Pages

28 Februari 2014

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 3 : Mui Ne (Day 2)

Sambungan dari Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 2 : Mui Ne (Day 1)

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari baru di Mui Ne. Kami bangkit awal pagi ni. Rancangan hari ni adalah untuk menjelajah sand dunes atau padang pasir yang ada di Mui Ne, Vietnam ni. Angan-angan untuk ke sand dunes ni termakbul jugak akhirnya setelah sekian lama. Nak tengok sendiri 'Sahara di bumi Vietnam ' ni. Selepas solat Subuh, kami meronda dulu kawasan pantai Mui Ne melihat matahari naik, tapi sedikit menghampakan kerana cuaca kurang baik. Balik dari pantai, kami mencari motorsikal untuk disewa. Kebetulan ada seorang pemuda Vietnam bermotosikal menghampiri kami bertanyakan adakah kami mencari motorsikal sewa. Memang ya lah jawapan kami. Dibawanya kami (naik motor himpit-himpit 3 orang) ke suatu tempat di tepi jalan besar pantai Mui Ne. Rupanya lebih kurang kedai yang mempunyai pelbagai motorsikal untuk dipilih. Kalau skuter mahal sikit. Kami ambil kapcai Yamaha untuk disewa satu hari. Harganya $5 USD/hari. Kiranya kami ambil pukul 10 pagi, maka 10 pagi keesokkan hari baru kami kena pulangkan.

Balik rumah kami masak nasi untuk dijamah dahulu. Ingat nak bawa barang-barang memasak sekali untuk berkelah di mana-mana sekitar Mui Ne ni tapi tak jadi. Leceh pulak rasanya. Dah siap makan kami bersiap untuk ke Mui Ne Sand Dunes. Berpandukan blog pelawat yang pernah sampai di Mui Ne ni, ada dua tempat untuk melawat sand dunes ni. Yang pertama adalah Red Sand Dunes dan yang kedua adalah White Sand Dunes. Tempat pertama yang kami jumpa adalah Red Sand Dunes. Kalau dari guesthouse kami menginap lebih kurang 20 minit perjalanan sahaja ke sini. Kenapa dipanggil Red Sand Dunes? Ini kerana padang pasir di sini berwarna kemerah-merahan sikit. Kami parking motor berhampiran restoran di hadapan sand dunes ni. Waktu tu cuaca agak panas terik, terbakar jugak rasanya bila masuk padang pasir Mui Ne ni. Red Sand Dunes ni tidaklah terlalu luas, tapi gua rasa nak berjalan masuk pun agak jauh. Nampak orang sayup-sayup je di kejauhan. Nak jalan pun satu hal, kaki akan terbenam di dalam pasir. Memang makan tenaga sikit nak mendaki padang pasir  Mui Ne ni.

Melalui jalan pesisir pantai Mui Ne, akan jumpa kawasan perkampungan nelayan dahulu.

Di bawah sana ada bot-bot menurunkan hasil tangkapan.





Jalan menuju Red Sand Dunes.

Pastikan anda berada di lorong sebelah kiri. Gua dah berapa kali terbabas masuk belah kanan. Masih terbiasa pemanduan di Malaysia. 

Sewa motorsikal,  2 biji topi keledar diberi percuma.

Dah nampak pasir merah sebelah kiri tu maksudnya dah nak sampai la tu.

Jalan di Mui Ne kebanyakan menyusuri sepanjang pantai. Memang syok !


Jalan lurus Mui Ne.

Padang pasir Mui Ne yang beralun-alun. Naik bukit turun bukit sedang matahari terpacak.

Masa kami pi tak ramai sangat orang, nampak sayup ja.

Tengok dalam movie macam syok ja lintas padang pasir, rasa sendiri baru hangpa tau macam mana !

Tak guna pakai selipar, tenggelam dalam pasir ja.

Angin di atas ni memang kuat, mungkin menghadap laut.

Ada pelancong yang main gelungsur pasir. Kena bayar sikit kat budak-budak kecil tu.

Baru tahu erti hijrah nabi dulu melitasi padang pasir berhari-hari.

Seluas mata memandang.

Self picture satu kali.

Penat woi naik bukit turun bukit walau depa kata padang pasir Mui Ne ni kecik ja pun !

Pelancong luar di Red Sand Dunes Mui Ne.

Kanak-kanak kecil yang mencari sumber rezeki di Sand Dunes Mui Ne.





Boleh kalau nak cuba gelungsur, tapi tak tahu berapa banyak budak-budak ni caj. Rasa murah je kot.



Panorama dia menarik, ada laut dan tanah gersang berpasir.


Pasir pun panas. Masak kaki.


Angin yang kuat menderu laju.


Luas padang pasir Mui Ne yang menghadap laut.

Dekat-dekat restoran kami parking motor, ada ladang burung unta.

Kami parking motor di sini.
 Dah selesai melawat Red Sand Dunes, kami bergerak menuju ke White Sand Dunes. Katanya kawasan ni agak jauh sikit. Kami redah je sebenarnya. Tak tahu pun lokasi yang sebenar. Naik motor pun mahu dekat sejam lagi baru jumpa ditambah dengan sesat lagi. Tanya pakcik kebun tepi jalan pun depa tak tau. "Sand Dune ? Where Sand Dunes? " Gua tanya. " Haa? Haa? *Merepek sorang-sorang bahasa Vietnam. Ada yang paham, paham lah. Lalu kawasan kubur entah mana-mana, silap simpang lah dan macam-macam lagi. 5-6 orang jugak kami berhenti tanya baru jumpa kawasan White Sand Dunes ni.

Di kawasan White Sand Dunes ni dikenakan bayaran untuk parking motor dan masuk ke dalam. Mungkin kawasan dia sedikit terjaga dan mempunyai kemudahan. Parking motor dikenakan sebanyak 5,000 Dong dan bayaran masuk adalah sebanyak 10,000 Dong seorang. Kena menapak lebih kurang 10 minit, melalui tasik besar di tepi padang pasir ni baru lah dapat jejak White Sand Dunes. Tengok nama pun dah tahu, warna kawasan padang pasir di sini lebih cerah berbanding dengan Red Sand Dunes tadi. Lebih kurang pasir pantai warna dia. Padang pasir di White Sand Dunes ni lagi besar berbanding Red Sand Dunes tadi. Memang tak habis jalan !

Jalan menuju ke White Sand Dunes.  Berhenti ni sebab pasir masuk mata oleh kerana angin laut yang kuat dan padang pasir di sebelah tepinya.

Laluan jalanraya yang panjang di Mui Ne.

Tak ada kenderaan lain. Hanya kami.


Parking motor White Sand Dunes. Ada tasik depan tu.

Pondok bayaran masuk ke White Sand Dunes.

ATV yang boleh disewa di White Sand Dunes ini.

Nak kena menapak cari port menarik.




Bukit padang pasir White Sand Dunes ni lagi tinggi. Angin pun lagi kuat.







Oasis di padang pasir White Sand Dunes, Mui Ne

Gumuk pasir yang terbentuk oleh angin yang bertiup.


Teratai layu di tasik madu.

Air tebu Vietnam yang masam.

Tasik berhampiran White Sand Dunes.

Ok. Dah nak balik. Perut dah lapaq woi !

Kat seberang sana tu lah White Sand Dunes. Kena naik motor lalu jalan tanah merah ni dulu baru jumpa.


Tanah gersang.

Kebas naik motor waktu balik.

Gua tak pasti ni pokok apa. Tapi banyak kat area White Sand Dunes ni.

Menghilangkan kebas punggung.

Perjalanan masih jauh. Di depan tu ada ribut pasir.

Gua syak kawasan ni puak Taliban pun ada. Jalan macam di Pakistan.
Dah tak larat main pasir, kami mengambil keputusan untuk kembali ke Duy Vu Guesthouse di pekan Mui Ne. Tenaga dah habis memanjat gumuk pasir yang tinggi-tinggi. Menyesal pulak tak bawa alatan memasak, kalau tak dah boleh berkelah dah. Balik di guesthouse lebih kurang jam 3.00 petang semua pun terbongkang tidur. Sedar-sedar dah masuk waktu Asar. Petang tu kami meronda lagi dengan bermotosikal di sekitar pekan Mui Ne. Ada kemalangan kecil membabitkan mat saleh dan orang awam. Takda serius sangat. Kami meronda hingga ke hujung pantai menghala ke Phan Thiet. Ada pantai berbatu tempat melepak. Tak sempat melepak hujan pulak turun. Berlari berteduh di kedai-kedai berdekatan situ. Bila hujan dah redha baru la melepak kembali.

Motor parking tepi guesthouse, dekat-dekat rumah orang. Lalu celah-celah rumah orang nak keluar.

Kemalanagn jalanraya yang baru saja berlaku di Mui Ne.

Sebelum hujan.

Angin kuat.

Yang ni angin memang betul-betul kuat. 

Selepas hujan.



Pelancong luar.

Inilah sampan berbentuk bulat. Pagi-pagi boleh nampak depa dayung sampai ke tengah laut.

Matahari tak berapa nampak sebab baru lepas hujan.

Ombak kuat menghempas pantai Mui Ne.

Ada semacam teluk di sini.

Sesi bergambir di tepian laut. Ya bergambir.
Kami pekena kopi ais balik dari tengok pemandangan matahari terbenam di Mui Ne. Kali pertama dapat rasa kopi setelah dua hari di bumi Vietnam. Nak tengok sejauh mana kehebatannya seperti yang dicanangkan oleh orang ramai. Ya, memang terangakat dan ketagih. Kami lepak minum di salah sebuah kedai kek yang terdapat di pekan Mui Ne ni. Tak dan nak lepak lama-lama sebab kedai dah nak tutup. Malam ni tak makan seafood seperti hari sebelumnya. Balik masak nasik di gueshthouse dan tidur untuk hari seterusnya. Esok merupakan hari terakhir kami di Mui Ne sebelum menuju ke Vietnam Tengah.

Bersambung ke Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 4 : Mui Ne (Day 3)


// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //