Pages

16 Mei 2018

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)


Setelah berada di Labuan Bajo selama 3 hari 2 malam, kini tiba masanya abang meninggalkan kota pelabuhan Labuan Bajo menuju ke Pulau Lombok untuk balik semula ke Bali.

Abang saja memilih jalur jalan laut dan darat sebenarnya untuk merasai pengalaman bagaimana rasanya perjalanan ini. Ya, naik kapal terbang lebih cepat tetapi kos pula lebih tinggi. 

Kebetulan pula waktu abang di Labuan Bajo ni Gunung Agung di Bali tengah sakan meletus mengakibatkan hampir dua hari penerbangan tertunda di Bandara Ngurah Rai. Tiada penerbangan keluar dan tiada penerbangan masuk di Bali.

Jadi pada mereka yang hendak bali ke Bali terutama pelancong luar terpaksa melalui jalur jalan darat & laut untuk balik semula ke Bali.

Rancangan abang adalah untuk lepak dulu di Pulau Lombok sebelum meneruskan perjalanan ke Bali. 

Oleh itu rancangan perjalanannya adalah:

Labuan Bajo - Sape(Sumbawa) - Bima(Sumbawa) - Mataram(Lombok)

Labuan Bajo - Sape : Feri
Sape - Bima : Bas Mini
Bima - Mataram : Bas Ekspress (Ada lintasan feri, tapi kita naik sekali dengan bas. Tak payah tukar)

Untuk bahagian pertama perjalanan ni abang akan cerita dulu perjalanan dari Labuan Bajo ke Sape seterusnya sampai ke Bima.

Sebelum tu mari kita belajar geografi sikit. Hangpa tau dak Sape tu tang mana?

Nah boleh rujuk peta yang abang tunjukkan kat bawah ni.




Sape ni merupakan sebuah pelabuhan yang terletak di Pulau Sumbawa. Oleh kerana negara Indonesia ni merupakan negara kepulauan, jadi untuk ke Lombok mahupun ke Bali dari Labuan Bajo, kita kena lintas dulu dari pulau ke pulau.

Pulau Sumbawa inilah pulau yang akan kita jumpa semasa merentasi jalur laut & darat ke Lombok. Tak berapa pernah dengar kan Pulau Sumbawa ni? 

Sebab kita biasa dok dengar Lombok dan Bali ja. Sungguh pun begitu, Pulau Sumbawa ni ada persona dia yang tersendiri. Antaranya adalah laut, gunung ganang dan suasana perkampungannya.

Baik. Berbalik pada cara nak lintas pulau ke pulau dari Labuan Bajo hingga ke Lombok.

Ada dua cara yang hangpa boleh guna untuk melintasi jalur Nusa Tenggara Timur ke Nusa Tenggara Barat ni:

1) Beli tiket feri & bas asing-asing. Beli tiket feri Labuan Bajo ke Sape dulu. Sampai Sape naik bas mini sampai Bima. Beli tiket bas ekspres pulak di Bima untuk ke Mataram (Lombok).

2) Beli tiket feri & bas sekaligus di Labuan Bajo untuk ke Mataram(Lombok). Di Pelabuhan Labuan Bajo ada yang menjual tiket bas & feri terus ke Mataram.

Oleh kerana tak nak pikir panjang & bagi mengelakkan kena kerumun tiap kali nak beli sesuatu benda (perkara biasa di Indonesia lebih-lebih lagi kalau kita orang luar), abang ambik terus tiket bas & feri ke Mataram.

Harga tiket seperti ini adalah sebanyak Rp350,000 (~RM100) seorang. Semuanya sudah termasuk seperti tiket feri. Dan siap ada makan lagi bila naik bas dari Bima ke Mataram.


Tempat beli tiket feri di Pelabuhan Labuan Bajo ke Sape, Pulau Sumbawa.

Tarif atau tambang feri dah tertera besar-besar kat papan tanda ni. Feri Labuan Bajo ke Sape boleh dibeli dengan harga Rp60,000 (lebih kurang RM20) seorang.

Ada papan tanda di luar Pelabuhan Penyeberangan Labuan Bajo menunjukkan tempat beli tiket (loket) feri ke Sape, Pulau Sumbawa.

Feri dari Labuan Bajo menuju ke Sape akan bergerak setiap hari pada pukul 8.00 pagi. Feri ni hanya ada sekali sahaja setiap hari. Kalau hangpa terlepas feri ni hangpa kena tunggu la pulak keesokkan hari.

Tempat nak naik feri ni pulak di Pelabuhan Labuan Bajo, tempat abang naik bot ke Pulau Padar sebelum ni. Kawasan yang sama. Abang ada tunjuk dalam gambar sebelum ni. Kalau tak ingat boleh bukak balik tengok catatan Trip Segera Nusa Tenggara : Labuan Bajo-Pulau Padar

Pagi-pagi lagi abang dah check-out dari Siola Hotel untuk ke Pelabuhan Labuan Bajo. Pukul 7.00 pagi kami dah berjalan kaki ke pelabuhan. Ingat-ingat kot la ada gerai-gerai apa yang boleh lepak makan sarapan dulu. Tapi sayangnya tak ada!

Kami beli tiket bas Titian Mas & feri ke Mataram pun waktu tu lah. Tak beli semalam sebab sampai balik dari Pulau Padar pun dah lewat petang. Depa kata kat tour agent pun ada jual tiket bas & feri ni, tapi abang tak pasti berapa harganya.

Dah siap-siap dapat tiket bas & feri, kena tunggu dulu. Bila penumpang dipanggil masuk naik feri baru pi. Lepas tu baru lori-lori pulak masuk feri.

Bas-bas mini yang siap sedia menunggu untuk naik feri ke Pulau Sumbawa.

Tu dia lori pisang. Berapa ratus tandan tak tau la penuh lori ni.

Penumpang dibenarkan berjalan masuk dulu ke dalam feri. Yelah mesti berjalan masuk. Takkan nak mengesot pulak.

Macam-macam ragam manusia dapat dilihat semasa nak naik feri dari Labuan Bajo ke Sape ni.

Masa ni lah kita boleh tengok suasana sibuk pekerja bawak masuk barang dalam feri. Selalu depa ni ambik upah angkat barang yang berat-berat dari lori bawak masuk ke dalam feri.

Kami je warganegara Malaysia tunggal hari tu yang melintasi Labuan Bajo-Sape dengan feri.

Suasana dalam feri Labuan Bajo-Sape. Macam feri Pulau Pinang pun ada.

Awan Danial versi naik feri.

Abang dah mencapak naik atas feri tinjau keadaan. Kot-kot terjumpa 'port' menarik untuk lepak.

Penampakan geng mat saleh yang baru sampai nak naik feri melintasi jalur laut dan darat untuk kembali semula ke Bali.

Ada banyak ruangan dia atas feri menuju Sape ni. Ada ruangan berhawa dingin siap dengan TV, ada ruangan dengan katil bertingkat & ada jugak ruang terbuka di atas feri.

Pilih la port mana yang dirasakan sesuai untuk beristerirehat berehat sementara nak sampai ke Sape yang mengambil masa lebih kurang 7 jam kalau cuaca baik. Bergerak pukul 8.30 pagi, pukul 3.30 petang sat lagi baru sampai.

Abang mengambil tempat berhampiran ruang duduk yang ada kaunter jual minuman dan mee segera. Agak padat jugak feri ni dengan penumpang. Ada jugak geng-geng makcik bawang yang siap sedia membentang tikar dijadikan alas tidur & berehat.

Kalau duduk ruang terbuka ni memang terdedah la dengan bising hingar orang main daun terup kat belakang dan jugak asap rokok. Kalau duduk ruang katil bertingkat tu lagi tak boleh blah abang rasa. Berkepam dengan orang laki kepanasan dok bukak baju lagi.

Geng-geng mat saleh pulak yang naik depa dok bahagian atas feri. Menghadap angin laut. Boleh tahan bahang & kering jugak tu sementara nak sampai.

Dalam feri ni macam-macam benda la yang boleh hangpa tengok orang bawak. Sampaikan ke ayam jantan hidup pun ada jugak depa tambat kat tiang.

Acik-acik yang jual pisang & kuih tadi sebelum feri bergerak dah tak ada. Masa feri dah bergerak ni depa tak ikut sekali. Tenang la sikit. Kalau tak sat-sat je orang mai kat kita jual tu ini. Ni abang terjebak jugaklah beli sesisir pisang nangka buat sarapan pagi tu.

Jangan risau kalau perut memulas dan tak selesa. Tandas semua ada. Tapi jangan sangka tandas dalam feri sama macam tandas biasa di tanah besar. Haha. kalu nak solat pun ada surau disediakan.

Pening jugak abang dok setempat ja dalam feri ni. Mula la nak merayau tawaf habis satu feri. Tapi dengan penumpang yang ramai ni susah jugak nak bergerak.


Ada kawasan katil doubledecker kat atas feri ni. Tapi waktu abang naik dah ramai orang cop tempat masing-masing dah. Tapi kawasan ni agak kepam sikit baunya. Huhu.

Sebelum feri berlepas ke Sape, banyak jugak peniaga-peniaga pisang yang naik ke atas feri jual pisang. Entah macam mana abang pun boleh terjebak beli sesisir.

Makcik ni pulak jual kuih. Macam-macam benda dijual sebelum feri berlepas. Ini situasi biasa kalau hangpa biasa berada di Indonesia. Naik tren pun sama.

Ku tinggalkan kota pelabuhan Labuan Bajo dengan seribu kenangan yang tak dapat dilupakan.

Sibuk pagi-pagi di Pelabuhan Labuan Bajo ni.
Depan tu ada pasar Labuan Bajo yang sebelum ni abang pernah ronda.

Ni pisang nangka yang abang boleh terjebak beli tadi ni. Memang nak bagi lawas perut atas feri ni. Harga sesisir ni Rp10,000 (RM3.00)

Geng-geng makcik bawang dah parking port dah kat tepi tangga feri.

Sesi membawang sambil bersarapan sebelum feri berlepas. Macam-macam bekal depa bawak naik feri ni. Nasi himpit, pelam bagai.

Depa buat selamba ja walaupun ramai orang dok lalu lalang. Kalau kita kat Malaysia tak buat dah. Kita pemalu orangnya.

Tak sempat sarapan apa pagi tadi. Jamah pisang dulu.

Salah seekor penumpang yang bersama-sama belayar dari Pelabuhan Labuan Bajo ke Sape, Pulau Sumbawa.

Tiket terpadu pelabuhan penyeberangan lintas Labuan Bajo-Sape yang berharga Rp60,000 seorang.

Feri KMP Cakalang II akhirnya berlepas dari Pelabuhan Labuan Bajo.

Tempat naik bot ke Pulau Padar semalam depan tu.

Kapten yang begitu sempoi berkaki ayam.

Salam Labuan Bajo Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Eh tu Melaka.

Lori dah masuk dalam feri. Ketat lagi padat.

Bot depan tu bawak orang 'Live On Board' la tu. Bot-bot begini memang biasa kelihatan di Labuan Bajo.




Boleh je naik kawasan atas feri ni kalau tahan panas.

Feri dah berlepas dari Pelabuhan Labuan Bajo.

Sayang rasanya nak meninggalkan kota Labuan Bajo. 

Setiap hari akan ada sebuah feri dari Labuan Bajo menuju ke Sape pada pagi hari. Hangpa terlepas trip feri ni maknanya kena tunggu esok pagi pulak la.

Aktiviti penumpang sepanjang 7 jam pelayaran dari Labuan Bajo ke Sape.

Semakin ramai pulak dah peminat daun terup di belakang ni. Sekali anak-anak kapal. Makcik ni pulak sekali sederet kerusi dia rembat buat lena.

Geng makcik bawak dah kenyang sarapan tadi. Tunggu apa lagi lena la. Sat lagi bangun sambung makan balik.

Abang tak tahu nak buat apa dalam feri. Nak lena pun tak boleh sebab hingaq. Jalan-jalan pusing tawaf satu feri sambil pekena kopi. Ada kaunter jual kopi. Rp8,000 jugak ni.

Pakcik laki makcik yang dok lena tadi dok hisap rokok hembus asap kat belah abang pulak!

Lautan luas kepulauan Komodo. Feri akan melalui lautan Taman Nasional Komodo dulu untuk ke Sape di Pulau Sumbawa.

Tak tau nak buat apa 7 jam atas feri, jadi kita meronda rata habis satu feri kita terjah.

Dirgahayu Indonesia!

Dengan cuaca elok dan kurang muatan, dalam 7 jam dah boleh sampai ke Sape.

Geng-geng mat saleh tadi depa tak lepak belah dalam. Depa dok atas feri ni menghadap laut.

Geng-geng makcik bawang dah bangun. Sambung makan balik.

Depa pasang cerita apa entah abang tak berapa nak layan sangat. Berkuap satu badan duduk ramai-ramai ni.

Dekat pukul 3.30 petang menghampiri Pulau Sumbawa.
Dah nampak dah daratan setelah 7 jam atas feri dari Labuan Bajo.



Selamat tiba di Pelabuhan Sape di Pulau Sumbawa. Feri besar-besar ni menghubungkan wilayah kepulauan di Indonesia

Rasa macam nak pi haji haih naik feri lama-lama ni. Feri macam ni la yang abang naik. Sama sebijik. Feri ni pulak bergerak dari Sape ke Labuan Bajo keesokan hari.

Siapa yang ambik bas Titian Emas brader ni suruh ikut dia. Nanti ada bas mini yang akan menunggumu keluar dari jeti untuk ke Bima.

Dari lautan luas akhirnya nampak jugak daratan. Lebih kurang pukul 3.30 petang, akhirnya kami tiba juga ke destinasi yang ditujui iaitu Pelabuhan Sape. Masa nak turun feri ada orang yang menjerit nama bas masing-masing. 

Maka kena ikutlah orang tu. Macam abang naik bas Titian Mas kena cari la geng bas Titian Mas. Nanti akan ada seorang kepala yang akan bawak kita ke bas mini seusai turun dari feri.

Akan ada bas mini yang dah menunggu untuk bawa kita ke kota Bima. Di kota Bima ni baru kita akan tukar pulak naik bas ekspres ke Mataram (Lombok).

Bab naik bas mini dari Pelabuhan Sape ke Bima ni yang paling 'syok' dan mencabar sekali dalam pengembaraan Trip Segera Trans Nusa Tenggara ni.

Dalam bas mini ni bukan kita sahaja yang turun dari feri nak ke kota Bima, tapi dengan sekali-sekali orang tempatan yang turut nak ke kota Bima.

Boleh bayangkan bas mini ni kecik ja boleh muat dalam 20 orang, depa sumbat sampai lebih 40 orang! Dah memang macam sardin dah abang rasa duduk dalam tu. 

Tu tak kira lagi barang makanan & kotak-kotak yang turun dari feri lagi semua sumbat atas bas tu. Yang paling syok sampai atas bumbung bas ada orang duduk dengan barang-barang tadi!

Perjalanan dari Sape ke Bima mengambil masa selama 2 jam. Dalam dua jam itulah pakat duduk berhimpit-himpit sampai kebas tangan dan punggung. Satu kerusi tu kalau boleh kena kongsi dua orang. Siap dok beriba-riba lagi.

Abang nak bawak keluaq kamera telefon dalam poket pun sampai tak boleh la. Kalau hangpa tengok suasana dalam bas mini tu memang seksa!

Sebelum bertolak ke Bima, bas mini ni memang akan tunggu sumbat orang kaw-kaw punya. Sampai ada orang tempatan yang dok marah-marah kat drebar bas awat sumbat ramai sangat ni. Depa buat tak tau ja.

Bau dalam bas toksah cerita la. Bas bukan ada aircond. Cuma bukak tingkap ja. Makcik-makcik sebelah abang dengan peluh berkuap. Masam-masam manis dah bau abang dok dalam bas ni. Haha.


Setelah lemas dalam kemasamam masam-masam manis selama dua jam, akhirnya tiba di Terminal Bas Bima. Tak sempat nak ambik gambaq pun dalam bas tadi. Padat ya amat sampai ke atas bumbung.


Turun di Terminal Bas Bima ni nanti ada ramai yang serbu tanya bas apa. Bagiatu saja dah beli tiket bas Titian Emas. Nanti akan ada pekerja di sini yang rekodkan tiket bas kita.



Dah siap rekod, boleh la tunggu kat kawasan sekitar Termnial bas Bima ni. Tak nampak macam stesen bas pun sebenarnya. Hangpa tau sajalah imaginasi vs realiti di sini.

Ada banyak syarikat bas di sini. Antaranya macam ni Surya Kencana. Bas nampak elok. Semuanya ni akan bergerak malam menuju destinasi masing-masing sampai la ke Surabaya pun ada. Kena lintas naik feri 2-3 kali lagi.

Dari Terminal Bas Bima ni boleh terus naik bas terus tak payah tukar-tukar dah walupun kena lintas dari pulau ke pulau. Macam abang nak ke Mataram di Pulau Lombok kena lintas naik satu feri lagi. Bas ni sekali akan naik feri.

Sebelum bas berlepas pukul 7.00 malam, boleh la berlegar-legar makan minum ka apa dulu sebab naik feri tadi tak makan apa pun lagi! Sempat beli ayaq Mizone & roti ja buat alas perut.

Lebih kurang pukul 6.00 petang baru abang sampai di kota Bima. Bas mini tadi akan berhenti-henti turunkan orang sebelum tu. Hentian terakhir adalah di Terminal Bas Bima. Hangpa tengok semua orang turun tu maksud dia dah sampai dah la tu.

Turun-turun tu ada ramai je yang kerumun kita tanya nak naik bas ke mana. Jenuh tepis jugaklah mula-mula tu. Abang ambik tiket bas Titian Mas yang dibeli tadi di Labuan Bajo tunjukkan kat depa.

Haa nanti ada orang yang tunjukkan orang yang jaga bas Titian Mas. Bukan pergi kat kaunter tau. Pi melilau cari kat kawasan lapang tu.

Lepas tunjukkan tiket bas Titian Mas kat abang yang berkenaan, dia mintak kita tunggu di kawasan sekian-sekian. Bas dijangka sampai jam 7.00 malam. Abang tengok bas lain ada dah kat kawasan Terminal Bas Bima ni. Bas kami Titian Emas tak ada lagi. Nanti dia panggil katanya.

Bas dari Terminal Bas Bima ni melintasi jalur Mataram (Lombok) - Bali - Surabaya  dan ada yang sampai ke Jakarta. Tak tau la abang berapa lama nak sampai Jakarta tu kalau ikut jalan darat naik bas ni. Mau 2 hari 2 malam kot atas bas.

Mujur bas Titian Emas yang dijanjikan sampai tepat pada waktu seperti yang dijanjikan. Selalunya abang tau dah tak boleh pegang sangat janji bas nak sampai pukul 7.00 malam. Boleh jadi sejam kemudian pukul 8.00 malam baru sampai.

Bas Titian Emas berwarna hijau (sama dengan tiket) ni kita naik ikut nombor seat yang dia bagi. Abang kena seat kedua belakang dekat-dekat tandas. Dalam bas ni ada tandas nak bagitau.

Meluat betul abang bas yang ada tandas ni. Lebih-lebih lagi kalau duduk belah belakang. Bila bukak tutup pintu hancing semacam. Direct dok kena macam ni. Masa naik bas dari Bangkok ke Hat Yai dulu pun macam ni lah. Haish.


Bas Titian Emas dari Bima ke Mataram (Lombok) akan berhenti rehat sekali tengah-tengah malam buta entah dekat mana abang tak pasti tapi masih lagi di dalam Pulau Sumbawa.

Makanan lewat malam gratis(percuma) untuk penumpang bas. Ada kedai makan yang akan masak lauk khas untuk penumpang bas. Tengok lauk tak berapa nak selera nak makan. Dengan suasana kelam-kelam begitu. Haha.

Bas Titian Emas ni akan berhenti rehat dalam 45 minit untuk makan dan pi tandas.

Bas Titian Emas ni pada mulanya tak berapa nak penuh. Kita ingatkan memang macam ni lah. Mungkin ada seorang dua lagi kot yang akan naik sat lagi. Jangkaan abang tu benar. Bukan seorang dua je naik, tapi ramai jugak. Sampai kena tambah kerusi pelastik kat belakang. Entah mana-mana penumpang drebar bas ni angkut.

Kesian budak yang dapat bangku plastik tu. Kalu macam kami yang ada seat ni boleh la jugak menyandar, tapi bayangkan la budak yang duduk kat bangku tu. Terlentok-lentok je abang tengok duduk menegak sepanjang masa. Abang tengok sekali tu budak tu dah baring tiduq kat lantai! Tak tahan sangat kot.

Aircond bas ni pun tak berapa sejuk, naik berkuap dah satu badan. Petang tadi dah masam-masam manis dah badan, disambung pulak malam ni. Memang tak sempat nak mandi-manda pun seharian hari ni. Layankan ajelah. Dah memang kita tahu benda tu yang boleh terjadi bila buat pengembaraan jalan darat di Indonesia ni.

Bas ni akan berhenti sekali untuk makan malam di rumah makan. Haa la rumah makan depa panggil. Takkan makan kat rumah urut kot.

Makan kat rumah makan ni percuma. Ada la dia letak lauk jenis buffet layan diri. Kalau lapaq cedok la nasi makan dengan lauk dua mata yang depa sediakan. Abang tengok ada macam gulai ayam ka apa abang tak pasti. Sebab abang tak makn pun. Gila hang tengah lena dalam bas tiba-tiba turun berhenti nak makan. Lagi pun tak berapa nak selera tengok lauk yang ada di sini.Tekak kita tak dapat lagi nak terima makanan kat sini. Hehe.

Nak masuk tandas pun bukan main ramai. Satu bas ada dekat 40 orang tapi tandas pun ada satu. Beratur la hangpa bergilir-gilir nak melepas ka apa yang patut. Pintu tandas kat rumah makan ni pun tak berapa nak dipercayai. Silap-silap boleh ternganga tanpa sedar dibuatnya.

Abang sekadar buat rondaan malam rukun tetangga ja lah bila turun dari bas ni. Beli apa pun tidak. Melilau tak tentu pasal sementara tunggu penumpang lain habis makan.

Nanti abang sambung balik perjalanan ni sampai ke Mataram (Lombok). Ni baru separuh perjalanan malam ni. Tak selesai lagi. Tak habis cerita lagi ni lintas naik feri dari Pulau Sumbawa ke PUlau Lombok.

Nanti abang sambung dalam bahagian selanjutnya. Bukan boleh cerita banyak-banyak sanagt sat lagi orang jemu nak membaca panjang-panjang.

Trip Segera Nusa Tenggara | Dirakam sepenuhnya menggunakan kamera telefon Xiaomi Mi A1

Bersambung ke Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)


Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara


Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 1: Kuala Lumpur-Bali

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 2: Menjejak Air Terjun Nungnung

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 3: Bali-Labuan Bajo

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 5 : Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 6: Pink Beach - Manta Point

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 9: Pantai Senggigi Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 10: Pantai Nambung & Bukit Merese Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 11: Feri Lombok ke Bali

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan

Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur

1 ulasan: