Iklan

22 Oktober 2020

Panduan 'Upgrade' Lesen Motorsikal B2 ke B Full

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you


Assalamualaikum & salam sejahtera.

Abang rasa macam nak aktif balik la berblogging sejak musim PKP ni. Gituuuu.

Kali ni abang nak cerita sikit panduan nak upgrade atau naik taraf lesen B2 (motorsikal bawah 250cc) kepada lesen B Full (motorsikal atas 250cc)

Abang tahu ramai geng-geng motor besar yang bawak motor besar bukan ada lesen pun tu. Kalau ada pun hanya ada lesen 'L' bagi B Full yang malu-malu nak tempek. Kalau tempek pun halus ja bawah mudguard

Apa barang bai bawak motor besaq tapi tempek 'L' sebesar alam? Malu kat kawan-kawan woi!

Macam mana abang tahu? Abang pun guna motor besar Benelli TRK502 guna lesen 'L' ja sebelum ni. Huhuhuhu.

Tapi setelah sampai seru abang pun buat la lesen B Full bagi motor besar ni. Malu la woi asyik dok renew lesen 'L' ja kat JPJ tapi tak buat-buat lagi lesen betul. Jatuh martabat wooo!

Jadi hari ni abang nak cerita sikit la pengalaman abang upgrade lesen B2 abang kepada lesen B Full di Penang ni.

Ini panduan bagi mereka yang dah ada lesen B2 sahaja tau. Yang tak ada lesen B2 yakni mereka yang belum ada lesen motorsikal lain pulak caranya.


1) Buat Lesen 'L' di JPJ

Ini langkah pertama sekali yang perlu kita buat. Mula-mula kita kena dapatkan lesen 'L' bagi lesen B Full. 

Lesen 'L' B Full bermaksud lesen 'latihan' bagi kelas B Full. Maksudnya bila kita ada lesen 'L' B Full ni kita dah boleh dah bawak motorsikal lebih 500cc di pusat latihan memandu. 

Kalau tak ada lesen 'L' B Full ni kita tak akan dibenarkan membawa motorsikal lebih 500cc di pusat latihan memandu.

Setiap kali kita nak pi latihan di pusat memandu kita wajib kena tunjuk lesen 'L' B Full ni.

Jadi macam mana nak dapatkan lesen 'L' B Full ni?

Kita kena la pi JPJ untuk buat lesen 'L' B Full ni. Pi beratuq tanya kat akak kaunter,
"Saya ada motor besar. Laju. Macam mana saya nak buat lesen 'L' bagi B Full ye tuan?"

Sediakan siap-siap RM20 & gambar berukuran passport dengan latar belakang putih. Senang sikit urusan abang JPJ nak buat lesen 'L' B Full hangpa tuh. 

Ini tak, terkial-kial cari duit dalam dompet. Pakai motor besar. Laju. Seluk dompet ada la RM26.50. Tu pun dompet dah carik sikit. Duit syiling melekat kat celah-celah.

Sekejap ja tak sampai 5 minit siap la lesen 'L' B Full hangpa tu. Lesen ni sah untuk 3 bulan sahaja. Kalau dalam masa 3 bulan hangpa tak habis lagi belajar memandu, hangpa kena renew semula.

Malu la wei dok asyik renew lesen 'L' B Full ja tiap 3 bulan sekali. Kata pakai motor besar. Laju. Huhu.

Dah siap lesen 'L' B Full, seterusnya boleh la jalan berkepak keluar dari JPJ dengan perasaan angkuh lagi riak. Belum-belum, belum habis lagi. Baru dapat lesen 'L' dah eksyen.


2) Daftar di Pusat Memandu

Dah ada lesen 'L' B Full tadi tu kan? Langkah seterusnya adalah dengan mendaftar dengan pusat latihan memandu pilihan anda sendiri.

Ikut hangpa la nak buat kat mana. Kat KL ka, Kulim ka. Macam abang walaupun kad pengenalan beralamat di KL, abang ambik lesen B Full di Penang.

Usung lesen 'L' B Full anda tadi ke pusat latihan memandu pilihan anda. Tendang pintu pejabat pusat memandu sambil menjerit kepada akak kaunter, "Saya nak buat lesen B Full ! Berapa harga eh?"

Bab harga nak upgrade lesen B2 kepada B Full ni berbeza-beza mengikut pusat latihan memandu & tahap kehenseman anda. Seeloknya hangpa pi lah riki-riki tanya dulu dekat 9-10 pusat latihan memandu sambil mengharapkan belas ehsan mereka. Boleh jadi dengan muka 10 sen hangpa hangpa boleh dapat murah RM5.00.

Abang buat lesen B Full di Pusat Memandu Mutiara depan Tesco Sungai Dua, Penang dengan harga RM500 siap sampai lulus. Ini harga untuk kategari upgrade lesen B2 ke B Full. Kalau yang kosong takda lesen nak terus buat B Full harga kira lain pulak & semestinya lebih mahal. Tak silap abang dalam RM700 lebih kurang camtu.

Masa nak daftar ni lah pusat memandu nak tengok lesen 'L' B Full yang kita buat kat JPJ jalan berkepak tadi. Ada lesen ni barulah hangpa boleh daftar. Kalau tak pakai habis modal kopi gula ja mai pusat memandu takda apa. Pastikan ada lesen 'L' dulu baru sembang dengan pusat memandu.


 


3) Kelas Teori + Latihan Menunggang + Ujian QTI (11.5 jam)

Untuk mengambil ujian dengan JPJ bagi mendapatkan lesen B Full, hangpa kena menjalani latihan,

1) Kelas Teori = 2 jam
2) Latihan Menunggang = 9 jam
3) Ujian QTI = 1/2 jam. 

Jumlah keseluruhan 11.5 jam

Bila dah daftar dengan pusat memandu, hangpa akan diberi jadual hari apa yang bersesuaian untuk menghadiri kelas teori & latihan menunggang di litar. Hangpa pilih la hari apa yang hangpa nak mai kelas yang kena dengan jiwa anda.

Walaupun hangpa dah cukup berpengalaman, tak kira janda atau pun perawan hangpa kena mai jugak kelas teori 2 jam tu. Tak kira lesen B2 atau B Full duduk sekali dengar penerangan dari cikgu memandu. 

Oh hangpa lesen B Full? Boleh buat muka eksyen sikit dengan budak-budak lepas SPM.

Rupanya sekarang ni nak ambik lesen tak sama masa abang ambik lesen B2 lebih kurang 13 tahun lepas. Kaedahnya sekarang ada Rutin Pemeriksaan Motorsikal (RPM). Kena cakap & bentang deras-deras depan pegawai penilai JPJ. 

Hangpa kena pusing satu motorsikal belek-belek sambil terangkan bahagian apa yang ada di motorsikal tu. Kena picit tayar ada angin tak, check minyak hitam cukup tak, bateri duduk tang mana, dan macam-macam lagilah. 

Hangpa boleh tengok video yang abang lampirkan di bawah contoh Rutin Pemeriksaan Motorsikal (RPM). Untuk lesen B Full macam abang kena pusing belek motor Harley Davidson lama.

Lagi satu bahagian baru, ada ujian QTI. Dulu-dulu masa zaman abang ambik lesen B2 tak ada ujian ni. Lepas latihan menunggang di litar terus test dengan JPJ.

Sekarang ni ada satu bahagian ujian yang dinamakan sebagai ujian QTI (Qualifying Test Institute) yang lebih kurang seperti ujian pra-penilaian yang dijalankan oleh pusat memandu itu sendiri. Ujian QTI ni macam rehearsal sebelum buat ujian JPJ yang sebenar. 

Tak kira lesen motor ke kereta semua kena ambik ujian QTI ni. Kalau lepas ujian QTI ni baru boleh ke peringkat seterusnya iaitu ujian sebenar dengan pegawai JPJ. Kalau tak lepas (contohnya jatuh titi) hangpa kena buat semula atau pun repeat sampai la lepas ujian QTI ni.





4) Ujian JPJ

Jangan gentar, jangan takut. Itu petir, bukan kentut.

Bila hangpa dah habiskan semua kriteria atau pun checklist yang diperlukan, baru hangpa boleh ambik ujian sebenar dengan JPJ. Masa ni baru pegawai JPJ akan mai ke pusat memandu tengok hangpa.

Tapi pastikan lesen 'L' B Full hangpa genap sebulan dulu baru boleh ambik ujian JPJ. Maksudnya kalau hangpa kalut-kalut habiskan kelas & latihan 11.5 jam tadi tu secepat mungkin pun tak guna jugak. Kena cukup sebulan baru boleh ambik ujian JPJ.

Dah lepas dah ujian QTI mesti boleh lepas punya dengan JPJ. Tapi jangan konfiden sangat. Banyak jugak yang ambik lesen B Full sekali dengan abang bertaraf pakcik-pakcik masa ujian QTI ok, masa ujian sebenar dengan JPJ pulak fail. Biasanya yang selalu terjadi jatuh titi.

Alhamdulillah. Mujur abang lepas tak payah repeat. Lagi berkepak la jalan.





5) Ambil Lesen B Full di JPJ

Hangpa tunggu la dalam masa seminggu baru boleh hangpa pi JPJ untuk dapatkan lesen sebenar anda yang tertera 'B'. Lesen sedia ada hangpa tukar la dapatkan lesen baru. Ambik borang penilaian dari pusat memandu dan bawak sendiri ke JPJ. Abang tak ingat kena bayar berapa.





Tak banyak gambar abang ambik masa upgrade lesen B2 ke B Full ni. Cuak nak lalu titi tu. Kah!


Sebenarnya masa abang ambik lesen B Full ni tergendala 3 bulan jugaklah sebab PKP tempoh hari. Siap kena renew balik 3 bulan lesen 'L' B Full semata-mata nak ambik ujian semula bula Jun lepas. 

Hari pertama PKP masa bulan Mac hari tu patutnya abang dah boleh test dengan JPJ. Hari tu nak test hari tu jugaklah start PKP. Allahu. Takda rezeki.

Namun sekarang ni dah boleh bawak motor besar tanpa rasa melekit. Eh bersalah. Dulu cuak-cuak jugak seba cuma berbekalkan lesen 'L' je. Hihi.

Kepada mereka di luar sana, selamat menunggang! Moga dipermudahkan segala urusan ke destinasi yang dituju! Kalau jumpa abang hon-hon lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...