Pages

17 Oktober 2018

Part 1 | Backpacking Bajet Jeju: Anyong-haseyo 안녕하세요 Jeju

Backpacking Bajet Jeju : Bahagian Pertama

Dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju

Bila tengok orang pi Korea, dalam benak hati ini turut terpalit rasa untuk ke sana. Bila tengok orang dok melaram baju sejuk di Korea ni, dalam hati sejuk sungguh ka Korea tu? Teringin jugak nak rasa sejuk dia lagu mana.

Ditambah pulak cerita kengkawan yang pernah sampai di sana. Melopong ja lah dengar. Dalam fikiran abang, di Korea ni geng-geng K-Poppers ja yang pi untuk bergambar depan menara syarikat rakaman 'baby' masing-masing. Sebab apa yang abang nampak di Korea ni cuma bandar metropolitan yang pesat membangun. Itu pandangan pertama abang terhadap negara bernama Korea Selatan.

Sebenarnya abang tak pernah terbayang pun untuk sampai ke Korea Selatan pada waktu terdekat ini. Tapi entah macam mana tahu-tahu dah sampai di pulau yang terbesar di Korea, Pulau Jeju!



Tiket flight Kuala Lumpur-Jeju

Awal tahun 2018, Airasia X telah melancarkan penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Jeju dengan tambang serendah RM199. 

Kalau sebelum ni bagi mereka yang nak ke Jeju kena naik flight lain di Seoul dahulu. Maksudnya dari KL ke Seoul, kemudian naik flight lain dari Seoul ke Jeju. Jadi dua kerja pulak dah dan makan modal la sikit.

Bila orang tanya abang berapa harga tiket abang beli untuk ke Jeju ni? 

Abang beli last minit 3 hari sebelum bertolak pada harga RM249 sehala. Ya, 3 hari sebelum bertolak. Sebab tu abang masih tak percaya abang boleh jejak bumi Korea. Semuanya berlaku secara pantas.

Entah macam mana boleh terjumpa pulak. Harga balik lebih sikit RM279. Tetapi masih mampu milik.

Dalam seminggu hanya ada 4 kali ja penerbangan terus Airasia X dari KL ke Jeju. Hari Sabtu, Isnin, Selasa & Rabu. Penerbangan balik pun dari Jeju pun sama.

Tarikh abang pi ke Jeju ni 4 hari sebelum hari pengundian PRU ke-14 yang jatuh pada 9 Mei 2018.

Abang balik semula ke Malaysia cun cun malam sebelum pilihanraya PRU 14. Sempat la mengundi keesokkan harinya tu.

Kebetulan dah ada di KL, terus tukar duit Ringgit ke Korea Won di Sogo. Ada tempat tukar duit di tingkat bawah.
Tukar duit Ringgit Malaysia ke Won. 1000 Won bersamaan dengan RM3.74. Abang tukar RM600 ja. Dapat la 160,000 Won.

Duit Won. Macam tak berapa harap pulak cukup 160,000 Won ni untuk 4 hari 3 malam kat Jeju.
Naik bas pagi-pagi buta pukul 4.30 dari KL Sentral ke KLIA2. Tiket bas harga RM12 sekarang. Dulu abang naik RM10 ja abang rasa.


Bas sentiasa ada di bawah KL Sentral ni untuk ke KLIA atau KLIA2.

Jenuh jalan kaki dalam KLIA2 ni lepas subuh cari gate masuk. Pintu masuk ruang menunggu semua jauh-jauh.

Sabtu 5 Mei 2018

Penerbangan Airasia X yang abang naik dari KLIA2 ke Jeju dijadualkan bertolak pada pukul 6.50 pagi waktu Malaysia (GMT+8). 

Pukul 4.00 pagi abang dan adik abang dah gerak dah naik bas dari KL Sentral. Elok pukul 5.00 pagi sampai. KLIA2.

Jarak masa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jeju mengambil masa lebih kurang 6 jam. Jenuh basah punggung dan gelisah jugaklah sementara nak sampai tu. Haha.

Ini adalah penerbangan yang paling lama dan yang paling jauh pernah abang naik dengan Airasia X. Sebelum ni naik pi Bali pun guna Airasia X dalam 3 jam ja. Naik pi Kota Kinabalu pun lebih kurang 3 jam jugak. 

Ni Kuala Lumpur ke Jeju 6 jam!

Jadi 'perhak' sikit baru dapat rasa pengalaman naik flight lama-lama ni. Orang lain naik flight pi umrah 8-9 jam tak kecoh pun. Abang ja yang lebih.

Masa kat atas flight tu siap order makan kata kau. Sebelum ni tak pernah-pernah makan atas flight. Pekena Nasi Lemak Pak Nasir siap-siap. Takut nanti sampai Jeju lapaq nasi pulak. Mana nak cari makan woi nanti!

Untuk pengetahuan, waktu di Jeju lebih sejam dari Malaysia (GMT+9). Kalau jam Malaysia kita pukul 12.00 p.m, sini dah pukul 1.00 p.m.

Alhamdulillah. Abang dan adik abang selamat mendarat di pulau Jeju pada pukul 1.50 p.m waktu tempatan.

Sebelum tu dua kali jugak kapal terbang nak landing tak jadi sebab angin kuat. Nak landing kali pertama tu kapal terbang tak berapa nak stabil, kapten kapal bawak naik balik pusing satu kali lagi baru mendarat semula. Alhamdulillah la berjaya mendarat dengan selamat.

Penumpang dalam kapal bertepuk keriangan masa mendarat kali kedua tu. Huhu. Masa turun semua ucap terima kasih kat kapten kapal.


6 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeju dengan Airasia X. Brader yang dok sebelah abang tengah dok isi arrival card.

Pekena nasi lemak Pak Nasir siap-siap kat atas flight Airsia X ni ke Jeju. 6 jam ni cemuih jugak nak buat apa pun tak tau.

Akak-akak pramugari akan bagi 'Arrival Card' untuk hangpa isi masa duduk dalam flight ke Jeju ni.

Contoh 'Arrival Card' Korea Selatan. Jenuh godek nama hotel kat Seogwipo. Tak ingat nama.

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. Angin sejuk menerpa masuk menghembus ke muka. 

Alhamdulillah sampai jugak ke Pulau Jeju menggunakan pesawat Airasia X penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Ada 4 kali  seminggu ( Isnin, Selasa, Rabu, Sabtu) penerbangan terus Kuala Lumpur ke Jeju.

Masa turun ni dah rasa dah dingin-dingin sejuk dia kat Jeju ni. Tapi tak la sesejuk mana. Sesedap rasa je sejuk dia.

Sebelum turun, para penumpang sempat memberikan tepukan gemuruh untuk kapten pesawat yang berjaya mendaratkan kapal terbang setelah tidak berjaya pertama kalinya.

Pulau Jeju adalah kepulauan yang mengalami 4 musim dan kecantikan & keindahan pulau ini berubah mengikut musim.

Musim Sejuk : Disember - Februari
Musim Bunga : Mac - Mei
Musim Panas : Jun - Ogos
Musim Luruh : September - November

Sewaktu abang pi pada pertengahan Mei 2018 yang lepas masa tu dah menghampiri penghujung musim bunga dan nak masuk musim panas.

Suhu pun tak berada sejuk dan tak berapa panas lebih kurang 22-24 darjah Celcius pada siang hari dan boleh jatuh 16-18 darjah Celcius bila waktu malam. Lebih kurang macam Cameron Highland ja suhu dia (mungkin sejuk lagi kot sebab Cameron Highland pun panas dah sekarang).

Rasa dingin dia kat Jeju ni masa abang pi lebih kurang macam duduk dalam aircond kalau berjalan waktu siang. Memang nyaman dan ketiak pun tak basah.

Turun dari flight di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju abang tengok ada sorang makcik bertudung ni dari Malaysia yang sama flight dengan abang dia punya dressing macam nak tempuh salji tu. Tebal-tebal jaket dia. Abang dah tersengih dah. Sat lagi abang yakin dia bukak la tu bila menyedari di Jeju musim salji belum tiba.

Ada bas shuttle dah menunggu turun je dari kapal terbang, Naik bas tu untuk pintu ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Tengah tunggu nak cop passport. Banyak orang cina dari Malaysia yang abang nampak. Pergerakan nak cop passort jadi efisien bila ada pegawai-pegawai lapangan terbang yang membantu pergerakan penumpang.


Pulau Jeju tidak seperti bandaraya Seoul atau Busan yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap sepeti tren, bas & sebagainya.

Kalau nak cerita contoh dia macam Langkawi la Jeju ni. Kalau di Kuala Lumpur ada bermacam jenis tren (MRT,LRT, Monorel, KTM Komuter), di Langkawi yang ada pun hanya kereta sewa dan van sapu.

Sama juga situasinya di Jeju. Bagi pelancong yang berkunjung ke sini, untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain pilihan yang ada sama ada menyewa kereta atau pun menggunakan bas awam.

Bagi yang mai berkeluarga elok la sewa kereta. Kalau yang mai backpacking solo atau berdua tu yang rasa nak jimat boleh je naik bas awam di Jeju ni.

Abang dan adik abang menggunakan sepenuhnya pengangkutan awam (bas) selama 4 hari berada di Jeju ni.

Sambungan internet? Ada sesetengah orang dia sewa portable wifi selama mereka berada di Jeju ni. 

Tak pernah lagi la abang dengaq beli simkad internet untuk internet di Korea ni. Masuk Siam pun pening dengan bahasa dia bila beli simkad sana, ditambah pulak dengan kekangan bahasa. Inikan pulak di Korea.

Nak murah dan lagi jimat? Abang dan adik abang cuma gunakan public wifi sahaja yang terdapat di Jeju ni. Untuk makluman hangpa, mana-mana tempat di Jeju ni boleh dikatakan terdapat sambungan wifi percuma.

Fasiliti untuk wifi sangat terbaik di Korea ni. Mana-mana pun ada je wifi. Laju pun laju.

Naik bas ada wifi, kat airport ada wifi, kat hostel ada wifi, bahkan jalan kaki kat luar pun ada je wifi percuma ni. Jadi buat apa nak sewa wifi lagi kalau boleh dapatkan sambungan wifi di mana-mana? 



Suasana dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. Tak berapa besar sangat. Aiport Jeju ni dibuka sampai pukul 11.00 malam saja tau. Jangan nak mengada nak tiduq kat airport bagai. Kena halau sat lagi.

Jadual ketibaan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Tengok vending machine yang ada di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. Nak beli apa tak tau. Kejutan budaya sekejap.

Kedai serbaneka GS25 di dalam kawasan Airport Jeju. Macam 7E la kiranya.

Jalan cari kedai serbaneka GS25 ni sebenarnya semata-mata nak cari kad T-Money untuk guna naik bas nanti.

Macam-macam barang boleh jumpa di GS25 ni. Cuma satu masalah dia semua tulis dalam bahasa Korea!

'Banana Uyu' atau susu pisang ni yang orang kata kalau pi Korea kena rasa ni.

Sebotol ni dekat 1,200 Won. Kalau convert duit Malaysia ni mau tertonggeng jugak.

Ayaq tin. Semua harga dalam 1,200 Won jugak. Kalau kita kat Malaysia macam RM1.20 la

Ingat nak beli topeng muka ni acah-acah keluaq aiport macam retis Korea sikit.

Keropokan dengan perisa-perisa yang tak pasti.

Aiskrim Hershey's jenis sandwich buat tak tenteram jiwa.

Semua jenis aiskrim Hershey's. Teringin jugak nak makan, tapi tengok harga macam mahal jugak. Haha.

Beli jugak la susu Banana Uyu ni nak rasa. Memang sedap sungguh. 'Uyu' tu maksud dia susu.


Untuk menggunakan bas awam di Jeju, langkah pertama yang harus dilakukan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju ada mencari kedai serbaneka dahulu. Contohnya kedai serbaneka di sini adalah GS25.

Seterusnya masuk dan carilah susu Banana Uyu. Huhu. Sedap hokey susu ni. Mula-mula adik abang yang beli abang jual mahal tak mau rasa. Nah sekali rasa abang pulak yang tiba-tiba pergi beli lagi satu. Sedap rupanya woi. 

Tapi nak minum banyak-banyak pun tak boleh, sebotol pun dalam 1,200 Won. Kalau convert duit Malaysia tu ada dalam RM4.50. Dah la botol kecik ja. Dua kali teguk habis la ni. Mampuih.

Ok. Berbalik pada cerita nak naik bas awam di Jeju ni. Mula-mula kita kena beli kad serupa TouchnGo dulu yang diberi nama 'T-Money' di kedai serbaneka GS25 ni.

Harga kad T-Money ni dalam 2,500 Won (~RM9.00) tapi nak guna kita kena topup dulu. Sama konsep dia macam kad TouchnGo.

Abang topup tambah lagi 30,000 Won(~RM110). Nampak sangat tamak haloba topup banyak-banyak dalam kad T-Money ni semata-mata nak naik bas.

Boleh ka kalau naik bas tak pakai kad T-Money ni? Jawapan dia boleh ja bayar tambang bas pakai duit tunai. Tapi tambang bas mahal sikit lebih 50 Won berbanding yang guna kad T-Money.

Mudah sikit tak payah dah dok kira duit kalau nak naik bas kalau guna kad T-Money ni. Cuma perlu sentuhkan kad pada panel yang terdapat di dalam bas. Tambang bas akan ditolak dari jumlah duit yang ada dalam kad T-Money tersebut.

Dah macam kerja TouchnGo pulak abang cerita ni. Haih!


Nak naik bas awam di Jeju ni seeloknya ada kad T-Money ni. Dia macam kad Touch & Go kena topup duit masuk dulu baru boleh guna. Kalau turun Airport Jeju tu pi la kedai serbaneka GS25 confirm ada jual kad ni. Harga kad sahaja 2,500 Won. Abang tambah topup 30,000 Won.
Keluar pintu ketibaan Airport Jeju. Nak cari bas ke Seogwipo.

Keluar je pintu ketibaan Airport Jeju cari tanda arah nak tunggu bas 'Limousine Bus' yang boleh didapati di tiang-tiang.

Nampak tu ada tulis tu kat tiang tu bas nombor 600 'Limousine Bus'. Ikut ja anak panah yang dia tunjuk tu.

Setiap tiang depan pintu ketibaan Airport Jeju ni tempat tunggu bas.

Abang lebih gemar naik pengangkutan awam kalau pi mana-mana pun sebab di situlah kita dapat mengenal budaya bangsa sesuatu negara tu.

Walaupun naik bas awam lebih lama dan memakan masa kebiasaannya berbanding menyewa kereta, tetapi hangpa lebih santai dan dapat merasai jalan serta suasana sesuatu perkampungan tu dengan lebih baik. Kalau naik kereta maunya fokus kat depan ja.

Sistem bas awam di Jeju merangkumi keseluruhan Pulau Jeju. Hampir keseluruhan tempat-tempat menarik di Jeju dihubungkan dengan bas. Cuma hangpa kena tau nak naik bas apa ja.

Cara mudah kalau hangpa nak naik bas awam di Jeju adalah berpandukan Google Maps kalau hangpa tak faham nak baca sistem bas yang ada di sini.

Masukkan sahaja destinasi yang nak pi dan pilih mode 'public transport'. Kalau hangpa tak tau jugak macam mana nak guna Google Maps abang tak boleh nak kata apa.

Nanti akan keluar pilihan nombor bas yang boleh dinaiki untuk ke sesuatu destinasi tu dan nama bus stop untuk kita turun. Mudah bukan?

Bagi mereka yang dah naik bas dan ada pertukaran bas lagi ke destinasi seterusnya, hangpa tak perlu bayar tambang lagi bila tukar bas tu dalam tempoh masa 30 minit. Masa nak keluar tu sentuh sahaja kad T-Money tu lagi sekali. Jadi naik bas yang seterusnya tu percuma la.

Lagi satu, kad T-Money tu tak semestinya beli seorang satu. Ada satu kad T-Money tu pun boleh dah boleh guna untuk dua orang. Cuma masa naik bas bagitau kat pakcik drebar bas untuk 2 orang. Dia akan tekan butang untuk dua orang. So jumlah tambang dua orang tadi akan ditolak dari kad T-Money tadi. 


LIntasan pejalan kaki Airport Jeju. Ada makcik berkebaya merah sorang yang jaga lalulintas kat sini.



Abang dah jumpa dah tempat nak tunggu bas 'Airport Limousine' nombor 600 untuk ke Seogwipo. Cari pintu ketibaan Gate 6, tempat tunggu bas ni betul-betul depan tu.

Bas ni akan bergerak sampai ke Seogwipo melalui kawasan-kawasan hotel pelancong di Jeju. Kekerapan bas setiap 14-16 minit sekali.

Abang jumpa muka-muka Asia Tenggara masa nak tunggu bas depan Airport Jeju ni. Dengar slang tu macam orang Indonesia.

Belah atas ni balai pelepasan. 

Ni la makcik berkebaya merah yang abang cerita tadi menjaga trafik dan lalulintas di Airport Jeju tu.

Memang tugas makcik gaun merah ni mengawal lalulintas pejalan kaki di Airport Jeju. Ada mikrofon yang dipasangkan dengan pembesar suara.

Kenapa Malaysia takda makcik-makcik macam ni? Semua pakcik-pakcik RELA pencen ja jaga jalan. Pakai kemas-kemas kan lawa! Baru bersemangat nak melintas jalan.

Makcik gaun merah dah bagi arahan untuk melintas.

Setiap 2 minit sekali bila orang dah ramai makcik gaun merah ni akan tahan kereta untuk bagi orang ramai lintas jalan di Airport Jeju.

Di mana abang menginap di Jeju ni?

Ada pilihan untuk hangpa menetap sama ada di Jeju City atau pun menuju ke belah selatan menuju Seogwipo.

Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju ni terletak di Jeju City. Kalau hangpa nak cari penginapan di Jeju City ni boleh ja cari hotel dekat-dekat airport ni.

Abang ambik keputusan untuk duduk di Seogwipo. Depa kata dok kat Seogwipo syok sikit dan dekat dengan alam semula jadi. Nak jalan kaki pi tengok air terjun pun senang.

Dari Jeju City nak ke Seogwipo ni kena pusing separuh pulau Jeju tu jugaklah. Pulau Jeju ni bukan kecik tau, 3 kali ganda lagi besar dari Singapura hangpa tau dak!

Jarak dari Jeju City ke Seogwipo kalau naik bas awam lebih kurang sejam setengah jugak. Bas awam ni akan berhenti kawasan tumpuan pelancong (Jung Mun Tourist Area) dan melalui hotel-hotel yang terdapat Seogwipo.

Dari Airport Jeju ada bas bernombor 600 terus ke Seogwipo yang dikenali dengan nama 'Airport Limousine'. Tak payah tukar-tukar bas dah kalau nak ke Seogwipo. Naik bas ni ja terus sampai Seogwipo.

Bas Aiport Jeju-Seogwipo ni kekerapan dia lebih kurang 15 minit sekali. Kalau hangpa nak cari bas ni hangpa keluar je ke GATE nombor 5 kalau tak salah abang dari balai ketibaan. Nanti kita boleh tengok kat tiang-tiang besar tu akan ada panduan untuk cari bas ni.



Ni dia peta laluan bas 'Airport Limousine' tadi. Dari Jeju City dia akan menghala turun ke selatan pulau Jeju menuju ke Seogwipo. Sambil-sambil tu dia lalu kawasan-kawasan yang menarik untuk pelancong.

Bas nombor 600 'Airport Limousine'. Ingat! Kalau tak tau nak baca tak tau jugak nak kata apa lagi.

Bas 600 'Airport Limousine' Jeju ni akan berhenti sat dalam 5 minit tunggu penumpang semua masuk baru dia akan bergerak. Dia jaga timing masa dia. Kalau terlepas pun takpa, ada bas lain dalam masa lebih kurang 15 minit yang akan sampai.

Bersama rakyat marhaen menaiki bas dari AIrport Jeju ke Seogwipo. Tambang bas 5,500 Won. Guna kad T-Money yang kita dah beli & topup tadi.

Dalam bas 'Airport Limousine' ke Seogwipo. Tak ramai pun yang naik dari Airport Jeju tadi. Ada la kot dalam 5-6 orang. Tapi semua dok depan. Abang & adik abang ja dok belakang.

Ok. Abang tak faham sepatah haram pun bahasa Korea yang ditulis. Yang tahu baca nombor telefon tu ja.

Kapal terbang mendarat di Jeju City. Nak ke Seogwipo ambil masa lebih kurang sejam setengah lagi.

Menara kawalan Airport Jeju. Rasa macam dalam drama Korea pulak feeling-feeling dia masa bas dah bergerak ni.

Meninggalkan Airport Jeju. Jumpa lagi lepas 4 hari!

Suasana perbandaran Jeju City. First impression abang Jeju ni bersih! Susah la nak nampak sampah.

Bangunan-bangunan yang terdapat di Jeju City. Kereta semua sepesen brand Hyundai.

Ni jumpa bangunan yang tinggi sikit. Kejutan budaya la sat bila jejak kaki di Jeju ni. Jakun sikit.

Pemanduan di Jeju di sebelah kanan.

Disebabkan cuaca di Jeju ni dah nyaman, bas dia tak bukak aircond! Kena bukak tingkap biar angin sejuk masuk.

Bukak tingkap baru angin sejuk tu masuk! Suhu lebih kurang 20 darjah Celcius masa ni.

Mula-mula tu lalu jalan besar macam lebuhraya, tapi takda tol pun.

Memberanikan diri hulur kamera keluar tingkap. Ni kalau jatuh ni naya ni, tak kutip dah.

Pemanduan di Korea Selatan di sebelah kanan. Berapa kali abang nak ulang ni. Takda modal nak cerita apa sebenarnya. Haha.

Highway kat Jeju ni elok jugak jalan dia. Bersih pun bersih.

Dok dalam bas dari Jeju City ke Seogwipo sambil tengok pemandangan luar tingkap bas. Cuba membiasakan diri dengan keadan sekeliling dulu.
Ni lalu kawasan hotel yang mewah-mewah ni. Mampu tengok je lah. Haha.

Tengok kereta kat kawasan hotel ni pun gaya orang-orang kaya.

Bas awam 'Airport Limousine' Jeju ni akan melalui hotel-hotel besar yang terdapat di sepanjang perjalanan ke Seogwipo. Ramai orang tempatan & pelnacong luar menggunakan perkhidamatan bas ni untuk bergerak dari Seogwipo dan ke Airport Jeju.

Abang tukar tempat duduk pulak ke sebelah kanan. Penumpang dalam bas dah semakin ramai.

Ni dia Stadium Piala Dunia Jeju yang boleh dilihat dari jauh.

Bas melalui 'World Cup Stadium' di Jeju. Korea Selatan dan Jepun pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia tahun 2002 dulu.











Selamat tiba di bandar Seogwipo! Nak tahu nak kena turun kat bus stop mana abang agak guna Google Maps ja.

Betul ke orang kata kalau mai Korea kena acah-acah pakai baju sejuk?

Sweater Uniqlo RM6 bundle Permatang Pauh pun jadi lah. Turun-turun bas dok gigih bergambar depan bus stop dulu. Mujur kereta tak berapa banyak kat Seogwipo ni.

Abang sampai di Seogwipo pun dah agak petang jugak. Cuaca di Jeju sehari-hari macam ni lah. Sejuk dan nyaman. Mendung tak mendung gitu.

Nyaman sungguh waktu kami pi Jeju ni. Cuaca pun mendung-mendung ja. Suhu lebih kurang 20 Celcius.
Ada kedai kopi depan ni dengan tulisan Inggeris.

Misi mencari hostel di Seogwipo yang telah di tempah di Traveloka sebelum sampai Jeju.

Jumpa lagi kedai serbaneka GS25. Di penhujung musim bunga sewaktu abang di Jeju ni.

Banyak jugak bunga-bungaan di tepian jalan Seogwipo ni.

Pekan Seogwipo ni pun bersih. Susah nak jumpa puntung rokok sekalipun.

Jeju ni terkenal dengan buah oren dia yang dikenali dengan nama 'Hallabong'. Tu kalau pi mana-mana di Jeju boleh nampak produk berasaskan buah Hallabong ni.

Abang bukak Google Maps sambil cari jalan mencari Choi Hostel Lady yang terletak di pekan Seogwipo ni. Lalu la kawasan kejiranan tempatan. 

Jalan kaki jauh-jauh pun tak ada masalah kalau cuaca nyaman sejuk dingin macam ni di Jeju. Kalau di Malaysia ni confirm basah ketiak.

Ada nampak satu hostel depan tu. Nama dia Choi Hostel. Bersemangat pi masuk nak check-in. Rupanya salah hoste! Malu jap.

Rupanya Choi Hostel Lady yang abang tempah tu kat depan lagi. Nasib baik abang tanya oppa dekat-dekat situ. Dia jugaklah yang jaga Choi Hostel Lady tu. Choi betul !

Dari luar tak nampak pun tulis Choi Hostel Lady. Yang ada nampak depan tu dia tulis 'The best hostel you wanted from 16,000 Won'

Masuk dalam baru nampak kaunter Choi Hostel Lady ni.

Ni ruang rehat Choi Hostel Lady ni. Boleh melepak sesedap rasa. Tu dua ekor tu tengah lepak santai betul.

Ada peta pulau Jeju dalam hotel ni. Jeju R Hotel ni nama dia jugak kot.

Boleh jugak sewa basikal di Choi Hostel Lady ni. Ada beberapa laluan yang boleh diikuti kalau nak kayuh basikal pusing-pusing Seogwipo ni.

Tengok gambar ni tetiba rasa nak buat muka macam ni. Hmmmmmph.

Memang tema lukisan ni rupanya kat Chaoi Hostel Lady ni. Semua tempat ada lukisan ni. Ringkas tapi menarik.

Ruang masuk ke bilik Choi Hostel Lady di Seogwipo.

Sah. Nama lain Choi Hostel Lady ni rupanya Jeju R Hotel. Macam Honda pulak haih. Type R gitu. Huhu.

Tipikal hostel di Korea & Jepun. Bilik kecik-kecik je semuanya. 

Tengok katil pun cun-cun muat dalam bilik ni. Bolehlah tu sekadar nak tidur & mandi ja dok hostel di Jeju ni.

Choi Hostel Lady di Seogwipo Jeju ni abang tempah melalui Traveloka dengan harga RM127 semalam. Bilik dia boleh duduk dua orang. Jadi bahagi la dua lebih kurang RM65 sorang semalam.

TV ada, wifi ada. Satu bilik satu wifi router tu. Laju memang lajulah wifi di Jeju ni. Tak sempat tekan lagi dah keluar dah. Pi mana-mana pun di Jeju ni ada wifi percuma disediakan. Tak perlu dah nak beli simkad & sewa portable hotspot.

Ada tingkap boleh la tengok pemandangan kat luaq ni.

Nak keluaq ikut pintu ni pulak dah. Yang ni baru nampak betul kat cermin dia ada tulis Choi Hostel Lady. Bila baca balik abang dok kat hostel perempuan ke ni ?

Hiasan dalaman ada chandeliar gitu dalam Choi Hostel Lady ni. Betul ke abang eja tu? Betulkan abang kalau salah.

Choi Hostel Lady di Seogwipo! NI baru pintu depan dia. Masa mai tadi abang masuk ikut pintu belakang kot. Depan ni ada tempat parking kereta.

Depan hotel tepi jalan besar ni ada makcik jual buah oren Hallabong.

Yang menggerutu ni lah buah Hallabong yang terkenal di Jeju ni.

Abang dok pikir nak beli ke tak, nak beli ke tak. Makcik tu siap bagi abang dan adik abang rasa lagi buah Hallabong ni. Tapi abang tak beli pun. Huhu.

Jalan kaki menuju Maeil Olle Market. Bersih pekan Seogwipo kat Jeju ni.

Lorong-lorong pun cerah terang benderang. Tak takut kalau nak jalan sorang-sorang kat Jeju ni.

Jalan kaki malam tu meronda pekan Seogwipo pi Maeil Olle Market. Lebih kurang 10 minit dari Choi Hostel Lady tempat kami menginap.
Di Pasar Maeil Olle Market ni banyak menjual makanan laut yang boleh dimasak segar-segar.


Sebab tu depan kedai seafood ada akuarium besar yang menempatkan pelbagai jenis hidupan laut yang boleh dipilih untuk dijadikan santapan.


Abang pun tiba-tiba buat-buat sibuk pilih ikan. Padahal nak tengok mak baby tu. Huhuhu.

Buah Hallabong pun banyak terdapat di Pasar Maeil Olle Market ni. Toleh kanan kiri mesti jumpa buah ni.

Buah oren Hallabong kelihatan di mana saja di Jeju ni.

Pasar Maeil Seogwipo ni dibuka dari pagi sehingga malam. Macam-macam la hangpa boleh jumpa. Dari barangan basah hingga la ke pakaian.

Ada yang kira longgok, ada yang kira biji.

Ikan-ikan segar dalam akuarium. Abang teringin jugak nak cuba ikan bakar ke apa nak suruh depa masak, tapi bajet ciput mai backpacking kat Jeju ni. Balik nantilah kita pi kedai tomyam makan siakap tiga rasa. Abang tak mau tanya berapa harga, menangis jugak kalau kena convert dalam Ringgit Malaysia ni. Huhu.

Buah strawberi segar dalam bakul! Nampak menarik bukan. Ni bukan hasil Cameron Highland tau.

Abang ada tanya berapa harga strawberi kat pasar Maeil Olle Market kat Jeju ni. Jawapan dia boleh buat kau telan ayaq liuq jugak. Satu bakul pun dekat 10,000 Won (~RM37)

Teringin jugak nak rasa sebenarnya bagaimana buah strawberi Jeju ni. Abang hanya mampu ambik gambaq ja lah buat jual kat Shuttestock.

Lapaq nasi weh jalan-jalan kat Maeil Olle Market ni. Ada kawasan yang kedai-kedainya dah tutup.

Stokin budak-budak.

Lagi produk berasaskan buah Hallabong seperti jus buah.

Malam-malam kat Jeju ni macam mana orang boleh pakai skirt lagi nih. Sejuk bedi kot!

Kawasan pasar kering Maeil Olle Market ni banyak kedai yang dah tutup menjelang pukul 9.00 malam.

Ikan kering.

Ikan nama apa pun abang kurang pasti. Nampak sangat jarang ke pasar.

Kawasan ni meriah lagi dengan peniaga.

Ada ayaq pancut tepi bangku.

Orang tempatan Korea dari luar Jeju pun mai ronda Maeil Olle Market ni.

Ada kedai kopi jugak kat Pasar Maeil Olle Market ni.

Sejuk-sejuk ni teringin nak rasa minuman panas. Nak rasa sama kopi kat Jeju ni lagu mana.

Jus Hallabong lagi. Sangat laku keras di Jeju ni.

Kedai kasut

Akhirnya abang terjebak jugak beli kopi. Kalah dengan penangan awek Korea yang dok buat ayaq.

Kat Jeju ja nak rasa semua. Kat Malaysia haram tak pernah beli pun kopi seangkatan Starbucks dan sebagainya.

Tetiba pulak rasa nak minum kopi malam-malam sejuk ni kat Seogwipo. Masuk usya kedai dulu.




Kalau kat Malaysia paling kuat pun minum Latte kat McCafe Mekdi je.


Cafe Latte Jeju. 4000 Won (~RM15)

Coklat Jeju berasaskan buah Hallabong. Dah nak tutup dah kedai ni nak masuk pukul 10.00 malam.

Antara sebab-sebab kau suka masuk 7 Eleven, bukan sahaja di Thailand tetapi juga di Korea. Macam-macam jenis ayaq kopi hangpa boleh cari kat sini. Rasa teringin nak cuba semua.

Masuk dalam 7E Jeju ni nak cari makanan sebenarnya. Lapaq nasi weh! Cari nasi segera atau 'instant rice' ni di 7E. Masak dalam microvave. Harga 2,3000 Won ( ~RM8.50). Matilanak harga nasi kosong pun dekat RM8.00.

Bagi yang tak makan nasi banyak boleh beli yang kecik sikit ni. Tak sampai 2,000 Won pun harga dia. Makanan halal susah sikit nak dapat

Jalan utama di pekan Seogwipo Jeju malam-malam pun masih sibuk lagi.

Tepi jalan semasa menghala balik ke Choi Hostel Lady ada banyak kedai yang menjual barangan kosmetik & penjagaan wajah. Orang perempuan cukup suka la barang-barang skincare ni. Termasuk la adik abang.

Bandar Seogwipo ni memang best malam-malam. Agak meriah dan bersih !

Bukan stesen minyak Petronas. Lampu jalan yang terang menemani kami balik ke hotel. Toksah takut jalan malam-malam di Jeju ni. Abang rasa selamat ja.

Hasil tangkapan balik dari pasar Maeil Olle Market. Tak beli apa pun sebenarnya. Limau tu beli masa balik nak sampai hotel. Yang ada makcik jual buah Hallabong depan hotel tadi tu. Milo & paket lauk Brahim's bawak dari Malaysia. Nasi segera pulak beli di 7Eleven.

Mujur la ada lauk rendang daging Brahim's ni. Gigih abang cari kat Mydin. Lapaq nasi weh seharian tak makan nasi lagi nih!

Tidak dilupakan susu pisang 'Banana Uyu'. Jadi ketagih pulak duduk Jeju asyik masuk kedai cari susu ni. Abang nak cuba jugak perisa lain selain pisang.

Kena panaskan dulu nasi segera ni dalam microwave. Nak makan terus macam tu pun boleh tapi sejuk la. Nasi dia lembik sikit macam pulut.

Lapaq nasi punya pasal abang beli nasi pek besaq sikit. Rasa sayang pulak nak buka nasi harga RM8.00 ni kalau duit kita. Kalau dok malaysia boleh dapat Nasi Goreng USA dah ni.

Di Choi Hostel Lady tempat abang menginap di Seogwipo ni ada ruang makan di tingkat bawah. Ada kerusi meja dan dapur dilengkapi dengan microwave, ayaq panas dan sebagainya. Tak ada orang pun masa kami balik pukul 10.00 malam tu.
Kelengkapan dapur lengkap di Choi Hostel Lady dengan konsep buat macam rumah sendiri.

Sebelah ruang makan ada tempat untuk beristerirehat beristirehat sambil lepak guling-guling atas beg kacang tu. Ni pun tak ada orang jugak. Tinggala abng dan adik abang ja malam tu.

Oh ada waktu dia rupanya untuk guna ruangan 'lounge' ni. Sampai pukul 11.00 malam ja.

Cafe tempat ruang makan pun boleh guna sampai pukul 11.00 malam ja. Pintu kaca sentiasa ditutup untuk mengelakkan angin sejuk masuk. Dok kat bawah ni hangat sikit, kat luaq nu malam-malam macam ni sejuk weii!

Nak lepak main pun adik abang bukan reti main benda-benda gini.

Rupanya ada peneman abang dan adik abang malam tu. Sedang berehat di atas sofa.

Ada dua ekoq semuanya. Sorang lagi ni awat pulak dah kain atas kepala tu. Demam ka.

Ini dia rendang daging Brahim's wei! Pek tadi tu kena rendam dalam ayaq panas dulu dalam 4-5 minit. Boleh makan dua orang. Puas hati wei dapat makan nasi! Awat pulak banyak 'wei' abang tulis dah hujung-hujung ni!

Haa lupa ada segugus buah anggur abang beli di pasar Maeil Olle Market tadi. Teringin tengok strawberi sebenarnya tapi terbeli anggur la pulak. Harga anggur ni sepeket ni 10,000 Won (~RM37). Aduh. Kalau kat Malaysia ni tak sampai RM20/Kg.

Milo 3in1 dah siap dibancuh. Nasi pun dah siap dihidang. Tunggu apa lagi!

Dah siap makan pinggan kena basuh sendiri la. Abang dok cari mana span nak basuh pinggan, tak ada! Rupanya orang Korea basuh pinggan pakai sarung tangan warna merah tu! Mujur adik abang cekap sikit bab-bab ni sebab selalu tengok drama Korea! Haha.


Anggur dia manis elok. Memang sedap la. Rasa sayang wei nak makan anggur mahal ni. Haha.

Buah oren ni dia tak panggil Hallabong. Kalau Hallabong kulit dia yang menggerutu sikit tu. Buah ni oren biasa macam limau mandarin yang kita makan masa Raya Cina tu lebih kurang. Ni pun abang beli kat luaq tadi tu dia kira 5,000 (~RM18) Won satu plastik macam ni. Ada kot dalam sekilogram.



Ruang makan Choi Hostel Lady. Sarapan pagi ada disediakan setiap pagi di sini.

Abang dan adik abang balik dari Maeil Olle Market pun dah dekat pukul 10.00 malam. Masing-masing pakat lapaq nasi. Seharian tak makan hari ni. Dok minum Banana Uyu je sepanjang hari mana nak tahan.

Kami singgah berhenti di 7Eleven dulu dalam perjalanan balik ke hostel. Tengok apa-apa yang patut boleh dibeli bawak balik makan. Abang tercari-cari nasi segera yang depa dok kata boleh jumpa di 7E ni.

Jumpa jugak akhirnya nasi ni. Tak lengkap rasanya hidup kalau tak makan nasi seharian ni. Naik menggigil badan. Dah la di dalam kesejukan ni.

Harga nasi segera ni pun sepeket dah boleh dapat nasi goreng USA. Tips dia jangan convert bila beli barang dalam duit Won ni. Menangis woi!

Kami balik hostel dan panaskan balik nasi segera ni dalam microwave. Di Choi Hostel Lady nih ada dapur & ruangan makan yang boleh digunakan penginap untuk memasak sendiri.

Mujur la bawak stok lauk Brahim's 2-3 jenis ke Jeju ni. Sebelum ni tak pernah bawak pun Brahim's ni pi travel yang dekat-dekat. Masa kat Korea ni la baru berkenalan dengan Brahim's bila makanan halal susah nak jumpa.

Simple je menu abang dan adik abang malam tu. Nasi putih beserta rendang daging Brahim's. Bawak pulak Milo 3in1 dari Malaysia. Bancuh dan minum sambil melepak makan buah anggur & limau yang kami beli di pasar tadi.

Nanti abang sambung sembang hari kedua kami di Jeju. Ni pun tak tau bila lagi nak siap menulis ni. Nak siap satu-satu bahagian pun pada haih! Tak dan!