Iklan

20 Januari 2013

Trans Java Solo Escape - Part 2: Surabaya (Bromo Sunrise)

Sambungan Episod Terdahulu

Jam 3.45 a.m, pintu bilik homestayku diketuk. Gua agak ni mesti brader yang nak bawa gua tengok sunrise ni seperti yang dijanjikan semalam. Ya benar. Brader tu suruh gua siapa dan dia akan membawa gua menaiki jeep ke viewpoit Bromo di Mt Penanjakan. Dalam jeep, semuanya Mat Saleh. Gua duduk depan dengan driver cari modal nak sembang.

Sampai di tempat parking jeep, anda harus berjalan kaki mendaki laluan kecil untuk naik ke viewpoint. Jalan ni jangan ingat besar dan selesa kerana anda harus berhimpit-himpit dengan kuda untuk ke atas. Sepanjang perjalanan akan ada tokey kuda menawarkan khidmat kudanya dan harganya boleh ditawar. Seksa berjalan di jalan kecil, berdebu dan gelap bersama kuda-kuda pagi tu. Nak bernafas pun sesak.

Sampai di atas, ramai dah pasang port dan setting camera untuk dapatkan the best shot. Gua tak naik atas sekali. Ada satu port pakcik ni meniaga megi dengan air panas. Ramai yang ambik kesempatan sarapan meggi pagi tu. Gua duduk di situ. Banyak yang gua perhatikan ke sini terdiri daripada pelancong asing. Semua menunggu matahari terbit dengan penuh harapan.

Subhanallah. Betapa indah bumi ciptaan-Mu ni Ya Allah. Pengalaman melihat sunrise di Mt Bromo merupakan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan. Suasana pagi yang nyaman dan dingin melihat pemandangan di sekitar Mt Bromo sangat mengasyikkan. Ada juga sesetengah pengunjung bertepuk tangan dan gembira dengan suasana itu.

Sunrise in Mt Bromo.


Subhanallah. Hanya satu perkataan terucap disini.

Matahari terbit di Mt Bromo.

Capture the view of Mt Bromo.

Matahari naik di Mt Bromo

Awan gantung di Mt Bromo. Kabus sebenarnya bawah tu.


Selesai tengok sunrise kat Mt Penanjakan, kami turun ke lautan pasir seterusnya menaiki jeep ke kaki kawah Bromo. Abang supir dah pesan awal-awal tadi berkumpul dekat jeep pukul 6.30 lepas tengok sunset. Tapi ada bader Mat Saleh sorang ni lewat dekat 45 minit. Jenuh tunggu dia sorang. Dah cukup korum, jeep mulai bergerak.

Jeep yang membawa kami akan berhenti parking di satu kawasan tak jauh dari kaki kawah Bromo. Dekat situ banyak lah jeep lain pun yang turut serta melepak kat situ. Belum keluar dari jeep, dah ada ramai tokey-tokey kuda tunggu luar jeep. Ramai pulak tuh. Bila dah keluar jeep, semua pun serbu kami tanya nak naik kuda tak hingga ke kawah Bromo. Memang agak jauh jugak untuk berjalan dan daki bukit lagi pulak tu. Tapi demi menjimatkan bajet, gua menolak pelawaan tokey-tokey kuda tadi dengan baik.


Dari dalam Jeep.

Memang tak rekemen naik motor lalu lautan pasir ni, memang sangkut je.

Ni ada konvoi dari mana entah datang naik motor, jenuh menolak lekat dalam pasir gunung berapi.


Ni lah Jeep yang gua naik. Semua spesis ni je.

Ada kelab rupanya. Bromo Jeep Club.


Keadaan masa nak turun dari Mt penanjakan. Banyak kuda-kuda bawah tu yang boleh angkut kita naik ke atas kalau tak larat.

Keadaan masa nak tengok sunrise . Banyak Mat Salleh.

Ni la port breakfast Maggi yang gua cerita tuh. Sambil-sambil tengok sunrise Mt Bromo, boleh layan Maggi

Bergambar sakan masa sunrise Mt Bromo.

Masa awal pagi lagi nih. Maaf susunan gambar tak ikut turutan.



Jeep behenti kat tengah-tengah lautan pasir bagi peluang ambil gambar.
Kena la menapak dekat 2 kilometer rasanya kalau nak ke puncak kawah. Agak seksa jugak la dengan udara yang sedikit berdebu ditambah pulak kena memanajat tangga macam Batu Cave tu untuk sampak ke atas. Orang pun agak ramai waktu ni dan tangga tu sedikit sesak. gagah jugak untuk naik nak tengok kawah Bromo.

Sampai atas, puas hati dapat tengok kawah Bromo yang masih aktif dengan mengeluarkan wap atau asap. Ramai yang posing-posing atas ni amik gambar. Dari atas ni boleh nampak seluruh lautan pasir dan Mt Penanjakan masa tengok sunrise awal pagi tadi. Nampak kuda dan orang kat bawah tu kecik-kecik je. Ada jugak makcik 2-3 orang buka port jual air dan meggi kat kaki tangga naik ke Kwah Bromo ni.
Mt Batok.

Mt Batok lagi.

Berhampiran Mt Bromo, di kaki bukitnya ada sebuah pura ataupun kuil lama yang telah wujud sejak zaman kerajaan Majapahit lagi.

Lautan Pasir dikelilngi gunung-ganang.

Berjalan kaki menuju ke Mt Bromo. Kat depan tu lah Kawah Bromo.
Kuil di tengah lautan pasir. berhampiran Mt Bromo. Mt Bromo itu sendiri berasal dari perkataan "Brahma", dewa utama agama Hindu.



Mt Batok in Background


Pasir halus masuk dalam kasut habis. Siap masuk dalam stokin lagi. Tapi dia tak kotor walaupun  warna hitam.

Tempat parking Jeep di Bromo/

Lautan pasir.  Merasa jugak jejak tanak gunung berapi.

Kat-kat parking jeep pun ada orang meniaga jugak.  Jual apa tak pasti. Seronok tengok dirang pasang lagu dan menari sesama mereka.

Kuda memang banyak kat sini. Kalau agak-agak semput tu boleh naik kuda. Harga lebih kurang RM10 camtu kalau tak silap.

Itulah tangga yang diceritakan untuk naik ke kawah Bromo.

Bersesak-sesak pakat panjat tangga. Tangga pun penuh dengan pasir.

Ni lah kawah Bromo. Naya woo tergolek masuk dalam ni.

Nampak manusia dengan kuda atas ni halus-halus je.

Mencanak naik  ke Kawah Bromo.

Yang berjalan, berjalan. Yang naik kuda, berkuda.  Sesak nafas dengan debu tu.

Peranan kuda amat penting di sini.
Dah selesai panjat tengok kawah Bromo, menapak balik pulak turun 2 kilometer. Turun okey la sikit tak pakai banyak. Bila gua sampai kat jeep , ada la 2 orang Mat Saleh dah sampai lagi awal. Yang lain masih belum kelihatan. Amik-amik gambar dulu kawasan sekitar ni. Masa ni pun jeep dah banyak balik sebab kami yang agak lewat sampai tadi. Ketuk-ketuk pasir keluar dari kasut dulu sebab pasir kat sini halus dan senang masuk sampai dalam stokin pun.

Lebih kurang jam 9.00 a.m, setelah jeep pun penuh, kami segera pulang ke guesthouse. Jeep ni akan hantar sorang-sorang ke guesthouse masing-masing seperti yang dilakukan masa awal pagi tadi. pada waktu ni selalunya guesthouse lain akan sediakan breakfast tapi tidak pada guesthouse gua. Kena cari sendiri. Melilau la pulak kasan sekitar guesthouse cari sarapan. Gua pergi kedai yang gua selalu makan kat sini. Sarapan pagi  Nescafe Susu dengan Roti Bakar beserta mangga Probolinggo yang menjadi trademark kat sini.

Tokey Kuda kot ni.

Parking Jeep

Segala kenderaan sampai di takat ini sahaja di Bromo.

Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.

Teh Botol yang cukup popular disini.

Mangga Probolinggo sebagai sarapan.
Dah siap sarapan, masa untuk check-out dan turun semula ke pekan Probolinggo untuk ke Jogjakarta. Agung (brader yang gua ambil pakej sunrise) kata dia akan turun semula ke Probolinggo lebih kurang jam 11.30 a.m. Gua kemas-kemas beg dah serah kunci pada Pak Yogi sebelum naik Bison yang sama macam semalam turun ke Probolinggo. Penuh satu Bison dengan Mat Saleh dan backpacker dari Indonesia sendiri. 

Bison sampai ke pekan Probolinggo lebih kurang setngah jam kemudian. Dekat situ candangan asalnya nak naik bas dari terminal Probolinggo ke terminal bungurasih sebelum mencari bas ke Jogjakarta. Tapi Agung telah menawarkan untuk naik van ekspress terus ke Jogjakarta denagn kadar segera. Harga pun mengikut kiraan tidak banyak beza dengan bas. Jadi apa salahnya mencuba kan.


Bison ni jugak ambik orang kampung di kawasan pergunungan ni untuk turun ke Probolinggo bersama hasil tanaman masing masing untuk didagangkan di sana.

Pemandangan turun ke Probolinggo.

Nampak panas, tapi dingin.

Suka pemandangan penanaman bertingkatnya.

Kenangan Bromo. 
Bersambung..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...