السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Hampir setahun sudah kisah perjalanan pengembaraan duo Indochina 'Long Way Back Overland Project' ini berlangsung dan catatan perjalanan baru sampai di Sapa. Ramai yang bertanya bila nak sambung cerita Indochina ni dan baru sekarang gua ada masa nak mengarang. Nak dijadikan cerita laptop pun rosak lagi buat kali kedua, dengan gambar semua ada dalam tu. Sebenarnya ada banyak gambar nak ditunjukkan, tapi tak kesampaian. Gua cuba jugaklah bagi sedap cerita dengan gambar yang sedia ada.
Pada jam 10.00 malam, keretapi bergerak meninggalkan ibukota Hanoi dalam kepekatan malam. Suasana dalam tren dari Hanoi menuju ke Lao Cai (bandar yang menghubungkan Sapa) agak mengejutkan. Gua ingat tren di Indonesia dah cukup teruk, rupanya tren di Vietnam di sini lagi teruk. Selalunya untuk ke Sapa dari Hanoi, ramai pelancong akan menempah tiket keretapi dengan katil (sleeping berth) oleh kerana masa perjalanan yang agak lama. Kami sengaja menempah tiket keretapi dengan tempat duduk bangku kayu (hard seat) oleh kerana ianya lebih murah (bajet terhad) dan ingin merasai sendiri pengalaman yang tak mungkin dijumpai di tempat kita.
Kalau di Indonesia, keretapi kelas Bisnes yang gua naiki tiada kemudahan penyaman udara tetapi keretapi di Vietnam cukup selesa dengan kesejukan penyaman udara. Bangku kayu menjadi alas untuk perjalanan yang mengambil masa sekitar 10 jam ini. Yang menjadi masalah adalah dengan sikap penumpang-penumpang yang menaiki keretapi dalam gerabak hard seat ini. Mungkin kami dari Malaysia tak biasa dengan adegan-adegan dalam keretapi ini, tapi bagi mereka seperti sudah menjadi kebiasaan.
Masa mula perjalanan dari kota Hanoi menuju Lao Cai, kami duduk di seat yang tertera di tiket. Satu bangku kerusi kayu yang sudah tentu keras dikongsi berdua. Maddin duduk di sebelah gua. Di awal perjalanan tren masih belum penuh. Setelah melalui beberapa stesen baru penumpang lain masuk dan memenuhkan kerusi yang sedia ada. Kerusi yang bertentangan dengan kami diduduki oleh seorang makcik dan anak perempuan beliau .
Gua syok perhati makcik sebelah dengan anak beranak tengah sedap menjamah makanan yang dibeli dari luar. Sat makan jagung, sat makan kacang. Sat lagi keluar pulak bau ayam panggang semerbak dalam keretapi. Sambil-sambil tu ada pramugari keretapi yang menjual makanan ringan dan pelbagai jenis minumana untuk penumpang. Gua dan Maddin sambar jus oren Tropicana buat basah tekak malam tu di dalam keretapi.
Pada mulanya keadaan macam biasa di dalam keretapi Vietnam ini. Hampir jam 12.00 tengah malam, baru gua nampak keadaan sebenar penumpang-penumpang keretapi Vietnam ini. Masing-masing dah pakat mengantuk. Ada geng lelaki sebelah bangku kami sembang deras-deras. Tak lama lepas tu, sorang-sorang buka baju dalam kesejukan penyaman udara. Panas barangkali. Badan penuh dengan tatu bagai. Seriau jugak la tengok depa ni. Kot la gengster ke apa. Yang si makcik dan anaknya depan gua dengan selamba hampar plastik bawah seat dan tidur ! Terkejut kami. Dalam sempit-sempit tu nak jugak tidur bawah bangku. Betul-betul lalu celah-celah kaki kami. Depa buat tak tahu ja. Dengan selamba je anak makcik tadi pakai penutup hidung dan tidur. Yang si makcik pulak, ada ruang atas bangku tadi yang ditinggalkan oleh anaknya digunakan untuk melunjurkan kaki dan tidur !
Dalam hati gua, selamba badak ja tidur bawah bangku ni. Dah la sempit. Kami nak bergerak pun dah tak selesa. Berpeluh seluar. Depa takpa la, saiz orang Vietnam memang kecil-kecil senang nak menyelit mana-mana. Gua sampai ke pagi tak lena. Tidur atas bangku kayu yang menegak pulak, dengan kaki dihimpit oleh anak makcik tadi. Tak cukup dengan itu, ada penumpang yang tarik kain langsir keretapi buat selimut ! Pulak dah. Takda marshal ka dalam keretapi ni, semua buat keretapi ni macam rumah sendiri. Bukan seorang dua yang buat, semua pun buat macam tu ! Tengok bawah bangku sorang-sorang tidur bawah tu !
|
Mencari gerabak keretapi di Stesen Keretapi Hanoi untuk menuju ke Lao Cai. |
|
Penumpang-penumpang lain sibuk mencari keretapi masing-masing. Rupanya keretapi ke Lao Cai di seberang sana. |
|
Masuk dalam gerabak, kerusi kayu sedia untuk diduduki. Penumpang masih belum ramai. |
|
Bag diletakkan di ruangan atas. |
|
Pramugari-pramugari keretapi Vietnam ? |
|
Makcik sebelah yang sibuk mengunyah tadi. |
|
Maddin dah siap siaga nak tidur. |
|
Ragam penumpang keretapi Vietnam. |
|
Geng buka baju dalam keretapi Vietnam dari Hanoi menju ke Lao Cai (Sapa). |
|
Baring la ikut suka hangpa. Nak tidur bawah bangku pun takpa. |
|
Tarik kain langsir buat selimut. |
|
Makcik sebelah tadi berubah tempat. Jaga dari lena ada depan gua pulak. |
|
Pandangan bawah di celahan kaki kami. Dengan selamba tidur tanpa rasa apa-apa. |
|
Dah cerah pagi. Melalui sawah-sawah padi di pedalaman Vietnam. |
|
Ramai penumpang yang dah turun di stesen awal sebelum Lao Cai. |
|
Keretapi melalui tebing sungai menuju ke hentian terakhir di Lao Cai, Vietnam. |
|
Maddin masih tidur. |
|
Geng buka baju dah pakai baju semula. Sejuk kot. |
Semalaman di dalam keretapi dari Hanoi ke Lao Cai, gua memang tak lena langsung. Maddin dapat lena jugak gua rasa. Masuk waktu Subuh, gua bangun dari tempat duduk menuju ke tandas setelah beberapa jam melekat di bangku kayu. Penumpang-penumpang lain masih lena dibuai mimpi. Kakak yang tidur di bawah kaki gua sebelumnya juga masih belum sedarkan diri. Seusai solat Subuh di bangku, hari semakin cerah. Keretapi mula berhenti di stesen sebelum Lao Cai untuk menurunkan penumpang.
Keretapi akan berhenti di stesen terakhir di Lao Cai. Kami tiba di Stesen Lao Cai lebih kurang jam 9.30 pagi. Semua penumpang yang ingin ke Sapa akan turun di stesen keretapi Lao Cai. Turun dari keretapi, ramai pemandu minivan yang menawarkan pengangkutan untuk ke Sapa. Di sini baru nampak kelibat pengembara lain bila turun dari keretapi. Lao Cai merupakan wilayah tanah tinggi di utara Vietnam di mana ia bersebelahan dengan wilayah Yunnan di China. Dari Lao Cai untuk ke sempadan China memang dah dekat. Lao Cai juga merupakan pintu masuk bagi para pengembara yang ingin menuju ke Sapa. Oleh kerana itu, pekan Lao Cai ini sibuk dengan kenderaan yang berulang-alik di antara pekan Lao Cai dan pekan Sapa.
Untuk ke Sapa, kami menaiki minivan dengan harga 50,000 Dong seorang. Penduduk tempatan di sini kebanyakan bermata sepet dan sedikit kasar jika hendak dibandingkan dengan orang Vietnam di sebelah selatan seperti di Ho Chi Minh City yang terkenal dengan lemah lembutnya. Agak 'kerek' sedikit pemandu dan anak buahnya bila mana membawa kami menaiki minivan ke Sapa. Depa pandang kami semacam sambil sembang dalam bahasa mereka, kemudian diikuti dengan ketawa berderai di anatara mereka. Gua tahu depa dok mengata kat kami. Hanya dua orang kami sahaja di dalam minivan tersebut, selebihnya geng depa. Selain mengangkut orang, van ini juga mengangkut barangan keperluan dari pekan Lao Cai ke Sapa. Minivan singgah di kedai-kedai yang meminta perkhidmatan penghantaran barang untuk ke Sapa. Jarak dari Lao Cai ke Sapa lebih kurang 45 minit perjalanan merentasi kawasan bergunung-ganang yang menarik.
|
Minivan yang tersedia di hadapan stesen keretapi Lao Cai untuk ke Sapa. |
|
Minivan yang membawa kami dari Lao Cai ke Sapa. |
|
Kawasan pergunungan yang menarik sepanjang perjalanan dari Lao Cai ke Sapa. |
Sedikit petikan dari Wikitravel ;
Located at 1500 meters (4921 feet) above sea level in Vietnam's remote northwest mountains, Sapa is famous for both its fine, rugged scenery and also its rich cultural diversity. Sapa is an incredibly picturesque town that lies in the Hoang Lien Son mountain range near the Chinese border in northwestern Vietnam, known as "the Tonkinese Alps". Sapa and its surrounding region is host to many hill tribes, as well as rice terraces, lush vegetation, and Fansipan, the highest peak in Vietnam. However, as a result of a recent surge in popularity Sapa has rapidly become a tourist hotspot where money is the new drug of choice. Don't be put off by the rush, your explorations of the surrounding countryside will be worth the trouble.
Sampai di pekan Sapa, minivan menurunkan kami berhampiran sebuah gereja. Sepanjang perjalanan di Indochina kami tak pernah rancang untuk menginap di mana-mana guesthouse. Kami terjah mana-mana guesthouse yang cun dan murah. Kalau ok itulah pilihan kami. Turun dari van, kami disapa oleh seorang penunggang motorsikal bernama Jacky (kalau tak silap) yang menawarkan penginapan di Sapa ini. Kami terus menuju ke Ngoc Anh Hostel yang terletak tidak jauh dari gereja. Harga bilik yang ditawarkan adalah $9 USD untuk semalam. Bilik dengan katil berkembar dan bilik air di bahagian dalam. Jangan tanya pulak ada penyaman udara tak di guesthouse ni. Cuaca Sapa dah cukup sejuk untuk membuatkan kami menggigil di malam hari.
Perkara pertama yang selalunya kami buat bila sampai di guesthouse adalah memasak. Setelah menempuh perjalanan yang lama dari Hanoi ke Sapa, perut bukan main rancak minta makanan. Nak makan pun tak ada pilihan makanan halal di Sapa ni. Yang ada pun Indian food, tapi harga boleh tahan mahal. Maka dengan itu kami hanya memasak sendiri di guesthouse. Jimat pun jimat.
Setelah kekenyangan ditambah nyaman udara sejuk di Sapa ni, semua pakat tertidur lepas makan. Mana tak lenanya, semalam dalam keretapi tak dapat tidur kerana 'kejutan budaya' di dalamnya. Nikmat sungguh lepas makan dapat tidur. Kami bangkit lebih kurang pukul 3.00 petang untuk hari itu.
|
Pandangan dari dalam bilik Ngoc Anh Hostel menghadap pergunungan Sapa. |
|
Bilik kami di Ngoc Anh Hostel, Sapa. |
|
Pemandangan gunung-ganang Sapa yang berkabus menghiasi tirai bilik kami di Ngoc Anh Hostel. |
|
Masa untuk masak-memasak di dalam bilik hostel di Sapa ini. |
|
Cuaca Sapa yang cukup sejuk dan nyaman. Penyaman udara tidak perlukan di sini. |
|
Menu wajib bila di perantauan. Sardin dan kicap. |
|
Keadaan berkabus yang sentiasa berubah tiap minit. |
|
Bumbung-bumbung kedai. |
|
Jalan dari Ngoc Anh Guesthouse menuju ke gereja. |
Bangkit tidur, kami bersiap mandi dan menunaikan kewajipan fardu di dalam bilik Ngoc Anh Hostel. Nak mandi pun menggigil woo petang-petang ni. Nasib baik ada air panas di dalam bilik mandi. Kami keluar meronda di sekitar pekan Sapa. Berhampiran tempat kami menginap, terdapat gerai pakaian dan makanan. Pakaian 'outdoor' gred Vietnam banyak dijual di pekan Sapa ini. Gua cuma tanya-tanya begitu saja di beberapa buah kedai tapi haram satu pun tak beli. Harganya boleh tahan dan murah. Teringin juga nak beli seluar trekking tapi bajet membataskan.
Kami meronda satu pekan Sapa petang tu. Geng makcik-makcik puak Black H'mong banyak yang melepak di kaki lima menjual barangan kraftangan hasil tangan mereka. Ada yang menuruti kami menanyakan dari mana kami berasal, bila sampai dan bermacam soalan lagi. Bahasa Inggeris depa jika nak dibandingkan dengan gua memang jauh beza sekali. Berbelit lidah gua nak menjawab. Walaupun duduk jauh di dalam hutan, tetapi speaking mereka memang A.
|
Kakak ni ayat manis pelawa beli barang outdoor di kedainya. |
|
Kasut dan seluar trekking yang dijual di salah sebuah kedai di Sapa. |
|
Gereja yang menjadi ikon Sapa. |
|
Van yang berulang-alik membawa pelancong dari Lao Cai ke Sapa. |
|
Aktivitipenduduk di Sapa di waktu petang. |
|
Proses menaik taraf Dataran Sapa. |
|
Motorsikal menjadi mod pengangkutan utama di Sapa. |
|
Peta Sapa untuk kemudahan pelancong. |
|
Meronda persekitaran pekan Sapa di waktu petang. |
|
Pusat Informasi Pelancong yang ada di Sapa ini. Tak pernah pun masuk. |
|
Agak sibuk dengan kenderaan di waktu petang. |
|
Salah seorang makcik puak H'mong yang kusyuk membuat kraftangan di kaki lima jalan. |
|
Deretan hasil kraftangan puak H'mong. |
|
Lawa lawa. Ada bajet boleh tangkap satu. Gua tak beli apa pun. |
|
Mat saleh ni gua perhati tiap hari dia akan ada di sini belajar buat kraftangan dari puak H'mong. |
|
Kraftangan dengan warna meriah yang dihasilkan oleh puak H'mong. |
Oleh keranan bekalan telur yang dibawa telah habis, kami menyusuri celahan lorong pasar Sapa. Kelihatan banyak peniaga yang memperdagangkan hasil jualan mereka seperti buah-buahan dan barangan runcit. Jangan terkejut jika ternampak kepala anjing bersepah di merata-rata tempat di dalam pasar kerana anjing panggang merupakan menu biasa di Vietnam ini. Kami membeli 10 biji telur ayam dari seorang makcik di pasar Sapa ini. Risau juga kami takut tersalah beli 'balot' pula. Apa itu 'balot' ? Balot adalah sejenis telur yang hampir menetas, yang direbus hidup-hidup dan dimakan begitu sahaja. Kalau nampak makcik-makcik meniaga telur cantik je tepi-tepi jalan tu, jual 'balot' la tu.
Selain telur, kami sempat beli kopi Vietnam 3 in 1 yang dijual dalam paket. Kalau mai Vietnam tak pekena kopi dia rugi woo. Tapi rasa kopi Vietnam 3 in 1 tidak se-kaw kopi Vietnam bancuh. kami melilau pusing kawasan pasar lebih kurang setengah jam. Dah siap beli barang, kami melilau kawasan lain pulak di Sapa ni. Kami ikut jalan mendaki yang berhampiran. Ada banyak guesthouse dan hotel di kawasan Sapa ni. Pemandangan di waktu petang sangat menarik dengan sinar mentari yang semakin melabuhkan tirainya. Hotel mana entah kami pusing-pusing, sunyi semacam ja kawasan tu. Kami turun semula ke pekan Sapa oleh kerana hari semakin gelap.
|
Urusan beli telur gua serah kat Maddin. |
|
Macam-macam jenis telur makcik ni jual. Masalah komunikasi membataskan perbualan. |
|
Hotel sunyi tempat kami melilau di Sapa. |
|
Jangan risau, karaoke pun ada di kawasan pergunungan Sapa ni. |
|
Pemandangan gunung ganang yang menghadap wilayah China. |
|
Bermacam jenis kedai di kiri kanan jalan. |
|
Keunikan pekan Sapa yang menjadi tumpuan pelancong mencari barang keperluan. |
|
Geng sepak bulu tangkis. |
|
Kedai menjual pakaian outdoor memang berlambak di Sapa ni. |
|
Kedai buku. |
|
Balik ke Ngoc Anh Guesthouse waktu Maghrib. |
Kami meronda balik pekan Sapa hingga nak masuk waktu Maghrib. Malam-malam meriah jugak pekan Sapa dengan lampu-lampunya. Kedai-kedai makan banyak dikunjungi pelancong luar. Kami dengan cara kami. Balik ke guesthouse, masak nasi, goreng telur yang dibeli tadi dan tambah kicap. Hasilnya cuckup mengenyangkan. Cuaca sejuk macam di Sapa ni memang jadi cepat lapar. Tengah malam boleh tibai maggi pulak ditambah kopi Vietnam 3 in 1 yang dibeli petang tadi. Di dalam guesthouse ada disediakan TV dengan pelbagai siaran. Jadi takda lah boring sangat bila tengah malam. Kebanyakan kedai ditutup jam 11.00 malam begitu juga dengan lampu jalan. Gelap gelita bila pukul 11.00 tu. Kami tidur awal malam itu dengan suasana yang cukup nyaman. Rancangnya keesokan hari ingin trekking menjelajah ke Cat-Cat Village yang menjadi penempatan puak H'mong.
Hazwan, gas tu mmg bawa dari Msia siap2 atau beli kat sana?? mmg blh lepas ekk???
BalasPadam**untung Maddin, sana-sini jadi model ehehhe
Hai Zilla,
PadamGas butane tu bawa dari Malaysia. Siap bawa 4 tin lagi. Boleh je lepas :)
owhh ok2..selama ne mati2 ingat tak lepas huhuhu...
Padamalamak. taktau la komen tadi masuk ke tidak.
BalasPadamni nak repeat lagi..
nak tanye gas tu siap2 bawak dari Mesia ke ?
Hai Nana Tron,
PadamGas tu bawa dari Malaysia. Lepas je security airport.
* Ramai berminat nak tau pasal gas hari ni. Haha
selamat hari raya
BalasPadamSelamat Hari Raya Khairuddin Lim !
Padamsalam hazwan...overall budget berape ek??
BalasPadamSalam.
PadamUntuk Indochina Overland ni selama 20 hari balik ke Malaysia melalui jalan darat, bajetnya kurang dari RM1000
Owh macam nie kondisi Sa Pa town setahun lepas..
BalasPadamNasib baik aku tak terjumpa kepala anjing masa g wet market tu..
Berlambak kepala anjing kat pasar basah Sapa ni masa kami pi tahun lepas.
PadamBerapa lama trip ni? Dan berapa total budget? Takde post summary trip ni ke?
BalasPadamTrip Indochina Overland ni ambil masa 20 hari untuk tiba ke Malaysia. Bajet tak lebih RM 1000. Post summary belum ada. Boleh tengok post intro dulu.
Padam