Sambungan dari
Ride Menjejak Salasilah Selatan Thai : Satun - Songkhla
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Masih lagi berkisarkan '
ride' sambil
'backpacking' di bumi Satun dan Songkhla. Niat sebelum tidur semalam nak bangun awal pagi buta nak buat macam-macam. Nak naik Tang Kuan Hill lah, nak tengok masyarakat nelayan pulau Ko Yo lah.
Last-last apa pun tak jadi. Bilik ada
air-cond kan. Terlajak bangun pukul 8.00 pagi. Punggah.
Oleh kerana hari ni merupakan hari terakhir di Songkhla, gua tak punya banyak masa nak jalan-jalan. Hari ni jugak kena keluar balik ke Malaysia melalui Bukit Kayu Hitam. Rancangannya, dari Songkhla gua akan terus ke Hat Yai dan terus ke lintasan sempadan Sadao sebelum ianya ditutup pada sebelah malam.
Dalam pukul 9.00 pagi jugak baru gua siap keluar dari Royyim Hotel meninjau keadaan sekitar jeti nelayan Tasik Songkhla yang tak jauh dari situ. Bag semua gua tak bawa sebab check-out pukul 12.00 nanti.
|
Perahu-perahu nelayan Tasik Songkhla. |
|
Perahu yang ni cantik sikit. |
|
Pemandangan indah Tasik Songkhla yang luas terbentang. |
|
Bot-bot laju nelayan Tasik Songkhla membelah ombak. |
|
Gua cuba masuk ke salah satu jeti nelayan Tasik Songkhla. |
|
Nelayan di Tasik Songkhla banyak yang daif. |
|
Salah seorang pakcik nelayan Tasik Songkhla. |
|
Perahu nelayan Tasik Songkhla ditambat di jeti yang ada. |
|
Pulau Ko Yo di seberang sana. |
|
Papan kenyataan di jeti. Sepatah haram tak faham sebab bahasa Siam. |
Di sepanjang jalan pinggir Tasik Songkhla, terdapat banyak gerai-gerai kayu kecil yang menjual makanan laut segar. Ikan ada, ketam ada, udang ada. Gua tengok ada makcik-makcik muslim yang jual ikan di sini. Segar la kot sebab baru naik dari jeti.
Orang tempatan pun ada yang singgah beli ikan di sini. Gua buat-buat tanya berapa sekilo bukan nak beli pun. Tapi depa tak paham cakap Inggeris dan Melayu. Yag gua tengok masyarakat muslim Songkhla di sini hanya boleh cakap Siam ja. Komunikasi agak terbatas di situ.
Pemandangan waktu pagi di Tasik Songkhla ni cukup indah. Ada muara sungai yang menjadi tempat bot nelayan berlabuh. Bila depa balik dari laut, pakcik-pakcik nelayan ni ada yang duduk betulkan jala bawah pokok, jual ikan tepi jalan dan bermacam lagilah. Bagi yang nak cari di mana kawasan nak dapatkan ikan segar bolehlah berkunjung di kawasan pinggir Jalan Tinsulanonda menghala ke jambatan.
Tengok Google Maps di bawah kalau nak nampak lebih jelas di mana kawasan Jalan Tinsulanonda ni.
|
Orang tempatan yang berhenti beli ikan. |
|
Ikan yang dijual pun tak banyak jenis. Bergamtung kepada hasil tangkapan seharian. Setiap gerai berbeza-beza jenis ikan. |
|
Sepanjang Jalan Tisulanonda ni ada banyak gerai jual ikan tepi jalan. Dibahagian belakang gerai itulah Tasik Songkhla. |
|
Ikan jenis apa pun gua tak pasti. Timbang kilo. |
|
Ada muara sungai tempat bot nelayan Tasik Songkhla berlabuh. |
|
Masuk parking lot masing-masing. |
|
Parking motor tepi jalan. Masuk ronda tepi muara sungai sat. |
|
Pelancong-pelancong luar pun ada ronda di kawasan jeti nelayan Tasik Songkhla ni. |
|
Antara hasil laut Tasik Songkhla yang diniagakan. |
|
Ketam pun bermacam jenis ketam. |
|
Banyak peniaga muslim yang jual hasil laut di pinggir Tasik Songkhla. |
|
Bercadang nak buat BBQ ? Boleh cari ikan, udang dan ketam di sini. |
|
Ikan merah. |
|
Ketam memang banyak jenis. |
|
Jeti kecil tempat turun bot. |
|
Tempat pakcik nelayan melepak sambil baiki jala. |
|
Perahu gantung kepunyaan nelayan Tasik Songkhla. |
|
Kerja dok tangkap gambaq makanan laut padahal satu apa pun tak beli. |
|
Kepah-kepahan. |
|
Udang lipan atau dengan nama lain udang mentadak. |
|
Antara pelanggan yang berhenti membeli hasil laut Tasik Songkhla. |
Sebelum balik Royyim Hotel untuk sesi berkemas dan check-out tengahari tu, gua cari kedai-kedai makan muslim di kawasan sekitar perkampungan Melayu Thai tempat gua menginap. Rupanya ada sebuah kedai makan bertentangan dengan Royyim Hotel ni. Malam semalam dia tak buka, hanya buka pada waktu siang ni sahaja. Patut pun tak perasan.
Antara menu yang disajikan adalah nasi berlauk cara Thai. Jangan ingat ada masak lemak ayam, sambal tempoyak mahupun ulam cabai. Nama tiap-tiap lauk dan jenis pun gua tak tahu kat sini. Yang gua kenal hanya bentuk ayam, telur, sayur dan juga daging.
Boleh tahan laku kedai makan makcik ni. Sebenarnya rumah persendirian tapi dah dijadikan kedai. Ada yang datang beli bungkus lauk bawa balik rumah. Yang makan di kedai pun ada tapi tak ramai. Ada la dua orang termasuk gua waktu tu.
Oleh kerana masalah komunikasi bahasa, gua ambik telur masak merah bersama sepinggan nasi putih. Makcik tuan kedai dari tadi dok sengih tak sudah bila gua cakap Melayu dengan Inggeris dia tak berapa faham. Dia ingat gua orang Thai. Setiap pelanggan yang makan akan diberikan sepinggan timun dan air kosong satu jug. Tuang la hangpa takat mana nak minum.
Terpikir jugak, kenapa budaya jamu air kosong ni tak ada di Malaysia ?
|
Jabatan Marin Thailand. |
|
Kegunaan motor roda tiga yang meluas di Songkhla ni. Boleh bawa keluarga dan juga berniaga. |
|
Rumah penduduk tempatan Songkhla. Wajib ada motor ataupun skuter sebagai pengangkutan utama. |
|
Kedai makan muslim depan Royyim Hotel, Songkhla. Makan bertemankan dengan abang ni. |
|
Bukan Beyonce. Antara penduduk tempatan yang datang membeli lauk di kedai makan makcik ni. |
|
Tidak sesukar mana untuk mencari makanan muslim halal di Songkhla khususnya. Banyak kedai makan muslim di sini. |
Tepat jam 12.00, gua check-out dari Royyim Hotel. Salah seorang pekerjanya yang juga seorang makcik begitu berminat dengan skuter Nouvo LC gua. Yang gua perasaan dari semalam masa gua check-in dia dah dok perhati skuter gua dari jauh. Tapi baru hari ni dia berani tengok dengan lebih dekat.
" Yamaha ?"
" Yes. Yamaha. Nouvo ! " Jawab gua ringkas.
Makcik tersebut menggangguk tanda faham lalu berlalu pergi. Minat sungguh dia dengan Nouvo ni. Tapi yang gua perasaan di wilayah selatan Thai ni tak nampak langsung skuter Yamaha Nouvo LC ni. Kalau di belah Bangkok sana ada tapi dikenali dengan nama Nouvo Elegance. Tu yang semua pelik memandang semacam di Songkhla ni.
Dari Royyim Hotel, gua menuju ke
Bukit Tang Kuan atau lebih dikenali dengan nama
Tang Kuan Hill. Setelah dirujuk oleh saudara Rosli Sulaiman dari
Scooter Overland Team, beliau mengesyorkan gua untuk melawat Tang Kuan Hill bagi melihat panorama bandar Songkhla dari sudut yang lebih tinggi.
Tang Kuan Hill ni ibarat Bukit Bendera di Pulau Pinang terletak tidak jauh dari Samila Beach. Kalau jalan kaki dari Samila Beach pun boleh sampai. Kalau nak cari di Google Maps boleh taip 'Khao Tang Kuan Pagoda', dekat-dekat Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Songkhla.
Gua parking skuter gua di depan tangga pintu masuk Tang Kuan Hill. Bagpack kain baju gua tinggalkan di skuter sebab terlalu berat untuk diusung ke sana ke mari. Lagipun tak ada barang yang berharga dalam tu. Yang ada pun barang-barang mekap dan pakaian. Passport dan dokumen perjalanan semua gua pegang sendiri.
Setiap pengunjung dewasa dikenakan bayaran sebanyak 30 Baht seorang (20 Baht untuk kanak-kanak) untuk naik ke puncak bukit Tang Kuan Hill ini. Kalau di Bukit Bendera sekarang ni ada tren elektrik untuk naik ke atas, di Tang Kuan Hill ni pulak ada lif dengan sudut condong 45 darjah.
Setiap lif boleh memuatkan 20 orang pada satu-satu masa dan dengan panjang jarak sebanyak 136 m, hanya 5 minit diperlukan untuk tiba di puncak Tang Kuan Hill. Dari puncak, anda boleh melihat panorama 360 darjah bandar Songkhla yang terletak di pinggir laut dan pulau-pulau kecil di sekitarnya seperti Pulau Ko Yo.
|
Lif 45 darjah Tang Kuan Hill. |
|
Tiket masuk Tang Kuan Hill berharga 30 Baht (lebih kurang RM 3.00) |
|
Setibanya di puncak Tang Kuan Hill. |
|
Info rumah api Tang Kuan Hill. |
|
Papan tanda Tang Kuan Hilltop, Songkhla City, Thailand. |
|
Laluan masuk ke kuil Tang Kuan Hill. |
|
Kuil Buddha yang terdapat di atas Tang Kuan Hill. |
|
Antara pelacong Buddha yang menjalankan ritual keagamaan di kuil Tang Kuan Hill. |
|
Ramai pelancong-pelancong Siam sendiri yang mengunjungi Tang Kuan Hill. |
|
Rumah api Tang Kuan Hill yang menjadi panduan kapal suatu ketika dulu. |
|
Kuil Buddha di atas puncak Tang Kuan Hill. |
|
Angin kuat di atas Tang Kuan Hill. |
|
Pemandangan indah Tang Kuan Hill. |
|
Tabung loceng Tang Kuan Hill. Bila penuh dengan loceng kecil hasil derma orang ramai, ianya akan dicairkan bagi membina loceg baru yang lebih besar. |
|
The Royal Pagoda Tang Kuan Hill. |
|
The Royal Pagoda atau dikenali dengan nama Phra Chedi Luang. |
|
Pemandangan 360 bandar Songkhla darjah dari puncak Tang Kuan Hill. |
|
Stadium Songkhla dikejauhan. |
|
Penganut Buddha bersembahyang di The Royal Pagoda. |
|
Mat saleh tak nampak langsung atas Tang Kuan Hill ini. |
|
Tengahari waktu macam ni matahari terpacak atas kepala. |
|
Selalu yang naik ke atas puncak Tang Kuan Hill adalah pasangan-pasangan yang bercinta. Gua? Naik sorang-sorang. |
|
Pelancong tempatan pun sibuk bergambar berlatarkan The Royal Pagoda. |
|
The Royal Pagoda yang menjdai simbol Tang Kuan Hill. |
|
Halaman persekitaran Tang Kuan Hill yang luas. |
|
Anak-anak tangga untuk melihat perspektif lain bandar Songkhla dari puncak Tang Kuan Hill. |
|
Boleh nampak Samila Beach dari atas Tang Kuan Hill. |
|
Stadium Songkhla tadi yang terletak di tepi pantai. |
|
Pemandangan bandar Songkhla yang pesat membangun. |
|
Dari atas Tang Kuan Hill, boleh nampak bandar di sebelah kiri dan laut Thailand di sebelah kanan. |
|
Bumbung bangunan dan rumah penduduk tempatan Songkhla. |
|
Boleh nampak jugak Pulau Ko Yo dari Tang Kuan Hill. |
|
Pohon-pohon menghijau di sekitar Tang Kuan Hill. |
|
Jalan besar. |
|
Penyatuan cinta di Tang Kuan Hill. |
|
Love Locks Tang Kuan Hill. |
|
Pasangan bercinta boleh bawa mangga sendiri ke Tang Kuan Hills ala-ala Paris. |
|
The Royal Pagoda, Tang Kuan Hill. |
|
Pulau-pulau kecil di Tasik Songkhla. |
|
Welcomes to Love Locks, Tang Kuan Hill. |
|
Sami Buddha pun turut melawat Tang Kuan Hill. |
|
Sesi wajib bergambar atas Tang Kuan Hill ni. |
|
Budak Letrik Geocaching, Tang Kuan Hill. |
|
Persekitaran Tang Kuan Hill yang diserikan dengan pelbagai pokok bunga. |
|
Ikut pakcik sami Buddha tadi turun ke bahagian lain Tang Kuan Hill. |
|
Port pasangan bercinta ambik angin ka lepas angin ka gua tak pasti. |
|
Kapal-kapal dagang yang berlabuh di pesisiran pantai Songkhla. |
|
Angin kuat dari Laut China Selatan membadai Songkhla. |
|
Pemandangan menarik menghadap Laut China Selatan yang dapat disaksikan di atas Tang Kuan Hill. |
|
Patutlah ramai sebab pemandangan menarik. |
|
Tang Kuan Hill Geocaching. |
|
Naik lif turun semula ke bawah Tang Kuan Hill. |
|
Pintu masuk Tang Kuan Hill. Nanti ada kaunter tiket untuk naik lif bawah ni. |
|
Tiket lif Tang Kuan Hill. 30 Baht tu kira naik dan turun sekali. |
|
Turun Tang Kuan Hill, terjumpa pulak aiskrim kelapa seperti mana di Pak Bara sebelum ni. |
|
Aiskrim kelapa Songkhla murah sikit berbanding di Pak Bara. Boleh pilih nak letak dalam kelapa atau cawan kertas biasa. |
|
Gua minat letak aiskrim dalam tempurung kelapa tu. Bahan-bahannya roti kering mesti ada dia letak. |
|
Ini dia hasil tangkapan turun dari Tang Kuan Hill. Aiskrim kelapa gaya Songkhla. Padu ! |
Nak dijadikan cerita, turun dari Tang Kuan Hill gua pekena aiskrim kelapa dulu depan tangga pintu masuk. Gua ada perasan 2-3 ekor monyet di kawasan sekitar pokok sedang bermain riang. Gua pun melayan lepak makan aiskrim kelapa dengan selamba di tembok tepi tangga. Makcik jual aiskrim sebelum tu bagi ayaq kelapa percuma letak dalam cawan. Jadi gua letak la cawan air di sebelah sambil sedap melayan asikrim kelapa Songkhla.
Zass ! Cawan tadi dirampas monyet. Berselerak gua lari. Terkejut kot. Gua ingatkan monyet di kawasan Tang Kuan Hill ni jinak-jinak belaka. Tak tahu pulak buas macam ni. Baru gua perasan ada papan tanda suruh berhati-hati dan jangan memberi makan kepada monyet di situ. Makcik tu bagi gua air kelapa secawan lagi sebab yang tadi dah kena rampas monyet. Makcik tu arah suruh duduk jauh sikit.
Gua sambung balik makan aiskrim. Gua ingatkan buas biasa-biasa ja monyet di sini. Waktu tu tak pandang lagi ke parking motor. Tengah makan aiskrim, tiba-tiba gua terperasan geng-geng monyet di atas pokok sedang menguyah sesuatu. Seperti berus gigi. Macam pernah tengok.
Takat rampas ayaq kelapa tu tak apa lagi. Beg yang gua tinggal di skuter Nouvo LC gua tu hangpa tau tak apa jadi ? Berderaian berteraburan di tempat parking motor ! Berselerak segala mak nenek benda atas jalan. Kain baju, air minum, charger telefon semua berselerak tepi skuter !
Depa dah selamat berkenduri-kendara aqiqahkan barang-barang gua masa gua naik Tang Kuan Hill tadi ! Lahabau sungguh ! Pandang atas pokok, tu dia tali getah buat ikat beg bergantungan atas dahan pokok. Syampu ka ubat gigi semua dapat kat depa ni. Pandai sungguh depa buat kerja. Air botol mineral yang gua beli pun habis bocor kena tokak ! Cari nahas sungguh !
|
Monyet Tang Kuan Hill yang buas-buas belaka. |
|
Sayu tengok barang-barang mekap semua depa ambik naik atas pokok. Tali getah ikat beg pun depa ambik ! |
|
Jenuh kutip barang-barang berselerak tepi skuter. Nak marah pun depa tak reti bahasa ! |
|
Bukan barang gua ja geng monyet Tang Kuan Hill ni kacau, helmet orang lain yang sangkut di motor pun dia balas! |
|
Berhati-hati bagi mereka yang berkunjung ke Tang Kuan Hill. |
|
Pasangan ni pulak kena kacau monyet Tang Kuan Hill masa tengah makan aiskrim kelapa. |
Pandai sungguh la depa ni buka zip cari barang. Redha jelah barang-barang mekap dan perhiasan yang hilang. Charger telefon dan kabel semua depa tak ambik. Kos kerosakan dianggarkan tak banyak. Lepas ni kena selalu beringat la. kalau orang tak ambik, monyet pulak yang ambik.
Malang sungguh tengahari tu. Nak buat macam mana benda nak jadi. Salah gua jugak gatal nak tinggal beg kat motor. Nasib baik passport dengan dokumen perjalanan gua simpan bawa naik Tang Kuan Hill sekali. Kalau tak, pakai tak balik Malaysia la. Katakan kalau berlaku nak buat report pasti orang gelak. Alasan passport dirampas monyet.
Dari Tang Kuan Hill, gua bawa diri ke Samila Beach. Ambik angin laut sat di hujung minggu sebelum bergerak ke Hat Yai pada sebelah petangnya. Malam tu pulak bercadang nak keluar ikut lintasan sempadan Bukit Kayu Hitam untuk pulang kembali ke Malaysia.
Nanti gua sambung cerita Samila Beach dan Pasar Terapung Klong Hae di Hat Yai di catatan berikutnya.
Kalau monyet rampas tak apa. Konsul Besar dekat jer. Lagi satu, thanks tunjuk lokasi Konsul Besar. Hehehe... Saper2 kahwin seberang,boleh daftar kat konsul ni.
BalasPadamKuang ajo juga monyet kat situ ya.. kalo sebaya boleh juga ajak lawan bertumbuk hahaha..
BalasPadamSebenarnya bukan monyet aje yang suka buat kacou godeh barang kita bawak lari atas pokok, tapi hati hati juga dengan sapi.
Pernah kena sekali masa parking moto kat kawasan kawanan lembu tengah meragut rumput. Leka 10 minit aje habis mereka kunyah jaket leather yang diletak atas moto, toleh tengok jaket tergantung pada mulut depa, yang lain plak dok jilat bag, jilat seat jilat lampu, habis berbuih dan meleket segala dengan air lior mereka Eeeee..
Geram hahaha
Info menarik. Tq bro
BalasPadam