Iklan

18 September 2012

Bahagian 3| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket

Sambungan dari Bahagian 2| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari Keempat


Khamis. 20 July 2012. Hari keempat gua solo backpack di Thailand ini. Pagi-pagi lagi selepas solat subuh gua dah tercongok kat depan lobi Dream Guesthouse. Mengikut plan yang dirancang, hari ini destinasinya adalah meronda seluruh pulau Phuket menggunakan skuter yang disewa semalam. Tempat menarik yang telah dimasukkan dalam checklist awal-awal dan menjadi pilihan adalah Patong Beach dan Promthep Cape di Phuket ini.

Perjalanan dari Phuket Town ke Patong Beach mengambil masa lebih kurang setengah jam menggunakan skuter dengan jarak perjalanan 15 Kilometer. Laluannya sedikit berbukit-bukau di pertengahan perjalanan. Di kiri kanan jalan ada warung yang menjual sarapan pagi. Suasana pagi itu sedikit dingin kesan dari hujan malam semalam.

Sampai di pekan Patong, akan kelihatan Masjid Nurul Islam. Berhampiran kawasan masjid ini kelihatan restoran dan warung-warung muslim tempatan disekitarnya. Sempat juga berhenti mengambil gambar masjid di tepi jalanraya yang sibuk ini. Kelihatan masjid ini dalam proses pembaikan dan penyelenggaran. 


Masjid Nurul Islam di Patong, Phuket. Satu-satunya masjid di kawasan ini.
Jam menunjukkan jam 9.00 pagi. Pada ketika itu, gua sudah berada di Patong Beach. Angin pantai bertiup agak kencang dan keadaan pantai masih kosong. Yang hanya ada mat saleh yang berjoging dan membuat senaman di tepi pantai. Kenderaan bermotor juga kurang melalui kawasan pantai patong ini. Mungkin masih awal lagi barangkali.

Puas melihat keadaan Pantai Patong, gua memtuskan untuk meronda kawasan sekitar Kamala Beach dan Surin Beach. Kawasan pantai ini terletak lebih atas ataupun lebih ke utara dari Pantai Patong. Kawasan yang dilalui juga sedikit berbukit bukau. Tidak sampai separuh perjalanan, fikiran gua berubah. Gua U-turn balik dan cari sarapan di tepi jalan.


Signboard di Patong Beach.

Amaran Tsunami di Patong Beach.

Suasana waktu pagi di Patong Beach.

Pakej aktiviti air di Patong Beach.

Keadaan jalanraya Patong Beach di waktu pagi.

Keadaan Pantai Patong. Kelihatan mat saleh mengutip cengkerang.

Ombak kuat membadai pantai Phuket.

Skuter Honda Airblade yang digunakan untuk meronda sekitar Phuket.

Pemandangan pantai Phuket di waktu pagi.

Sedang mata liar mencari warung untuk bersarapan, terpandang satu warung muslim di kawasan pantai berhampiran Patong yang menjual nasi ayam. Gua ambil keputusan untuk mencuba nasi ayam dan air kosong untuk sarapan. Nasi ayam di sini sedikit berbeza berbanding nasi ayam di Malaysia. Bagi gua yang bertekak Melayu ni, nasi ayam Malaysia mengancam lagi. Nasi Ayam di Phuket ni tiada sos cili dan hanya dimakan dengan sup dan kicap. Siap ada ulam lagi. Disebabkan lapar, layan ajalah. Kos atau pun harga sarapan pagi itu untuk Nasi Ayam dan Air Kosong adalah sebanyak 50 Bath.

Selesai sarapan, gua kembali ke Patong Beach seterusnya ke pekan keriangan Patong. Pekan Patong ni agak panjang dan luas. Terdapat pelbagai kedai, pusat hiburan dan juga pusat membeli-belah. Disebabkan masih awal pagi, hanya sesetengah kedai sahaja yang kelihatan baru memulakan perniagaan.

Gua saja bawa skuter slow-slow sambil melihat pemandangan sekitar Pekan Patong. Kelab-kelab malam di sini memang tersangat banyaknya. Itu belum termasuk rumah-rumah urut lagi. Sampai di hujung jalan Pekan Patong ni, gua parking skuter dekat-dekat dengan satu bar ni dan seterusnya berjalan kaki meronda Pekan Patong.

Nasib baik ada tulis Inggeris Chicken Rice, kalau tulis Thailand memang sepatah haram pun gua tak paham.

Nasi Ayam Phuket Style.

Pekan Patong, Phuket Thailand di waktu pagi.

Kawasan Arabic sikit di Patong, Phuket.

Minyak~Malaysia. Gasoline~Thailand.

Kedai-kedai di tepi jalan.

Motor dan skuter untuk disewa di Patong, Phuket.

Gua meronda keseluruhan pekan Patong dengan berjalan kaki. Dengan ini gua rasa dapat tengok keadaan dan berinteraksi dengan penduduk sekitar. Pernah terserempak dengan sorang brader ni yang boleh berbahasa Melayu. Pekerjaannya hanya seorang driver van pelancong. Ibunya berasal dari Kelantan dan dibesarkan di Thailand. Kami bersembang agak lama dan dia berpesan agar tidak membeli banyak barang di Phuket ini kerana harganya mahal disebabkan statusnya sebagai syurga pelancong.

Gua meneruskan perjalanan di Pekan Patong. Kelihatan sebuah beca (kalau salah tolong betulkan) yang menjual buah-buahan. Ada jambu, betik, nenas, mangga dan sebagainya. Si peniaga sibuk melambai-lambai ke becanya. Terdetik di hati ingin merasai mangga yang dijual. Untuk sebiji mangga berharga 30 Bath. Memang lemak manis mangganya dan puas hati dimakan. Selesai sesi jamah mangga, dua saja lepak  dengan si penjualnya. Namanya Wat. Dia menceritakan pengalamannya semasa tahun 2004 di mana tsunami melanda Phuket. Habis beca buah-buahannya ditelan tsunami dan dia hanya mampu menyelamatkan diri dengan berlari ke bukit berdekatan.

Selesai bersembang dengan Wat si penjual buah, perjalanan diteruskan ke Patong Beach. Jam menunjukkan waktu menghampiri 12.00 p.m. Semasa menuju ke Patong Beach, ada satu kisah dimana gua ditarik oleh gadis-gadis makcik-makcik urut di tepi jalan. Tapi gua berjaya tepis. Haha. Akhirnya sampai di Patong Beach. Keadaan pantai yang berangin di penuhi umat mat saleh di waktu tengahari. Di pantai ini juga kelihatan pelbagai aktiviti seperti parasailing, banana boat dan jet ski. Di pantai ini juga disediakan perkhidmatan menyewa kerusi malas dan payung bagi yang mahu berjemur. Penduduk tempatan juga menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka kepada pelancong.


'Wat'-Mangsa tsunami 2004 yang menjual buah-buahan di pekan Patong, Phuket.

Keadaan Pekan Patong.

Binatang di hadapan kelab malam.

Patong Beach di waktu tengahari.

Gua tengok ada anjing main tepi laut, geli-geleman nak mandi.

Umat mat saleh sedang bersantai.

Perkhidmatan Jetski.

Parasailing di Patong Beach, Phuket.

McDonalds Phuket style. Betul-betul berhadapan pantai.

Yamaha R1 untuk disewa. Rm250 sehari.
Hampir jam 2.00 p.m jugak gua meronda pekan dan pantai Patong hari tu. Setelah penat berjalan, perut terasa lapar pulak. Gua memutuskan untuk ke Masjid Patong yang gua lalu pagi tadi masa nak ke pantai. Ikutkan pembacaan yang dibuat sebelum ni, banyak restoran makanan halal boleh dicari di sekitar masjid. Gua ke Masjid Patong ini menggunakan skuter yang disewa dan jarak dari pantai sekitar 1-2 Kilometer.

Sampai di masjid, solat jamak dahulu sebelum cari makan. Memnag betul disekitarnya banyak restoran dan warung halal yang dimiliki penduduk muslim tempatan. Kelihatan pakcik-pakcik berkopiah sedang duduk minum dan lepak di warung ini. Di sebelah masjid, terdapat sebuah warung yang menjual bihun sup (nama dalam Siam tak tau). Masa gua terjah kedai ni, tuan kedai baru nak buka kedai. Dia suwuh aku tunggu sekejap sementara dia setting kedai. Tengah-tengah tunggu tu sempat berborak dengan tuan kedai yang boleh berbahasa Melayu. Berasal dari Narathiwat dan pernah bersekolah di Petaling Jaya suatu ketika dulu. Memang syok jumpa orang boleh kecek Melayu bila solo backpack ni!!

Gua order Bihun Sup dan air Fanta Hijau. Boleh tahan rasa bihun sup dia dan lain dari Malaysia. Harga dikenakan agak murah hanya 55 Bath. Selesai makan gua bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Promthep Cape. Dari Patong Beach anda akan melalui Karun, Kata dan Rawai Beach. Jalannya berhampiran pesisir laut, sedikit berbukit bukau dan pemandangannya sangat indah.


Gerai Bihun Sup tepi Masjid Patong

Anak tuan kedai.

Bihun Sup yang dimaksudkan. Phuket Style.

Pemandangan sekitar Karun Beach.

Karun Beach.

Kata Beach.

Signboard to Promthep Cape.

Rawai Beach.

Promthep Cape. Tanah terhujung Phuket.

Promthep Cape. Sebuah pulau lain yang terpisah. 

Ada patung gajah di atas ni. Macam-macam saiz ada.

Keadaan di Promthep Cape petang itu agak sesak. Kebanyakkan pengunjung yang datang bersama rombongan yang ramai. Aktiviti di sini tidak lain dan tidak bukan bergambar. Terletak di atas bukit, anda perlu sedikit mendaki dari tempat parkir untuk sampai ke atas. Kelihatan juga sebuah tokong Buddha disini. Kebanyakan yang datang  gua perasaan berbangsa Cina. Mungkin dari Taiwan dan Tanah Besar China.

Tepat jam 6.00 p.m, gua turun bawah ke skuter dan berangkat pulang ke Phuket Town. Di tengah perjalanan, sempat berhenti beli nasi minyak yang dimakan bersama ayam goreng yang dijual penduduk muslim tempatan. Maklumlah, di negara orang ni semua benda nak rasa. Harga untuk seketul ayam goreng adalah 20 Bath dan nasi minyak 20 Bath. Bungkus sampai Guesthouse baru bedal.


Kebetulan malam terakhir di Phuket ini bermulanya Ramadhan di Thailand. Sempat tanya orang tempatan bila mula Ramadhan di Thailand ni. Sebelum tu gua ada gak research Ramadhan di Thailand sehari lebih awal dari Malaysia. Maka malam tu gua pikir mesti dah start Terawih. Jadi gua pun tanya la receptionist guesthouse gua stay tu kat mana masjid terdekat. Pung pang pung pang dia sembang aku pun naik skuter cari masjid tu. 

Sebenarnya masjid ni tak jauh mana pun dari guesthouse gua. Dalam 1.5 KM sampai la kot. Gua sempat berjemaah Maghrib kat masjid ni. Nama masjid ni adalah Mosjed Yameay dan terletak betul-betul di Phuket Town. Imam pun macam orang Melayu di masjid ni. Di tepi masjid juga kelihatan restoran makanan halal milik penduduk muslim disini. Selesai solat Maghrib, gua bergegas balik guesthouse sebab nak kena pulangkan balik skuter yang disewa. 

Dah selesai urusan penyerahan skuter, gua kembali ke masjid dengan berjalan kaki. Sampai di masjid, kelihatan jemaah di situ sedang menjamu selera di bawah khemah. Kelihatan seperti moreh pun ada. Ada seorang pakcik ni menjemput gua makan sambil bercakap dalam bahasa Siam. Gua hanya mengangkat tangan dan menganggukkan kepala. Gua tak join pun dan ke kerusi berhampiran tangga masjid sambil menunggu azan Isyak. Selang 10 minit, Azan Isyak pun berkumandang.

Sebelum Solat Isyak, jawatankuasa masjid memperkenalkan saudara baru yang memeluk Islam pada hari tu. Ada sedikit pengumuman dalam bahasa Thai lepas tu. Walaupun gua taka paham bahsa Siam, tapi gua boleh agak dia cerita pasal Solat Terawih malam tu memandangkan keesokkan harinya puasa. Selesai solat Isyak dan Terawih di Masjid Yameay ni, gua kembali pulang ke guesthouse dan tidur untuk persiapan pulang ke Kuala Lumpur keesokkan harinya.


Keadaan di dalam Mosjed Yameay, Phuket Town.

Bas di kiri dan kanan jalan tu lah jenis bas yang gua naik menghala ke Hatyai dari Phuket.

Pagi hari Jumaat 21 July 2012. Bermulanya 1 Ramadhan di bumi Thailand. Semalam sempat bersahur dengan biskut dan air mineral di lobby hotel jam 3.00 pagi. Pagi ni pukul 6.00 dah bangkit bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Bas dijadualkan pukul 8.30 pagi dan tiket sudah dibeli setibanya di Phuket dua hari lepas. Tempat menunggu bas hanya di block belakang guesthouse gua stay berhampiran stesen bas Phuket lama.

Tidak lama menunggu di tempat beli tiket bas, datang sebuah songtaew (lori kecil yang membawa penumpang). Kakitangan di situ menyuruh gua naik songtaew tersebut dan akan membawa gua turun di stesen bas baru Phuket lebih kurang 7KM dari stesen bas lama. Tiada bayaran dikenakan. Turun dari Songtaew ada orang menjemput gua dan menunjukkan bas yang akan ke Hatyai. Gua antara orang yang terakhir naik bas waktu tu dan perjalanan ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 7 jam.


Songtaew yang membawa penumpang di Phuket. Siap ada konduktor tiket lagi (berbaju merah).

Keadaan bas ke Hatyai dari Phuket.

Jam 4.00 petang baru tiba di kota keriangan Hatyai. Bas tidak masuk ke stesen bas di dalam bandar sebaliknya berhenti di tepi jalan besar. Dari situ akan ada tuk-tuk yang menunggu untuk membawa anda ke stesen bas Hatyai. Tiada bayaran dikenakan. Dari stesen bas Hatyai gua ingin ke Lee Garden Plaza Hotel di mana tempat gua beli tiket bas Konsortium untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dengan berpandukan Google Maps, gua berjalan kaki hampir 4KM ke sana. Sampai di ibu pejabat Konsortium Ekspress, gua solat jamak di surau yang disediakan. Selesai solat, gua meronda sekitar kawasan tersebut. Kelihatan banyak polis yang mengawal di sekitar kawasan ni ekoran kejadian letupan di Hotel Lee Garden Plaza beberapa tahun lepas. Nak masuk ke dalam hotel pun kena scan satu badan dan check bag.

Di sekitar kawasan hotel terdapat banyak gerai yang menjual makanan. Nasi lemak dengan teh tarik pun ada. Sebelum Maghrib gua amik port kat gerai nasi lemak dan order nasi lemak dan teh ais untuk juadah berbuka. Bila kat Thailand secara bersendirian ni baru anda akan rasa suasana Ramadhan di sini tak sama dengan di Malaysia. Kalau di Malaysia meriah dengan bazar Ramadhan, disini sama saja seperti hari-hari biasa memandangkan penduduk muslim hanyalah golongan minoriti di sini.

Bas yang ditunggu pun tiba jam 7.30 malam. Gerai nasi lemak betul-betul berhadapan dengan ibu pejabat Konsortiuum Ekspress. So boleh nampak bas dua tingkat dah sampai. Cepat-cepat galas beg menuju ke bas, letak bag dan cari seat. Dapat seat tingkat bawah. Dah penuh dengan penumpang, bas pun mula beredar dari kota Hatyai. Rasa berat hati nak meninggalkan Thailand ni. Dengan orangnya yang baik dan ramah, gua rasa agak seronok mengembara di sini walaupun terdapat halangan bahasa.

Gerai sekitar Lee Garden Plaza Hotel, Hatyai

Ayam goreng dan udang goreng

Gerai Pulut Mangga. Ada tulis melayu lagi.

Ibu pejabat Konsortium Ekspress, Hatyai.

Nasi Lemak Hatyai. Banyak pelancong Malaysia yang ke sini akan ke gerai ni.

Prosedur biasa kembali ke Malaysia. Turun bas untuk urusan cop pasport dulu di border Sadao & Bukit Kayu Hitam.

Tiba di Puduraya jam 3.00 pagi. Waktu sahur Malaysia.

Jam 3.00 pagi 22 Julai 2012. Alhamdulillah gua selamat mendarat ( macam naik flight pulak) di Puduraya. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan dan selamat tiba di Kuala Lumpur dengan menaiki bas dari Hatyai. Trip solo pertama dalam sejarah hidup, pengembaraan selama lima hari ini memberi gua satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup. Dari trip solo ini jugak gua belajar banyak benda. Souvenior dari Thailand pun hanya beberapa helai T-Shirt saje. Bajet takda. Sapa kata dengan bajet sikit & ciput anda tak mampu untuk mengembara ke luar negara. Gua dah buktikan!!


Tamat pengembaraan solo ke Krabi, Phi Phi Don dan Phuket.



Bersambung ke Rumusan| Backpacking Solo: Krabi-Koh Phi Phi-Phuket untuk kos dan bajet perjalanan.



// Catatan Travelogue My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don yang terdahulu //

Bahagian Pertama : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 1)

Bahagian Kedua : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 2)

Bahagian Ketiga : My Solo Escape : Krabi-Phi Phi Don-Phuket (Part 3)

18 ulasan:

  1. Terbaik lah! Sedap pulak membaca cerita solo trip kau ni... Banyak info yang digoreng enak.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kahkahkah. Goreng selagi tak hangit.

      Padam
  2. Baca dari part 1 sampai habis. thanks atas perkongsian. bestnyaa. tgh plan nak pi dengan kawan2 jgk. nak belasah pi budget mcm tu jugak :D boleh cakap thai, insyaAllah tak susah kot kan. saya follow sini. ^___________________________^

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure. Kena berani cuba ! ;-)

      Padam
  3. Nk tnya . nk sewa skuter kat phuket tu kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada banyak kedai yang kita boleh sewa skuter di Phuket. Mana-mana pun ada.

      Padam
  4. Thanx for da info.sungguh informatif

    Yang org kata pulau james bond la sume tu kat thailand kan.kat area patong tu ada tak agen yg bawa ke james bond island

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Ada jugak tour agent yang buat pakej ke James Bond Island tu guna speed Boat. Lebih elok cari dekat Krabi kalau nak ke James Bond Island.

      Padam
  5. Nice information...sya pon nak p berseorangan..thanks yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Moga selamat pergi dan selamat pulang !

      Padam
  6. salam, agak2 total cost termasuk makan, tambang bas, transportation kat sana, hostel and etc berapa ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Boleh lihat di catatan Rumusan My Solo Escape : Krabi _Phi Phi Don - Phuket

      Padam
  7. Xjemu baca byk kali..tq bro 4 information.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih geng sudi melawat blog Budak Letrik. We travel, we dicover, we share !

      Padam
  8. Boleh tanya, tiket bas dr Phuket ke Hatyai brape ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Nadia.

      Tiket bas Phuket- Hatyai berharga RM 28 masa tahun 2012 dulu.

      Boleh rujuk http://budakletrik.blogspot.com/2012/09/summary-of-solo-escape-krabi-phi-phi.html
      Ada dicatitkan di situ.

      Padam
  9. Bahaya tk kalau perempuan pergi sorg2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Insyaallah takda apa kot kalau perempuan nak solo travel ke Krabi.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...