Station. Banyak lalu denai sampai ke atas.

Kena memanjat sikit. Kena paut pada tali.

Bahagian ni je yang 'hardcore' sikit pun. Tapi abang rasa budak tadika pun lepas bahagian ni.

Perjalanan ke puncak Bukit Bendera diteruskan melintasi akar-akar kayu.

Lega jumpa pondok lagi. Boleh berhenti rehat sat.

Balak tumbang.

Sampai di stesen berikutnya. Viaduct Station.

Viaduct tu natang apa pulak? Kalau bahasa Melayunya kita panggil jejambat.

Tren Bukit Bendera menghala turun. Laju tren yang baru ni. Kalau dalam sejam sahaja dia boleh angkut 1000 orang ke atas. Yang lama kaler merah tu sejam baru boleh angkut 250 orang.

Tengok kecerunan boleh jadi 45 darjah.

Mereka yang di dalam tren bersesak-sesak. Semua mata memerhati kami yang ada di luar.

Cuti hujung minggu macam ni memang penuh la orang naik Bukit Bendera.

Stesen Viaduct. 562 meter dari paras laut.

Cantik betul pemandangan kat Viaduct Station ni. Rasa nak duduk lama-lama tengok keretapi Bukit Bendera naik turun.

Viaduct Road West. Ikut je papan tanda arah untuk sampai ke Stesen Atas.

Terjumpa telefon salah seorang hikers yang tertinggal di Viaduct Station. Mereka dah berada di atas. Mintak mereka tunggu sekejap sementara kami hiking naik atas.

Panduan ke Laluan Jeep, Viaduct Timur dan Stesen Tengah.

Inilah dia orang panggil 'viaduct'. Selama ni yang kita dok lintas awal pendakian tadi di bawah tu pun dipanggil viaduct sebenarnya. Baru abang tahu.

Baru jumpa semula laluan bertangga. Elok jalan dia.

Daki, daki dan daki lagi.

Ayaq longkang yang jernih.

Buka di Hawaii atau Madagascar. Trek menuju puncak Bukit Bendera.

Nampak bilik pencawang TNB sebelum sampai Medan Selera Bukit Bendera.

Ada banyak trek yang boleh diikuti sebenarnya selepas Stesen Viaduct. Abang ikut terus ja, tembus dekat Medan Selera Bukit Bendera.

Memang saja nak tembus dekat Foodcourt Bukit Bendera ni pun, sebab nak pekena ais kacang special dia.

Asal hangpa lalu je depan kedai di Foodcourt Bukit Bendera ni memang akan panggil tanya nak makan apa. Pelbagai pilihan ais kacang dan jus buah boleh dipilih.

Berderet kedai jual ais kacang di Medan Selera Bukit Bendera ni. Dan menjadi kewajipan bagi pengunjung bila naik Bukit Bendera mesti pekena ais kacang special kat atas ni.

Hasil tangkapan kami di Medan Selera Bukit Bendera. Jus mangga pekat elok beserta ais kacang istimewa dengan buah-buahan. Tiba-tiba ayat jadi skema.

Selepas 3 jam hiking Bukit Bendera, inilah dia hadiah pencapaian untuk diri sendiri.

Jus mangga 'pior' berharga RM 8 dan ais kacang special ni pulak RM 12. Tapi ais kacang banyak ni boleh kongsi makan dua orang.

Oleh kerana sayang nak sentuh makan, sesi bacaan doa makan dilakukan dengan telefon.

Dah habis pekena ais kacang, meronda pusing-pusing sat kat kawasan sekitar Bukit Bendera.

Banyak-banyak kunci mangga ni boleh roboh tak lama jambatan 'LOVE' ni. Mel & Sara ni kena friendzone ke apa? Huhu.

Buat-buat sibuk. Abang dan Pak Andak tak beli pun kunci mangga tulis nama kami kat situ. Huhu.

Satu-satunya masjid yang terdapat di Bukit Bendera.

Pemandangan di atas Bukit Bendera menghadap laut.

Selesai solat Zuhur di Masjid Bukit Bendera, masa untuk balik semula ke bawah.

Banyak papan tanda atas Bukit Bendera ni. Insyaallah tak sesat.

Hujung minggu ni memang ramai la pelancong yang naik Bukit Bendera.

Macam-macam aktiviti ada di Bukit Bendera ni. Sampai tak tahu mana satu nak tengok.

'The Habitat' Penang Hill yang baru dibuka.

Menapak ke Stesen Atas untuk naik tren turun ke bawah.

Dilarang memberi makan kepada monyet dan anjing.

Ada program apa pulak kat bawah tu?

David Brown's Strawberry Hill di Bukit Bendera. Boleh naik atas ni untuk tengok pemandangan yang lebih tinggi.

Bukan mesin parking berbayar tu. Nak teropong kena masukkan duit.

Beli nasi lemak bungkuih sambil pekena tengok pemandangan camni ni pun 'chara' jugak.

"Kalau awak ada di sebelah, yang Pak Andak tenung tu adalah mata awak" - Pak Andak Bujang

Restoran David Brown yang mengetengahkan konsep taman Inggeris. Tak berani abang nak pusing sampai ke hujung. Dalam dompet ada tak berapa duit ni.

Nak turun Bukit Bendera ni dok pikir nak pekena nasi kandaq dekat mana. Nak makan kat atas sini kos tinggi sikit.

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak beli tiket tren kalau dah hiking naik Bukit Bendera ni? Kaunter tiket dah ada dekat pintu masuk stesen bawah tadi. Takkan kena beli tiket siap-siap kot?

Jangan risau. Tak perlu beli tiket tren siap-siap pun kalau nak turun. Hangpa boleh selamba je naik tren turun selepas hiking naik Bukit Bendera tu. Pakcik guard yang jaga barisan tak akan tanya pun pasal tiket turun.

Tapi itu bukan bermaksud naik tren turun secara percuma. Memang betul tak ada kaunter tiket di Stesen Atas Bukit Bendera tu. Tapi bila nak turun tu kan ada pintu pagar automatik tu. Kalau tak ada tiket memang la tak boleh lepas !

Bagi mereka yang hiking naik Bukit Bendera tadi, boleh je beli tiket turun bila dah sampai di bawah. Ada kaunter khas yang disediakan. Kalau keluaq ja dari tren tu, hangpa akan nampak papan tanda arah kaunter tiket untuk mereka yang balik secara sehala tadi. Kita kena beli tiket balik ja berharga RM 5.00 seorang untuk pemegang MyKad. 

Kalau orang lain yang naik tren pergi balik kena caj RM 10.00 seorang untuk pemegang MyKad. Kita yang balik cuma RM 5.00 ja seorang. Nanti dia kan bagi satu kad. Kad tu lah yang kita kena ada untuk melepasi palang pintu pagar automatik tu.


Beratur nak naik tren turun Bukit Bendera. Tiket tak perlu beli atas ni. Naik je dulu, beli tiket RM 5 di bawah.

Orang punya la ramai nak turun pun.

Vending machine ayaq tin RM 1.00 ni abang nampak paling laku.

Kami sampai semula ke bawah lebih kurang pukul 3.00 petang. Nak ambik motor dah tak jauh dah sebab dah siap-siap parking pagi tadi dekat parking bertingkat depan pintu masuk Stesen Keretapi Bukit Bendera.

Lapaq pun lapaq ni bila dah turun. Dok atas tadi kami alas perut dengan ais kacang istimewa Bukit Bendera & jus buah. Dok pikir nak pekena nasi kandaq kat mana. Nak makan kat atas tadi rasa mahal la pulak. Elok turun kat bawah ni baru cari makan.

Dah-dah badan melekit hiking tadi ditambah pulak dengan cuaca panas, abang ajak Pak Andak mandi ayaq terjun. Syok woo dapat rendam badan panas-panas ni.

Dekat mana ayaq terjun? Abang rasa abang tak perlu bagitahu kot. Abang rasa dah 2-3 kali abang tulis pasal ayaq terjun ni. Bukan apa, malas nak dah nak bagitahu. Lebih elok kalau hangpa usaha cari sendiri. Sat lagi kalau banyak sangat orang tau pasal air terjun ni jadi ramai pulak. Dah ramai jadi kotoq pulak. Elok la senyap-senyap ja. Kalau orang Penang sendiri tau kot kat mana air terjun ni.


Selamat tiba semula di Stesen Bawah Bukit Bendera ! Ambik semula motor dekat parking bertingkat di sebelah.

Majlis penutup disudahi dengan mandi ayaq terjun.

Nak mandi pun seriau takut kepala ayaq lepas musim hujan ni.

Nikmat tuhan yang mana kau dustakan. Abang tak mau bagitau air terjun mana, hangpa cari sendiri la dalam Penang ni. Abang ada tulis dah sebelum ni.

Ada pelancong Pak Arab turut serta.

Pak Arab ni mai dengan bini dia tak mandi pun. Lebih kepada buat sesi fotografi.

Sebelum pi mandi ayaq terjun, kami singgah makan nasi campur di Batu Feringghi. Ada kedai campuq yang menjadi kegemaran abang di situ. Kedai 'Nasi Campur Ummi' nama dia. Kedai ni dekat-dekat dengan Petronas dan McDonalds Batu Ferringhi. Kalau hangpa nak cari kedai makan mana di Batu Ferringhi ni boleh rujuk catatan abang yang lepas berkenaan Backpacking Bajet Penang. Ada abang ceritakan berkenaan kedai makan ni.

Itu je abang nak cerita pasal hiking Bukit Bendera via Laluan Warisan a.k.a Heritage Trail. Dok melalut kang melencong jauh lari daripada tajuk pulak. Saja la masuk sikit bab ayaq terjun tu. Huhu.

Ada masa lepas ni abang ingat nak terjah ikut trek atau laluan lain pulak. Mungkin ikut MoonGate atau laluan jeep Taman Botani Pulau Pinang pulak. Tengok mana yang sempat dulu.

Sekian saja cerita cinta hiking abang. Adios !

16 ulasan:

  1. Gigihnya! Entry yang sangat detail. Gambar pon cantik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gigih tak gigih keras kejung jugak betis 3 hari. Haha

      Padam
  2. gigih baca sampai habis... Sekarang tengah usha2 nak buat apa kat sana dan tak terfikir pon boleh hiking kat sana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Kalau tak nak bersesak-sesak naik tren tu boleh je hiking naik sampai puncak Bukit Bendera ni kalau rajin !

      Padam
  3. @budak letrik bro guna camera jenis apa? Cantik gambar2! :)

    BalasPadam
  4. Saya harini baru hiking bukit bendera... Hihi..lalu jalan jeep

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Ok jugak tu kalau dari Taman Botani Penang

      Padam
  5. Berpandukan blog ni la sy 5 beranak hiking bukit bendera ptg smlm."Tangga ke hati awak" tu mmg seperti tiada kesudahan.tapi sebabkan anak 3 org umur 10/8/4 relax je xkan bapak dia xcover line.asalnya turun penang nak hiking ngor hean air itam tp laluan tutup so tukar plan hiking heritage trail ni. 2 jam 50 minit bagi yg Biasa2. Sampai atas kena paw dgn anak2 ais kacang. Steady blogger

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Selamat sampai dengan jayanya. Paw jangan tak paw. Bukan selalu tu!

      Padam
  6. Parking motor tuu... da guard jga x?

    BalasPadam
  7. Alamak mcm agak mencabar ya, baru bercita-cita nak hike Ahad ni sehari sebelum puasa. Haihh, lain kali lah. Terima kasih abang untuk entry yg sgt awesome & pak andak kerana menghiasi gambar-gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Boleh tu kalau nak naik Bukit Bendera ni awal pagi. Terima kasih sudi baca !

      Padam
  8. agak2 sekarang ni boleh lagi tak hiking kat bukit bendera?

    BalasPadam
  9. Bagus info. Gaya penulisannya santai dan memikat pembacaan. Foto pun cantik bermaklumat dengan tulisan kapsyen yang juga memikat. Tok Wan dah cuba juga trek Warisan ni.

    BalasPadam