Iklan

25 Oktober 2013

Cambodia-Thailand Overland Project - Part 6: Border Crossing (Poipet-Aranyaprathet)


Pagi hari setereusnya di kota Siem Reap. Kami bangun awal untuk bergerak menuju sempadan Poipet (Cambodia)-Aranyaprathet (Thailand) untuk ke Bangkok, Thailand. Dengan tiket bas menuju Poipet yang kami dah beli dengan Popular Guesthouse ni masa baru sampai di kota Siem Reap, kami bersiap awal dan menunggu van pickup di ruang lobi Popular Guesthouse. Harga tiket ke Poipet berharga $5 USD termasuk van pickup ke stesen bas Siem Reap.

Pemandangan kota Siem Reap di pagi hari dari balconi Popular Guesthouse.


Kedai basikal yang kami sewa basikal semalam. Awal-awal pagi dah buka seawal 5.30 pagi.

Tinggal beberapa USD lagi sebelum tiba di sempadan Cambodia-Thailand.

Bendera Cambodia di mana-mana sekitar Siem Reap.

Ada bar dan restoran belakang Popular Guesthouse di mana kami menginap. Cari air panas rendam maggi kat sinilah tempat dia.

Ruang menunggu di lobi Popular Guesthouse. Kebanyakkan pelancong asing akan tunggu van pick-up mereka ke stesen bas berhampiran.

Menunggu van pick-up ke stesen bas Siem Reap seperti apa yang dijanjikan semasa membeli tiket bas semalam 

Sabar menunggu.
Perjalanan dari Siem Reap ke sempadan Poipet mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Bas akan berhenti mengambil penumpang di stesen lain semasa dalam perjalanan. Sepanjang perjalanan, mata anda akan disajikan pemandangan padang jarak padang tekukur negara Cambodia yang rata dan sukar untuk mencari jalan bercerun dan bukit bukau.

Dalam bas menuju ke Poipet, kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur. Pakcik drebar bas ada pasang TV dan selalunya bas di Cambodia akan memasang rakaman lagu karaoke sepanjang masa. Paham dah memang tentu tak paham, cuma layan je lah. 

Suasana dalam bas menuju ke sempadan Poipet di sebelah Cambodia. 

Cambodia - Negara padang jarak padang tekukur. Tanah rata dan tiada bukit bukau.

Pemandangan menuju ke sempadan Poipet.
Bandar sempadan Poipet di sebelah Cambodia merupakan pintu masuk utama pelancong asing dari Thailand khususnya ke negara Cambodia dan sebaliknya. Kebanyakannya dari Bangkok dan menuju ke Siem Reap untuk melihat kesan peninggalan sejarah tamadun Angkor Wat. Oleh yang demikian, border crossing di antara Poipet dan Aranyaprathet merupakan sempadan yang agak sibuk jika dibandingkan dengan lintasan sempadan yang lain. Urusan imigresen jugak agak lama berikutan ramai pelancong dan pengembara melalui sempadan ini.

Selamat tiba di sempadan Cambodia-Thailand. Perbezaan sosio-budaya dapat dilihat disni.

Bandar sempadan Poipet disebelah Cambodia.

Antara traveller lain yang naik bas dari Siem Reap ke Poipet dengan kami.

Dekat Bandar Poipet ni boleh tengok macam-macam aktiviti perdagangan dan sangat sibuk dengan kenderaan keluar masuk.

Cop passport dulu sebelum melangkah keluar Cambodia menuju Thailand.

Beratur nak cop passport keluar dari Cambodia di sempadan Poipet.

Agak panjang jugak beratur nak keluar dari Cambodia ni. Antara border crossing yang paling sibuk.

Cambodia pemanduan belah kiri, Thailand pemanduan belah kanan. Boleh tengok perbezaannya kat sempadan Poipet-Aranyaprathet ni. Bas dari Cambodia mahupun dari Thailand tak cross border ni. Kena tukar bas disini untuk ke bandar besar lain.

Sempadan Poipet-Aranyaprathet yang sibuk. Keluar imigresen Cambodia, jalan kaki sikit depan tu lah sempadan Thailand.
Sampai di sempadan Poipet-Aranyaprathet pun dah nak dekat pukul 12. Bas akan berhenti betul-betul dekat roundbout berdekatan tempat cop pasport imigresen Cambodia. Penumpang akan turun ambil beg masing-masing dan menuju pejabat imigresen untuk cop pasport keluar dari negara Cambodia.

Border ni memang sibuk dengan bermacam aktiviti perdagan kedua-dua belah negara. Ada lori kontena yang bawa barangan juga cross border ni. Jalan berdebu memang toksah cerita lah. Pekup hidung sepanjang masa. Urusan cop pasport keluar dari Cambodia tak mengambil masa yang lama walaupun kena beratur sekejap. 

Ada traveller yang ambil pakej bas terus dari Siem Reap ke Bangkok. Maka akan ada la ejen bas yang akan tunggu di border bagi sticker untuk dilekatkan kepada traveller ni. Maknanya traveller tersebut perlu cross border dengan berjalan kaki macam kami dan sampai di belah Aranyaprathet akan ada ejen lain yang tunggu dan berpandukan dengan sticker tersebut.

Kat belah Poipet ni banyak la casino kita boleh tengok. Orang Thailand masuk Poipet selalunya nak masuk casino lah.


Lalu kawasan casino menuju sempadan Aranyaprathet di sebelah Thailand.

Macam-macam ragam hangpa boleh tengok sini



Nampak pintu gerbang lebih kurang Angkor Wat tu? Tu lah tandanya berakhirnya sempadan Poipet di sebelah Cambodia.

Bye-Bye Kingdom of Wonder-Cambodia. Hello Thailand.!

Akan melalui jambatan menuju ke sempadan Aranyaprathet di sebelah Thailand.

Sampai di imigresen Thailand di Aranyaprathet. Tak jauh pun jalan kaki dari sempadan Poipet, Cambodia. 15 minit lebih kurang sampai lah. Cuaca memang panas lah time tengahari ni.

Estern Border of Thailand. Cambodia-Thailand Border Crossing.

Orang punya la ramai kat sini. Nak kena beratur dekat sejam nak cop passport masuk ke Thailand. Sebelum tu boleh isi borang Arrival Card sambil-sambil tunggu tu.

Panjang barisan nak cop passport ke Thailand.

Arrival Card Thailand. Isi maklumat diri.

Geng gua sorang demam masa dari Poipet lagi. 

Naik tuk-tuk dari jalan besar Aranyaprathet ke stesen keretapi Aranyaprathet. 100 Baht satu tuk-tuk. Kongsi-kongsi sorang dam 20 Baht sahaja.

Stesen Keretapi Aranyaprathet.

Di waktu panas terik mentari kami melepasi sempadan Poipet-Aranyaprathet. Hampir 1 jam setengah diperlukan untuk melintasi sempadan ini. Kebanyakan waktu habis di imigresen Thailand di Aranyaprathet. Ramai sungguh orang waktu tu. Terpaksa ikut beratur sama, kalau tunggu memang tak habis. 

Selesai cop passport di imigresen Thailand di Aranyaprathet, kami berjalan kaki menuju persimpangan di jalan besar bandar Aranyaprathet. Berehat sekejap di kedai serbaneka 7 Eleven berhampiran. Kebetulan salah seorang dari kami demam. Terpaksa berehat sekejap lagi di kawasan teduh berhampuiran.

Gua melilau cari kedai makanan muslim berhampiran. Kebetulan ada satu restoran muslim yang menyediakan menu halal nasi berlauk. Lepak di situ pulak makan nasi dan pekena Cha Yen (Teh Ais). Bila semua dah kenyang, gua melilau lagi sekitar pekan Aranyaprathet cari tuk-tuk. Disebabkan kawan gua yang demam tu tak larat dah berjalan, gua pun suruh pakcik drebar tuk-tuk ambil kami di kedai makan muslim. Satu tuk-tuk boleh muat 4 orang patutnya. Tapi kami sumbat naik 5 orang tambah dengan beg besar-besar lagi. Memang berhimpit la atas tuk-tuk tu. 

Kami sebenarnya mengejar masa ke stesen keretapi Aranyaprathet. Rancangannya naik tren dari Aranyaprathet ke kota Bangkok. Tren hanya dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang. Kami mengejar tren petang jam 1.55 p.m menuju ke Bangkok. Kalau melepas tren petang ni alamatnya kena tunggu pagi besok pulak la.

Pakcik tuk-tuk memecut laju meninggalkan pekan Aranyaprathet menuju ke stesen kereatpi Aranyaprathet. Jam ditangan menunjukkan jam 1.00 p.m. Masih ada banyak masa untuk ke sana. Jarak perjalanan dengan tuk-tuk tidaklah begitu jauh, sekitar 15 minit perjalanan sahaja. Sampai di stesen keretapi Aranyaprathet lebih kurang jam 1.20 p.m, maka sempatlah nak naik tren open air ni ke Bangkok.

Nak tau cerita dalam keretapi  dari Aranyaprathet ke Bangkok kena tunggu episod seterusnya.

Kos Hari Keempat : Poipet-Aranyaprathet-Bangkok

  • Tiket bas Siem Reap - Poipet (Border): $5 USD
  • Tuk-tuk dari Thailand Border - Stesen Keretapi Aranyaprthet : 20 Baht/ seorang
  • Tiket keretapi Aranyaprathet-Bangkok : 48 Baht


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...