Untuk sambungan bahagian terakhir Backpacking Bajet Jeju ni abang tak ada apa dah nak cerita sebenarnya. Ni cerita pasal naik bas dari pekan Seogwipo balik ke Airport Jeju je ni.
Selain dari tu abang rasa banyak yang abang nak merepek ja dalam ni.
Flight bertolak balik dari Jeju ke Kuala Lumpur pada pukul 4.00 petang. Masa perjalanan pulak selama 6 jam. Masa pergi hari tu rasa berakar bontot woo dok lama-lama dalam flight!
Pi Jeju ni la penerbangan terlama yang abang pernah naik. Selalu paling lama pi Kota Kinabalu pun baru 3 jam. Ni kena 6 jam! Bernanah punggung!
Dah la tak biasa, ni nak balik pulak kena naik 6 jam pulak lagi. Dah la dapat duduk tepi tingkat hari tu. Mati keras kat situ nak pi toilet memang tak dah la. Nak kena langkah banyak barisan sangat.
Itu sahaja cerita kita hari ni. Luahan perasaan naik flight lama-lama. Macam mana la agaknya kalau pi London kena naik flight non-stop 12 jam?
Choi Hostel Lady atau nama lainnya Jeju R Hotel yang terletak di Seogwipo. Yang terbaru sekarang dah tukar nama lagi kalau tak silap. Abang cari balik dah tak jumpa hotel ni. |
Menggayakan posing acah-cah dengan jaket terbaru yang baru dibeli di Maeil Olle Market Seogwipo semalam. |
Jalan kaki pi bus stop di jalan besar pekan Seogwipo. Nak tunggu bas nombor 600 ke Airport Jeju. |
Dok tercongok tunggu bas. Abang main gagau je ni ikut Google Maps. Sebab masa kami mai hari tu bas tu berhenti kami di seberang jalan ni. Jadi nak pi Airport Jeju naik bas mesti la tunggu sini. |
Orang lain pun ada yang tunggu sekali nak pi Airport Jeju naik bas awam. Mudah dan efisien bas awam di Jeju ni. Tak payah tunggu lama, kurang 15 minit mesti ada bas yang mai. |
Sambil-sambil tunggu bas tengok pekerja-pekerja Majlis Perbandaran Seogwipo dok buat kerja depan ni. |
Perjalanan ke Airport Jeju dengan bas ni mengambil masa selama 1 jam 20 minit jugak kalau dari Seogwipo |
Pemanduan di Korea di sebelah kanan. Kadang-kadang kita pulak yang terlebih seriau. Sebab dah terbiasa dengan pemanduan di sebelah kiri. |
Sedang menikmati pemandangansaat-sat terakhir bumi Jeju yang akan ditinggalkan. |
Mula-mula kami naik di Seogwipo memang bas agak kosong. Tapi bila menghampiri Airport jeju semakin ramai orang yang naik. |
Sesungguhnya tak dan puas berjalan kalau setakat 4 hari 3 malam kat Pulau Jeju ni. Kurang-kurang kalau ada seminggu pun dah cukup rasanya. |
Bas berhenti ambik penumpang lain di tepi jalan besar yang nak ke Airport Jeju. Ni drebar bas tiap kali orang nak naik dia kena bukak bonet bawah bas. |
Kad T-Money yang abang guna untuk urusan naik bas ada lagi baki dalam dia. Abang simpan kat Malaysia untuk kegunaan di kemudian hari. Takut-takutlah sampai jeju lagi. |
Bas pun bawak laju boleh tahan jugak kat Jeju ni. Tapi kat kawasan highway je lah. Jalan biasa depa slow & steady. |
Alhamdulillah selamat tiba kembali di Airport Jeju. Bas akan turunkan kita di bahagian atas (tempat arrival). |
Bas nombor 600 Airport Limousine Jeju turunkan penumpang di Airport Jeju. Drebar turun buka bonet bawah. Siap tunduk terima kasih kat sorang-sorang siapa yang naik tadi. |
Laluan masuk ke bahagian perlepasan Jeju Aiprt. Ada jalan besar depan yang diawasi oleh makcik-makcik yang barbaju merah mengawal lalulintas ibarat polis trafik. |
Tak sempat ambik gambar makcik baju merah. Kalut dah lambat ni. Dah la kena masuk check-in flight dulu. |
Kedai serbaneka di bahagian ruang menunggu Airport Jeju. Duit Won ada balance sikit-sikit lagi. Ingat nak habiskan beli kopi ke apa, ruanya tak cukup. Biasalah mahal sikit dalam ni. |
Ruang menunggu lepas imigresen Airport Jeju. Makcik-makcik Malaysia mudah didapati di sini. Flight balik pukul 3.00 petang waktu Jeju. |
Yang menariknya dan menjadi kemudahan bagi umat Islam untuk menunaikan solat di Airport Jeju ni disediakan sebuah bilik sembahyang. Bilik sembahyang ni dia tak spesifik untuk solat sahaja, nak sembahyang bagi agama apa pun boleh. Dia panggil 'Prayer Room'.
Prayer Room di Airport Jeju ni tak adalah besar mana, tapi cukuplah kalau nak solat 4-5 orang sekali dalam satu-satu masa. Tiada tirai untuk asingkan orang perempuan, jadi siapa yang dapat dulu, sembahyang la dulu.
Yang menjadi masalah, ada orang-orang yang tak sembahyang pun duduk lepak dekat situ. Ada makcik-makcik yang duduk main hanset depan pintu. Yang kaum lelaki nak masuk kadang-kadang tu jadi segan jugak. Ini yang dinamakan 'common sense'.
Dah tau kawasan tu orang nak sembahyang, pi la dok tempat lain. Kat situ jugak hangpa nak bertenggek melepak. Dah sudah sembahyang bagi ruang kepada orang lain pulak.
Nampaknya kawasan Prayer Room dikuasai orang Malaysia. Yang menjadi satu lagi masalah, budaya Malaysia di bawa ke sini. Kadang-kadang naik malu pulak kita.
Kawasan Prayer Room tak ada kawasan untuk ambik wuduk atau air sembahyang. Jadi siapa yang nak ambik wuduk kena pi tandas yang berhampiran.
Ambik wuduk tu takpalah, yang jadi masalah basah penuh bilik ayaq dengan air. Orang Korea budaya dia toilet kena selalu kering. Kalau basah akan mengotorkan keadaan toilet.
Yang pakcik makcik Malaysia kalau ambik air sembahyang sampai kaki naik atas sinki nak basuh kaki. Berjurai ayai menitik. Lepas tu tak dilpa pulak bersih-bersih dengan tuala. Maka heretlah kasut dan ayaq tu sekali pi kat luaq bawak pi Prayer Room.
Tepuk dahi makcik cleaner & petugas kebersihan yang dok jaga tu. Kita buat budaya Malaysia kat tempat orang. Sembahyang tu bagus, tapi air menitik sampai luar tak lap dulu elok-elok tu pasal pa.
Jenuh ahjumma pi mop balik. Dah mop mai lagi 2-3 orang buat balik benda yang sama. Abang malu kadang-kadang tu. Takkan tak boleh pikir benda macam tu apa impak dia kepada orang lain.
Bukan naik Korean Air pun. Naik Airasia ja dari Jeju balik Kuala Lumpur. Kita rakyat marhaen biasa ja. Baggage pun tak ambik. Huhu. |
Dah selamat masuk dalam flight Airasia. Berangkat pulang kita ke Kuala Lumpur! |
Selamat tinggal Jeju! Insyaallah ada masa abang datang balik! Tak puas lagi pusing-pusing pulau ni! |
Selamat mereput 6 jam Jeju-Kuala Lumpur kebas punggung! |
Selamat meninggalkan bumi Jeju pukul 3.00 petang waktu tempatan. Insyaallah, kalau diizinkan abang akan kembali ke sini.
Lupa, ketika catatan ni ditulis, abang dah pi Pulau Jeju lagi sekali. Masa yang pi awal ni bulan Mei 2018. Kali ni yang kali kedua ni kami pi terjah balik pada bulan November 2018.
Jadi satu tahun 2 kali kata kau kami pi Jeju ni. Kalau trip ni cuma berdua, trip seterusnya kami dengan kekuatan anggota seramai 4 orang. Abang dan adik abang dah pasti. Lagi 2 orang kawan-kawan sekerja.
Oleh kerana kena pada waktunya dah masuk musim sejuk ketika itu, kami namakannya trip 'Mencari Salju di Jeju'.
Nantikan. Jeng jeng jeng.
Dengan ini catatan Backpacking Bajet Jeju tamat secara rasminya. Segala kos perjalanan atau itinerary hangpa boleh ekstrak balik dari catatan-catatan abang sebelum ni. Abang jarang nak buat itinerary.
Abang cuba la kalau ada lebihan masa untuk rumuskan sikit trip 'Backpacking Bajet Jeju' ni beserta dengan perbelanjaan. Tu pun kalau la ada lebihan masa. Ni pun banyak cerita & gambar yang tertangguh lagi nih. Abang tak berani janji,n tapi abang cuba.
Sekitan. Tamat. Terima kasih sudi membaca cerita abang. Kita jumpa lagi dalam catatan yang seterusnya.
Being a backpaker is very fun, yes, a lot of experience that we can get, besides the costs incurred less. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. villakubu.com
BalasPadam