Iklan

05 Mei 2014

180 Hours Trans Borneo Backpacking : Jalan-Jalan Kota Kinabalu


السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Gua keluar dari hostel selepas meletakkan beg di dalam dorm Borneo Gaya Lodge. Agenda hari ni adalah untuk menyiapkan kerja gua yang tertangguh. Laptop turut di bawa sekali untuk menyiapkan tugasan. Di mana untuk bertapa menyiapkan kerja tak pasti lagi. Gua mengikut sahaja ke mana kaki ini melangkah. 

Duit di dalam dompet semakin menipis. Yang tinggal saki baki Brunei Dolar yang lepas. Lebih kurang $30 BD masih lagi bersama gua. Gua mencari tempat yang sesuai untuk membuat tukaran wang Brunei ini kepada Ringgit Malaysia. 

Brader receptionist Borneo Gaya Lodge menyarankan supaya membuat tukaran wang di Wisma Merdeka, tidak jauh dari Jalan Gaya. Wisma Merdeka merupakan salah satu tempat membeli-belah di Kota Kinabalu ini. Ada bermacam-macam kedai di dalamnya. Restoran makanan segera pun ada. Pengurup wang berlesen jugak banyak di sini. 

Gua menukarkan duit Dolar Brunei kepada Ringgit Malaysia di salah satu pengurup wang yang menawarkan kadar yang terbaik. Tak ingat berapa kadarnya, tetapi antara yang terbaik di antara semua. (Nota kaki : $1 BD = RM 2.60)

Di hadapan Wisma Merdeka terdapat pesisir laut yang membiru. Waktu petang tempat ini memang menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar dan bersiar-siar. Terletak di pesisir Jalan Tun Fuad Stephen, terdapat kawasan di mana anda boleh melihat bot-bot kecil yang berulang-alik membawa pelancong ke pulau-pulau kecil sekitar Taman Negara Tunku Abdul Rahman, antaranya seperti Pulau Manukan

Dari sini jugak kelihatan kelibat Pulau Gaya di hadapan, antara pulau yang terbesar dan menjadi tempat tinggal sesetengah nelayan. Bayu laut yang menghembus sangat mengasyikkan. Kerusi-kerusi santai disediakan di sepanjang jalan menghadap pantai. Gua melepak sekejap di sini sambil memerhatikan kerenah manusia yang pelbagai sambil menghidup udara laut yang segar.

Laut yang membiru di hadapan Wisma Merdeka.

Pulau Gaya.

Bot yang membawa penumpang turun di sini.

Dilarang memancing.









Tengok-tengok suasana laut yang membiru, perut pulak terasa lapar. Tak tahu nak makan di mana pulak hari ini. Berdekatan Wisma Merdeka, ada satu pusat membeli-belah baru bernama Suria Sabah. Dekat saja dengan Jesselton Point. Gua saja meronda mencari makan di situ. Nak tengok apa yang ada di dalam. Rupanya memang ada tempat makan yang menarik di tingkat atas ! Ada foodcourt yang menghadap laut !. Pengunjung boleh menikmati hidangan sambil melihat panorama menarik. Kelihatan dari tempat makan Suria Sabah ini Jesselton Point dan Pulau Gaya. Selama ni tak tahu pun ada tempat makan yang menarik begini di Kota Kinabalu. Ada pelbagai makanan yang boleh dicuba di foodcourt Suria Sabah ini. Gua menikmati hidangan nasi campur sambil menikmati angin laut. Memang layan ! Sangat dicadangkan bagi pengunjung yang berkunjung ke Kota Kinabalu.

Boleh lihat bot-bot berlabuh dari sini.

Bot polis.

Ada pengunjung yang ambil angin saja di sini.




Jesselton Point 

Boleh nampak Pulau Gaya dari Foodcourt Suria Sabah ni.







Kalau boleh nak lepak lama-lama kat sini.

Bot peronda polis.

Jeti Jesselton Point di depan sana.

Ruang makan Foodcourt Suria Sabah.
Di Suria Sabah ini juga lengkap dengan segala kemudahan. Tandas yang bersih dan surau yang sedikit kecil di tempat parking. Di tingkat atas sekali ada Golden Screen Cinema (GSC). Tak nampak begitu padat dengan kedai di Suria Sabah ini. Mungkin masih baru lagi. Gua saja meronda keseluruhan komples membeli-belah ini. Nak cari port yang sesuai untuk menyiapkan tugasan. Tak ada pulak KFC atau McDonalds di sini. ternampak pulak poster filem Need For Speed yang baru ditayangkan beberapa hari. Hati membuak-buak tiba-tiba nak menonton filem ini. Kenapa tidak kan? Terus tiba-tiba tiket Need For Speed untuk seorang berada dalam genggaman tangan. Layan cerita dululah ! Haha.

Gua pun tak tahu macam mana gua boleh terjebak nak tengok wayang sorang-sorang. Tapi layan jugaklah cerita Need For Speed ni. Keluar dari wayang sedar-sedar dah dekat pukul 5 petang rupanya. Gua keluar dari Suria Sabah menuju ke Jalan Tun Fuad Stephen. Petang memang ramai dengan pelancong di tepi laut ni. Macam macam gaya ada. Gua berjalan menyusuri pesisir laut hingga ke warung makanan laut di tepi Pasar Besar Kota Kinabalu. Di sini terdapat banyak khemah yang menempatkan warung yang menyajikan pelbagai menu makanan laut. Lebih kurang macam pasar malam Sinsuran. Ikan bakar ada, nak masakan panas ada dan macam-macam lagilah. Gua singgah di salah satu warung untuk pekena ABC. Betul betul tepi laut tempat bot nelayan melabuhkan bot mereka. 



Bulatan yang ada ikan todak besar.

Suasana petang di pesisir pantai Kota Kinabalu.

Bot bot kecil yang meredah lautan.



Bot bot nelayan yang berlabuh.


Khemah yang menempatkan warung-warung kecil.

Memang ramai kawasan ini pada sebelah petang hingga larut malam.

ABC yang ada buah-buahan dan makaroni di dalamnya.

Mat saleh layan ikan bakar.



Semua jenis bakar.


Pilihan ikan segar.

Kepak ayam bakar.

Pilih yang mana berkenan di hati.

Udang.

Ikan yang telah siap dibakar.












Senja di Kota Kinabalu.












Bot yang membawa penumpang pulang ke Pulau Gaya.


Tempat pendaratan ikan.


Jumpa geng.

Pasar Filipina Kota Kinabalu. Nak beli ikan terubuk banyak la dijual di sini.

Jam menunjukkan jam 6 petang. Mengah perut setelah kena ABC, azan Maghrib berkumandang secara kebetulan. Ada surau kecil berhampiran Pasar Malam Sinsuran. Gua sempat berjemaah di sana. Sebelum itu gua menyusuri laluan belakang Pasar Besar Kota Kinabalu. Ada tempat menaiki bot di belakang ini. Kebanyakan penduduk tempatan yang menetap di Pulau Gaya menunggu bot untuk pulang. Ada tempat pendaratan ikan yang dipenuhi dengan tong-tong kecil. Pada masa yang sama, suasana matahari terbenam sangat menginsafkan. Kelihatan bot-bot kecil membelah ombak menuju ke destinasi masing-masing. Masyaallah indahnya pemandangan.

Malam itu gua bertapa di KFC Jalan Bandaran menyiapkan kerja yang tertunggak. Wifi ada, punca kuasa pun ada. Gua melepak hingga hampir jam 3 pagi di sana. Siap kerja gua melilau lagi seorang diri melintasi Kampung Ayer. Tiba-tiba ada suara dari belakang. "Bang, mau main bang ? RM50 sahaja". Gua menoleh. Rupanya gua dah masuk lorong yang salah. Gua menepis kemudian berjalan laju meninggalkan suara tadi. Kedengaran lagi suara tadi " Bang, berhenti la sekejap cakap elok-elok. RM50 je" . Tak boleh jadi ni, gua kena keluar dari kawasan ni dengan segera. Dah la gua seorang, sat lagi keluar pulak geng dia tak ke naya. Gua tak endah dah apa dia cakap. Gua pernah baca kes ni kat Facebook. Cerita RM50 ni jugaklah. Gua berjalan laju melepasi kawasan tersebut. Alhamdulillah la tak apa yang berlaku. Haha


6 ulasan:

  1. i really miss my day in Kota Kinabalu...

    BalasPadam
  2. untuk yang muslim berhati bila makan di foodcourt suria ya
    pernah bump with operatornya, dan bukan muslim
    maaf cakap even tukang masak dan pekerjanya pun bukan muslim
    (ada yang bertudung, tapi maaf juga sy ragui statusnya, bukan tipikal bumiputra sabah)

    dan last time sy pegi, ianya tanpa pemisah dengan operator non halal yang lain


    and other one di 1B
    overheard with korean tourist about the "thing" they serve in their menu
    mytwocents

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas info yang sangat berguna ni !

      Tak tahu pulak ada kes di Suria Sabah ni. Pelancong Korea tu jumpa apa ? Nak tahu jugak.

      Padam
  3. korean tourist askin the waiter either those foodstall ada jual menu with fork or not...and the answer is yes
    apa nak expect kalau answer da ya
    dapur pun satu tu je la kedai tu guna

    untuk lebih selamat sebaiknya kunjungi kedai melayu or india or fast food
    cuma jika tidak begitu rigid mengenai sumber makanan or main percaya n tawakal saja, itu terpulang...
    nawaitu setakat mengingatkan ..no harm on me :-)

    yati@nuer

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...