Sambungan dari
180 Hours Trans Borneo : Kundasang - Ranau
السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Dari pekan kecil Kundasang, gua terus membelah banjaran Crocker melalui jalan bergunung-ganang dan berbengkang-bengkok menuju ke Kota Belud. Mengikut cerita pakcik Ginus, katanya ada jalan
bypass atau
shortcut untuk ke Kota Belud dari Kundasang. Kalau tidak kita perlu melalui Tamparuli atau Tuaran dulu. Dengan ada jalan baru ni, jarak dan masa dapat disingkatkan untuk ke Kota Belud.
Kata Pakcik Ginus, persimpangan jalan bypass ke Kota Belud berhampiran dengan kedai menjual 'Sinalau Bakas' iaitu warung yang menjual babi hutan panggang. Kalau tak perasan betul-betul boleh terlepas pandang. Ya, gua tahu tempat tu. Semalam sewaktu dari Kota Kinabalu ke Kundasang, dekat kedai inilah gua singgah berehat. Jikalau dari Kundasang kita akan nampak simpang ke kanan. Ada papan tanda tertulis 'Kota Belud' kalau tak salah gua.
Tapi yang mencabarnya, jalan
bypass Kota Belud yang dilalui ni agak sunyi pada awalnya oleh kerana hutan di kiri kanan jalan. Jarang-jarang juga ada kenderaan yang melaluinya. Gua sampai di persimpangan jalan
bypass Kundasang ke Kota Belud pun sudah hampir masuk waktu Maghrib.
Kebetulan pula ada kedai runcit kecil di simpang tersebut. Gua cuba tanya-tanya makcik yang duduk bersembang di situ, adakah ini jalan yang betul untuk ke Kudat. Setelah mendapat kepastian gua mengikuti jalan yang betul, gua meneruskan perjalanan menyusuri jalan yang ditunjukkan makcik tadi.
Eh betul ke jumpa 'makcik' tadi ?
Suasana jalan
bypass ini di waktu senja agak lengang. Mungkin kurang penduduk di kawasan ini. Agak menyeramkan jugak ikut jalan bypass Kundasang - Kota Belud ni. Lebih-lebih lagi waktu Maghrib. Hutan di kiri kanan jalan, ditambah pula rumah orang tak kelihatan langsung. Sampai di suatu kawasan baru nampak ada kawasan yang berpenduduk. Tapi rumah jauh-jauh antara satu sama lain. Hari semakin gelap.
Gua berharap tak ada apa-apa masalah yang berlaku. Harapan gua waktu naik motor tu tiada adegan tayar pancit sewaktu melintasi kawasan hutan tebal yang menyeramkan ini. Jenuh nak cari orang minta tolong.
|
Jalan Kundasang - Tamparuli yang diselubungi kabus tebal di petang hari. |
|
Jarak penglihatan agak terbatas bila kabus menyelubungi jalan Kundasang ini. |
|
Kabus petang jalan menurun dari Kundasang ke Tamparuli yang cukup dingin. Berhenti sekejap minum air. |
|
World's highesr via Ferrata Gunung Kinabalu. Ingat nak bergambar di sini. Tapi kawasan sekitar dalam pembinaan. |
|
Persimpangan Jalan Bypass Kundasang - Kota Belud. Ada kedai makcik dekat tepi simpang ni. |
|
Jalan Kundasang - Kota Belud yang seram lagi sunyi dikelilingi hutan tebal. |
Alhamdulillah, tiada apa-apa yag berlaku sepanjang perjalanan dengan motorsikal Demak ini. Gua gigihkan jugak untuk terus menunggang tanpa henti sehingga ke Kota Belud. Gua sampai di pekan Kota Belud hampir waktu Isyak. Perut pun dah lapar. Cari makan dulu.
Gua singgah di Restoran KFC Kota Belud untuk menjamu selera. Selesai makan, gua terus mengisi minyak motorsikal di stesen minyak berdekatan. Tak boleh lama-lama kerana perjalanan masih jauh untuk ke pekan Kudat. Gua berhenti sekejap di Masjid Kota Belud untuk menunaikan solat jamak dan kemudian meneruskan perjalanan di dalam kegelapan malam menuju ke Kudat.
Laluan berikutnya adalah dari Kota Belud ke Kota Marudu. Lepas Isyak, baru gua bersiap-siap bergerak membelah kegelapan malam. Hanya doa dan tawakal menjadi peneman sepanjang kembara bermotosikal solo di bumi Borneo ini. Tiada kawan-kawan di sana mahupun keluarga. Gua percaya, semuanya yang berlaku atas izin Allah. Kalau dia izinkan maka sampailah kita ke destinasi yang dituju. Kalau tidak, mungkin dia ada perancangan yang lebih baik.
Perancangan Allah, perancangan manusia. Perancangan Allah yang terbaik.
Sepanjang perjalanan dari Kota Belud ke Kota Marudu malam tersebut, yang gua perasan melalui perkampungan berhampiran sawah-sawah padi. Walaupun dalam samar-samar gelap malam, suasana malam di persekitaran Kota Belud agak menarik. Gua lebih tertarik dengan senibina dan bentuk rumah masyarakat di sini.
Gua suka tengok rumah-rumah penduduk Kota Belud yang unik. Rumah kampung di Kota Belud ini kebanyakkannya adalah jenis rumah dua tingkat dengan ada ruang di bahagian bawah rumah untuk meletakkan kenderaan. Setiap rumah dibina tinggi, jadinya ada tiang-tiang besar yang terpacak di atas tanah. Macam rumah kampung dulu-dulu. Kalau di Kedah, rumah tokwan gua dulu bentuk macam inilah. Tapi sekarang dah pupus ditelan zaman bila rumah batu mendominasi.
Tak sempat gua nak ambil gambar rumah orang Kota Belud buat tatapan kerana sedikit mengejar masa. Sesetengah tempat ada kawasan yang betul-betul sunyi dan betul -betul gelap sepanjang perjalanan. Naik bukit-turun bukit, sampailah gua ke Kota Marudu lebih kurang jam 11.00 malam.
|
Selamat tiba di Kota Belud. Singgah makan dulu sebelum bergerak ke Kota Marudu. |
Sampai di Kota Marudu, kebanyakkan kedai sudah pun ditutup kerana dah lewat malam. Kita rasa pukul 11.0 malam di Semenanjung macam awal, padahal di Sabah pukul 4.00 lebih dah masuk waktu Subuh.
Mujur ada sebuah kedai mamak dan kedai runcit yang masih beroperasi. Gua singgah sekejap membeli air minuman sambil-sambil tanya pakcik kedai jalan ke Kudat. Pakcik kedai terkejut gua kata nak ke Kudat malam-malam buta ni.
Dia nasihatkan gua tidur di Kota Marudu dulu, dan esok pagi baru bergerak ke Kudat. Gua tanya bahaya ke jalan untuk ke sana, katanya tak bahaya, cuma jalan yang gelap dan tak ada pekan lain sepanjang perjalanan ke Kudat dari Kota Marudu ini.
Gua tabahkan hati jugak untuk meneruskan perjalanan dalam gelap seorang diri ke Kudat larut malam ini. Layan sahajalah. Betul cakap pakcik tu. Memang seram jugak jalan dia waktu malam ni. Kereta jarang jarang ada. Memang gua seorang la yang layan naik motor malam-malam buta ni.
|
Kedai runcit Kota Marudu. |
Gua sampai di pekan Kudat lebih kurang jam 12.15 malam. Tak tahu nak ke mana, sedar-sedar ada di hadapan laut berhampiran Esplanade Sidek. Ada medan selera di kawasan sekitar. Ada pakcik tengah layan karaoke lagu klasik di salah satu gerai. Gua pun berhentikan motor dan melepak pekena teh tarik setelah mengharungi 5 jam perjalanan dari Kundasang sejak petang tadi. Nak cari hotel pun dah lewat, nak tidur pun tak berapa jam dah sebab esok pagi gua nak ke Tanjung Simpang Mengayau. Esok jugaklah perjalanan gua balik dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada sebelah petang. Maksudnya gua kena sampai balik di Kota Kinabalu sebelum pukul 5.00 petang.
Gerai gua melepak minum teh tarik pun dah nak tutup, jadi gua beransur mencari kedai mamak untuk melepak duduk menunggu waktu Subuh. Gua meronda sekitar kawasan pekan Kudat, ada la satu kedai yang dibuka 24 jam. Gua ambil keputusan untuk melepak di Restoran Rakyat ini. Pekena bakso dulu sebelum mengemaskini catatan perjalanan. Gua cuba melelapkan mata tapi tak dapat, nyamuk pun banyak jugak. Sampai ke pagi gua berjaga di kedai makan ini dan bergerak Masjid Kudat masuk waktu Subuh
|
Selamat tiba di pekan Kudat. |
|
Sampai-sampai terus melepak Esplanade Sidek di Kudat. |
|
Masjid Besar Kudat. |
Selesai Solat Subuh, gua menuju ke stesen minyak Petronas berdekatan untuk mengisi minyak. Dari situ gua menuju pulak ke Esplanade Sidek tempat gua melepak semalam yang terletak berhampiran laut. Ada restoran terapung dan bot-bot nelayan yang berlabuh. Gua meronda kawasan sekitar melihat kehidupan pagi di sini. Ada beberapa bot-bot yang mula meninggalkan jeti untuk ke lautan lepas. Matahari mula menampakkan cahayanya. Masing-masing dengan arah hidup sendiri.
Tak lama lepas itu, gua menyusuri tepi laut melihat aktiviti memancing. Ada 2-3 orang sedang tekun memancing berhampiran Esplanade Sidek ni. Gua perhati je dari jauh. Indahnya pemandangan waktu pagi di pekan Kudat, pekan terhujung di utara pulau Borneo ini. Tercapai jugak cita-cita gua nak menjejakkan kaki di sini.
|
Fajar menyinsing di bumi Kudat. |
|
Anak anjing hitam yang takut-takut. |
Gua tak menunggu lama, gua bersama motorsikal Demak C90 terus menuju ke Simpang Tanjung Mengayau, tempat yang mesti dijejaki dan dicapai pada hari ini. Simpang Tanjung Mengayau adalah tanah terhujung di utara Pulau Borneo yang menghadap lautan Sulu dan Laut China Selatan. Dari pekan Kudat mengambil masa lebih kurang sejam perjalanan menuju ke Simpang Tanjung Mengayau ini. Jalan kadang-kadang ada yang tak berapa elok, dan ada yang bertar. Ambil masa sikit lah nak tiba di sini.
Gua suka suasana jalan kampung kat sini. Dengan pokok kelapanya, dengan suasana angin pantainya. Cuaca pun kebetulan redup tak berapa panas. Memang enjoy menunggang motorsikal ke Simpang Tanjung Mengayau ni. Ada banyak simpang yang menunjukkan jalan ke Simpang Tanjung Mengayau. Ikut je papan tanda arah, tak lama sampai lah ke kawasan kampung dan kemudian ke jalan pesisir pantai berhampiran Simpang Tanjung Mengayau.
Dekat dengan Simpang Tanjung Mengayau ada jugak gua tengok papan tanda tertulis Pantai Bak-Bak, tapi gua tak pasti apa yang ada di situ. Kalau ikut hati memang nak teroka satu kawasan Kudat ni, tapi masa tak mengizinkan. Cuma sempat melawat Simpang Tanjung Mengayau dan pantai bersebelahannya sahaja.
|
Dari bandar Kudat, masuk simpang dan akan jumpa papan tanda arah ke Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Jalan menuju ke Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Dah nak hampir sampai ke Tanjung Simpang Mengayau. Gua suka suasana kampung di sini. |
|
Solo ride to Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Orang kampung sekitar. |
|
Sampai pun di Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Pantai di Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Indah pemandangan. |
|
Menghadap laut. |
|
Tanjung Simpang Mengayau yang sunyi pada waktu pagi. |
|
Batu tanda Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Langit nan biru. |
|
Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Jalur Gemilang berkibar megah. |
|
The Tip of Borneo ; Tanah terhujung pulau Borneo.. |
|
Batu tanda Tanjung Simpang Mengayau, The Tip of Borneo. |
|
Pemandangan indah menghadap laut di Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Pertembungan Laut Sulu dan Laut China Selatan di Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Boleh berjalan kaki ke hujung batu sebelah sana kalau berani di Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Ada pulau kecil. Ada tertulis info di Tanjung Simpang Mengayau. Tak ingat pulak nama dia. |
|
Laluan ke restoran dan chalet Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Chalet dan restoran di Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Pemandangan dari restoran Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Chalet Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Restoran Tanjung Simpang Mengayau. |
|
Pantai yang putih dan bersih di Tanjung Simpang Mengayau. |
Gua sempat menyinggah di pantai Tanjung Simpang Mengayau sebelum balik semula ke Kota Kinabalu. Memang bersih dan putih pantainya. Tak ada orang sepanjang gua berada di sini melainkan di Tanjung Simpang Mengayau. Takkan pukul 9.00 pagi tak bangun tidur lagi kot. Sempat la melaram bersama motorsikal Demak C90 yang telah membawa gua ke sini. Lebih kurang 9.30, gua keluar dari Tanjung Simpang Mengayau menuju kembali Kota Kinabalu. Perjalanan agak jauh, lebih kurang 170 KM. Terpaksa melalui Kota Marudu dan Kota Belud sama seperti hari semalam. Siang-siang baru nampak apa yang dilalui malam tadi. Kebun sawit di kiri kanan jalan dari Kudat menuju ke Kota Marudu. Gua menyinggah sekejap di pekan Matunggong, ada pasar pagi di sini. Kelihatan makcik-makcik kaum Rungus asli berada di pasar membeli barang keperluan harian. Gua hanya membeli Nescafe buat bekalan. Naik motor pun rasa terhuyung-hayang oleh kerana tak tidur dari semalam.
Sampai di Kota Marudu, gua lepak sekejap di sebuah restoran mamak untuk makan tengahari. Gua ambil keputusan untuk tidur sekejap di surau restoran tersebut. Memang tak tahan sangat mengantuknya. Sedar-sedar dah pukul 1.00 tengahari. Bergegas gua beredar dari Kota Marudu ke Kota Belud. Kena kejar masa sebab penerbangan pulang gua dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur jam 6.50 petang. Jarak perjalanan dari Kota Marudu ke Kota Belud lebih kurang sejam perjalanan. Tunggangan santai 60 KM/J sahaja sambil menikmati pemandangan negeri Sabah. Kalau laju memang meraung motor ni.
|
Masjid Kota Belud. |
Gua sampai di Kota Belud pun dah hampir jam 3.00 petang. Gua berhenti Solat Jamak dahulu di Masjid Kota Belud, juga tempat yang sama gu berhenti sembahyang Isyak malam sebelum itu. Langit gua tengok dah gelap, ada tanda-tanda nak hujan. Cepat-cepat gua keluarkan raincover untuk menutup bag bagi mengelakkan kebasahan. Baju hujan pun tak bawa, yang hanya ada jaket sweater. Pakai je lah. Gua meneruskan perjalanan menuju ke Tuaran. Tak sampai 15 minit, hujan turun di pertengahan jalan. Apa-apa pun gua kena redah jugak walaupun dalam hujan lebat kerana masa suntuk sangat. Habis lencun satu badan bila tiba di stesen minyak Petronas Tuaran. Basah pun basahlah janji sempat pulangkan motorsikal Demak ni di Wisma Sabah sebelum pukul 5.00 petang.
Dengan gigihnya, gua selamba meredah hujan yang tidak berpenghujung dari Tuaran hingga ke Kota Kinabalu. Rupanya hujan lagi lebat kat sebelah Kota KInabalu ni, habis ranting pokok kayu bertebaran atas jalan. Ditambah dengan angin kuat pulak tu. Gua sampai di Kota Kinabalu lebih kurang jam 4.15 petang, dalam keadaan hujan lebat. Gua parking motor di luar Wisma Sabah dan terus ke pejabat GoGo Sabah tempat gua menyewa motor untuk memulangkan kunci dan mengambil deposit balik. Mengikut perjanjian sebelum ni, gua patut pulangkan motor jam 1.00 petang, dan setiap jam yang lebih kena tambah RM 5.00. Tapi disebabkan faktor cuaca, gua tak kena caj tambahan tu. Dia pun faham alasan hujan lebat.
|
Jalan Kota Marudu ke Kota Belud. Melalui kawasan kampung. |
|
Lembu. |
|
Tutup beg dengan raincover sebelum meredah hujan. |
|
Lencun. |
Gua pinjam tandas di Wisma Sabah untuk urusan tukar pakaian yang lencun akibat hujan lebat tadi. Staf GoGo Sabah memang baik-baik belaka. Senang diajak berbual dan ramah walaupun mereka pada mualanya agak kekok dengan pertanyaan gua. Mereka terkejut bila gua kata gua dah sampai ke Kundasang dan Kudat dalam masa 48 jam ini dengan motorsikal Demak tu. "Boleh ka?" Tanya mereka. Gua tersengih je. Gua cerita gua naik motor ke Kudat dari Kundasang malam semalam. Geleng kepala mereka sambil tersenyum. Berminat mereka dengar cerita gua. Ada yang tak pernah sampai pun ke tempat gua pergi sebelum ni.
Jam 5.00 petang, gua beredar dari Wisma Sabah menuju ke tempat menunggu bas untuk ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu yang terletak berhampiran Masjid Bandar Kota Kinabalu. Ada banyak van-van angkut dan teksi di situ. Perkhidmatan bas dari bandar Kota Kinabalu ke Airport Kota Kinabalu ini baru saja beroperasi rasanya. Dulu masa gua datang ke Kota Kinabalu tak ada lagi. Bas ini memang khusus beroperasi di antara Airport Kota Kinabalu dan bandar Kota Kinabalu setiap sejam sekali. Masa gua pergi bas baru sahaja bergerak. Kena tunggu pukul 6.00 petang pulak baru ada. Tak boleh jadi ni, lewat sangat dah ni. Gua tahan teksi dan terus ke Airport Kota Kinabalu. Tambang asal biasanya RM30. Nego baik-baik dapat la RM 20 sahaja. Kalau naik bas kurang dari RM 5.00. Jimat lagi. Keadaan terdesak, nak buat macam mana.
Dalam keadaan hujan ditambah pulak jem orang balik kerja, gua tiba di Airport lebih kurang pukul 6.00 petang. Kiranya sempat lah masuk ke dewan pelepasan dengan tenang. Fuh memang ramai orang waktu tu, cuti sekolah punya pasal. Gua meninggalkan Borneo dengan seribu satu kenangan. Semalam di Kundasang, pagi tadi di Kudat dan petang ini di Kota Kinabalu menunggu penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Borneo, bumi bertuah, rakyatnya ramah. Semoga diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki lagi di sini.
Tamat.
* Kos perbelanjaan dalam entry seterusnya.
// Catatan Travelogue 180 Hours Trans Borneo //
respek....
BalasPadambro..u ni betul2 kuat semangat..org sini sendiri tak berani buat mcm tu...
BalasPadamHai !
PadamSaja nak cuba-cuba.
Boleh saya tahu kenapa orang tempatan tak berani buat ? Ada kes ke ?
Lu berani bro... mmlm kota belud kudat mmg tempat keras terutama kota belud
BalasPadamOh baru tahu pasal tu. Syukur tak ada apa-apa terjadi malam tu di Kota Belud.
Padamehhhh....sy org kota belud
BalasPadammana ada keras
back in 60-early80's mungkin
dengan segala amalan pagan
no worry
org kota belud peramah
baik atau jahat itu dimana2 muka bumi pun wujud
Hai orang Kota Belud !
PadamMacam macam pendapat orang, tapi malam masa saya lalu tak ada apa yang perlu ditakutkan. Kampung di kiri kanan jalan.
Betul. Suka keramahan orang Sabah. Orang baik dan jahat ada di mana-mana.
Nak tanya condition jalan bypass kota belud ke kundasang? Oke ke? Jalan berturap or gravel?
BalasPadamJalan bypass Kota Belud ke Kundasang jalan cantik, semuanya berturap. Lalu kawasan kampung kampung sikit.
PadamBro.. serius saya pun respek sangat.. Terasa macam nak dengar sendiri pengalaman u..
BalasPadamSepanjang baca entry ini "wowwwwwww" jerlah yang keluar.. Alhamdullilah perjalanan pergi dan balik selamat..
Terima kasih keran sudi baca blog Budak Letrik. Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan pergi dan pulang.
Padamrespect. Ternganga sekejap.hehehe.. Nk tnya pasl camera yg awak guna utk ambik gmbr & editor.. awak guna sjcam 4000 ke?? sbb cantik sngt gmbr2 awak.. & edit guna apa ye?hehehe.
BalasPadamTerima kasih !
PadamSaya guna kamera telefon Lenovo ja waktu tu. SJ4000 takda lagi. Cuma edit sikit guna software Photoscape lepastu. Huhu
Mmg best bro, kamu punya perjalanan.. Saya pernah drive kereta dr kota belud ke simpang ke kundasang, mmg cantik pemandangan nya, nampak keindahan belakang gunung kinabalu.. Kalau mlm mmg x berania sbb, kwsn gelap.. Apa2 pun catatan kamu mmg best!
BalasPadam-sabahan-😄😄😄
Terima kasih Fazilah.
PadamYa, rindu lagi nak jelajah Sabah. Tempat di sana cantik-cantik belaka. Tak tahu nak menagis ke apa bila dapat duduk tengok pemandangan Gunung Kinabalu walaupun hanya dari bawah.
Bukan je tempat cantik, orang-orang Sabah pun baik dan cantik semuanya. Haha.
Dari permulaan entry saya tak boleh stop nak baca. Hanya mampu cakap "Lu memang berani la bro" serius kagum! terutama yang sanggup redah dalam keadaan gelap gelita meredah waktu malam dengan hanya menaiki motosikal.Tak semua orang mempunyai jiwa kental macam tu dan gambar-gambar tu semua memukau pandangan sehingga buat saya rasa teringin nak berkunjung ke sana suatu hari nanti. In Sha Allah kalau di izinkan. Inilah perbezaan antara vacation dengan traveling..hehe.. gua tabik sama lu bro! Respect!
BalasPadamTerima kasih sudi baca. Lebih kepada entry syok sendiri je ni. Huhu.
PadamHi bos, punya berani..haha..syukur selamat sampi..nak tya berapa jam perjalann dr kundasang pergi simpang mengayau?. sbb plan pergi on december ni..
BalasPadamDari Kundasang sampai Simpang Mengayau kalau naik motor secara puratanya ambik masa dalam 5 jam. Kalau naik kereta saya rasa dalam 4 jam dah boleh sampai kalau tak berhenti langsung !
Padam