Iklan

14 Februari 2014

Preview : Indochina 'Long Way Back' Overland Project

Peta perjalanan darat kami bermula di Saigon (Ho Chi Minh City) dan berakhir di Kuala Lumpur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahun 2013 lepas merupakan tahun yang agak sibuk dengan aktiviti ber-backpacking bajet ini. Setelah selesai trip backpacking Cambodia -Thailand Overland pada bulan April, seminggu selepas Raya Puasa badan-badan terasa gatal ingin kembali memikul backpack. Kembara kali ini masih lagi berkisarkan wialayah di sekitar Asia Tenggara sahaja. Bagi yang pertama kali jenguk catatan anda mesti tak berapa fahamkan tentang tajuknya? Indochina? Apa tu? Di mana Indochina ni?

Gua pun bukan tahu mula-mula Indochina ni di mana. Setelah membuat sedikit kajian, baru gua tahu Indochina ni adalah negara-negara Asia Tenggara seperti Vietnam, Laos dan Cambodia yang telah dijajah oleh Perancis pada suatu ketika dulu. Oleh kerana itu wilayah ini diberi gelaran Indochina. Maka terhasil trip backpackers secara berdua dengan seorang rakan yang diberi nama Indochina 'Long Way Back' Overland Project. Nampak? Nama bukan main nak kemas !

Trip backpacking bajet ini berkisahkan pengembaraan darat gua dan seorang kawan, Maddin di bumi Indochina. Trip ini bermula di Saigon ( Ho Chi Minh City), Vietnam dan berakhir di Kuala Lumpur, Malaysia setelah melintasi negara Laos dan Thailand. Kenapa nama "Long Way Back' pulak? Ini kerana kami memilih mengikuti jalan jauh, dari selatan (Saigon) hingga ke utara Vietnam (Sapa) berhampiran sempadan China dan kemudian melintasi negara Laos (Luang Phrabang) seterusnya melintasi Thailand untuk kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia.

Trip backpacking menggunakan pengangkutan awam ini berlangsung sekitar bulan Syawal tahun 2013 yang lalu. Trip ini dirancang selepas gua membeli tiket penerbangan Airasia sehala ke Saigon yang hanya berharga RM52.00 seorang ketika itu. Ajak kawan-kawan mana yang berminat, tapi seorang saja yang menyahut cabaran. Dari situ gua merancang untuk menjelajah wilayah Indochina, hingga ke utara sebelum berpatah balik ke Malaysia. Dengan modal kurang dari RM1000, kami memulakan langkah dan trip ini memakan masa hampir 19 hari.

Laluan persinggahan perjalanan kami adalah seperti berikut:
  1. Saigon (Ho Chi Minh City)
  2. Mui Ne
  3. Hoi An
  4. Hanoi
  5. Sapa
  6. Luang Phrabang (Laos)
  7. Chiang Kong (Thailand)
  8. Chiang Mai (Thailand)
  9. Bangkok
  10. Hat Yai
  11. Kuala Lumpur.


Banyak jugak nak cerita dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Kita layan gambar dulu bagi bangkit semangat !


Ho Chi Minh City (Saigon)



Saigon People's Committee Hall.

Pasar yang popular di kalangan makcik-makcik dari Malaysia, Benh Tanh Market.

Notre Dame Cathedral berdekatan Post Office Saigon.

Saigon Post Office.

Saigon Reunification Palace.

Mui Ne



Red Sand Dune,  Muine

Sahara di bumi Vietnam.

Laluan pantai ala-ala Miami di Muine, Vietnam.

Lepak tepi jalan menuju ke White Sand Dune.

Tourist in Red Sand Dune, Mui Ne.

Aksi terdampar di padang pasir.

Membonceng dengan motorsikal yang disewa.

Perkampungan nelayan di Muine.

Hoi An



Bukan nasi kandar, tapi buah kandar.

Pelabuhan Hoi An

Pelabuhan lama Hoi An.

Suasana seperti di Melaka dengan bangunan-bangunan lama.








Hanoi















Sapa (Vietnam)























 

Dien Bien Phu
















Luang Phrabang (Laos)


















Huay Xai (Laos) - Chiang Kong (Thailand) Border














Chiang Mai (Thailand)


























Bangkok
















Hat Yai





















// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //


24 ulasan:

  1. Syokkk...tu..kawan pon ade plan....mungkin start dr hanoi...mudik jln drt sampai ..Kl....sbb tapa gate udah sampai kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. assalam wan ...inn sha Allah dalam perancangan ni ..cuma aku nk tanya pasal hotel ni kat sana macam harga 12usd semalam tu per head ke per room..nk tanya gak tu sbb maklum laa aku 4 pax sefamily, semua urusan hotel mostly memang senang pakai usd ke?..TQ wan kalau boleh tinngalkan no hp ko senang aku nk berwatsaap

      Padam
    2. Salam Aidil.

      Hotel semua harga 12 USD untuk satu bilik. Bukan kira kepala. Satu bilik tu gua rasa 4 orang pun muat. Memang urusan hotel guna USD, kalau pakai duit Dong Vietnam ni untuk beli benda-benda kecik.

      Padam
  2. super excited untuk baca trip ni,cepat-cepat tulis ye!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, ada kelapangan waktu akan cuba menyiapkan cerita Indochina ni ;-)

      Padam
  3. cantik betullah perempuan kat hanoi tu.. next time nak ikut, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh-boleh :-) Rasanya perempuan kat Saigon lagi lawa, kat Hanoi perempuan mata sepet sikit, mungkin dah dekat dengan China.

      Padam
  4. wow..a glimpse of indonchina in one entry
    banyak foto yang menarik..

    awak naik bot yang legendary tu ke? yang journey dia berhari-hari tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sempat menulis, bagi tengok gambar dulu. Hiks ;-). Bot yang legendary dan journey berhari-hari di Vietnam? Em ada ke? Tak pasti pulak. Haha. ;-)

      Padam
  5. bro, boleh ko siarkan itenari keseluruhan budget untuk trip ni dari lcct sampei lah ko balik semula malaysia? hehehe..gian dah nie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Rilek bro. Gua ada itinerary conteng-conteng je. Tak sempat update lagi. Harap bersabar. Haha

      Padam
  6. salam bro, dari MS thu guesthouse ada jual tiket bus ke pnom penh dan siem reap x?kalau ada ingt x range harga? tq in advance

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Faiez,

      Dekat Mr Thu Guesthouse rasanya boleh dapat tiket bas ke Phnom Penh atau ke utara Vietnam. Kalau tak pun, boleh beli dekat sekitar Jalan Pham Ngu Lao, dekat-dekat Mr Thu GH ni je. Untuk harga, tak pasti pulak.

      Padam
  7. Kat mana bli dapur kecik tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapur kecil jenis camping tu boleh didapati di kedai-kedai menjual alatan perkhemahan. Gua beli di Shah Alam, Uptown Outdoor.

      Padam
    2. butane tu bawa dri malaysia ka??mcm na leh lepas security check??ada tips x

      Padam
    3. Yup. Gas butane untuk memasak tu dibawa dari Malaysia. Selamba redah je. Masuk dalam bagpack dan check-in bagasi. Boleh je lepas. Yang tak lepas kalau bawa naik atas kapal terbang dalam kabin.

      Padam
    4. Containers of lighter fluid or gas (butane) are forbidden in carry-on and checked baggage
      http://www.faa.gov/about/office_org/headquarters_offices/ash/ash_programs/hazmat/passenger_info/media/airline_passengers_lighters_faq.pdf

      Padam
  8. terbaek la kos bawah 1k!! detail bajet pelis..dah terpanggil utk cuba route ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perincian bajet Indochina akan menyusul kemudian. Akan cuba menyiapkan cerita Indochina ni. Haha.

      Padam
  9. Padunya, Selamat tak kalau saya nak pergi sorang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih!

      Padu awak kalau pergi seorang!

      Saya rasa selamat sepanjang berada di negara Indochina. Ramai juga perempuan yang travel solo di sana

      Padam
    2. Terima kasih, insyallah. :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...