Sambungan dari
Preview : Indochina 'Long Way Back' Overland Project
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Bermulanya kisah pengembaraan
backpacking dua sahabat di bumi asing Indochina. Kisah kembara musafir ini bermula di Ho Chi Minh City yang juga dikenali sebagai Saigon suatu masa dulu. Dengan bermodalkan tiket penerbangan sehala Airasia ke Saigon yang hanya berharga RM 52, kami memulakan langkah tanpa tiket balik.
Memang dah menjadi kelaziman gua suka membeli tiket penerbangan murah-murah dan selalunya tiket dibeli sewaktu promosi 'Free Seat' Airasia. Hanya perlu bayar kos cukai lapangan terbang sahaja oleh kerana tempat duduk adalah percuma.
Tapi promosi 'Free Seat' ini berlangsung awal 7-8 bulan sebelum tarikh perjalanan kita. Jadi kena rancang betul-betul tarikh yang sesuai. Bagi yang bekerja mungkin ada sedikit masalah, namun bagi kami yang bergelar pelajar, tiada masalah dan bebas untuk memilih !
Ok. Nak cerita pasal trip Indochina tapi dah melalut cerita pasal 'Free Seat' Airasia pulak dah. Selepas dapat tiket murah ke Saigon, baru gua merangka pulak laluan perjalanan atau route mana yang akan dipilih nanti.
Niat dalam hati sebelum ini memang nak menjelajah negara Vietnam dari selatan hingga ke utara. Dah alang-alang dekat utara Vietnam, takkan nak balik pulak ikut Hanoi. Maka, kami lintas masuk ke Laos dan Thailand dulu sebelum pulang ke Malaysia melalui jalan darat. Maka terjadilah trip Indochina 'Long Way Back' Overland ini.
|
Gambar wajib kalau kembara. Sayup-sayup kota Ho Chi Minh City di bawah. |
|
Dah nak sampai dah Saigon a.k.a Ho Chi Minh City. Sungai punya besar di bawah. |
|
Alhamdulillah. Selamat mendarat di Tan Son Nhat International Airport, Saigon. |
|
Pegawai imigresen Vietnam yang acah-acah sombong. Muka tak mau senyum langsung dengan gua ! |
|
Bagpack Deuter tiruan Vietnam kembali ke tempat asalnya. |
Jadual perjalanan kami ke ibunegara Vietnam di sebelah selatan iaitu Saigon bermula seawal pagi. Jam 6.45 pagi, kapal terbang yang kami naiki berlepas dari LCCT menuju ke bumi komunis Vietnam.
Lebih kurang 2 jam kemudian kami tiba di Tan Son Nhat International Airport, Ho Chi Minh City. Maaf kadang-kadang gua sebut Saigon dan kadang-kadang Ho Chi Minh City. Tapi keduanya-duanya merujuk kepada bandar yang sama.
Keadaan lapangan terbang HCM agak lengang. Mungkin masih awal pagi kot. Sejurus tiba di balai ketibaan, kami telah menukar sejumlah matawang Ringgit yang dibawa dari Malaysia di deretan money changer yang terdapat di Airport Saigon ni. Berlonggok pengurup wang ada dekat airport ni. Boleh pilih yang mana satu.
Tiada caj dikenakan untuk menukar duit atau matawang Ringgit kepada nilai matawang Dong Vietnam (VND) di sini. Selesai urusan penukaran duit, kami keluar dari Airport Saigon mencari bas untuk ke Jalan Pham Ngu Lao, di mana terletaknya banyak backpacker hostel dan berdekatan dengan Pasar Benh Tanh atau Benh Tanh Market yang terkenal di kalangan makcik-makcik dari Malaysia.
Untuk ke Jalan Pham Ngu Lao, anda harus menaiki bas bernombor 152 di luar Airport Saigon. Bas akan bergerak bila penumpang hampir penuh. Tambang untuk setiap orang adalah sebanyak 10, 000 Vietnam Dong. Bagi kami yang membawa backpack dikenakan sedikit caj. Lebih 2,000-3,000 VND. Mungkin bag besar kot.
Pada mulanya kami tercari-cari bas bernombor 152 ini di luar kawasan lapangan terbang Saigon. Salah satu masalah yang dihadapi adalah untuk berkomunikasi dengan masyarakat Vietnam yang kurang fasih berbahasa Inggeris. Mujur depa paham kami nak ke Pham Ngu Lao Street. Bagitahu sahaja pemandu bas anda ingin ke Benh Tanh Market, tempat di mana bas ini akan berhenti menurun dan mengambil penumpang.
Kebetulan dalam bas ada geng-geng anak dara dari Alor Setaq yang turut menuju ke destinasi yang sama. Jumpa geng utara la kita !
|
Menaiki bas mini dari Airport Saigon ke Jalan Pham Ngu Lao, di mana terletaknya Benh Tanh Market. |
|
Keadaan jalanraya sekitar Saigon. |
|
Motorsikal mendominasi bandar Saigon. |
|
Hon merupakan benda wajib di Vietnam. |
|
Tak macam Thailand, di Vietnam semua penunggang motorsikal memakai topi keledar. |
|
Gesel motor sikit-sikit tuh perkara biasa. |
|
Saigon, bandar motorsikal. |
Bas mini bernombor 152 dari Airport Saigon tadi akan berhenti betul-betul depan Ben Tanh Market berhampiran bulatan besar. Dari sini kami berjalan kaki ke Pham Ngu Lao Street. Dinasihatkan membawa peta atau bertanya pada orang tempatan untuk mengelakkan dari kesesatan oleh kerana terdapat banyak simpang-siur di sini. Di Pham Ngu Lao Street terdapat banyak hostel dan hotel untuk menginap. Oleh kerana bajet kami ciput, kami berjalan kaki mencari Ms Thu Guesthouse di celah-celah lorong berhampiran Pham Ngu Lao Street. Mula-mula memang tak jumpa oleh kerana ianya tersorok di celah-celah lorong antara bangunan. Tanya awek mini market berhampiran, tapi dia agak keliru dengan cerita kami. Dia hubungi kawan-kawan lain tanya di mana lokasi Ms Thu Guesthouse, baru jumpa lokasi yang betul, siap bawa kami depan pintu Ms Thu Guesthouse lagi. Suka sangat dengan layanan awek-awek Vietnam. Hiks ! ;-)
Ms Thu Guesthouse yang dimaksudkan rupanya seperti rumah orang, masuk melepak di depan lobi guesthouse sambil dilayan oleh Mr Thu sendiri. Katanya masih awal pagi dan kena tunggu 15 minit untuk dia siapkan bilik. Kami tak buat tempahan apa-apa sebelum itu, hanya redah sahaja ke sini. Harga bilik untuk semalam adalah sebanyak $12 USD, lengkap dengan katil kembar, bilik air di dalam, TV dan Air cond. Sementara menunggu bilik disiapkan, Ms Thu siap jamu kami dengan kopi Vietnam. Memang ramah Ms Thu ni. Sangat disyorkan bagi sesiapa yang berkunjung ke Saigon.
Sambil-sambil itu kami bertanyakan open tour bus tiket untuk ke Muine, Hoi An dan Hanoi. Dengan adanya open tour bus tiket ni, anda boleh berhenti di mana-mana destinasi di Vietnam yang anda suka sebelum menyambung perjalanan kembali dengan bas yang sama. Contohnya, di Vietnam dari selatan ke utara ada banyak bandar-bandar menarik di pesisir pantai seperti Mui Ne, Na Thrang, Hoi An, Hue dan Hanoi. Jadi anda boleh berhenti sesuka hati 2-3 hari, sebelum sambung naik bas ke tempat berikutnya. Cuma kena booking sehari awal destinasi yang dituju di pejabat bas tersebut di bandar anda singgah. Tak paham? Tak apa. Baca cerita Indochina ini dengan lebih lanjut untuk lebih pemahaman.
Kami beli tiket open tour bus ini dengan harga $40 USD seorang. Bas ini akan bergerak hingga ke Hanoi yang merupakan destinasi terakhir. Di antara Saigon dan Hanoi, kami memilih untuk berhenti di Mui Ne dan Hoi An sebelum menuju ke Hanoi. Antara syarikat open tour bus yang popular di Vietnam adalah seperti Sinhcafe. Gua tak ingat pulak nama syarikat bas yang kami naiki ni. Oleh kerana jarak dari satu tempat ke tempat lain yang jauh, setiap bas di Vietnam adalah jenis sleeping bus atau dikenali sebagai 'bus tidur' dalam bahasa Melayunya. Ada katil untuk setiap penumpang dimana penumpang boleh melunjurkan kaki untuk tidur dengan selesa. Nak tengok gambar sleeping bus kena tunggu next entry. ;-)
|
Mr Thu Guesthouse. |
|
Rules. |
|
Jessica Alba dalam bilik air woi !! |
|
$12 USD semalam. Ada TV, Aircond dan katil twin siap. |
Dah siap check in bilik, kami berehat dulu sejam dua. Tiduq dulu apa yang patut. Yang gua musykil memang tiap bilik air kat Vietnam ni ada gambar perempuan ka? Bilik air di Ms Thu Guesthouse ni ada Jessica Alba. Nak mandi pun serba salah. Haha. Petang sikit kami keluar meninjau kehidupan di kota Saigon. Jalan-jalan tengok senibina kolonial Perancis yang menjajah negara ini suatu ketika dulu. Antara tempat yang menarik untuk di lawati adalah seperti Saigon People Committee Hall, Benh Tanh Market, Post Office Saigon dan taman-taman sekitarnya. Mula-mulal haruslah jalan-jalan dalam Benh tanh Market dulu. Kawasan makcik-makcik Malaysia membeli belah. Jalan sikit dengar orang cakap Melayu. Ingatkan orang Malaysia ja cakap Melayu, orang Vietnam pun boleh cakap Melayu ! 'Bang beli kain bang" atau " masuk dulu tengok kain ". Ada yang sampai tarik-tarik tangan gua suruh masuk ke kedai dia. Maaf. Bajet pun ciput. Tak boleh la nak shopping sesuka hati. Mak gua pesan kain apa pun gua tak tahu nak beli. Rimas dengan acara tarik-menarik lengan gua yang sasa ini !
Jauh jugak kami berjalan petang tu. Maklumlah hari ni ja kami nak berjalan. Keesokan hari kami akan bergerak ke Mui Ne. Sempat lagi beli jambu untuk mengunyah sambil-sambil jalan tu. Melepak di taman-taman awam tengok aktivit petang. Jalan sedikit sesak mungkin kerana orang baru balik kerja. Nak dekat Maghrib baru sampai balik di Ms Thu Guesthouse. Mandi-mandi dan siap untuk makan malam. makan di mana? Makan di dalam guesthouse ja. Sebenarnya ada banyak restoran makanan halal di Saigon ni, tapi kami tak sempat pergi pun. Nak jimat sikit, kena masak sendiri lah. Menu ringkas kami malam tu adalah sardin, telur dan kicap. Memang selera betul setelah seharian tak makan nasi. Baru rasa nikmat dapat makan nasi di negara asing. Masak pakai apa? Kami bawa mestin, dapur kecil camping (camping stove) dan 2-3 tin butane untuk memasak. Barang mentah seperti sardin dan beras kami bawa dari Malaysia. Yang masalah sebenarnya nak cari telur kat Vietnam. Gua tanya telur, lain pulak yang dia baginya. Akhir sekali dapat jugak gua beli kat makcik jual pancake tepi jalan telur 10 biji.
|
Bahagi dengan 7000 dapat la nilai duit ringgit Malaysia. |
|
T-Shirt dan singlet di jalanan. |
|
Cermin mata. |
|
Mana-mana pun memang banyak buah-buahan kandar ni. |
|
Origami ke bahasanya ni ? betulkan gua kalau salah. |
|
Air kelapa Saigon. Bagus ! |
|
Singlet Saigon lagi. Mat saleh minat la jenis begini. |
|
No plat Vietnam. |
|
Bandar Saigon yang bersih dan indah. Setiap kawasan ada tukang sapu yang berpakaian begini. |
|
Benh Tanh Market. |
|
Saigon People's Committee Hall. Senibina kolonial Perancis yang masih terpelihara. |
|
Duong bermaksud jalan. Dong Khoi nama jalan. |
|
Pejabat pos besar Saigon. Masih mengekalkan senibina kolonial. |
|
Bahagian dalaman Saigon Post Office |
|
Polis ada banyak polis. Yang baju hijau ni polis pelancong kalau tak silap. |
|
Ok. Tak paham langsung. |
|
Melepak di taman sambil memerhatikan susana petang. |
|
Petang-petang orang Vietnam memang suka beriadah. |
|
Vietnam Reunification Palace a.k.a Independence Palace. |
|
Jambu merah jambu. |
|
Kat Saigon pun wayar berselirat sama seperti di Thailand. |
|
Akak jual jagung yang pemalu. |
|
Tiap-tiap petang, taman mesti penuh dengan aktiviti riadah masyarakat setempat di Saigon. |
|
Badminton 3 sebelah. Pernah nampak orang Vietnam gemuk? Tak ada kan. |
|
Menu makan malam kami. |
|
Saigon di waktu malam. |
|
Taman di malam hari. |
|
Asal melepak je mesti didekati dengan ayat " Sir, you want a girl? See first. It's ok if you don't want. " |
Lepas makan, kami berjalan lagi. Di belakang kawasan Pham Ngu Lao Street ni rupanaya ada suatu kawasan penuh dengan mat saleh melepak minum. Gua tak pati apa nama kawasan tu. Kelab malam pun banyak yang hidup di kawasan ni. Kami juga berjalan ke Saigon Night Market. Makcik Malaysia memang sangat biasa dah jumpa di Saigon ni. Ada yang cakap Kelantan. Oleh kerana gua tak shopping apa-apa, jadi tak ada tips apa pun nak dicerita. Asal berjalan je mesti didekati pemuda-pemuda tempatan bertanyakan nak urut ke, nak tu ke nak ini ke. Gua kira malam tu tak kurang dari 10 orang menghampiri gua tanya benda yang sama. Yang peliknya awat tanya gua seorang ja, member gua si Izz yang jalan depan gua tak mau pulak depa tanya. Nampak
desperate sangat ka gua ni ? Si Izz duk tersengih-sengih. Tak cukup dengan di jalanan, balik buka wechat pun ada lagi. Pui !
Bersambung ke
Indochina 'Long Way Back' Overland Project | Part 2 : Mui Ne (Day 1)
// Catatan Travelog Indochina 'Long Way Back' Overland Project //
Uik lepas plak hang bawak butane nk flight,hang buh celah mana?
BalasPadamLepas ja, buh dalam bag ja macam biasa. Mula-mula pikir jugak takut tak lepas bawa butane ni, tapi layan ja lah. Haha.
Padamhaha!! muka hazwan nampak banyak bawak duit kot... terfikir pulak kalau saya yang jalan sorang kat sana diaorang akan offer tak laki-laki tempatan..:)
BalasPadamHaha. Pakai selipar jepun pusing Saigon malam-malam pun kena kacau. Kalau perempuan tak berani nak cakap. Ada jugak kot. Hiks ;-)
Padamgiler arr lepas bwk butane naik flight, tu bukan kategori aerosol bhn dilarang ke? hehe tu wat naik cabin ke check in bag?
BalasPadamMauk 2-3 tin butane jugak lah dalam bag, check in bagasi :)
Padamkt sana xde jual ke susah nk cari? saigon lubuk outdoor msti senang n cari kan...
PadamTak nampak pulak ada jual butane. Kalau nak tanya pun depa tak faham :)
Padamhaha part bawak butane yg takleh blah tu.ak memang tak lepas la sebab bag selalu naik cabin je...terbaek;p
BalasPadamHaha. Kalau ikut memang nak bawa naik kabin, tapi beg berat penuh dengan makanan dalam tin. Terpaksa ambik bagasi.
PadamEh mmemang vietnam pakai both usd dgn dong ke?
BalasPadamYup. Dua-dua matawang USD & Vietnam Dong digunakan secara meluas di Vietnam.
PadamKalau melibatkan urusniaga yang lebih kecil guna Dong.