Pages

18 Julai 2018

Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur


Ini merupakan bahagian terakhir Trip Segera Nusa Tenggara. Pi hujung tahun lepas, tapi tengah bulan 7 ni jugak baru habis menulis. Abang tau hambar semacam ja catatan ni, sekadar nak bagi siap. Kalau dok tangguh lama-lama pun tak boleh jugak, habis lupa habis isi-isi penting nak tulis.

Ingatan abang tak berapa kuat. Kalau orang tanya berapa bajet naik feri dari Lombok ke Bali? Abang pun dah lupa kalau tak catit dalam blog ni. Catatan ini merupakan satu cara abang nak ingat balik trip yang abang pernah lalui sebelum-sebelum ni.

Kalau duduk simpan ja gambar yang kita ambik banyak-banyak sebelum ni dalam komputer ja pun buat apa. Baik kita kongsi kepada umum. Walaupun kita tak banyak membantu, sekurang-kurangnya mereka ada satu idea & rancangan bila tengok gambar-gambar. Kadangkala, maklumat yang kita sangat perlukan tu ada di dalam satu gambar orang lain yang pernah pi.


Ok bagi mereka yang terlepas dan tak tahu cerita awalnya, abang selamat tiba di Bali lebih kurang tengahari semalam selepas melalui perjalanan laut dengan menaiki feri dari pulau Lombok.

Memang dari awal lagi abang dah plan nak naik feri dari Lombok lintas ke Bali. Ini bukan kerana faktor-faktor letusan Gunung Agung di Bali ketika itu.

Dari awal mulanya Trip Segera Nusa Tenggara ni memang abang dan adik abang dah tetapkan pendirian untuk balik semula ke Bali di mana tempat bermulanya kembara ni setelah menaiki pesawat ke Labuan Bajo sebelum itu.

Alhamdulillah, kami selamat tiba semula ke pulau Bali setelah hampir seminggu mengikut jalan darat dan laut dari Labuan Bajo.

Dalam ketidaktentuan status erupsi Gunung Agung yang meletus di pulau Bali, lapangan terbang atau Bandara Ngurah Rai yang terletak di Denpasar di dalam keadaan yang cukup sibuk. Beribu orang pelancong terkandas di lapangan terbang ini apabila ianya ditutup beberapa hari ketika letusan Gunung Agung masih aktif.

Ada di antara pelancong-pelancong ini terpaksa menyeberang dari pulau Bali ke Surabaya untuk menaiki pesawat di sana. Ada penerbangan yang dijadualkan semula, ada yang ditangguhkan sehingga pengumuman terbaru dibuat semula.


Hari ini masuk hari Sabtu, hari terakhir kami di bumi Nusa Tenggara. Hari Sabtu lepas kami menjejakkan kaki di bumi Bali, tapi pada hari ni kami akan meninggalkannya. Sabtu bertemu Sabtu, cukup seminggu di bumi Nusa Tenggara.

Tiada rancangan khusus pagi tersebut walaupun skuter yang disewa semalam masih ada untuk digunakan. Lajak bantai tiduq sampai pukul 9.00 pagi baru bangkit. Sayang nak tinggal Bali punya pasal.


Pandangan dari bilik Hotel Alron Kuta tempat kami menginap di malam terakhir di Bali. 

Ni port orang tunggu teksi selalu. Kalau petang-petang banyak je pakcik-pakcik teksi BlueBird dok lepak sini.

Hotel Alron di Kuta ni ok jugak agi abang kalau hangpa nak mai duduk di Bali. Tak mahal sangat. Lebih kurang IDR 360k (RM110) ja kalau mai walk-in. Kalau booking awal-awal abang rasa murah lagi ni. Kalau duduk 2 orang boleh kongsi.

Hotel Alron Kuta ni ada 4-5 tingkat jugak. Bawah ada kolam renang.

Banyak hotel-hotel di Bali mesti ada kolam renang tak kisah la dari hotel kecik ke hotel yang besar. Tengok kolam renang Hotel Alron Kuta ni mengancam jugak. 

Kang kalau abang mandi basah pulak seluar nak bubuh dalam beg sat lagi petang nak naik flight nak balik Malaysia dah.
Ada kitab Injil bawah laci. Adakah kalau ada kitab Injil dalam bilik dah buat kita terpesong akidah? Tidak.

Oh sarapan pun ada disediakan di Hotel Alron Kuta ni. Ada sesetengah hotel murah, tapi tak ada breakfast. Yang ni dia bagi sekali. Menu tu tak berapa nak kena dengan jiwa tapi boleh la buat alas perut.

Sarapan di tepi kolam renang tadi.

Kami dok seriau lagi pasal letusan Gunung Agung yang masuk hari ni dah masuk seminggu dah. Tiap-tiap masa mesti check berita di Facebook atau Twitter berkenaan status Gunung Agung yang meletus tu. Siap follow up Page Facebook & Twitter Kedutaan Malaysia di Indonesia. Selalunya depa akan update selalu perkembangan terkini buat rakyat Malaysia yang masih terperangkap di Pulau Bali.

Sebelum tu terdapat makluman bagi mereka yang berada di Pulau Bali untuk kemaskini maklumat dengan pihak Kedutaan Malaysia di sana. Hantar maklumat melalui Whatsapps ja. Abang dah hantar awal lagi. Kot-kot apa-apa masalah depa boleh bagitau kita.

Abang semak penerbangan Airasia abang dari Bali balik ke Kuala Lumpur hari tu dijadualkan seperti biasa. Tidak ada penangguhan atau kena tukar airport seperti sebelum ni. Kalau sebelum ni Airasia membatalkan penerbangan pergi & keluar dari Bali bila debu Gunung Agung yang meletus membahayakan pesawat. Alhamdulillah penerbangan kami takda masalah masa nak sampai Bali minggu lepas dan nak balik hari ni.

Flight kami balik pukul 2.25 petang waktu Bali. Sebelum tu jom kita pi ronda beli ole-ole dulu!

Kat mana nak beli ole-ole di Bali ni?

Abang dan adik abang naik motor pi kedai 'Krisna Oleh-Oleh Khas Bali' lepas sarapan di Hotel Alron Kuta pagi tu.

Ada 2-3 buah kedai Krisna jugak di Bali ni kalau tak salah abang la. Ada satu kedai tu dekat-dekat Kuta jugak. Adik abang dah pi ronda dah semalam sorang-sorang dia semalam naik teksi masa abang naik motor pi Air Terjun Tegenungan.

Untuk hari ni kami naik motor pi kedai Krisna ni yang jauh sikit. Adik abang kata kedai Krisna yang ni besar sikit dari kedai yang dia pi semalam di Kuta.

Abang nak cari kedai ni pun guna Google Maps jugak. Naik motor dalam 15 minit jugak nak sampai pun.

Tapi memang luas betul kedai Krisna yang ni. Kawasan parking khas pun luas untuk pengunjung. 5-6 biji bas yang bawak rombongan pun rilek ja boleh parking kat sini.

Abang tak ada la beli apa sangat. Tak berapa reti abang nak beli ole-ole ni. Adik abang yang sakan sikit. Beli nak bagi orang tu, orang ni. Bajet ciput ja ni cun-cun ja nak balik Malaysia ni.


Krisna Oleh-Oleh Khas Bali. Tempat popular nak shopping ole-ole di Bali ni. Nak masuk dia bagi stiker sorang satu tempek kat baju. Ada kawasan parking yang luas disediakan.

Yang mai dengan rombongan naik bas pun ada pi kedai Krisna ni.

Macam-macam ole-ole dari Bali yang hangpa boleh cari kat kedai Krisna ni. 


Haa tapi keychain ni memang selalu orang jual di Bali. Jangan tanya abang keychain apa ni. Nanti ada jugak yang tanya ni apa kaitan buah terung dengan Bali. Aduh.


Pembuka botol pun depa nak buat bentuk terung ni?

Adik pi main jauh-jauh dik. Seriau jugak abang kalau adik ni dok buat ramah tanya abang yang ni apa dia.

Majoriti masyarakat di Bali beragama Hindu dan mereka taat dalam beragama. Jadi hangpa akan biasa la jumpa 'Eh nampak macam Melayu?" Bila keluar dari Malaysia ni baru hangpa akan terbuka sikit.

Tu deretan bas-bas persiaran yang bawak rombongan pelancong ke kedai Krisna Ole-Ole Khas Bali. Parking tak jadi masalah. Memang luas. Abang dan adik abang mai naik motor sewa ja, dapat parking bawah bumbung. Teduh sikit.


Kami balik semula ke Hotel Alron Kuta dah selesai beli buah tangan di kedai Krisna 'Oleh-Oleh Khas Bali'. Nak kena check-out pukul 12.00 tengahari. Sat lagi nak pi Airport Ngurah Rai pulak, flight balik Kuala Lumpur pukul 2.25 petang.

Siap kemas-kemas beg, rasa beg tak berapa muat pulak. Dah beli barang tadi. Mujur la bawak beg lebih. Beg plastik IKEA yang boleh lipat tu. Barang semua boleh dalam tu. Kami tak ambik baggage pun masa mai dan nak balik ni. Bawak beg kecik cun-cun ja bajet 7KG nak naik Airasia.

Dah siap semua, abang dan adik abang naik motor sewa tadi pi menuju ke airport. Rasa macam awal pulak lagi, pi ronda Kuta dulu dengan beg-beg galas semua ni. Lapaq pun ada jugak. Tapi takut tak dan (tak sempat), tak jadi la nak berhenti makan. Naik motor ikut Google Maps cari jalan ke Bandara Ngurah Rai lalu kawasan kampung, lalu celah-celah lorong terus jumpa aiport,

Eh sampai dah. Tak sampai 20 minit. Abang rasa kami ja yang gigih naik motor pi airport. Orang lain turun dengan kereta supir bawak, kami naik motor ja.

Jimat dah belanja nak pi airport kalau sewa motor ni. Abang dah janji dengan kakak semalam nak pulangkan motor di parking motor di airport.

Baguih betul akak yang abang sewa motor ni. Dia suruh tinggalkan helmet dan kunci motor ja bawak seat kalau dah sampai Airport Ngurah Rai ni. Nanti dia ambik. Tak perlu jumpa sesiapa pun. Lebih masa pun dia tak kira. Mungkin sebab dia dah percaya masa kali pertama sewa motor minggu lepas kot.

Kalau hangpa nak sewa motor di Bali boleh cari X-Rental Bali. Ni abang ada bagi link. Boleh tengok kat sini. Boleh jugak baca bahagian pertama Trip Segera Trans Nusa Tenggara ni macam mana abang sewa motor sesampainya di Bali.


Keluar check-out dari Hotel Alron Kuta pukul 12.00 tengahari.

Dari Hotel Alron Kuta nak menuju ke Bandara Ngurah Rai Bali kami naik motor yang kami sewa semalam. NI saja la dok bergambar dulu sebelum naik motor.


Dah sampai kawasan parking Airport Ngurah Rai Bali. Nak pulangkan motor dulu sebelum masuk dalam.

Abang rasa jarang atau tak ada orang yang tau sangat boleh sewa motor kat Airport Ngurah Rai Bali ni. Selalu mesti depa ingat kena ambik supir. Tapi kalau pi ramai dengan keluarga elok la sewa kereta dengan supir. Kalau berdua dan tahan lasak sikit boleh ja nak sewa motor pusing Bali. Syok oo!

Masuk kawasan parking kena bayar dalam IDR 3k (RM1) tak salah. Ke murah lagi. Tak ingat pulak abang. Yang ni kita kena bayar sendiri.

Ni kawasan parking motor Airport Bandara Ngurah Rai Bali. Kat sini la tempat hangpa nak cari motor sewa atau tempat nak pulangkan motor sewa. 

Cari parking kosong yang mana ada. Parking motor, tinggalkan helmet & kunci motor bawah seat. Siap. Kemudian jalan kaki sikit masuk Airport Ngurah Rai Bali.

Dalam kawasan parking motor ni ada motor yang depa buat sewa, ada motor orang yang nak naik flight tinggal motor kat sini dan ada motor pekerja-pekerja Airport Ngurah Rai Bali

Ada kawasan pejalan kaki berbumbung dari tempat parking motor menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali. Airport ni tak ada lah besar mana, kalau jalan kaki keliling pun boleh. Kalau KLIA2 tak larat dah nak pusing habis.

Pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali yang menggambarkan ciri-ciri ke-Bali-an. Eh ni pintu keluar ke pintu masuk abang pun confuse. Abang main lalu je kat sini. Masa sampai dulu pun abang lalu sini.

Siap ada pusat informasi penjadualan semula penerbangan di Airport Ngurah Rai Bali ni.

Cari tengok penerbangan abang on tak on.





Kedutaan Malaysia kelihatan di situ.

Petugas kedutaan di kaunter masing-masing.

Penerbangan Airasia X dari Bali ke Kuala Lumpur. Kali pertama naik kapal terbang Airasia X mai Bali dan masa nak balik. Kapal terbang besar sederet ada 9 seat tu. Tiga seat ada di tengah.

Selesai pulangkan motor sewa di tempat parking, abang dan adik abang menapak berjalan kaki menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabngsa Ngurah Rai. Dari tempat parking motor, ada laluan berbumbung untuk ke sana. Jarak pun tak adalah jauh sangat. Ada la kot dalam 300 meter macam tu.

Kami masuk balik pintu yang sama seperti mana pintu yang kami keluar tempoh hari. Abang rasa tu pintu ketibaan, sebab boleh nampak supir dok pegang sepanduk tengah tunggu orang. Kat situ juga supir ambik orang. Terngial-ngial kami sekejap, betul ke pintu kami masuk ni?

Kami cari papan tanda ke pintu pelepasan. Pintu pelepasan rupanya di tingkat atas. Kena naik lif atau eskalator.

Check dulu jadual penerbangan untuk kepastian. Kot-kot dia buat cancel ke tangguh last minit ke. Seriau jugak.

Di bahagian pelepasan boleh tengok petugas atau wakil dari setiap kedutaan ada buka kaunter di sini. Kedutaan yang ramai pelancong dia kat Bali ni. Kedutaan Korea ada, negara Eropah pun banyak. 

Kaunter ni dibuka sementara dalam situasi letusan Gunung Agung di Bali untuk memberi panduan dan bantuan kepada pelancong dari negara masing-masing yang terjejas akibat penangguhan atau pembatalan penerbangan keluar dari Bali.

Abang tengok kaunter kedutaan Malaysia pun ada. Tapi dah jadual penerbangan abang seperti biasa, takkan abang nak pi kaunter minta bantuan.

Terima kasih kedutaan Malaysia di Indonesia yang telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Terima kasih kerana sentiasa memberikan maklumat-maklumat terkini yang sangat diperlukan di waktu saat genting macam ni. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas kedutaan yang terlibat.

Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali beroperasi seperti biasa pada hari tersebut. Walaupun boleh nampak penumpang di terminal ramai sikit, kami tunggu flight macam biasa.

Abang balik rumah! Abang balik rumah!

Trip Segera Trans Nusa Tenggara tamat secara rasminya. Trip yang dirancang secara tiba-tiba menjadi kenyataan.Gambar Pulau Padar yang selalu dilihat di internet berjaya jugak abang jejak akhirnya.

Seminggu yang penuh bermakna. Bermula di Bali menuju Labuan Bajo dan kembali semula ke Bali melalui jalan darat dan laut.

Bajet perjalanan Trip Segera Nusa Tenggara abang akan sertakan sekali dalam catatan selepas ni.

Akhirnya tamat jugak siri ni. Hahaha.


Bacaan lain: Catatan Trip Segera Trans Nusa Tenggara


Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 1: Kuala Lumpur-Bali

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 2: Menjejak Air Terjun Nungnung

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 3: Bali-Labuan Bajo

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 4: Labuan Bajo-Pulau Padar

Trip Segera Trans Nusa Tenggara | Part 5 : Dari Pulau Padar ke Pulau Komodo

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 6: Pink Beach - Manta Point

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 7: Lintasan Labuan Bajo-Sape-Bima-Mataram(Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 8: Mataram (Lombok)

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 9: Pantai Senggigi Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 10: Pantai Nambung & Bukit Merese Lombok

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 11: Feri Lombok ke Bali

Trip Segera Nusa Tenggara | Part 12: Kembali ke Bali - Air Terjun Tegenungan

Trip Segera Nusa Tenggara | Bahagian Akhir - Bali ke Kuala Lumpur

2 ulasan:

  1. teringat p bali 7 ka 8 tahun dulu, 1st trip ke luar, memang jakun tengok benda pelik2 kat sini, hihi, tapi lama-lama dah biasa.. bali cantikk

    BalasPadam
  2. salam..
    hi.budak lektrik??hehe
    yaya singgh blog awk n follow...
    kaki travel la ni ea =)

    BalasPadam