Iklan

19 September 2014

Kembara Trans Sumatra : Danau Maninjau (Part 2)

Sambungan dari Kembara Trans Sumatra : Padang - Bukit Tinggi (Part 1)

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Khamis. 21 Ogos 2014.

Hari baru di kota Bukit Tinggi, Indonesia. Lepas subuh kami dikejutkan dengan ketukan pintu bilik di Asean Hotel.

" Permisi ! Permisi ! "

Gua mula-mula tu sepatah haram pun tak faham apa yang disebutkan tu. Bila diamati betul-betul, rupanya minta 'permisi'. Brader receptionist rupanya yang ketuk pintu bilik. Dia menghantar sarapan pagi kepada penginap-penginap di sini. Dua set sarapan pagi berupa teh'o suam dan roti bakar menjadi santapan kami pagi itu.

Selesai sarapan, misi utama kami pada hari ini adalah untuk menjejaki Danau Maninjau dan Lembah Harau. Sebelum tu kena cari pengangkutan yang bersesuaian untuk ke sana. Kalau ikutkan brader receptionist yang gua tanya, katanya ada saja 'angkutan kota' yang menuju ke sana. Tapi kena tukar banyak kali dan makan banyak masa. Kalau nak sewa supir kos memang tinggi, bagi kami memang tak boleh dengan bajet ciput. Pilihan terakhir dan terbaik adalah dengan menyewa motorsikal di Bukit Tinggi ini untuk ke tempat-tempat menarik di sekitarnya.

Puas kami cari dekat mana tempat menyewa motorsikal di Bukit Tinggi pagi tu. Brader receptionist Hotel Asean tempat gua menginap pun tak berapa tahu. Dia syorkan gua tanya hotel-hotel yang berdekatan yang mungkin ada perkhidmatan menyewa motorsikal. Gua cuba terjah Orchid Hotel yang tak berapa jauh dari Hotel Asean.

Rupanya memang ada motor untuk disewa. Motor boleh disewa selama seharian (24 jam) atau pun hingga jam 6.00 petang pada hari yang sama. Gua sewa seharian skuter Honda Vario. Siap mintak dua biji helmet lagi. Tak perlu deposit tapi passport kami akan disimpan oleh pihak hotel.

Sewa motorsikal/skuter di Bukit Tinggi : Rp 100,000 (sehari 24 jam)

Bukit Tinggi Kota Wisata yang terpampang di pintu masuk Taman Mergasatwa. 

Jambatan Limpapeh merentangi Jalan Ahmad Yani, Bukit Tinggi.

Melilau pagi-pagi mencari motorsikal untuk disewa di Bukit Tinggi.

Masih awal pagi. Kebanyakan bank dan kedai masih belum dibuka di Bukit Tinggi


Senibina minangkabau terdapat di mana-mana di sekitar Bukit Tinggi ini.

Grafiti Jokowi, calon presiden Republik Indonesia.

Kota Bukit Tinggi yang sibuk bermula awal pagi.

Angkut berwarna merah. Kalau berdiri di bahu jalan, mesti ditanya mahu ke mana.

Masjid Nurul-Haq, Bukit Tinggi yang berhampiran dengan tempat penginapan kami.

Saja meronda melihat kehidupan pagi penduduk tempatan di Bukit Tinggi.

Ulangtahun Kota Bukit Tinggi yang ke 229.

Kacang tanah yang dijual penduduk setempat.

Dapat saja skuter pagi tu, kami terus merempit menuju ke Danau Maninjau. Sebelum tu kami melihat peta ringkas yang disertakan sekali oleh pihak Orchid Hotel. Jarak dari Bukit Tinggi ke Danau Maninjau adalah lebih kurang 30 KM dan melalui jalan hutan yang berliku. Perjalanan sedikit mencabar dengan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau diselang seli dengan teres-teres sawah.

Naik skuter pulak dua orang, naik bukit memang meraung la. Sedar-sedar tangki minyak dah duduk di takah paling bawah. Kena cari bensin untuk diisi. Jangan risau kerana banyak kedai yang menjual bensin (minyak) di tepi-tepi jalan. Kalau di Malaysia ada Petronas, di Indonesia ada Pertamina. Kalau di kawasan kampung, kedai-kedai kecil menjual bensin tertulis Pertamini.

Isi bensin penuh tangki motor = Rp 16,000


Lagi senibina Minangkabau di pertengahan perjalanan menuju Danau Maninjau.

Dari Bukit Tinggi, kami melalui jalan-jalan kampung yang sempit menuju ke Danau Maninjau.

Skuter Honda Vario yang disewa di Orchid Hotel, Bukit Tinggi.





Gua tak rasa rumah orang yang ni.

Penduduk kampung sekitar.

Dalam beg biru bawa botol kosong, konon-konon nak isi minyak spare. Tak guna sampai ke sudah.


Off chamber corner sepanjang perjalanan menuju ke Danau Maninjau.

Melewati teres-teres sawah padi.

Fe-feeling Kembara Bumi Suci.

Sawah padi yang menghijau.

Melintasi sungai yang jernih. Brader tu tengah mandikan anjing dia.

Bawa slow-slow, 40-50 KM/H.

Peringatan "Mesin menggunakan bensin tanpa timbal". Timbal disini bermaksud plumbum.

Brader Pertamini mengisi minyak.

Takda meter-meter digital, pam minyak semua guna manual sahaja.

Dah selesai isi bensin, meneruskan perjalanan yang masih berbaki menuju Danau Maninjau.

Masjid Raya Matur.

Sawah di kiri kanan jalan.

Pekan Matur yang terkenal dengan labunya.

Labu pelbagai saiz.

Pengunjung yang ingin ke Danau Maninjau akan singgah pekena cendol labu yang terkenal di kawasan ini.

Anak kecil yang baru pulang dari sekolah.

Bermulanya kawasan Kelok 44 di hadapan sana.

Pengunjung yang ingin ke Danau Maninjau akan melalui kawasan pekan Matur yang terkenal dengan buah labunya. Ada juga port terkenal seperti 'Cendol Labu Bundo Kanduang' yang menjadi persinggahan para wisata.

Untuk sampai ke Danau Maninjau, kita perlu melalui Kelok 44. Kelok 44 ini dinamakan sedemikian kerana ianya mempunyai 44 selekoh (kelok) tajam untuk turun dan naik ke Danau Maninjau sepanjang 8km. Point tertinggi sebelum menuruni kelok ini ialah 1200 meter dari paras laut manakala Danau Meninjau berada di 500 meter paras laut. Macam turun Genting Highland lah ceritanya dengan selekoh-selekoh yang curam dan tajam. 

Di setiap selekoh/kelok, akan ada papan tanda yang menunjukkan nombor kelok. Bermula dari Kelok 44 dan terakhir sekali Kelok 1. Disepanjang jalan menuruni kelok, terdapat kedai-kedai kecil di bahu jalan yang boleh disinggahi. Gua sempat singgah di Kelok 35 menikmati secawan Pop-Mee panas berlatarbelakangkan Danau Maninjau yang indah.

Pemandangan di sini memang sangat mempersona ditambah dengan cuacanya yang dingin. Kalau boleh tiap-tiap kelok mesti anda nak berhenti ambil gambar, tetapi masa tidak begitu mengizinkan.


Bermulanya Kelok 44.

Anda memasuki kawasan wisata Danau Maninau.

Danau Maninjau yang berkabus.

Sawah padi di sepanajang kelok menuruni Danau Maninjau.

Skuter Honda Vario yang digasak sepenuhnya.

Pelancong tempatan yang turut melawat Danau Maninjau.

Kelok 44 bermula di sini.

Danau Maninjau merupakan tasik vulkanik yang kedalamannya dianggarkan lebih 400 m.

Suasana kampung di Danau Maninjau.

Skuter Honda yang menjadi nadi pengangkutan penduduk tempatan. Jarang nak jumpa kapcai.

Kedai makan di permulaaan Kelok 44.

Menikmati secawan kopi sambil menikmati pemandangan Danau Maninjau memang terbaik.

Pakat berhenti di tepi jalan untuk sesi bergambar berlatarkan Danua Maninjau.

Teres sawah di Danau Maninjau.

Padi di sini ditanam tidak serentak.

Danau Maninjau yang dingin.

Kesian gua tengok makcik ni.. Jalan kaki menuruni Kelok 44 balik ke rumah. Boleh lembik lutut woo !


Papan tanda menunjukkan bilangan kelok bermula dari Kelok 44.

Kedai kecil di bahu jalan menuruni Danau Maninjau.

Singgah sat di Kelok 35.

Pemandangan dari Kelok 35 yang memukau.

Jalan Danau Maninjau yang sedap meleper.



Sebenarnya nak tengok pemandangan ja, tapi kesian pulak kat makcik ni. 

Kedai kecil yang menjual makanan ringan di Kelok 35 menuruni Danau Maninjau.

Memang indah pemandangan Danau Maninjau ini. Kalau boleh nak duduk lama di sini.

Mak mertua lalu belakang pun boleh tak sedar ni.

Bangku buluh tempat berehat.

Tangkap gambar Danau Maninjau banyak-banyak buat stok.

Keadaan Danau Maninjau yang sedikit berkabus.

Lagi senibina Minangkabau.

Tikungan (selekoh) tajam.

Seronok layan corner turun Danau Maninjau.

Ada pulak kakak-kakak misi di depan. Bersungguh kejar sampai Danau Maninjau.


Hon dibunyikan sebagai panduan kenderaan yang datang dari bawah.

Jalan yang sedikit sempit ke Danau Maninjau menuruni Kelok 44.

Apa yang menarik, Danau Maninjau adalah sebuah danau vulkanik yang terbentuk lebih kurang 52,000 tahun dahulu. Maninjau dalam bahasa Minangkabau bermaksud 'melihat dari tempat tinggi atau meninjau'. Kebanyakan penduduk di sini adalah dari etnik Minangkabau, selain etnik Bayur dan Maninjau. Danau Maninjau ini sendiri merupakan danau kedua terluas di Sumatera Barat selepas Danau Singkarak. Kebanyakan penduduk menjalankan aktiviti akuakultur seperti penternakan ikan dalam sangkar dan nelayan tasik. Di Danau Maninjau ini juga terdapat hotel-hotel dan restoran untuk kemudahan pengunjung dan pelancong luar.


Masjid Jami' Al Ihsan Gasang, Danau Maninjau

Berehat di sebelah Masjid Jami' Al Ihsan Gasang sambil menikmati pemandangan Danau Maninjau.

Alhamdulillah. Tercapai hajat untuk ke Danau Maninjau ini.

Cuaca Danau Maninjau yang sedikit redup.


Dari atas sana kami datang tadi.

Tak dapat nak pusing keseluruhan Danau Maninjau. Pusing dekat-dekat ja.

Perkampungan sekitar Danau Maninjau.

Balai nagari Maninjau.


Sesi persekolahan di Danau Maninjau. Kelihatan Hotel Maninjau Indah berhampiran tasik.

Tamat sesi persekolahan kot.

Jalan turun dan naik ke Danau Maninjau dari Kelok 44.

Di pinggir Danau Maninjau.

Bot-bot kecil kegunaan penduduk tempatan.

Hotel Maninjau Indah.

Aktiviti ko-kurikulum sekolah di Danau Maninjau.

Danau Maninjau.

Penternakan ikan dalam sangkar.

Kantor pos (pejabat pos) Danau Maninjau.

Pejabat-pejabat kerajaan di kawasan berhampiran.

Apabila turun ke pinggir Danau Maninjau, ada simpang tiga yang kita boleh pilih untuk ke kiri atau ke kanan. Ada simpang ke Lubuk Basung dan Buya Hamka. Kami melepak sebentar di persimpangan tersebut melihat aktiviti masyarakat sekitar.

Ada kawasan sekolah dan pejabat kerajaan berhampiran tasik Danau Maninjau. Kelihatan kanak-kanak baru pulang dari sesi persekolahan. Kami meronda secara perlahan-lahan sehingga terjumpa dengan sebuah masjid yang betul-betul terletak di tepi tasik, Masjid Jami' Al Ihsan Gasang. Masjid tua ini mempunyai senibina yang menarik dan unik.

Sempat kami berehat menikmati pemandangan Danau Maninjau yang indah ini. Sebenarnya kita boleh meronda keseluruhan kawasan mengelilingi Danau Maninjau ini. Tapi jaraknya memang jauh. Kalau ada masa selama satu hari baru cukup nak habiskan pusingan Danau Maninjau ni. 

Oleh kerana mengejar masa, kami terus kembali ke Bukit Tinggi pada jam 1.00 petang. Datang pun dah dekat sejam setengah, balik pun sejam setengah jugak melalui jalan yang sama. Entah macam mana kami terlajak dan tidak mengikuti jalan kampung seperti mana yang dilalui semasa kami datang.

Memang ada banyak jalan yang boleh diikuti untuk untuk ke Danau Maninjau ini. Kali ini kami ikut jalan besar, melalui kawasan pekan yang agak sibuk sekitar Padang Panjang sebelum tiba di Bukit Tinggi.


Menghala pulang dari Danau Maninjau, singgah lagi di pekan labu.

Selalu jumpa budak balik sekolah.

Budak-budak ni cakap loghat Minang, lebih kurang macam loghat Negeri Sembilan.

Padi masak yang menguning.

Awat kalau masuk Indonesia rasa pemandangan sawah dia menarik-menarik ?

Berskuter pulang dari Danau Maninjau ke Bukit Tinggi.

Adik gua depan tu dok sibuk tangkap gambar.




Habuk di jalanan. Terpaksa pekup hidung.

Sawah yang menguning menghampiri Bukit Tinggi.

Bunga-bunga yang tumbuh mekar di tanah vulkanik.

Desa tercinta Indonesia.

Papan tanda berhati-hati. Banyak tikungan, rawan kecelakaan.

Kami sampai di Bukit Tinggi lebih kurang jam 2.30 petang. Semasa dalam perjalanan pulang, cuaca mula mendung tanda-tanda hujan akan turun. Cuaca agak redup dan hujan rintik-rintik turun petang tersebut. Kami pikir kembali nak teruskan kembara ke Lembah Harau atau tidak. Kalau tak pi hari ni bila lagi kami nak pi ?

Kami menambil keputusan untuk menuju ke Lembah Harau petang tu. Mesti pergi jugak hari ini kerana esok rancangan kami akan menuju ke Parapat. Balik ke bilik hotel, solat dan siapkan diri untuk penjelajahan seterusnya dengan skuter ke Lembah Harau dan Kelok 9 petang tersebut. Gigih sangat.

16 ulasan:

  1. Kau kena bawak lagu waris ni mainkan kat sana, haha

    BalasPadam
  2. Salam bro, aku dok baca2 la kan tengok kalau orang ke Padang mesti ke Bukit Tinggi..bandar Padang takda apa2 menarik ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Anep.
      Ada jugak yang lepak di Padang, tapi kebanyakkannya akan ke Bukit Tinggi. Padang ni panas sikit dan tempat penginapan pun mahal daripada biasa. Tu yang orang tak pi kot.

      Padam
  3. Kata nak balik melalui tanjung balai tapi langsung ke Prapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ke Danau Toba dan Medan dahulu sebelum pulang ke Malaysia melalui Pelabuhan Tanjung Balai Asahan.

      Padam
  4. salam bro, nk tnya..klu padang, apa ya hotel dekat dgn bandara minangkabau? harga pon ok..-bagpacker-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam geng !
      Tak pasti hotel apa yang ada dekat Bandara Minangkabau sebab tak lepak pun kat Padang. Cer Google tengok.

      Padam
  5. Salam Bro, kau igt lagi tak kedai sewa motor dekat bukit tinggi tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Boleh cuba cari motorsikal sewa dekat Orchid Hotel dekat-dekat Hotel Asean.

      Padam
  6. boleh ke kite bw motor kat sane...lesen mcm ner

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh ja nak ronda naik bawa motor sendiri kat Danau Maninjau ni. Saya guna lesen memandu Malaysia ja.

      Padam
  7. Salam bro, utk trans sumatera ni ok x kalau 6 org sekali pergi?(in term of transport and penginapan)ke better 8?skrg ni ade 4 org, ingt nk tmbh org lg.Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Lagi ramai, lagi kalut jadinya. Haha.

      Kalau ramai-ramai tu dah boleh sewa satu van dah. Kalau saya lagi kurang orang lagi elok.

      Padam
  8. Bukittinggi adalah tempat kota pernah saya berdinas tahun 1992 s/d 96. Terima kasih

    BalasPadam
  9. Assalammualaikum,perkenalkan kami Sinar Alam Wisata tour and travel di Padang Indon,bila tuan / puan nak merancang bercuti ke Padang Bukittinggi Indonesia kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta pelancongan dan pakej percutian Padang bukittinggi dengan harga berbalik dengan servis paling oke
    Untuk Tempahan sila call atau wassap nombor +6285356000747

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...