Pages

11 Julai 2014

Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 7 : Hanoi (Hari 2)


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Pagi baru di kota Hanoi. Gua bangkit awal pagi tu. Maddin masih lagi nyenyak dibuai mimpi selesai solat Subuh. Sejuk cuaca pagi ini. Dari Kangaroo Hostel, gua keluar berjalan kaki menuju ke Hoan Kiem Lake yang terletak di tengah-tengah bandar Hanoi. Kelihatan penduduk tempatan sibuk melakukan aktiviti riadah seperti jogging dan bersiar-siar di sekitar kawasan tasik. Gua tak jogging pun. Cuma melepak di tepi tasik melihat pemandangan dan gelagat orang.

Dari tempat gua melepak kelihatan jambatan merah yang diberi nama Jambatan Huc atau pun Huc Bridge yang menghubungkan ke Jade Island di tengah tasik. Di Jade Island ini terdapat Ngoc Son Temple yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan juga pelancong asing. Kalau tak salah nak masuk ke dalam dikenakan bayaran. Gua berjalan menuju ke Huc Bridge selepas itu. Kabus pagi masih menyelubungi persekitaran Tasik Hoan Kiem. Kelihatan kelibat beberapa orang pelancong yang turut berada di Huc Bridge ini. Gua tak lama berada di Huc Bridge ni. Sempat jugak ambil 2-3 keping gambar sebelum pulang semula ke Old Quarter.



Huc Bridge atau Jambatan Huc.

Tasik Hoan Kiem yang tenang di waktu pagi.

Turtle Tower.

Jambatan merah Huc

Pelancong-pelancong menyeberangi Huc Bridge menuju Ngoc San Temple.

Huc Bridge


Turtle Tower dari kejauhan.

Pintu masuk ke Ngoc San Temple.


Kedai menjual beg-beg di Hanoi.


Ketenangan Tasik Hoan Kiem, Hanoi.



Buah-buahan segar yang diniagakan.

Duduk pekena air tebu dengan kelapa dulu. 

Gua berjalan santai pulang ke Old Quarter. Tiada apa yang dikejarkan hari ini. Cuma perlu check-out dari Kangaroo Hotel jam 12.00 tengahari. Sampai di Old Quarter, kelihatan peniaga sibuk memeperdagangkan barangan mereka. Buah, baju, kasut semua ada. Meriah sekali. Dahaga pun ada setelah berjalan kaki ke Hoan Kiem Lake tadi. Ternampak pulak makcik jual air tebu. Di  Hanoi ini, pagi sampai ke malam gua sentiasa nampak orang jual air tebu. Sarapan pun sekali dengan air tebu. Gua cubalah segelas. Kalau nak baru dia mesin tebu tu. Memang segar sungguh la.

Balik Kangaroo Hotel, kawan gua Maddin baru bangkit tidur. Orang dah puas berjalan pagi-pagi dia baru bangkit. Rasa rugi woo habiskan masa untuk tidur kat tempat orang ni kalau gua lah. Rasa macam tak habis berjalan lagi. Kalau nak tiduq balik Malaysia tidur puas-puas. Haha. Kami bersiap untuk checkout dari Kangaroo Hotel seperti yang dijanjikan hari ni. Sebelum tu macam biasa lah, main masak-masak dulu dalam bilik hotel. Menu pilihan untuk hari ini adalah kari kambing dalam tin dan telur dadar. Maddin yang masak semua. Gua tukang makan dan basuh-membasuh sahaja.

Kami check-out tepat jam 12.00 tengahari. Oleh kerana tiket keretapi kami dari Hanoi ke Sapa bertolak pada waktu malam, kami tinggalkan beg kami sementara waktu di Kangaroo Hostel ni. Maka bolehlah kami meronda lagi tengahari ini di kota Hanoi. Berdasarkan peta yang diberi oleh pihak hotel, ada satu tempat tumpuan pelancong yang datang ke Hanoi iaitu Long Bien Bridge. Apa yang menarik berkenaan jambatan Long Bien ini adalah ia direkabentuk oleh Gustave Eiffel iaitu arkitek sama yang mereka bentuk Eiffel Tower di Perancis.

Maddin baru bangkit tiduq.

Bahan bacaan di Kangaroo Hostel, Hanoi.

Bas merah kuning Hanoi.

Long Bien Bridge yang direkabentuk oleh Gustave Eiffel,.


Long Bien Bridge sepanjang 2.4 KM yang merentasi Red River.

Long Bien Bridge yang  menjadi nadi bandar Hanoi. 

Menyelusuri lorong belakang perumahan mencari Long Bien Bridge.






Long Bien Bridge yang menjadi laluan motorsikal, basikal dan pejalan kaki.
Puas kami tengok peta mencari lokasi Long Bien Bridge ni. Ditambah pulak dengan cuaca panas terik dan asap kenderaan di kotaraya Hanoi yang sibuk ini. Lorong-lorong belakang kawasan perumahan kami jelajahi. Nampak dari jauh macam dah dekat, tapi ada bermacam halangan untuk sampai dengan lebih dekat dengan Long Bien Bridge ni. Sampai dekat baru boleh nampak seni binaan jambatan lama ini. 

Dah puas tengok dan meronda sekiatar kawasan Long Bien Bridge ni, kami berjalan kaki di kawasan sekitar. Ada pakcik makcik yang menjual French Croissant di suatu kawasan. Rupanya ada tempat borong French Croissant ni. Jatuh merata-rata makanan ni atas lantai. Selamba kutip balik letak dalam bakul untuk dipasarkan. Makan sebelum ni bukan main sedap, dah tengok gaya macam ni dah tak lalu dah  makan French Croissant kat Vietnam ni. 


Keretapi juga melalui Long Bien Bridge ini.

French croissant ada di mana-mana.

Makanan ruji

Sampai terjatuh-jatuh French croissant.

Motorsikal polis Vietnam.

Kami balik semula ke Old Quarter Hanoi. Waktu pun dah petang. Kami minum di restoran halal tadi bersebelahan Masjid An-Noor. Dahaga sungguh. Pekena ayaq Coke lega sat. Oleh keranan ini petang terakhir kami di Hanoi, dan tak tahu bila nak mai sini lagi, kami ronda lagi Hoan Kiem Lake. Waktu petang macam biasa memang ramai kawasan tasik ni. Gua melepak atas bangku dengan Maddin sambil perhati gelagat-gelagat orang Hanoi ni. Memang betul-betul obses dengan penjagaan kesihatan depa ni. Tua muda semua pakat beriadah sekitar kawasan tasik. Mata kami lebih tertumpu dengan awek-awek manis yang siap berpakaian tradisi Vietnam dan pakain pengantin di suatu sudut tasik. Lawa lawa semuanya. Ada sesi fotografi untuk majalah barangkali.

Yang si abang-abang katang dengan caranya tersendiri. Kalau boleh semua kerusi, papan tanda nak buat senaman. Sengih sorang-sorang tengok depa ni. Bagi mereka ini mungkin perkara biasa di Hanoi. Ada seorang kakak menghampiri kami dengan menjual air kosong. Memang tabik hormat oirang Vietnam ni, walaupun susah tidak meminta-minta dan memang tak nampak pengemis-pengemis di kaki lima jalanan. Sesusah mana pun mereka, mereka akan bekerja mencari rezeki walaupun menjual air kosong dengan keuntungan yang tidak seberapa.

Tenung lama-lama pun takpa kalau macam ni.

Lawa sungguh gadis Vietnam ni.


Skuter elektrik punya lawa !


Obsesi golongan muda di Hanoi.






Artis


Tetap berniaga walaupun sekadar menjual air kosong. Tidak kelihatan langsung pengemis di Hanoi ini.



Adik manis.


Para ibu membawa anak masing-masing bersiar-siar sekitar Tasik Hoan Kiem


Memperaga pakaian perkahwinan

Gadis skuter

Macam dalam filem awannya.


Matahari terbenam di Hanoi

Kami melepak di Hoan Kiem Lake sampai nak masuk waktu Maghrib. Pemandangan matahari terbenam memang menarik. Kami kembali lagi ke Masjid An-Noor di Old Quater Hanoi untuk solat Maghrib. Hari ni kerja ulang-alik ke masjid je. Itulah satu-satunya tempat yang kami boleh menumpang untuk seketika hari ini. Kami sempat solat berjemaah Maghrib dengan penduduk di sana. Ada yang berbangsa Arab dan Pakistan. Satu saf dalam 5-6 orang sahaja. Dalam banyak-banyak jemaah ada seorang  berbangsa Melayu. Saudara Fahmi Jalani, seorang pensyarah di Universiti Hanoi. Hampir 9 hari kami di perantauan, baru jumpa geng yang boleh cakap Melayu. Malam ini kami akan meneruskan perjalanan ke kawasan pergunungan utara Vietnam iaitu ke Sapa.

Bersambung ke Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part  8 : Sapa

// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //