Iklan

29 Mei 2014

180 Hours Trans Borneo Backpacking | Bajet Keseluruhan

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Alhamdulillah.

Semua yang berlaku dengan izin dan ketetapan Allah. Syukur dengan segala nikmat kesihatan dan urusan perjalanan yang dipermudahkan Allah s.w.t.

Dapat jugak gua menamatkan perjalanan pengembaraan (backpacking + bikepacking) solo merentasi bumi Borneo bermula dari negara Brunei Darussalam sehingga ke penghujung tanah Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat.

Bermacam-macam pengalaman dan ragam gua dapat jumpa sepanjang lapan hari perjalanan menggunakan pengangkutan awam dan motorsikal ini. Kebanyakan penduduk dan juga orang tempatan yang gua jumpa sepanjang perjalanan di Borneo ni banyak membantu dari segi logistik dan ramah-ramah belaka. Tak susah kalau nak cari sesuatu lokasi tu. Dipermudahkan urusan.

Tidak sukar untuk berkomunikasi dengan penduduk bumi Brunei dan Sabah memandangkan mereka juga menggunakan bahasa yang sama seperti kita di semenanjung. Motorsikal jenama Demak yang disewa juga tidak memberikan sebarang masalah bermula di Kota Kinabalu hingga ke Kundasang, seterusnya ke Kudat sebelum berpatah balik semula ke Kota Kinabalu. Kalau ikut kilometer, dah hampir 500 KM gua menjelajah dengan motorsikal Demak ni.

Pemandangan bumi Borneo yang bergunung -ganang sangat menakjubkan disertai dengan hutan hujan yang menghijau sangat memukau pandangan. Kalau ikutkan hati gua sebenarnya kalau boleh nak melepak duduk lama-lama menjelajah di Borneo ini. Insyaallah, ada kelapangan masa selepas ini mungkin boleh jejak lagi bumi Borneo. Banyak tempat yang sebenarnya masih tak sempat untuk dijelajahi lagi.

Hang tunggu abang mai !

New Zealand Malaysia, Kundasang.

Motorsikal Demak berlatarbekangkan puncak Gunung Kinabalu.

Laluan perjalanan 

180 Hours Trans Borneo


  1. Bandar Sri Begawan (Brunei)
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Menumbuk
  4. Beaufort
  5. Kota Kinabalu
  6. Kundasang 
  7. Ranau
  8. Kundasang
  9. Kota Belud
  10. Kota Marudu
  11. Kudat
  12. Tanjung Simpang Mengayau -
  13. Kota Marudu
  14. Kota Belud
  15. Tuaran
  16. Kota Kinabalu


Bajet Keseluruhan 180 Hours Trans Borneo


*Kos perbelanjaan selama berada lapan hari di bumi Borneo. Tidak termasuk makan dan minum.

Hari Pertama | Kuala Lumpur - Bandar Sri Begawan, Brunei

  • Tambang Bas dari Brunei Airport ke Bandar Sri Begawan : $ 1 BD
  • Check-in KH Soon Hostel (dorm)  : $ 18 BD / malam
  • Tambang Bot dari Bandar ke Kampung Ayer  : $ 1 BD
  • Tambang Bot dari Kampung Ayer ke Bandar :  $ 0.50 BD
Total :  $ 20.5 BD


Hari Kedua | Bandar Sri Begawan - Wilayah Persekutuan Labuan

  • Tambang Bas dari  Bandar Sri Begawan - Muara (Terminal Jeti Serasa) : $ 1 BD
  • Tambang Feri Brunei ke WP Labuan : $ 17 BD
  • Tumpang tidur di Melati Inn : -
Total :  $ 18 BD



Hari Ketiga | WP Labuan - Menumbuk - Beaufort - Kota Kinabalu

  • Tiket Bot Laju WP Labuan - Menumbuk : RM 7.50
  • Tambang Minivan Menumbuk - Beaufort : RM 10.00
  • Tambang Minivan Beaufort : RM 12.00
  • Check in Bunibon Lodge Kota Kinabalu (dorm) : RM 30
Total : RM 59.50 


Hari Keempat | Kota Kinabalu

  • Check in Borneo Gaya Lodge Kota Kinabalu (room) : RM 69.00
Total : RM 69.00 

Hari Kelima | Kota Kinabalu

  • Check in Borneo Gaya Lodge Kota Kinabalu (dorm) : RM 25.00
Total : RM 25.00 


Hari Keenam | Kota Kinabalu - Kundasang

  • Sewa motorsikal di GogoSabah @ Wisma Sabah : RM 40 sehari x 2 hari = RM 80.00
  • Isi minyak di Likas : RM 5.00
  • Check-in Qistina Inap Desa, Kundasang : RM 30 semalam.
Total : RM 115.00


Hari Ketujuh | Kundasang - Kudat

  • Isi minyak di Kundasang  : RM 8.00
  • Tiket masuk 'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau : RM 5.00
  • Tiket masuk Desa Dairy Cattle Farm, Kundasang : RM 4.00
  • Isi minyak di Kundasang : RM 3.00
  • Isi minyak di Kota Belud : RM 4.00
Total : RM 24.00


Hari Ketujuh | Kundasang - Kudat

  • Isi minyak di Kudat  : RM 5.00
  • Tambang Teksi Kota Kinabalu - Airport (kes lambat) : RM 20.00
Total : RM 25.00



Kos Keseluruhan : $ 38.5 BD + RM 317.50 

= RM 417.50


Kos yang tertera tidak termasuk makan dan minum. Sebab apa selera makan semua lain-lain. Sebenarnya boleh jimat lagi kalau tidur di dorm sahaja dan naik bas. Tapi disebabkan faktor-faktor tertentu (kelewatan), terpaksalah berbelanja lebih sikit. 

Bajet bawah RM 500 pun dah boleh jelajah backpacking ke kepulauan Brunei dan Sabah dalam seminggu !

Siapa kata dengan bajet rendah anda tak mampu keluar mengembara? 

Gua dah buktikan. Bajet ciput buat cara bajet ciput. Anda sendiri yang merancang ! 

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum
    Respect bila baca trip awak yang ni. And actually bagi inspiration and idea utk saya punya first solo trip dekat Borneo. Sebenarnya saya dah plan nak cover Brunei, Sabah and Sarawak hujung bulan ni. Tapi untuk bandar besar saja lah. And idea nak ulang alik kk-kudat tu memang idea gila and memang plan nak buat macam tu. Ingat saya je yang gila. Rupanya ada yang lagi gila..haha
    Sebenarnya nak minta pendapat sebagai experienced solo traveller ok x planning saya ni untuk sehari setengah di KK
    25/2 - gerak dari brunei ke KK, direct feri transit di labuan sejam lebih. ETA di KK jam 2-3. Jika sempat nak redah ke pulau sapi, if x pusing je bandar KK
    26/2 - subuh gerak ke Ranau, patah balik sambil lawat tempat macam awak pergi. (Atau Sebenarnya sempat x nak ke kudat terus?)
    Flight ke kuching adalah jam 10pm 26/2.
    Harap if awak boleh bagi pendapat untuk short trip sabah ni

    Thanks!
    HusnaJamal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Em kalau ikut plan yang awak buat ni nampak macam rushing sikit. Kalau nak redah Ranau dan Kudat dalam masa sehari memang tak cukup. Paling kurang kena satu hari di Ranau dan satu hari di Kudat.

      Padam
  2. Tabik n daring..bnuk juga info2 yg berguna untk other travelers guba sbg rujukan..gmbr2 yg cntik. Keep up the good work..baidway..kl mnentap di mna? Nxt round klu ader nk buat trip lg bole kt konvoi..zul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Zul ! Insyaallah boleh konvoi sama-sama nanti !

      Padam
  3. Tabik!info berguna & lengkap.baca pun excited nk tahu sampai ending..now plan nk explore sendiri n xpyh ambl pakej bila ke sbh nanti.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bro ! Harus cuba kembara ke Sabah !

      Padam
  4. Wow. 4jam sy habeskan lu punye 180hours bro... Sentiasa nak tahu tahu tahu smpai lu selamat kt kl.. Lu backpaker sejati n blog lu mmg inspired. :) tq

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...