Iklan

14 April 2014

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 6 : Hoi An (Day 2)

Sambungan dari Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 5 : Hoi An

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Hari ini merupakan hari kedua kami di kota pelabuhan Hoi An. Masa untuk bergerak ke destinasi seterusnya iaitu menuju ke Hanoi. Jarak dari Hoi An ke Hanoi lebih kurang 800 KM lagi. Kami akan menaiki open tour bas menuju ke sana. Pagi-pagi lagi kami telah siap berkemas. Bas dijadualkan pada jam 1.00 petang. Sementara itu, pagi itu kami meronda pasar basah sekitar Hoi An dulu. Usya-usya orang dan awek. Hiks.

Balik hotel, sempat lagi kami masak nasi, buat lapik perut berikutan perjalanan Hoi An menuju ke Hanoi lebih kurang 16 jam. Sehari semalam jugaklah perjalanan dengan menaiki bas. Kami check-out hotel jam 12.00 tengahari dan berjalan kaki menuju ke pejabat open tour bus tidak jauh dari hotel. Kelihatan 2-3 orang pelancong lain juga sedang menunggu bas. Semuanya Mat Saleh. Jarang atau memang tak ada langsung jumpa orang Malaysia atau orang Melayu khususnya di Hoi An ni.


Ruangan melepak dan membaca di Thien Trung Hotel, Hoi An.

Tokong Buddha berhampiran Thien Trung Hotel tempat kami menginap di Hoi An.

Basikal dan motorsikal menjadi mod pengangkutan utama di Hoi An, Vietnam.

Menunggu bas di hadapan pejabat syarikat open tour bus di Hoi An.

Mamat Perancis memainkan lagu untuk seorang nenek sementara menunggu bas.

Hentian rehat pertama setelah merentasi kawasan pergunungan Hoi An.

Perjalanan masih jauh menuju ke Hanoi.

Geng-geng traveler lain yang menaiki bas bersama kami dari Hoi An ke Hue.

Melintasi kawasan pergunungan yang menarik pandangan.
Pemandangan menarik laluan keretapi di pesisir pantai Vietnam.

Pakcik jual pau di pekan Hue. Geng -geng ni beli 2-3 biji seorang buat bekal dalam bas.

Sampai di Hue, kami dicampakkan di suatu kawasan sementara menunggu bas lain tiba untuk membawa kami ke Hanoi.

Keadaan di dalam bas tidur Vietnam dari Hue ke Hanoi.

Kenyih kerana perjalanan yang selesa dengan sleeping dari Hue ke Hanoi.

Sesi beramah mesra di dalam sleeping bus Vietnam.

Pagi di Hanoi.
Menghampiri Hanoi.


Dari Hoi An, bas akan melalui bandar Da Nang dan juga Hue. Dari Hoi An ke Hue mengambil masa selama 4 jam. Bas akan mengambil penumpang di bandar Da Nang dulu sebelum menuju ke Hue. Di Hue, bas akan berhenti sekali lagi. Ada pelancong yang akan singgah bermalam di Hue dahulu sebelum menyambung perjalanan ke Hanoi. Kami akan meneruskan perjalanan menuju ke Hanoi. Sebelum itu, kami diturunkan di tepi bahu jalan sebelum datangnya sleeping bus lain menuju ke Hanoi. Waktu pada itu senja menghampiri malam. Ada 5 pelancong lain bersama kami yang turut serta ke Hanoi. 

Bas yang ditunggu tiba untuk ke Hanoi. Ruang masih banyak yang kosong di dalam bas. Tidak seperti sebelum ini seperti perjalanan Nha Trang ke Hoi An yang penuh seperti tin sardin. Kami mengambil tempat masing-masing, dan kali ini lebih selesa. Ada geng mat saleh kebanyakannya pelajar bersembang rancak di dalam bas. Waktu perjalanan dari Hue ke Hanoi mengambil masa lebih kurang 12 jam dan ada 3 hentian rehat. 7.00 malam mula perjalanan dari Hue dan tiba di Hanoi 7.00 pagi keesokkan harinya. Namun, perjalanan tidak terasa terlalu lama oleh kerana kebanyakkan masa dihabiskan dengan tidur.

Bersambung ke Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 7 : Hanoi


// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //


4 ulasan:

  1. Bila nak sambung story ni??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah, catatan Indochina Overland Project akan disambung sedikit masa lagi.

      Padam
  2. Balasan
    1. Bersambung sedikit masa lagi. :-)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...