Iklan

13 Julai 2018

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan


Setibanya di Hotel Alron di pekan Kuta, abang tak tunggu lama untuk sewa semula skuter buat ronda. Hari ini merupakan hari terakhir dan peluang terakhir kami untuk meronda di pulau dewata Bali. Penat memang agak penat dari pukul 3 pagi tadi dah naik feri menyeberang dari Lombok ke Bali. Tapi masa yang ada tidak boleh dibuang begitu sahaja.

Abang cuba Whatsapps semula akak skuter yang sama semasa kami tiba di Bali awal minggu lepas. Abang bagitahu je abang nak sewa motor sehari sampai esok. Abang mintak dia hantarkan skuter yang abang nak sewa tu ke Hotel Alron tempat abang duduk hari tu. Esok abang akan pulangkan semula di Bandara Ngurah Rai Bali.

Mudah berurusan dengan akak ni. Entahlah rasa senang betul nak sewa motor kat Bali ni. Sewa dari hotel kemudian esoknya nak balik terus je hantar kat airport. Dah tak payah pikir pasal pengangkutan nak ke airport. Jimat belanja dah sekali harung ja.

Abang cerita ni bagi mereka yang berminat la nak sewa motor. Kalau ada bajet lebih tu boleh je cari supir bawak pusing-pusing sekitar pulau Bali ni. Sesetengah orang dia alergik naik motor. Kalau berdua ok lagi, kalau dah pi satu keluarga tu elok lah sewa kereta ja.

Tak lama kemudian sampai la akak yang abang janji nak sewa skuter tu di hotel. Tak payah nak bagi dia pegang passport ke apa, deposit pun tak payah. Cuma bagi salinan passport je kat dia dan tandatangan kat dokumen yang disediakan. Abang ada cerita panduan nak sewa motor ni masa catatan awal Trip Segera Nusa Tenggara ni. hangpa boleh cari semula kat situ.

Dalam pukul 3.00 petang abang ajak adik abang meronda, tapi dia tak nak. Letih katanya. Jadi abang pun naik skuter ronda la sorang-sorang. Sebelum tu abang tak tau lagi destinasi mana nak pi hari tu. Ceritanya nak mengejar tengok pemandangan Gunung Agung meletus di kawasan perkampungan yang telah dikosongkan.

Tapi jauh la pulak. Dekat 80KM dari pusat pandar Kuta ni. Kalau naik motor mau dekat 2 jam jugak ni. Tapi masa tak berapa mengizinkan untuk abang bergerak ke sana.



Naik motor ke Air Terjun Tegenungan yang terletak di Gianyar, lebih kurang 30KM dari pekan Kuta. Ambik masa lebih kurang sejam jugak. Jalan macet teruk lalu kampung-kampung.

Bukan tahu sangat pun jalan dekat Bali ni. Naik motor pun kena berhenti banyak kali tengok balik Google Maps. Takut tersesat salah jalan.

Dah sampai di kawasan wisata bernama Sukawati. Bukan Sukahati tau. Tak jauh dah nak jumpa Air Terjun Tegenungan.

Abang bukak Google Maps cari tengok tempat mana yang menarik untuk dijelajahi petang tersebut di pulau Bali. Tengok cuaca pulak mendung semacam. Abang dok agak sekejap lagi hujan la ni.

Abang terlihat Air Terjun Tegenungan di Instagram sebelum itu. Tengok macam lawa semacam ja. Bila periksa balik jarak dari hotel ke air terjun tersebut tak jauh mana. Dalam 30 KM ja atau pun lebih kurang sejam perjalanan. Apa lagi abang pun terus on!

Dah adik abang tak ikut, abang sesorang je lah yang naik skuter petang tu pi Air Terjun Tegenungan yang terletak di Gianyar.

Dalam perjalanan ke sana memang betul la kena hujan di pertengahan jalan. Dia ada bagi baju hujan bawah skuter, abang pun sarung la. Tapi seluar tetap lencun jugak. Mujur la pakai seluar track suit ja. Cepat la kering.

Abang sampai di Air Terjun Tegenungan ni pun dah dekat pukul 5.00 petang tak salah. Air Terjun Tegenungan ni dibuka dari pagi sampai lewat petang tiap hari. Nak masuk kena bayaq duit sikit, lebih kurang IDR 15k seorang. Maksudnya kena beli tiket la kat kaunter pintu masuk tu.

Air Terjun Tegenungan ni setinggi lebih kurang 15 meter. Ni baru nama air terjun. Sama macam Air Terjun Nungnung yang abang pi tempoh hari. Kebanyakan air terjun di Bali ni memang terjun dari tempat tinggi.

Tapi sayang mungkin lepas hujan ayaq air terjun ni dia keruh sikit. Petang-petang ni pun orang tak berapa ramai. Boleh la kalau nak bergambar acah-acah hipster kat sini.  Kalau tak abang tengok gambar kalau waktu puncak boleh tahan jugak orang.

Ada la kumpulan mat saleh yang berpasang-pasangan mai dengan tour agent masing. Di kawasan air terjun ni jugak ada kuil hindu. Kalau dari pintu masuk tu kita boleh tengok la patung-patung bermotifkan agama hindu ada di sepanjang jalan.


Lepas parking motor di kawasan parking yang disediakan, nak masuk Air Terjun Tegenungan kena beli karcis (tiket) dulu berharga IDR15k (RM5.00) seorang.

Pintu gerbang tertulis 'Air Terjun Tegenungan' menyambut ketibaan pelawat diringi dengan hujan rintik-rintik. Elok sampai hujan pulak.

Ukiran patung-patung bermotifkan agama Hindu terdapat di kawasan sekitar Air Terjun Tegenungan.


Air Terjun Tegenungan yang boleh dilihat dari jauh.

Suasana hutan yang menghijau di sekeliling Air Terjun Tegenungan.

Nak sampai ke Air Terjun Tegenungan di bahagian sebelah bawah, kena turun tangga sikit.

Anak-anak air terjun kecil yang boleh kelihatan masa kita turun tangga ke bawah.

Turun tangga sampai bawah ada papan tanda arah. Satu ke air terjun, satu ke arah kuil.

Cuaca agak muram baru lepas hujan. Air Terjun Tegenungan pun nampak keruh sikit dari jauh.


Oh ada 'baby' Air Terjun Tegenungan.

Air Terjun Tegenungan dengan ketinggian hampir 15 meter.























Tempat isi angin tayar motor di Bali. Isi angin motor pun boleh buat bisnes. Depa pakai gas nitrogen. Tapi kalau siapa yang tau di udara kita ni memang 78% kandungannya adalah gas nitrogen. Tak ada beza pun isi angin biasa dengan nitrogen.

Abang balik semula dari Air Terjun Tegenungan pun dah nak masuk waktu Maghrib. Nak balik pulak sejam lagi. Sejuk pulak petang-petang ni bila lepas kena hujan. Jalan macam biasa la macet sikit bila lalu jalan kampung-kampung ni.

Adik abang masa abang keluar pi Air Terjun Tegenungan dia buat hal sendiri pi keluar naik teksi Bluebird pi kedai Krisna Oleh Oleh Khas Bali (kedai jual ole-ole) yang ada di pekan Kuta ni. Kalau hangpa nak pi jalan naik teksi biru di Kuta ni memang boleh dipercayai. 

Kalau tak pun hangpa boleh naik Uber atau Grab. Tapi tak semua tempat Uber dan Grab boleh masuk di Bali. Nak selamat dan senang naik je teksi warna biru Bluebird ni. Harga sebenarnya tak jauh beza sangat pun.

Malam tu kami malas dah nak keluar makan dah. Susah sikit nak cari makan di bali ni. Boleh jumpa tapi kena keluar jalan sikit la.

Saja nak merasa makan kat hotel. Boleh order terus ke bilik. Tengok bajet ada lebih lagi ni. Dah esok nak balik. Masing-masing pakat order nasi goreng la.

Bandar Ngurah Rai di Bali dah dibuka seperti sedia kala hari kami sampai di Bali tu. Seriau di hati takut airport tutup balik masa kami nak balik esok hari ni. 

Setiap masa dok pantau kat Twitter, Facebook dan sebagainya situasi terkini di sana. Mujur la dapat makluman dari pejabat Konsulat Malaysia di Indonesia berkaitan aktiviti terkini Gunung Agung dan status lapangan terbang.

Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara dah nak sampai pnghujungnya. Ada lagi satu bahagian lagi sebelum nak tutup buku. Huhu.

Bersambung ke Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur

Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara


Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 1: Kuala Lumpur-Bali

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 2: Menjejak Air Terjun Nungnung

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 3: Bali-Labuan Bajo

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 5 : Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 6: Pink Beach - Manta Point

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 9: Pantai Senggigi Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 10: Pantai Nambung & Bukit Merese Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 11: Feri Lombok ke Bali

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan

Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur

1 ulasan:

  1. The online casino with the fastest payouts
    All online casino reviews febcasino and promo codes, deals, and deals for online casinos. ✓ Kadang ģ˜Øģ¹“ģ§€ė…ø Puntar, 100% verified. ģ¹“ģ§€ė…ø ✓ Casino Bonus.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...