السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.
Hari pertama Kembara Trans Sumatera, penerbangan Air Asia menuju ke Padang dijadualkan pada pukul 7.50 pagi. Oleh kerana trip backpacking bajet ke Sumatera ini dirancang pada saat-saat akhir, tiket penerbangan sehala dibeli dua hari sebelum itu dengan harga RM 99.00. Jam 4.30 pagi lagi, gua dan adik gua dah tercongok di KL Sentral menaiki bas ke KLIA2. Ini merupakan pengalaman pertama gua menggunakan KLIA2 sejak ia dibina menggantikan LCCT baru-baru ini. Memang luas seperti yang dikatakan orang ramai. Lenguh jugak nak berjalan dalam KLIA2 ni.
Tiket bas (Aerobus) KL Sentral - KLIA2 = RM 10.00 / seorang
Lebih kurang sejam perjalanan dari KL Sentral menuju KLIA2 menggunakan bas Aerobus berwarna kuning. Elok sampai di KLIA2, masuknya waktu Subuh. Tercari-cari di mana letaknya surau. Besar dan luas surau di KLIA2 ini untuk kegunaan orang ramai berbanding surau di LCCT yang lebih kecil. Seusai solat, kami terus menuju ke tingkat atas untuk ke balai pelepasan.
Bagi pengguna yang pertama kali menjejakkan kaki di KLIA2 ini, papan-papan tanda arah yang tertera sangatlah berguna dan membantu memudahkan urusan memandangkan KLIA2 ini sangat luas dan juga dikenali dengan jolokan 'Lapangan Terbang Dalam Shopping Mall'.
|
Bas kuning Aerobus berulang-alik di antara KLIA2 dan KL Sentral. |
|
Kaunter-kaunter kecil untuk urusan kereta sewa di KLIA2. |
|
Panduan interaktif untuk pengguna KLIA2. |
|
Naik lif ke tingkat atas menuju balai pelepasan. |
|
Pandangan luar KLIA2 di waktu Subuh. |
|
Papan tanda arah di KLIA2 yang sangat membantu. |
|
Ruang legar Balai Perlepasan KLIA2. |
|
Keunikan senibina KLIA2. |
|
Penerbangan Air Asia melewati Selat Melaka menuju ke Padang. |
Kami tiba di kota Padang lebih kurang jam 7.50 pagi waktu tempatan (8.50 pagi waktu Malaysia). Dari Kuala Lumpur ke Padang hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Keterujaan menjejakkan kaki di Bandara Minangkabau di kota Padang ini tidak lama. Kami diminta mengisi Arrival Card yang disediakan di Airport Padang ini. Hanya dua kaunter imigresen dibuka untuk urusan cop passport. Orang ramai yang beratur di barisan untuk cop passport bukan main panjang.
Sampai giliran gua dan adik gua, pegawai Imigresen Indonesia menanyakan di mana tiket balik kami. Kami harus menunjukkan bukti yang kami ada tiket balik. Memang tak ada la. Jawapan gua, kami akan balik melalui Tanjung Balai, menaiki feri ke Pelabuhan Klang. Katanya harus ada tiket balik ke Malaysia walau naik pengangkutan apa pun. Tak tahu pulak gua ada peraturan macam ni. Selama gua berkembara di negara Asia Tenggara ni tak pernah pulak gua tahu diwajibkan mempunyai tiket pulang jikalau berada di Indonesia.
Pegawai Imigresen Indonesia tersebut memberikan macam-macam alasan. Sambil-sambil scan jari, sambil itu juga beliau tanya macam mana nak selesaikan masalah ni sekarang. Pada mulanya beliau mendesak kami mengambil visa yang berharga 35 USD seorang ataupun meminta kami membayar sejumlah wang - Rp 300,000 seorang. Dalam hati gua mesti dia nak 'paw' kami cukup-cukup ni sebelum melepaskan kami.
Gua cuba bagi macam-macam alasan, tetapi tidak diendahkan. Sama ada ambil visa ataupun beri sedikit duit kopi pada dia. Patutlah barisan beratur punya panjang, macam-macam helah dilakukan pegawai Imigresen Indonesia di Padang ni bagi mendapatkan wang. Nak mengadu pun semuanya geng depa jugak di airport ni. Gua tetap berkeras tak akan bayar apa-apa oleh kerana bajet gua yang memang ciput. Dia kurangkan sampai Rp 200,000 seorang, gua tetap berkeras tak ada wang sebanyak itu untuk diberikan.
Urusan imigresen di kaunter masih belum selesai dan kami berkeras tidak mahu membayar 'duit kopi' kerana terlalu mahal. Pegawai Imigresen Indonesia di Airport Padang ini memanggil rakannya yang lain. Rakannya mengarahkan kami untuk mengikutnya dan kami dibawa masuk ke pejabat Imigresen. Di dalamnya terdapat ramai pegawai imigresen lain yang sedang duduk bersembang. Senyuman sinis Pegawai Imigresen Indonesia tersebut memang gua tak dapat lupa. Kami diarahkan untuk duduk di sebuah meja soal siasat, semacam telah melakukan kesalahan besar. Pada masa yang sama, passport kami dipegang oleh pegawai Imigresen Indonesia berkenaan.
Kata pegawai imigresen tersebut, rakyat Indonesia yang menuju ke Malaysia juga harus mempunyai tiket pulang dan sebaliknya. Gua masih tak puas hati dengan jawapannya. Setahu gua negara Asean bebas untuk keluar masuk tanpa visa dan tak perlu pun tunjukkan tiket balik. Adik gua dah mula resah dan mahu menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.
Kata akhir pegawai Imigresen Indonesia berkenaan, sama ada beli visa yang berharga 35 USD ataupun berinya 'duit kopi' sebanyak RM 50.00 untuk setiap seorang. Puas tawar-menawar tapi tidak berhasil. Pegawai berkenaan tetap berdegil. Katanya ada banyak mulut untuk disuap dalam pejabat imigresen ini. Gua pun dah tak tahu nak mengadu dekat siapa kerana semuanya adalah geng yang sama. Nak tak nak kena mengalah dan terpaksa hulur 'duit kopi' sebanyak RM 50.00 seorang. Dua orang, maka RM 100 terbang begitu sahaja. Memang menyumpah-nyumpah dalam hati ini tapi apakan daya di negara orang.
|
Pelancong asing sedang mengisi Arrival Card di Bandara Minangkabau, Padang. |
|
Arrival Card Indonesia. |
Gua dah tak ada mood sebenarnya pada hari tersebut sejak insiden kena 'paw' dengan pegawai Imigresen Indonesia di kota Padang ni. Sumpah rasa nak tumbuk orang hari tu. Keluar dari Bandara (Airport) Minangkabau, rancangan asalnya ingin menaiki bas ke Bukit Tinggi. Tapi kena bertukar-tukar bas baru sampai di Bukit Tinggi.
Kami disapa oleh seorang pemuda yang menawarkan trafel (minivan) ke Bukit Tinggi. Tambang trafel untuk seorang adalah sebanyak Rp 50,000. Satu trafel boleh memuatkan 7 orang penumpang dan tidak berhawa dingin. Kami pun setuju sajalah kerana masa pun telah semakin suntuk. Tak cukup kena paw dalam airport, di luar airport pun kena paw juga dengan pemuda yang menawarkan perkhidmatan trafel tadi. Katanya minta duit rokok. Gua bagi la Rp 5,000. Kena paw lagi !
Tambang trafel (minivan) Bandara Minangkabau, Padang - Bukit Tinggi = Rp 50,000
Jarak perjalanan dari Bandara Minangkabau di Padang ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah dicampur dengan macet (kesesakan lalulintas). Trafel ini akan melalui kawasan-kawasan kampung dan jalannya menanjak mendaki bukit. Trafel ini akan melalui kawasan air terjun Lembah Anai kalau tak silap dan jalannya mengikut alur sungai.
Apa yang menarik, perkhidmatan trafel di Indonesia ini akan menghantar penumpang terus di mana-mana lokasi yang ingin dituju. Contohnya, sebelum berangkat pak supir (drebar) akan bertanyakan lokasi mana yang dituju. Kami memilih Jam Gadang di Bukit Tinggi sebagai lokasi perhentian kami. Sampai di Jam Gadang, pak supir menurunkan kami dan meneruskan perjalanan menghantar penumpang lain ke lokasi yang lain.
|
Trafel Padang ke Bukit Tinggi. Abang-abang di dalam van ni fasih bercakap gaya Malaysia. |
|
Melalui jalan-jalan kecil di kawasan kampung. |
|
Pak supir memandu macam pelesit ! |
|
Sungai di kanan jalan menuju Bukit Tinggi. |
|
Jambatan keretapi yang merentangi jalan utama ke Bukit Tinggi dari Padang. |
|
Pakcik depan ni fasih cakap Malaysia sebab dah lama duduk Malaysia. Tanya kami kena paw berapa tadi. |
|
Stesen minyak Pertamina. Bensen (minyak) premium berharga Rp 6,500 seliter. |
|
Melalui kawasan stesen bas Aur Kuning di Bukit Tinggi. |
Kami tiba di Jam Gadang Bukit Tinggi lebih kurang jam 11.30 pagi. Cuaca agak mendung ketika itu. Kawasan persekitaran Jam Gadang agak meriah dengan kanak-kanak sekolah. Ada yang datang dengan rombongan sekolah masing-masing. Kelihatan beberapa orang peniaga memperdagangkan barangan jualan masing-masing. Sempat ambil 2-3 keping gambar sebelum hujan turun selebat-lebatnya. Kami sempat berteduh di salah sebuah hotel bersebelahan Masjid A-Haq. Saja buat-buat tanya berapa harga bilik untuk semalam di hotel tersebut. Jawapannya seperti yang disangka. Lebih dari Rp 350,000 (>RM100).
Cadangan kami untuk mencari guesthouse bajet sahaja di Bukit tinggi ini. Bila hujan dah reda, kami berjalan kaki melilau mencari guesthouse untuk menginap. Banyak guesthouse murah-murah yang kami terjah tanya. Antaranya adalah Orchid Hotel di Jalan Teuku Umar dan Rajawali Homestay di Jalan Ahmad Yani. Ada yang penuh dan ada yang nampak tak berapa sesuai walaupun murah. Akhirnya menginap di Asean Hotel, tak jauh dari Orchid Hotel di Jalan Teuku Omar. Nampak macam lebih kepada rumah tumpangan bajet dengan bilik air di luar. Kami tempah bilik besar untuk dua malam. Siap percuma sarapan pagi lagi.
Harga bilik Asean Hotel untuk semalam = Rp 125,000
|
Budak-budak sekolah di persekitaran Jam Gadang. |
|
Awan berarak mendung. |
|
Macam macam benda yang diniagakan di kawasan sekitar Jam Gadang. |
|
Brader ni jual belon. |
Sedikit fakta berkenaan Bukit Tinggi. Bukit Tinggi merupakan sebuah kota yang terbesar di Sumatera Barat dan terletak kira-kira 930 m dari paras laut. Pada zaman penjajahan Belanda, kota ini dikenali sebagai 'Fort De Kock'. Ia terletak lebih kurang 90 KM dari kota Padang dan dikelilingi oleh gunung berapi seperti Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Oleh kerana terletak di kawasan pergunungan, suhu persekitaran Bukit Tinggi adalah sedikit dingin. Kota Bukit Tinggi juga adalah kota berkembar dengan kota Seremban di Negeri Sembilan. Kalau datang sini, boleh jumpa papan tanda Bukit Tinggi-Seremban Kota Berkembar.
|
Kehadiran pelancong dapat di-cam dengan mudah di Bukit Tinggi ni lebih-lebih kalau dengan gaya backpacking gini. |
|
Yang duduk di kerusi tu sebenarnya sedang menjual la tu. |
|
Jam Gadang yang menjadi mercu tanda Bukit Tinggi. |
|
Pelbagai macam hiburan kanak-kanak terdapat di sekitar perkarangan kawasan Jam Gadang di Bukit Tinggi. |
|
Berteduh di hotel berhampiran akibat hujan lebat. |
|
Pintu gerbang masuk Geng Ateh Bukik. Baca pun boleh paham kan. Geng atas bukit. |
|
Masyarakat muslim di Bukit Tinggi kelihatan berpegang teguh dengan ajaran Islam. |
|
Kanak-kanak diasuh dengan agama dari peringkat awal. Jarang nampak perempuan yang tayang rambut di Bukit Tinggi |
|
Di Bukit Tinggi ni pun ada pusat penyembelihan khusus. |
|
Masjid Raya Bukit Tinggi. |
|
Goreng-goreng depan Masjid Raya Bukit Tinggi. |
|
Di Bukit Tinggi, terdapat banyak masjid yang berdekatan di antara satu sama lain. |
|
Pasar Wisata Bukit Tinggi. |
|
Kota Bukit Tinggi yang bercerun. Maka banyak la tangga yang menghubungkan sesuatu kawasan. |
|
Mengah naik tangga. |
|
Rumah menarik di lereng-lereng bukit. |
|
Ada Pasar Atas dan Pasar Bawah di Bukit Tinggi ini. |
|
Naik tangga turun tangga cari guesthouse di Bukit Tinggi. |
|
Homestay D' Enam yan juga penuh ditempah. |
|
Hotel Asean, tempat penginapan kami tidak jauh dari Jam Gadang. |
|
Parabola. |
|
Hotel Asean yang nampak lebih kepada homestay. |
|
Bahasa Minang yang menyerupai dialek Negeri Sembilan. |
|
Pilihan simkad (kartu) di Indonesia. XL yang gua pakai memang puas hati. |
Selesai urusan check-in Hotel Asean, gua sempat melelapkan mata sejam dua sebelum keluar semula meronda kawasan sekitar pada sebelah petang. Pada masa yang sama, kami mencari simkad internet untuk memudahkan urusan komunikasi dengan keluarga di Malaysia. Salah sebuah kedai telefon mencadangkan kami menggunakan kartu (simkad) XL Axiata dengan unlimited Internet data dengan harga hanya Rp 24,000 dan boleh digunakan selama seminggu.
Sempat lagi pekena ayaq nyuq muda (air kelapa muda) dan jus buah petang tu. Harga pun boleh tahan murah. Kelapa muda baru berharga Rp 6,000 ataupun lebih kurang RM 1.70. Jus buah segar yang dipacking ala-ala Chatime tu pun baru berharga Rp 5,000. Kalau bab makan di Bukit Tinggi toksah risau, ada banayk kedai-kedai yang menyajikan masakan halal. Antara menu biasa di sini adalah Nasi Padang dan Soto. Cuma terpulang kepada empunya badan adakah dapat terima atau tidak menu di sini.
|
Suasana waktu petang di Bukit Tinggi. |
|
Tiba waktu petang, warung-warung jalanan akan didirikan di bahu jalan. |
|
Murtabak Bandung tu gua syak adalah apam balik, istilah yang digunakan di Malaysia. |
|
Rujak. |
|
Kedai-kedai menjual pakaian dan barangan perhiasan di Bukit Tinggi. |
|
Di Bukit Tinggi, kereta kuda dikenali sebagai 'Bendi'. |
|
Suasana petang yang dingin di Bukit Tinggi. |
|
Terletak 930 m dari paras laut, Bukit Tinggi merupakan salah kota yang dingin. |
|
Urusan jual beli di persekitaran Jam Gadang, Bukit Tinggi berlangsung rancak di sebelah petang. |
|
Barangan cenderahati seperti T-Shirt banyak dijual di persekitaran Jam Gadang ini. |
|
Maskot yang menarik perhatian kanak-kanak kecil. |
|
Mesyuarat tingkap. |
|
Boleh dikatakan semua benda ada diniagakan di sekitar Jam Gadang. |
|
Makcik ni jual bihun goreng, selamba je tolak kereta sorong. |
|
Ada tugu macan (harimau). |
|
Pandangan dari Pasar Atas. |
|
Nak shopping telekung ke apa sesuai la kat Bukit Tinggi ni. |
|
Bermacam pilihan tudung dan telekung di Pasar Atas, Bukit Tinggi. |
|
Melihat suasana petang di sekitar Jam Gadang. |
|
Tidak seperti di kawasan lain di Indonesia, peniaga di Bukit Tinggi tidak memaksa atau mengerumuni pelanggan bagi menjual barangan mereka. |
Aktiviti petang kami di Bukit Tinggi petang tu hanya meronda kawasan sekitar sahaja, tempat makcik-makcik dari Malaysia selalu shopping. Nak kenal-kenal jalan dan port menarik. Sebenarnya ada banyak pengangkutan yang boleh dinaiki di Bukit Tinggi ini seperti Angkut dan Bendi (kereta kuda). Saja kami menapak berjalan kaki di kawasan sekitar Jam Gadang dan Pasar Atas sahaja. Melepak depan Jam Gadang tengok aktiviti masyarakat setempat. Cuaca yang dingin mula dirasai bila lewat petang. Patut la semua pakai sweater bagai. Bila sampai malam baru rasa macam mana sejuknya. Oleh kerana itu kebanyakan hotel atau rumah tumpangan di Bukit Tinggi tiada penghawa dingin. Memang tak perlu langsung. Bilik Hotel Asean tempat gua menginap pun sejuk sepanjang masa dari pagi ke malam walaupun tak ada penghawa dingin.
Malam itu, gua menjamu selera di Restoran Nelayan berhampiran D' Enam Homestay tidak jauh dari tempat penginapan. Kalau tengok gaya tempat macam high-end gitu, tapi sebenarnya harga biasa-biasa sahaja. Ada tempat lesehan (duduk bersila) lagi. Kebetulan memang seharian tak makan nasi lagi hari ini. Antara menu yang ada adalah Nasi Goreng. Gua try la order Nasi Goreng Seafood. Rasanya memang boleh pergi. Gua tengok pun kawasan tu banyak juga orang-orang Malaysia yang menjamu selera. Mungkin kena dengan citarasa Malaysia kot.
Selesai makan dan kekenyangan, mata tiba-tiba menjadi sepet. Kami kembali semula ke Hotel Asean. Waktu tu pun keadaan dah agak lewat malam. Cadangnya nak mencari motor untuk disewa malam itu, tapi kebanyakan kedai dah tutup. Nak tak nak esok la baru cari. Balik dan bantai tidur untuk bangun awal keesokan harinya.
// Catatan Travelogue Kembara Trans-Sumatra //
Gambar no#7 jugak syok tengok
BalasPadamTengok lama-lama pun tak jemu gambaq no 7 tu. Haha
PadamNasib baik saya terlepas.
BalasPadamTak tahu pulak peraturan kena ads tiket balik jika berkunjung ke Indonesia ataupun ke negaravAsean yang lain.
PadamPasal beli tiket sehala je
BalasPadamterbaik ... sangat berinformasi :)
BalasPadamTerima kasih !
PadamAnggaran bajet kalau nak pergi weekend berape ye ?
BalasPadamMaksudnya nak pergi seminggu ? Kalau nak stay di Bukit Tinggi saja seminggu bajet dalam RM500 dah cukup kot kalau tak shopping sakan.
PadamKami menawarkan perkhidmatan dan pakej percutian ke Padang Bukittinggi.Urusan dilakukan di Malaysia sahaja.Mudah dan murah.Hubungi kami ditalian 0126665436 untuk pertanyaan ground pakej.
BalasPadamEmail:aziman68@gmail.com
Untuk membaca komen2 pelanggan kami,sila ke:
http://freelancetour.blogspot.com
Insyaallah yang terbaik kami berikan dan jaminan kepuasan wang di kembalikan untuk anda!!
Memang nasib kena paw imigresen, sebab sblmnya jg ada bbrap teman dr indonesia yg berkunjunh ke malaysia jg harus ada tiket balik. Tapi ada jg yg dr malaysia ke indonesia dng satu tiket takde masalah.
BalasPadamSaya sarankan andai kata nak pi lagi ke Indonesia baik cari info di Backpacker Indonesia siapa tau ada yg boleh ajak kenalan. Disetiap kota yg dikunjungi setidaknya ada kenalan yg boleh bagi info dan boleh buat backing klo kita perlu sesuatu yg mendesak.
Iya. Mengikut maklumat memang ada juga orang Indonesia ke Malaysia yang turut kena scam. Terima kasih banyak-banyak bro atas info. Sangat sangat membantu.
PadamCantik gambar2. Guna camera jenis apa ye?
BalasPadamGuna kamera telefon Lenovo je ni. Edit lebih kot tu yang lawa. Haha
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam..perkenalkan kami sinar alam wisata tour and travel di Padang Indon,bila tuan / puan nak merancang melancong ke Padang Bukittinggi Indon,kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa kereta murah dan baloi.jangan risau semuanya bisa kami uruskan bila mana anda nak bercuti ke Padang Bukittinggi Indonesia.
BalasPadamWassap +6285356000747
Emel sinaralamwisata1409@gmail.com
Website www.sinaralamwisata.com
*DAY 1 : AIRPORT-PADANG PANJANG- BUKITTINGGI ( L, D)*
BalasPadam# Pickup di airport oleh tour guide kami
# Bergambar di airport
# Bergerak menuju Padang Panjang
# Melawat Air terjun lembah Anai, Rumah gadang, kilang kulit
# Makan tengah hari
# melawat Kilang kain sulam
# Melawat Kek bika talago
# Menuju Bukittinggi
# Makan malam di local restauran
# Masuk hotel dan free program
*DAY 2 : BUKITTINGGI-PAYAKUMBUH - BATUSANGKAR (B, L, D)*
# Sarapan pagi di hotel
# Kita bergerak menuju payakumbuh
# melawat lembah Harau
# makan tengah hari di local restauran
# menuju Batusangkar
# melawat kilang kopi kiniko
# melawat Makam raja, batu bersurat, Istana basa Pagaruyung
# kembali ke Bukittinggi
# makan malam
# kembali ke hotel free program
*DAY 3 : BUKITTINGGI- MANINJAU-PADANG (B, L, D)*
# Sarapan pagi dan check out hotel
# Melawat Jam gadang, pasar atas
# Melawat kerajinan perak
# makn tengah hari
# Menuju maninjau
# melawat kampong sungai landia - kampong minang nun di kejauhan
# Lawang top view
# melawat kilang gula tebu
# bergerak menuju padang via malalak
# tiba di bandar padang melawat Pantai padang, Masjid Al hakim
# Makan malam
# Masuk hotel
# Free program
*DAY 4 : TRANSFER OUT ( B, L)*
# Sarapan pagi dan check out hotel
# Melawat Batu malin kundang
# jejantas siti Nurbaya
# makan tengah hari
# transfer kembali ke airport
# tour end
*Pakej tour sudah termasuk :*
- Transport mengikut jumlah pax
- Penginapan hotel twin sharing
Tiket masuk tempat lawatan
- Makan ikut program
- Tour guide bila jumlah pax up from 15 pax
- Parking fee
- Mineral water
*Pakej tiada termasuk :*
- Personal expenses
- Perubahan program / itinerary
- Tipping untuk tour guide dan driver RM10/pax/day
- Tiket pesawat
*Child polition :*
- Umur 0 – 2 th adalah free ( sharing bed )
- Umur 3 – 5 th adalah 50% dari bayaran dewasa ( sharing bed )
- Umur 6 – 9 th adalah 60% dari bayaran dewasa ( sharing bed )
- Umur 10 – 13 th adalah 80% dari bayaran dewasa ( extra bed )
- Umur 14 th ke atas adalah 100% sama dengan dewasa ( bed sendiri )
Thanks//Regards Akfansyah Lubis. WhatsApp +62-812-6238-8907
Facebook : Akfan Akfan
Instagram 1: Akfansyah Lubis
Instagram 2 : nuansa indah tour
Email : nuansaindahtour19@gmail.com
Web : www.nuansaindahtour.com
Ittinerary Pakej Padang - Bukittinggi Sumatra Barat 4D 3N
BalasPadam-----------------------------------------------------------------------------------
*DAY 1 : AIRPORT-PADANG PANJANG- BUKITTINGGI ( L, D)*
# Pickup di airport oleh tour guide kami
# Bergambar di airport
# Bergerak menuju Padang Panjang
# Melawat Air terjun lembah Anai, Rumah gadang, kilang kulit
# Makan tengah hari
# melawat Kilang kain sulam
# Melawat Kek bika talago
# Menuju Bukittinggi
# Makan malam di local restauran
# Masuk hotel dan free program
*DAY 2 : BUKITTINGGI-PAYAKUMBUH - BATUSANGKAR (B, L, D)*
# Sarapan pagi di hotel
# Kita bergerak menuju payakumbuh
# melawat lembah Harau
# makan tengah hari di local restauran
# menuju Batusangkar
# melawat kilang kopi kiniko
# melawat Makam raja, batu bersurat, Istana basa Pagaruyung
# kembali ke Bukittinggi
# makan malam
# kembali ke hotel free program
*DAY 3 : BUKITTINGGI- MANINJAU-PADANG (B, L, D)*
# Sarapan pagi dan check out hotel
# Melawat Jam gadang, pasar atas
# Melawat kerajinan perak
# makn tengah hari
# Menuju maninjau
# melawat kampong sungai landia - kampong minang nun di kejauhan
# Lawang top view
# melawat kilang gula tebu
# bergerak menuju padang via malalak
# tiba di bandar padang melawat Pantai padang, Masjid Al hakim
# Makan malam
# Masuk hotel
# Free program
*DAY 4 : TRANSFER OUT ( B, L)*
# Sarapan pagi dan check out hotel
# Melawat Batu malin kundang
# jejantas siti Nurbaya
# makan tengah hari
# transfer kembali ke airport
# tour end
*Pakej tour sudah termasuk :*
- Transport mengikut jumlah pax
- Penginapan hotel twin sharing
Tiket masuk tempat lawatan
- Makan ikut program
- Tour guide bila jumlah pax up from 15 pax
- Parking fee
- Mineral water
*Pakej tiada termasuk :*
- Personal expenses
- Perubahan program / itinerary
- Tipping untuk tour guide dan driver RM10/pax/day
- Tiket pesawat
*Child polition :*
- Umur 0 – 2 th adalah free ( sharing bed )
- Umur 3 – 5 th adalah 50% dari bayaran dewasa ( sharing bed )
- Umur 6 – 9 th adalah 60% dari bayaran dewasa ( sharing bed )
- Umur 10 – 13 th adalah 80% dari bayaran dewasa ( extra bed )
- Umur 14 th ke atas adalah 100% sama dengan dewasa ( bed sendiri )
Thanks//Regards Akfansyah Lubis. WhatsApp +62-812-6238-8907
Facebook : Akfan Akfan
Instagram 1: Akfansyah Lubis
Instagram 2 : nuansa indah tour
Email : nuansaindahtour19@gmail.com
Web : www.nuansaindahtour.com
Assalammualaikum,perkenalkan kami Sinar Alam Wisata tour and travel di Padang Indon,bila tuan / puan nak merancang bercuti ke Padang Bukittinggi Indonesia kami menyediakan perkhidmatan sewa keret pelancongan dan pakej percutian Padang bukittinggi dengan harga berbalik dengan servis paling oke
BalasPadamUntuk Tempahan sila call atau wassap nombor +6285356000747