Iklan

24 Disember 2018

Part 2 | Backpacking Bajet Jeju: Seongsan Ilchulbong 성산 일출봉 & Pulau Udo Yang Tak Jadi



Hari kedua abang & adik abang di Jeju.

Abang dan adik abang bangun awal di Jeju pagi tu. Iyalah Subuh di Jeju ni awal berbanding kita di Malaysia. Lagi awal dari Subuh di Sabah & Sarawak.

Waktu Subuh di Jeju adalah lebih kurang pada jam 5.30 pagi waktu tempatan. Kalau kita waktu Malaysia pukul 4.30 pagi la. Tapi perbezaan waktu sejam di antara Malaysia dan Korea membuatkan hangpa rasa macam baru ja tiduq tau-tau ja dah Subuh. Dah tiduq pun lewat dekat pukul 12.00 tengah malam.

Abang dah menggigil dah bangun pagi sebab kesejukan melampau. Walaupun suhu udara persekitaran Jeju ni dah sejuk, tapi di Choi Hostel Lady ni ada jugak disediakan air-cond. Orang Malaysia ni pantang nampak air-cond, sejuk-sejuk pun dia boleh bantai buka lagi waktu malam nak tidoq. 



Kalau hangpa tak bukak aircond pun sebenarnya boleh jugak. Tapi dia macam berkepam sikit la dalam bilik tu. Kalau waktu musim sejuk betul ada heater kat lantai hotel tu.


Pagi tu kami bercadang untuk naik bas awam dari Seogwipo ke Seongsan Ilchulbong, salah satu tempat yang wajib dilawati bila mana sampai ke Pulau Jeju ni.

Sayangnya pagi tu hujan renyai-renyai! Aktiviti tergendala seketika. Lepak sarapan lama-lama kat bawah. 

Konsep sarapan di hotel-hotel di Jeju ni hangpa kena masak sendiri. Pihak hotel akan sediakan bahan mentah untuk memasak macam telur & minyak, jadi hangpa nak masak lagu mana tu hangpa punya pasal.

Selain tu sarapan di sini jugak disediakan cornflake, roti, susu, jus oren Hallabong. Hangpa makan la banyak mana pun depa tak kisah. Janji lepas makan tu kena basuh pinggan dan cawan sendiri.


Hujan lebat pagi ni di Seogwipo. Penghujng musim bunga kekerapan hujan agak tinggi di Jeju. Sejuk ya amat.

Hujan tiada tanda-tanda untuk berhenti. Turun sarapan dulu.

Kena turun tangga ke bawah untuk ke ruang lounge dapur untuk bersarapan.

Turun-turun tengok dah ada dah geng-geng ahjumma bersarapan.

Abang pekena cornflake letak susu. Ni baru pembuka selera. Tak masuk menu utama lagi nih.

Nak masuk bersembang sekali tak faham depa dok sembang apa. Masing-masing tunggu hujan berhenti la ni nak keluar.

Ok yang ni dah masuk menu utama. Tak nampak telur goreng lagi tuh. Nak tahu orang Malaysia ke tak tengok macam mana dia ambik marjerin & jem tu. Kalau secekak ambik simpan dalam poket tu orang Malaysia la tu.

Sarapan la sepuas hati. Menu biasa roti, telur goreng (kena goreng sendiri), cornflake, susu. Jus oren pun ada. Minumlah sepuas hati.

Dah makan dan main masak-masak semua kena la basuh pinggan mangkuk sendiri.

Basikal untuk disewa kalau nak ronda tempat-tempat menarik di Seogwipo ni.

Tempat tenung masa depan.

Macam arca. Tak tau la function lagi ke tak ni.

Ruang lounge Choi Hostel Lady ni luas dan selesa untuk bersantai dan bersarapan pagi. Bukan sarapan pagi ja, tiap-tiap masa kalau hangpa nak masak-masak & melepak boleh ja duduk kat bawah ni.

Tengok kat luar hujan dah berhenti dah. Boleh la slow-slow jalan pi bus stop. Kereta kalau kat Korea ni kalau tak Hyundai, mesti Kia. Sesekali nampak BMW.

Ruang parking depan Choi Hostel Lady. Abang dengar kata sekarang ni hotel ni dah tukaq nama jadi Olle Seven Hotel. Kalau nak search guna nama ni sekarang.

Skuter dua biji ni abang tengok macam skuter sewa. Mungkin tuan penyewa dia duduk hotel sekali dengan abang ni. Abang rasa memang boleh sewa skuter di Jeju ni. Tapi kena pastikan ada Lesen Antarabangsa. Lesen ni bolet buat kat JPJ bayaq RM150 kalau tak salah abang.

Hujan dah slow sikit baru keluar jalan kaki cari stesen bas ke Seongsan Illchubong.

Agak lambat jugak sebenarnya kami keluar dari hotel ni. Di Korea ni dah la cerah awal gelap pun awal.

Melalui kawasan perumahan penduduk tempatan di Seogwipo.

Bila tengok hujan dah seriat sikit, baru kami melangkah keluaq dari hostel menuju ke stesen bas. Baju hujan apa tak bawa, pakai redah la dalam sejuk-sejuk tu.

Sebelum tu kita kena kaji dulu kat mana nak naik bas dan bas apa yang boleh kita naik untuk ke Seongsan Ilchulbong ni.

Cara mudah hangpa buka ja Google Maps. Di situ hangpa taip lokasi mana yang hangpa nak pi contohnya 'Seongsan Ilchubong'. Ada bas yang akan lalu kawasan pintu masuk Seongsan Ilchulbong ni.

Dari Google Maps tu hangpa akan dapat tau nak tunggu bas kat mana. Selalunya kena jalan kaki sikit dari hotel ke hentian bas. Hangpa kena ikut logik akal sikitlah macam mana nak pi cari bus stop tu. 

Hangpa kena tau kat mana hangpa ada waktu tu, dan macam mana nak ke bus stop tu. Buka je Google Maps tu sepanjang masa walaupun tak da internet. 

Hangpa boleh cari jalan ke bus stop. Hangpa paham tak apa yang abang cerita ni? Kalau tak paham abang nak lukis. Haha.




Bas nombor berapa nak naik ni? Bila hangpa guna Google Maps tu hangpa akan tau bas nombor berapa nak naik & berapa kali transfer bas kalau nak ke sesuatu tempat tu.

Macam abang dari pekan Seogwipo nak ke Seongsan Illchubong kena naik bas bernombor 202. Bus nombor 202 akan ikut bahagian timur pulau Jeju sampai ke Seongsan Illchubong. 

Warna bas hangpa jangan risau sebab warna bas mewakili jenis bas. Warna biru tua ni jenis bas berhenti-henti, kalau warna merah bas ekspress (kurang berhenti), bas hijau muda pulak masuk kawasan pedalaman'kampung-kampung. Yang peting kena ingat nombor bas sahaja.

Hujan turun renyai-renyai balik masa kami tengah tunggu bas tuh. Mujur ada ahjumma ni panggil masuk berteduh dalam kedai dia. Walaupun tak berapa nak boleh bersembang dengan dia, abang faham melalui bahasa isyarat dia maksud dia sejuk duduk di luar tu.

Bagus tak bagus ahjumma ni siap bagi payung lagi kat abang dan adik abang untuk guna pi Seongsan Illchubong. Dia takut kami basah lencun sebab tak ada baju hujan. 

Bersungguh-sungguh dia bagi payung suruh guna. Abang serba salah jugak nak ambik. 

Takut salah faham dia bagi pinjam semata-mata untuk naik bas ja. Rupanya suruh bawak sekali dengan kami pi Seogsan Illchubong.


Nampak macam tiang ja. Rupanya ni sejenis bus stop. Tak perlu ada bumbung pun.

Sejenis bus stop yang terdapat di Seogwipo, Pulau Jeju. Ni kira hentian bas kecik la ni. Kalau bus stop yang besaq sikit ada bumbung. Ada nama dia sendiri mengikut tempat tiap-tiap bus stop ni.

Tengah tunggu bas kat bus stop tu hujan turun renyai-renyai balik. Kami tumpang teduh tepi kedai ahjumma ni. Dia pelawa panggil masuk berlindung kat dalam kedai dia.

Terima kasih ahjumma yang tengah leka tengok drama Korea. Nak cari modal nak menyembang tapi ahjumma tak faham abang speaking. Lalu masing-masing buat hal sendiri.

Kedai ahjumma ni jual wallpaper dinding tak salah abang. Kalau tak benar pun hangpa mana tau dak?

Sakit rahang sebab sejuk.

Ahjumma siap bagi payung lagi untuk kami guna bawak naik bas. Bagi terus, bukan pinjam!

Bas nombor 202 sampai untuk ke Seongsan Illchubong. Waktu tunggu bas tak lama pun tadi, tak sampai 10 minit bas dah sampai. Jadual bas memang depa jaga betul kat Korea ni. Mengikut waktu.

Gunakan kad T-Money yang kita beli tu untuk bayar tambang bas. Kalau bayar tunai pun boleh, tapi lebih 50 Won. Biasa guna kad tambang 1150 (RM4.30) Won ja, kalau guna cash 1200 (RM4.50) Won.

Tali pinggang keledar wajib pakai bila naik bas kat Jeju ni. Abang tak pakai mula-mula tu drebar bas marah. Rasa macam naik flight pulak.

Yang abang tau kalau makcik depa panggil ahjumma, kalau pakcik depa panggil apa?

Drebar bas ni hujan-hujan pun dia bantai semacam ja bawak sebab nak kejar masa. Kena sampai tempat sekian-sekian pada waktu sekian-sekian. Masa main peranan yang penting di sini.

Nak tau dah nak sampai ka belum boleh tengok dekat skrin bas ni. Dia akan tulis bus stop yang seterusnya. Malas nak tengok boleh dengaq suara latar dalam bahasa Korea & bahasa Inggeris. Selalunya abang check Google Maps nak lebih tepat dan jitu. Takut terlepas tempat turun.

Pemanduan di Korea adalah di sebelah kanan. Jadi pada mereka yang nak sewa kereta di Jeju tu dinasihatkan lebih peka & berhati-hati takut tersalah lorong. 

Jarak perjalanan dengan menaiki bas awam dari pekan Seogwipo ke Seongsan Ilchulbong mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Bas 202 ni merupakan bas henti-henti. Jadi bila ada penumpang nak naik atau nak turun dia akan berhenti.

Ada dekat 87 bus stop sementara nak sampai tu. Yang syoknya bas awam di Jeju ni bila bas nak sampai di bus stop seterusnya dia akan bagitau siap-siap menerusi skrin & pengumuman suara dalam bahasa Korea & bahasa Inggeris. Jadi kita boleh bersiap sedia la nak tekan loceng bila dengaq nama bus stop yang kita nak turun tu.

Hujan masih lagi renyai-renyai membasahi bumi Jeju. Hujan dan ditambah dengan dinginnya suhu di Jeju ni buatkan rasa nak tarik selimut. Abang terlentok beberapa kali dalam bas. Celik mata tak sampai lagi, celik mata tak sampai lagi.

Pada mulanya ingat nak pi Seongsan Ilchulbong, tapi memandang hujan lagi nih abang buat keputusan untuk tukar plan ke Pulau Udo yang terletak tidak jauh dari Seongsan Ilchulbong.

Kalau hangpa ada masa sehari di Jeju ni boleh la cuba melawat Pulau Udo & Seongsan Ilchulbong yang berada sebelah menyebelah ni. kalau tak ada masa sangatlah. kalau ada banyak masa, boleh habiskan sehari di Pulau Udo dan sehari lagi di Seongsan Ilchulbong.


Sebenarnya payung ahjumma dah patah dikerjakan angin kuat turun dari bas. Mampuih.

Melepak di kedai serbaneka CU di seberang jalan berhadapan bus stop Seongsan Harbour.

Cuaca sangat sejuk di luar ditambah dengan angin kuat. Masuk dalam kedai ni lega sikit ada pemanas.

Bus stop pun selang satu ja. Abang turun di bus stop Seongsan Harbour untuk ke Pulau Udo.

Hujan dan angin kuat menyambut kami bila turun di Seongsan Harbour ni. Payung yang ahjumma bagi tadi dah jadi payung terjun dah. Tengok di seberang jalan ada kedai serbaneka CU. Kami ambik keputusan untuk berteduh dulu sementara menunggu hujan reda.

Masuk kedai serbaneka di Korea ni tak sah la kalau tak beli. Macam masuk 7Eleven kat Thailand. Semua benda nak beli & rasa. Ditambah pulak dengan sejuk-sejuk hujan ni. Lapaq oiii!

Kebanyakkan kedai serbaneka di Korea ni ada ruang untuk melepak. Meja dan kerusi disusun kemas di sebelah bucu kedai. Tandas pun ada di luar. Cantik.

Abang ambik keputusan untuk cuba ramen Korea yang dijual di sini. Seriau jugak pada mulanya, sebab ada macam-macam perasa dan perisa. Takut tersalah beli pulak.

Setelah penelitian dibuat dengan begitu teliti sekali, abang ambik ramen perisa udang yang berharga 1,200 Won.

Sejuk-sejuk ni terasa nak minum minuman panas. Beli pulak mocha panas dengan harga 1,800 Won. Jadi jumlah perbelanjaan di kedai serbaneka CU semuanya berjumlah 3,000 Won (RM11.10)

Baru beli Maggi & ayaq panas dah RM11. Tu yang abang pesan awal-awal. Jangan convert dalam duit Malaysia, nanti hangpa sakit hati.


Kalau kat Korea & Thailand ada mesin kopi dalam kedai serbaneka kenapa tidak di 7Eleven Malaysia? Ni pi setiap masa mesin Slurpee mesti rosak. Bukan satu kedai, semua kedai rosak.

Ahjumma kedai serbaneka CU ni baguih. Dia tolong buatkan ramen kat abang, tak cukup dengan tu dia ajar cara nak buat ayaq. Rasa macam kita budak-budak pulak tak tau nak buat semua. Haha.

Tau tak buah apa ni? Ni buah pokok pine kan? Maafkan abang kalau salah.


Kalau yang abang faham buah pokok pine ni selalu orang buat ramalan cuaca. Kalau nak hujan dia kembang. Betui dak? Abang rasa la camtu sebab abang pernah terbaca. Ke buah lain tu. Betulkan abang kalau salah. Haha.

Harga ayaq botol ka semua lebih kurang kita jugak di Malaysia. Kalau di Korea ni 1,800 Won, di Malaysia kita RM1.80. Sama ja. Cuma nanti kalau kita convert memang rasa sini mahal sebab nilai duit kita tu kecik.

Seronok keluaq masuk kedai serbaneka kat Korea ni bukan nak beli sangat sebenarnya. Cuma suka tengok susunan & jenis-jenis ayaq yang tak biasa kita tengok kat Malaysia.

Ni jenis-jenis maggi (atau dipanggil ramen). Ada banyak perisa. Daging pun macam-macam jenis daging. Nak selamat hangpa pilih la perisa makanan laut (seafood) atau pun udang. Kalau nak baca memang tak faham dah dia tulis apa. Semua bahasa Korea, tak ada tulis bahasa Inggeris.

Semangkuk ramen boleh kongsi dua orang. Ahjumma kedai siap bagi cawan dan chopstick suruh share. Dia ingat abang tak boleh habis ka makan sorang-sorang? 

Adik abang makan sikit ja, last-last abang jugak yang bantai ramen ni sorang-sorang.

Layan wei makan maggi sejuk-sejuk ni! Dok terbayaq ja mee goreng mamak, teluq mata dah waktu ni.

Macam mana nak bukak payung ahjumma yang patah dah ni?

Dah kenyang meramen, hujan reda sikit, masa untuk mula berjalan kaki ke Seongsan Port untuk menuju ke Pulau Udo.

Masa ni sejuk, tapi abang pakai baju selapis ja ni. Tapi tak sesejuk musim sejuk. Tapi dok tepi laut ni memang tarasa betul sejuk dia.

Kami berpandukan Google Maps je nak bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain di Jeju ni. Bukan setakat guna untuk naik bas, untuk berjalan kaki pun sama.

Dah nampak dah tertulis 'Passenger Terminal' untuk naik feri ke Pulau Udo.


Mana semua orang ni? Sunyi gila rasa. Dok biasa naik feri kat jeti Kuala Perlis nak pi Langkawi sibuk.


Cari tempat masuk nak beli tiket feri ke Pulau Udo.

Dalam ni rupanya tempat nak beli tiket feri Pulau Udo.

Pintu masuk. Tak nampak orang langsung ni.

Masuk-masuk tengok tertulis 'Today the ferry of Udo is not running because of the high seas watch'.

Rupanya feri ke Pulau Udo tak berjalan hari ni akibat cuaca ! Patut tak ada orang pun.

Kawasan dalam terminal feri Seongsan Harbour ke Pulau Udo.



Ni la feri yang sepatutnya membawa penumpang dan kenderaan ke Pulau Udo.

Feri ke Pulau Udo semuanya tersadai di Seongsan Harbour akibat cuaca buruk pagi ni.

Patut la tak ada orang pun pagi ni kat Seongsan Harbour ni. Rasa macam kami sorang-sorang ja kat sini.

Tak ada rezeki nak pi Pulau Udo, dapat bergambar dengan feri Pulau Udo pun jadi la.

Rasa macam cerita seram Korea pulak semua orang takda. Tapi pintu bukak semua dalam terminal feri ni.

Tempat beli tiket feri ke Pulau Udo. Kebetulan ada seorang Oppa terpinga-pinga jugak baru mai. Tengok-tengok terminal feri ke Pulau Udo tutup.

Selalu pelabuhan nampak sibuk. Ni memang lengang ja.

Hujan turun balik. Gigih nak bergambar lagi depan feri Pulau Udo sebelum balik.

Kalau kat Malaysia ni penuh dah semua pakat nak dok bergambar jugak pantang ada port.

Semua mesti dok tanya abang pakai kamera apa ambik gambaq. Ambik guna kamera telefon Xiaomi (Xiaomi Mi A1) ja sepanjang masa pi mana-mana pun. Tak bawak DSLR apa bagai. Bukannya ada pun.


Kecewa nak pi Pulau Udo tidak kesampaian, kami berjalan kaki balik semula ke kedai serbaneka tadi yang terletak di persimpangan jalan.

Masing-masing muka lapaq wei dalam sejuk-sejuk ni. Sebelum pi Pulau Udo tadi dah pekena ramen dah kat kedai serbaneka CU bawah ni.

Jalan tak jauh mana pun ke Seongsan Harbour. Tapi cepat lapar balik.

Kami terperasan ada sebuah cafe di atas kedai serbaneka CU ni masa balik dari Seongsan Harbour. Tak salah kot kalau pi tengok ada apa kat cafe atas ni. Haha.

Masa seharian dihabiskan dengan makan ja kerja rasanya hari ni. Semuanya rasa nak cuba.

Dia atas ni ada sebuah cafe. Nak kata hipster tak hipster sangat. Biasa² ja. Tapi tengok orang boleh tahan ramai.

Memang budaya orang Korea bukan saja orang Jeju bab minum kopi ni. Tempat sejuk kalau kena kopi memang kena wei!

Teringin nak rasa kopi dia. Abang kat Malaysia haram tak pernah pun minum kopi² ni. Americano lah, Cafe Latte lah, Mocha lah. Yang biasa minum Nescafe Mocha dalam tin tu biasalah.

Abang teringin nak rasa Cafe Latte yang ada kat cafe ni. Tengok orang Korea lain minum yang tu rasa macam layan ja. Siap ada corak² kat kopi dia lagi.

Abang order Cafe Latte untuk abang, adik abang minum Mocha ka apa entah abang tak berapa ingat. Harga dia kalau duit dia dalam 3,000 Won camtu ja.

Kalau convert dia kita memang rasa mahal lebih RM10. Kalau orang Korea ni duit dia macam RM3.00 la 3000 Won ni.

Tengok roti dan² lapaq pulak dah. Ambik roti pun seriau jugak. Cari roti yang agak² takda unsur shubhah. Haha.

Hujan lebat semula balik dari Seongsan Harbour. Lepak dekat kedai serbaneka CU masa waktu mai tadi. Tengok pulak ada kedai kopi hipster kat atas. Saja naik atas tengok macam mana rupanya.

Dah buka payung semua. Cuaca kurang baik hari ni. Apa yang kami buat sepanjang hari nih dok main kawasan Seongsan Harbour pi balik pi balik ja. Haha.

Aduhai ada jual roti-roti pulak kat cafe atas ni. Adeh lapaq la pulak tetiba. Dah makan maggi dah awal tadi tu.

Order kopi Cafe Latte. Dia bagi benda ni. Bila kopi siap dia bergegar keluar lampu habaq hang! Maaflah kali pertama minum-minum kopi kat tempat macam ni. Kat Malaysia jangan haraplah abang nak pi minum kopi RM10 secawan. Haha.

Oh nama dia Cafe Coji. Dah memang budaya depa minum kopi ni dah duduk tempat sejuk.

Ramai jugak yang melepak atas cafe ni sementara tunggu hujan berhenti dan lepak-lepak minum kopi sambil makan roti.

Tu dia cafe latte bentuk love. Abang mai dengan adik abang kot, bukan mai honeymoon kat Jeju ni.

Apa dia ni beli roti coklat pun dia bagi sos keropok lekor ni.

Nampak muara sungai di sebelah sana. Kelihatan awek Korea tengah gigih mengambil gambar di situ.

Kami lepak lama jugak minum kopi kat cafe tadi tu. Melekat pulak situ sebab ada wifi free. 

Pi mana² di Jeju ni hangpa tak payah risau pasal internet. Kat mana² pun ada. Hatta naik bas awam sekalipun.

Anda tak pernah ke Jeju jika tak melawat salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Seongsan Ilchulbong atau juga dikenali dengan nama 'Seonsan Sunrise Peak' ni. 

Ini kerana keindahan Pulau Jeju itu sendiri terhasil dari batuan aktiviti gunung berapi sekitar 2 juta tahun lalu. Salah satu keajaiban kejadian alam ni Seongsan Ilchulbong ni lah.

Seongsan Ilchulbong terhasil daripada aktiviti gunung berapi dasar laut yang menyebabkan munculnya daratan luas berbentuk kawah.

Kawahnya berbeza dengan kawah lain yang terdapat di dunia. Di puncak Seongsan Ilchulbong ni hangpa dapat tengok kawah besar dengan diameter berukuran 600 meter dengan ketinggian 100 meter.

Ketinggian mendaki kalau dari bawah hingga ke puncak lebih kurang 180 meter. Jangan risau nak panjat naik apa sebab ada tangga yang elok disediakan untuk pengunjung.

Abang jalan kaki dari cafe di simpang Seongsan Harbour ke Seongsan Ilchulbong. Tak jauh mana pun. Kalau mengikut jalan gaya pengantin dalam 15 minit sampai la pintu masuk Seongsan Ilchulbong.


Kami banyak berhenti ambik gambar di pertengahan jalan. Pemandangan sementara n sampai Seongsan tu banyak lawa². Tu jadi lambat tu. 

Lepas kenyang makan roti dan minum kopi, kami jalan kaki dari Seongsan Harbour ke Seongsan Ilchulbong. Tak jauh mana, dalam 15-20 minit sampai la kalau jalan dalam kelajuan pengantin.

Nampak gunung kat belakang tu? Tu la yang dipanggil Seongsan Ilchulbong. Kalau mai Jeju wajib mai sini. Anda tidak pernah ke Jeju jika tidak ke Seongsan Ilchulbong. Bukan abang kat, tu depa yang kata.

Seongsan Ilchulbong ni merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO yang mana ianya terbentuk dari letusan gunung berapi dasar laut.


Orang nak tengok gambaq pemandangan woi! Bukan nak tengok gambaq hang penuh frame!

Kena cari pintu masuk ni untuk naik ke Seongsan Ilchulbong. Kena menapak naik bukit sikit.
Ada kedai Dunkin Donut depan-depan pintu masuk ni. 
Sebelah kanan ada parking kereta. Belah kiri ada kedai jual souvenir. Kalau mai Jeju ni susah benar nak jumpa orang jual souvenir. Salah satu tempat yang hangpa boleh beli siap-siap souvenir adalah di Seongsan Ilchulbong ni.

Seeloknya hangpa mai pagi di Seongsan Ilchulbong untuk tengok matahari naik. Sebab tu Seongsan Ilchulbong ni jugak dikenali dengan nama 'Sunrise Peak'.

Mai lewat kat Seongsan Ilchulbong ni takut ahangpa tak sempat nak panjat anak tangga dia sampai ke puncak tu.

Bunga-bungaan mekar mewangi di persekitaran Seongsan Ilchulbong.

Nama apa entah bunga ni. Haha. Tolong bagitau abang siapa yang tau. Rasa tak pandai sangat.

Tempat nak beli tiket masuk ke Seongsan Ilchulbong ni.

Hujan masih lagi turun rintik-rintik. Nak tak nak kena jugak pakai baju hujan. Ni antara pengunjung yang baru sampai di pintu masuk Seongsan Ilchulbong.

Tiket masuk Seongsan Ilchulbong yang berharga 2,000 Won seorang. Tu nampak gambaq kawah yang menghijau tu.

Kawasan padang rumput Seongsan Ilchulbong yang menghijau. Dia berubah-ubah mengikut musim. Mai musim sejuk dan kering nanti rumput ni jadi warna perang pulak.

Ada ahjumma mana entah tengah dok bergambar depan ni.


Pekan Seongsan Harbour yang dapat dilihat dari atas bukit naik ke Seongsan Ilchulbong ni.

Dulu Akim & Majistret ada buat video klip lagu dia kat Seongsan Ilchulbong ni kalau hangpa perasan.


Semua pakai baju hujan sebab gerimis.

Teknik bermain telefon dalam hujan. Belakang tu kawasan pekan & pelabuhan Seongsan untuk naik feri ke Pulau Udo.

Kena mencanak naik bukit sikitlah awal-awal pendakian ke puncak Seongsan Ilchulbong ni.

Tengok orang lain pakai baju hujan, kami pun beli baju hujan kat kedai souvenir bawah tadi tu. Baju hujan pun dekat 2,000 Won (RM7.40) jugak.

Tengah struggle nak pakai baju hujan bagi nampak lawa.

Ni baru 'Assalamualaikum'. Tak jumpa anak tangga lagi naik Seongsan Ilchulbong ni.

Tengah syok sendiri.

Panorama dari Seongsan Ilchulbong.

Baju hujan semua sepesen ja.

Jangan risau takut sesat. Memang ada trail yang dibuat elok dan ditandakan di Seongsan Ilchulbong ni.

Rumpur menghijau di penghujung musim bunga di Seongsan Ilchulbong masa abang mai ni.

Sampai kasut pun kena sarung plastik.

Jumpa dah anak tangga sikit. Asyik dok bergambar ja bila nak sampai atas entah.

Kami naik Seongsan Ilchulbong ni pun dah agak petang.

Awat tetiba jadi ibu mengandung ni?

Acah-acah ambik gambaq Seongsan Ilchulbong.

Hangpa kena hiking sikit dalam 40 minit naik tangga ke puncak Seongsan Ilchulbong.

Tengok pekan-pekan kat Jeju ni elok-elok dan bersih ja rasa.

Port untuk bergambar memang banyak kat Seongsan Ilchulbong. Tu yang tak naik sampai puncak tu. Yang belakang tu la kawah yang kita boleh nampak bila kita naik sampai puncak.

Depa kata macam K-Drama. Amacam bergegar buah pinggang tak?

Abang guna SJCAM ja untuk rakam video semua. Gambar guna telefon Xiaomi Mi A1.

Abang tak naik pun sampai puncak Seongsan Ilchulbong. Rasa malas pulak dah petang-petang ni. Dengan hujan rintik-rintik pulak.

Nampak pulau yang ada bukit dari jauh tu? Tu la Pulau Udo yang kita tak boleh pi tadi.

Cuaca tak berapa elok di sekitar kawasan Seongsan Ilchulbong dan Pulau Udo. Sebab tu feri tak beroperasi. Kalau tak boleh ja nak pi Pulau Udo tu.

Ramai pulak orang yang baru naik tu dalam hujan-hujan ni. Dah nak lewat petang ni.

Yang ni laluan turun ke tepi laut untuk tengok penyelam wanita Jeju cari kerang.

Eh banyak pulak gambaq awek ni abang ambik dari tadi!

Ni la kawasan tepi laut yang abang bagitau tadi kalau nak jumpa dan tengok sendiri 'Haenyeo', penyelam wanita dari kalangan ahjumma pencen cari kerang-kerangan.

Pemandangan dari Seongsan Ilchulbong ni memang lawa dari segenap penjuru.

Ada teropong kalau nak teropong tengok dari jauh.

Cuaca kalau lepas hujan ni macam biasa la kelam-kelam syahdu gitu. Rasa sedih pun ada.

Tebing tinggi yang membentuk kawah Seongsan Ilchulbong.

Kawasan pelancongan di Jeju ni contohnya seperti Seongsan Ilchulbong memang dijaga elok. Laluan pejalan kaki pun dibuat dari gunung batu berapi.

Ada tangga untuk turun sampai ke bawah. Ada pantai pasir hitam kat bawah Seongsan Ilchulbong ni.

Di Jeju ni ada sekumpulan penyelam wanita yang dikenali dengan nama 'Haenyeo'.

Memang menjadi tradisi di Jeju penyelam ni terdiri daripada kaum wanita.

Nampak ada rumah tu. Depa dok lepak sini la geng-geng makcik penyelam tu.

Tertulis 'House of Women Diver' di atas bumbung. Memang menjadi tarikan kepada pengunjung yang sambil-sambil melawt Seongsan Ilchulbong ni.

Ada penerangan sktruktur batu berlapis yang terdapat di pantai Seongsan Ilchulbong ni.

Ada persembahan khas tiap hari pukul 1.30 p.m & 3.00 p.m oleh Haenyeo di Seongsan Ilchulbong.

Seongsan Ilchulbong yang kita tengok dari jauh tadi. Ni kami dok pantai sebelah bawah dia.



Nampak batu-batu semua berlapis-lapis dengan tekstur tersendiri.

Tempat ni dinamakan 'Black Sand Beach' oleh kerana warna pasir pantainya yang berwarna gelap.


Tu kot tempat persembahan yang ada pacak payung tu.


Dari atas tadi kena turun tangga ke bawah ni.


Tandas & tempat makan pun ada kat bawah ni.

Tangga ni tempat ahjumma 'haenyeo' terjun laut kot.

Ayaq laut dia jernih jugak kat kawasan Seongsan Ilchulbong ni.

Sesiapa yang nak rasa makanan laut mentah macam sotong dan kerang-kerangan boleh turun kat bawah pantai Seongsan Ilchubong ni. Tu dah kenapa tiba-tiba menyotong tu.


Tak ada orang pun kat bawah pantai Seongsan Ilchulbong ni. Hangpa boleh ja mai bergambar kat bawah ni.


Kat atas Seongsan Ilchulbong nu crowded dengan pelangcong. Kita main kot bawah pantai ni ja.





Kalau kat luar ni kita dah rasa cukup sejuk, ayaq laut dia di Jeju ni lagi la sejuk.
Tak habis lagi dok main dengan batu berlapis ni.




Kalau kena gaya lawa batu berlapis ni dijadikan background gambaq.

Paling lawa dah rasa nih, Haha.

Pi tinjau ahjumma jual hasil laut yang depa cari tadi.

Orang tempatan pun ada yang mai tengok apa yang dijual.

Buat-buat sibuk jugak nak tahu depa jual apa.

Memulakan perbualan tapi tak faham ahjumma sembang apa.

Buat-buat ambik gambaq sudahnya.

Natang ni panggil apa eh? Macam gamat pun ada. Abalone eh? Ke kerang je? Abang semua jenis macam ni abang hantam panggil kerang ja.

Depa makan mentah macam tu ja nih dengan kicap & sake kalau tak salah.


Rasa depa yang turun laut & depa jugak yang jual.

Tak tanya pulak berapa harga sepinggan ni.


Mujur ada toilet kat bawah pantai Seongsan Ilchulbong ni. Sakit perut sat. Orang Malaysia tak berapa selesa kalau tak ada paip ayaq masuk toilet ni. Tarik paip dari luaq masuk, lega sikit. Haha.


Limau beli semalam depan hotel di Seogwipo usung sampai ke Seongsan Ilchulbong ni.

Lipas laut?

Mohon pencerahan binatang apa ni?

Di depan tu Udo Island. Ada penerangan lengkap di Seongsan Ilchulbong ni berkenaan dengan geologi Udo Island.

Pulau Udo kelihatan dari jauh.

Abang naik semula ke atas. Hari dah nak gelap.

Masih ramai lagi orang yang melawat Seongsan Ilchulbong petang-petang ni. Lupa pulak hujung minggu hari Ahad hari ni.

Port bergambar berlatarbelakangkan Pulau Udo.

Orang Jepun  & orang dari Tanah Besar China pun banyak yang mai melawat Jeju ni.

'Playing tourist' di Seongsan Ilchulbong.

Abang silap, yang depan tu nampak ada bukit tu bukan Pulau Udo rupanya. Haha. Pulau Udo yang tadi tu.


Disarankan untuk naik Seongsan Ilchulbong awal pagi untuk menikmati keindahan matahari naik. Sebab tu nama dia Seongsan Sunrise Peak.

Sesi swafoto pelawat yang hadir ke Seongsan Ilchulbong.


Sibuk ambik gambar nak buat video.

Menghala turun nak balik dah.

Runsing aku dari tadi nama apa bunga ni. Tolong bagitau abang sat siapa yang tau.

Kedai jual souvenir di pintu masuk Seongsan Ilchulbong. Tips dia kalau hangpa nak beli souvenir di Jeju ni boleh beli di Seongsan Ilchulbong ni. Kalau hangpa tunggu nak beli di tempat lain di Jeju ni agak susah jumpa. Selalunya souvenir dijual di tempat tarikan ramai seperti di sini.

Pulau Jeju ni 90% terdiri daripada batu. Sebab tu boleh tengok banyak batu-batu di sini. Batu basalt yang penuh lubang pun depa jual buat souvenir.

Dolhareubang - patung batu yang menjadi ikon Pulau Jeju. Sejarahnya, patung-patung batu ni sebagai pelindung atau penjaga benteng.

Souvenir Dolhareubang. Macam-macam saiz yang comel.

Ni bukan patung Dolhareubang. Kalau hangpa tak tau jugak tak tau lah.

Waktu dah nak delat senja dah. Cuaca agak kusam bila petang² ni.

Adik abang sempat beli souvenir kat deret² kedai pintu masuk Seongsan Ilchulbong ni. Takut tak jumpa dah kat tempat lain.

Jalan kaki turun jalan besar di bawah untuk naik bas balik semula ke Seogwipo.

Abang tak mahir pun sebenarnya kat Jeju ni. Banyak tengok Google Maps ja. Nak tahu mana bus stop semua.


Hangpa boleh tengok bas mana yang akan sampai lepas ni di bus stop Jeju. Masa dia memang tepat. Paling lama tunggu pun lebih kurang 10 minit.

Tak paham bahasa Korea boleh tukaq bahasa Inggeris. Touch skrin ja ni.

Bas 212. Bukan bas yang kami nak naik.














Naik bas 201 sama macam waktu mai pagi tadi dari Seogwipo.

Bas 201 ni dari simpang Seongsan Harbour tadi. Laluan yang sama. Bas ni dia pusing bahagian timur Jeju dari Seogwipo sampai ke Jeju City nu.

Pop tu bukan nama kad eh. Cuma design dia ja. Macam-macam design kad T-Money ni kalau hangpa biasa guna di Korea. Abang beli kat kedai serbaneka dapat desin macam ni.

Pemandu bas di Jeju ni segak berkemeja lengan panjang. Depa bawak bas memang laju. Hangpa jangan hairan la sebab dia nak kena kejar masa untuk sampai ke stesen bas seterusnya dalam waktu sekian-sekian. Sebab tu bas tak pernah lewat di jeju ni.

Pemandangan sewaktu balik. Jarang sangat nak nampak sampah di Jeju ni. Memang bersih hatta di tepi jalan sekalipun tak ada puntung rokok.

Ni bukan bas yang abang naik tadi. Abang naik bas 201 dari Seongsan Ilchulbong ke Jeju.

Selamat mendarat di Seogwipo dekat Maghrib. Cuaca bila nak malam ditambah hujan di Jeju ni memang cukup sejuk. 

Jalan kaki balik semula ke hotel di Seogwipo. Lapaq pulak weh sejuk-sejuk ni.

Kami balik semula ke Seogwipo lebih kurang pukul 4.30 petang. Awal? Tak awal haih. Sini Maghrib pun pukul 5.30 petang.

Nak balik dari Seongsan Ilchulbong ke Seogwipo pun ambik masa sejam lebih. Elok sampai Seogwipo pun Maghrib dah.

Itulah kisah hari kedu di Jeju. Nak pi Pulau Udo tak kesampaian feri tak jalan akibat cuaca buruk. Jadi hari ni pi Seongsan Ilchulbong semata².

Banyak masa lepak kat cafe dan kedai serbaneka CU hari ni oleh kerana hujan lebat. Nak buat macam mana tak ada rezeki lah tu.

Alhamdulillah la sampai jugak jejak kaki di Seongsan Ilchulbong.

Ketika catatan ini ditulis, abang pi Jeju buat kali kedua. Kali ni dapat pi Pulau Udo. Tapi yang tu nantilah abang cerita bahagian lain, Misi Mencari Salju di Jeju.

Untuk bahagian ni abang rasa sampai sini lah dulu kot. Ni pun jenuh usaha diri untuk menulis. Malas ya amat la sejak dua menjak tiga menjak ni.

Kalau tak tulis sayang pulak takut terlupa. Sayang gambaq ambik banyak² tapi tak kongsi dengan hangpa. Kurang² dapat la jugak abang ingat balik apa yang abang dah lalui di Jeju sebelum ni.

Nanti abang sambung bahagian ketiga. Sekian.

14 ulasan:

  1. keren mas buat infonya da semoga bermanfaat

    BalasPadam
  2. makasih gan buat infonya dan salam sukses selalu

    BalasPadam
  3. bagus sob artikelnya dan menarik

    BalasPadam
  4. best2.. kalo g lg sila drive.. lg best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah kalau ada peluang untuk ke Jeju lepas ni kena drive pulak.

      Padam
  5. Salamalaik.
    Tuan, boleh terangkan kalau ada pertukaran bas dalam masa 30 minit mcm tuan mention kat atas tu, T Money tu kita sentuh masa nak turun dari bas pertama ya? maksudnya untuk bas kedua kita tak perlu sentuh dah masa naik dan turun?
    Jazakallah in advance tuan atas bantuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Sentuh kad T-Money masa nak naik bas. So dia dah caj kat situ sekali. Biasanya waktu turun tak payah sentuh.

      Kalau kita nak kena naik bas lain pulak lepas tu, waktu turun bas kena sentuh balik kad T-Money tu.

      Kalau dalam masa 30 minit kita jumpa bas seterusnya yang kita nak naik tu, naik bas tetap kena sentuh, tapi kali ni dia tak caj dah la. Guna tambang bas awal yang kita naik tadi tu

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...