Pages

25 Ogos 2012

Bahagian 2| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket

Sambungan dari Bahagian 1| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket



السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.

Hari Ketiga


Untuk perjalanan hari ketiga (Rabu), gua akan menuju ke Phi Phi Don Island dan seterusnya ke pulau Phuket. Pagi-pagi lagi lepas solat Subuh gua dah packing barang siap. Gua akan meninggalkan pekan Krabi hari ini. Tiket ke Phi Phi Island telah dibeli semalam melalui Wat, receptionist Good Dream Guesthouse yang aku duduk selama 2 malam di sini.

Balik dari Island Hopping semalam, aku dah soal siasat dia semua berkenaan perjalanan ke Phuket melalui Pulau Phi-Phi Don ni. Tiket bot ke Phi-Phi Don dari Krabi berharga 280 Bath sehala termasuk transport dari hotel ke jeti. Tiket yang anda dapat mula-mula bukan seperti dalam gambar, kena tukar dulu di jeti baru dapat tiket serupa dalam gambar. 

Jam 9.00 pagi, minivan sampai betul-betul depan Good Dream Guesthouse. Sebelum itu check-out awal-awal pagi dulu kat guesthouse, waktu tu receptionist pun tak datang lagi. Aku letak je kunci atas meja dan terus beredar.

Masa aku naik minivan tu, dah ada la 3-4 orang penumpang minah saleh di dalamnya. Minivan ini akan bergerak mengambil tourist yang akan ke Phi Phi Island di setiap hotel sekitar pekan Krabi. Apabila dah penuh van, barulah dia akan bergerak ke jeti.

Di jeti ni, ada banyak syarikat feri ke Phi Phi Don. Tiket sementara yang ada di tangan akan ditukar kepada tiket macam dalam gambar. Dah lepas siap tukar tiket, kena tunggu sekejap kat balai berlepas. Bila pagar dah dibuka, baru boleh naik feri.


Tiket ke Phi Phi Don dari Krabi.
Feri ke Phi Phi Don ni ada ruang terbuka kat atasnya di mana penumpang bebas nak duduk berjemur atau nak duduk kat seat di bawah. kebanyakan Mat dan Minah Saleh akan duduk ruang atas ni untuk berjemur. Gua pun amik port kat atas memandangkan duduk bawah bosan dan boleh amik angin laut dari atas ni. Pemandangan pun menarik. Macam-macam kerenah boleh juga dilihat dari atas sini :-p

Feri ke Phi Phi Don

Suasana feri menuju ke Phi Phi Don.

Pukulan ombak dan angin laut sangat mengasyikkan.
Lebih kurang 2 jam kemudian, sampai lah ke Phi Phi Don ni. Patutlah digelar Syurga Dunia. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata. Subhanallah. Indahnya ciptaan Allah. Dengan kejernihan dan kebiruan air lautnya beserta pulau-pulau sekitarnya yang menghijau, pulau ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Terdapat dua pulau Phi Phi di sini iaitu Phi Phi Don dan Phi Phi Leh di mana hanya Phi Phi Don dihuni manusia. Majoriti penduduk di Phi Phi Don ini adalah muslim. So, kalau sesiapa nak ke sini boleh cari makanan muslim di kawasan sekitarnya.

Bot-bot di sekitar Phi Phi Don dan kebiruan air lautnya.

Feri yang dinaiki menghampiri Phi Phi Don.

Phi Phi Don view from ferry.

Pelancong yang beratur menunggu menaiki feri ke Phuket atau Krabi.

Longtailboat di Phi Phi Don.
Turun dari feri, anda akan dikenakan bayaran sebanyak 20 Bath untuk bayaran masuk ke Taman Negara. Untuk pengetahuan, Phi Phi Island ni terletak di kawasan Taman Negara. So, setiap pengunjung akan dikenakan bayaran. Suasana di sekitar jeti Phi Phi island ini sangat meriah dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang menarik pelanggan ke chalet mereka, ada yang jual makanan dan pelbagai lagi. Gua dengan segera terus mencari tiket ke Phuket di tour agent berhampiran dengan jeti. Feri terakhir ke Phuket pada jam 2.30 p.m. Gua segera membelinya dengan harga 300 Bath dan pada masa yang sama gua tinggalkan backpack di tour agent tersebut. Senang sikit nak jalan, tak payah usung backpack berat-berat.

Check point pertama yang gua target nak pergi kat pulau ni adalah Viewpoint dia. Dari atas sini anda dapat melihat keseluruhan pulau dengan jelas. Gua tahu pasal Viewpoint ni pun sebab tengok travelog-travelog blogger yang pernah sampai ke sini. Di Phi Phi Island ni, ada signboard untuk ke sekian-sekian tempat. So tak payah risau sesat.

Suasana di Jeti Phi Phi Don.

Cristal clear water on Phi Phi Island.

Suasana di sekitar Phi Phi Island. Pengusaha chalet memancing customer.

Di kiri dan kanan terdapat kedai menjual cenderamata dan pakej island hopping.

Khidmat urut-mengurut turut disediakan.

Signboard di Phi Phi Island.

Tsunami Evacuation Route. Run for your life.

Pekan koboi dimana tiada kenderaan bermotor disini.

Satu-satunya masjid yang terdapat di pulau Phi Phi ini.

Buah pun ada dijual. Harga mahal sikit. Harap maklum.

Jeti Phi Phi Island. Bergerak menuju Phuket.
Setelah puas meronda di sekitar pulau dan makan di restoran makanan muslim tempatan, masa untuk menuju ke Phuket pun telah tiba. Jam menunjukkan 2.30 p.m, dengan tergesa-gesanya gua ambil beg yang ditinggalkan tadi di tour agent lantas menuju ke feri. Feri yang menuju ke Phuket ni berbeza sikit dari Feri Krabi-Phi Phi. Nampak sedikit mewah dengan ruang berjemur diatas yang agak limited. Nak tak nak kena lepak dalam tempat berair-cond disebabkan ruang berjemur dipenuhi mat saleh. Perjalanan dari Phi Phi Island ke Phuket mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Atas feri menuju ke Phuket dari Phi Phi Island.

Ikan-ikan yang timbul bila ditabur roti.

Bot-bot nelayan sekitar Phi Phi Island.

Feri sebelah sebelum berlepas. Tak dapat ditentukan menuju ke mana.

Gua rasa bahang giler nak jemur tengahari buta dengan mat saleh. Terus masuk dalam tempat air-cond dan tidur.

Keadaan dalam feri. Ada ruang atas dan bawah.

Backpack disusun di belakang feri.

Bahagian hadapan boat. Ada je mat saleh berjemur.

Selamat tiba di Rassada Pier, Phuket.

Rassada Pier, Phuket.

Rassada Pier view from ferry.
Sampai di Rassada Pier, gua melangkah keluar dari jety dengan penuh gaya. Ingatkan nak jalan je hingga ke Phuket Town. Tengok dalam peta tak jauh mana. Sedang berjalan sambil menggalas beg, ada pakcik motor taxi pelawa naik motor dia dengan harga 50 Bath. Mula-mula aku taknak. Dia kata 40 Bath. Aku terus letak harga 30 Bath dan dia setuju. Naik lah motor hingga ke stesen bas Phuket. Jauh jugak lah gua rasa. Mendapat jugak kalau nak jalan kaki.

Dalam perancangan memang nak cari guesthouse di sekitar Phuket Town dekat-dekat stesen bas. Senang sikit nak balik ke Hatyai nanti. Gua pun suruh la pakcik tu berhenti dekat stesen bas lama ni. Untuk pengetahuan, di Phuket Town ada 2 stesen bas. Stesen bas baru lebih kurang 8km dari stesen bas lama. Dekat stesen bas lama ni dah tak banyak bas yang ada, mungkin semua dah pindah ke stesen bas baru. Gua pun mencari la kaunter tiket yang menjual tiket Phuket-Hatyai. Rupanya kaunter dia tak berada dalam stesen bas tetapi di luar, blok rumah kedai. Ada deretan bas mini tertulis Phuket-Hatyai sekitar sini. Gua beli tiket ke Hatyai siap-siap. Tiket dibeli untuk hari Jumaat jam 9.00 pagi.

Selesai membeli tiket, misi seterusnya mencari tempat berteduh. Dalam plan dah mark satu guesthouse bernama Lub Sbuy Guesthouse. Ianya betul2 di hadapan jalan besar berhampiran Stesen Bas Phuket Town. Saja jalan-jalan dulu tengok keadaan Phuket Town sebelum check-in. Puas meronda, pukul 6.00 p.m baru lah masuk check-in. Harga untuk semalam bagi seorang (dorm) adalah 250 Bath. Gua tempah 2 malam. Kena deposit 200 Bath. Masa gua masuk dorm hanya gua sorang je. Dah dekat Maghrib tu barulah ada sorang mat saleh warga Belanda masuk. Kemudian lepas Maghrib, datang lagi 2 mat saleh. Lelaki dan perempuan.

Phuket bus station. The old one.

Pemandangan sekitar Phuket Town.

Senibina kolonial di Phuket Town
Kebanyakkan bangunan di Phuket Town ini adalah bangunan lama zaman kolonial. Pada malam hari, lampu-lampu dipasang dikawasan bangunan kolonial ini menampakkan suasana yang menarik. Wayar-wayar elektrik dan kabel yang berserabut adalah pemandangan biasa yang terdapat di Tanah Siam ni. Wayar-wayar ni berdesing seperti lebah sekali sekala. Kali pertama sampai di Thailand risau jugak, tapi dah lama baru tahu begitulah keadaannya.

Orang Thailand sangat menghormati rajanya. Dimana-mana sahaja ada gambar raja Bhumibol Adulyadej. Di Phuket Town ni jugak ada satu bulatan yang memaparkan gambar raja Bhumibol Adulyadej dan monumen berkaitannya. Pernah sekali amik gambar di area situ dan orang Siam ni sorang datang kat gua sambil  sembah dan bercakap dalam bahasa Thai. Mungkin menghormati barangkali pelancong yang mengambil gambar rajanya.

Phangnga Road. Jalan-jalan disini bernamakan daerah di Thailand.

Inilah rupa guesthouse yang yang dimaksudkan. Lub Sbuy Guesthouse.
Dah siap Solat Maghrib, bermulalah misi mencari makanan halal. Berpandukan peta dan info yang diberikan receptionist guesthouse tadi, gua pun meronda mencari medan selera yang dimaksudkan. Sebelum tu, gua dah sewa sebiji skuter berharga 250 Bath untuk sehari. Tak payah deposit, cuma kena tinggal passport. Isi minyak (gasoline-nama di Thailand) 80 Bath tak penuh tank lagi. Senang sikit meronda guna skuter disebabkan pengangkutan dari satu tempat ke tempat lain agak mahal.

Medan selera yang dicari akhirnya dijumpai lebih kurang 2km dari guesthouse gua. Ada banyak stall kat sini dan banyak juga stall muslim. Kebanyakkan mereka kurang fasih berbahasa inggeris dan hanya tahu cakap yang basic je. Gua tengok menu pun tak paham nak order apa. last-last dia suggest Nasi Goreng Ayam. Untuk minuman pula macam biasa, Cha Yen (Teh Ais). Dekat stall ni juga ada jual sate 10 batang 50 Bath. Lebih kurang Malaysia je harga.

Stall muslim yang dimaksudkan di medan selera Phuket Town.

Nasi Goreng Ayam dan Cha Yen Phuket Style.

Lepas pekena Nasi Goreng Ayam Phuket style, gua pun ronda lah Phuket Town malam tu sambil ambil-ambil gambar. Dalam tengah syok amik gambar, hujan pulak turun. Masa tu dah dekat-dekat guesthouse. Tapi rasa masih awal lagi untuk naik tidor. Ronda-ronda jalan kaki dan kebanyakan kedai dah ditutup. Untuk pengetahuan, kedai-kedai di Phuket ni kebanyakkannya ditutup jam 7.00 p.m. Yang tinggal pun 7-Eleven jelah. Saja lah masuk 7-Eleven bukan nak cari apa pun. Gua suka masuk 7-Eleven di Thailand ni disebakan kedainya yang luas dan banyak pilihan. Brang pun agak murah jika nak compare dengan 7-Eleven Malaysia. Macam-macam pilihan ada.

Dah penat jalan, balik guesthouse lepak kat lobby dulu (betul ke orang panggil lobby?). Di guesthouse ni disediakan wifi untuk pengunjung. Layan Facebook dulu guna hanset. Komputer pun ada di sini tapi kena bayar sejam 40 Bath. Pukul 1.00 a.m gua naik atas, tukar-tukar baju prepare nak tidor. Mat saleh 3 orang tadi dah keluar masa maghrib dan tak balik lagi. Jadi hanya tinggal gua saja yang ada kat dorm ni. Masa gua tengah berkira nak tidor, diorang pun balik lebih kurang jam 2.00 a.m. Masa Maghrib tadi mat saleh dari Belanda tu ajak gua pekena beer. Sebelum tu dia ada tanya aku ni muslim ke. Bila tau aku muslim dia minta maaf banyak-banyak. 

Dalam hati gua dorang balik lewat malam ni comfirm mabuk-mabuk pekena beer ni. Jangkaan aku meleset. Bila dorang masuk dorm dan tengok gua tidur (pura-pura je tuh), dalam dorm yang gelap tuh diorang sanggup cari torchlight di beg masing-masing. Walaupun ada suis lampu, dorang guna torchliht tu untuk bergerak, tukar baju dan sebagainya. Mungkin diorang hormat gua yang dah tido ni dan tak nak mengganggu. Aku respect kat diorang ni. Gua terus terlena malam tu. Zzzzz..




// Catatan Travelogue My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don //

Bahagian Pertama : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 1)

Bahagian Kedua : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 2)

Bahagian Ketiga : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 3)

21 ulasan:

  1. harga tiket bas dari phuket ke hatyai berapa ye

    BalasPadam
  2. As salam.. di phi phi island mmg dekat ke dari satu hotel ke satu hotel untuk ke pekan.. sb kebanyakan hotel di phi phi serve non halal food so agak2 susah tak if sy stay kat hotel di phi phi island tapi makan di kedai luar dr hotel ? Please advse.. TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Em makanan halal tiada masalah rasanya. Boleh cari sekitar masjid Phi-Phi Island. Jarak hotel ke hotel pun tak jauh, semua rapat-rapat je.;-)

      Padam
  3. salam..bos,nk tnye kalo tket bot or fery dari aonang ke phuket brape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiket feri dari Krabi ke Phi Phi Island: RM 28. Boleh tanya di guesthouse. Ada van akan ambik dari guesthouse bawa ke jeti untuk ke Phuket.

      Padam
  4. Nak pegi phuket dari krabi, mesti pegi phi phi dulu ek? Takde feri direct? Tiket boleh beli terus or kena book? Ehh byknye soalan:) sebab plan smpai ke krabi terus nak pegi phuket. Hee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semestinya dulu kena transit di Phi-Phi Island dulu kalau nak ke Phuket dari Krabi. Boleh terus je ke Phuket. Boleh tanya di guesthouse berkenaan bot/feri ke Phuket dari Krabi. Tapi macam rugi kalau tak singgah di Phi Phi Island dulu sebelum ke Phuket.

      Padam
  5. salam hazwan..
    kalau nak pergi dari hatyai ke pulau phi-phi terus boleh x??sbb ingat nak stay kat pulau..nak third day baru nak stay kat krabi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam En Halim.
      Dari Hatyai rasanya ada tour agent disana yang boleh uruskan kalau hendak ke Phi Phi Island terus. Tapi akan naik bot melalui Krabi atau Phuket dahulu rasanya.

      Padam
  6. Salam bro hazwan,
    Sy akan bercuti di phi phi island next month. Pergi naik kereta. Dekat jeti krabi tu ade tempat parking kereta berbayar tak?

    Azrul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Azrul.

      Em saya kurang pasti tempat parking di jeti Krabi tu disebabkan saya dahulunya naik van ke sana dari pekan Krabi. Rasanya mungkin ada kot.

      Padam
  7. bro jalan sorang je ke....nak ikut boleh kalau... he he

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Harus cuba backpacking ke Krabi ! Bajet pun murah !

      Padam
  9. Sangat membantu! Terima kasih sangat2. Plan nak pergi 3 hari 2 malam je. Mesti tak puas. Haih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      3 hari 2 malam tak berapa cukup tu. Huhu.
      Moga selamat pergi dan selamat pulang.

      Padam
  10. en hazwan sya nk minta pncerahan klu dri phuet utk ke phi phi island tiket feri nak beli dekat mna

    BalasPadam
  11. Salam,

    Suka baca artikel anda. Gambar2 yang menarik dan penulisan yang simpel dan menarik. Teruskan kembara solo anda ke tempat2 yang lebih jauh. Semasa membaca artikel anda macam saya ikut dalam pengembaraan itu. Kalau boleh sertakan berapa perbelanjaan yang dibelanjakan dalam sehari. Beberapa tahun yang lepas saya ada menonton dalam TV3 program yang diacarakan oleh seorang artis mengacarakan buget travel. Pada setiap malam sebelum berehat kat hotel dia membuat perkiraan berapa belanja yang telah di habiskan pada hari itu. So orang2 yang teringin nak buat travel yang sama boleh buat buget terlebih dahulu sebelum memulai perjalanan. Teruskan pengembaraan solo anda saya doa untuk keselamatan anda dalam perjalanan.

    BalasPadam
  12. Phi phi island ke phuket berapa jam
    .?

    BalasPadam