Iklan

26 November 2014

Bajet Keseluruhan Kembara Trans-Sumatra

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu
Peace be upon you


Alhamdulillah. Dengan jayanya dapat menghabiskan Kembara Trans-Sumatra melalui jalan darat dan jalan laut bermula dari Padang, Indonesia dan berakhir di ibukota Kuala Lumpur. Perancangan untuk kembara ini sebenarnya dibuat tidak sampai seminggu dan tiket kapal terbang ke Padang dibeli pada minit akhir.

Asalnya nak bergerak secara solo, tapi adik perempuan gua gatal nak ikut jugak merasai aktiviti backpacking ini. Bajet kami memang tak banyak, hanya ada RM 500 dalam tangan. Syukur dipermudahkan perjalanan walaupun bermacam halangan yang ada di Sumatra ini lebih-lebih lagi bila bawa orang perempuan ni.

Aktiviti jalan-jalan di Indonesia khasnya di Pulau Sumatra tidak memerlukan modal yang begitu besar jika hendak dibandingkan jika kita mengambil pakej pelancongan. Jika kena caranya, setiap sen yang dibelanjakan untuk trip ini sangatlah berbaloi. Tepuk dada tanya diri sama ada anda seorang pengembara atau pun seorang pelancong. Ada bezanya.


Laluan Kembara Trans-Sumatra bermula dari Padang dan berakhir di Kuala Lumpur.


Dengan ini gua sertakan rujukan bajet atau 'ground cost' Kembara Trans-Sumatra yang berlangsung selama 8 hari di sana. Bajet tidak termasuk makan dan minum.

Hari Pertama | Kuala Lumpur - Padang - Bukit Tinggi

  • Trafel (minivan) Airport Minangkabau, Padang - Bukit Tinggi : Rp 50,000
  • Kartu + Pulsa (simkad + topup) : Rp 24,000
  • Check-In Asian Hotel, Bukit Tinggi: Rp 125,000 x 2 malam (dikongsi 2 orang = Rp 125,000)
Jumlah : Rp 199,000


Hari Kedua | Bukit Tinggi (Danau Maninjau - Lembah Harau)

  • Sewa skuter : Rp 100,000 (dikongsi 2 orang = Rp 50,000)
  • Bensin (minyak) : Rp 16,000 + Rp 14,000 + Rp 14,000 (dikongsi 2 orang = Rp 22,000)
  • Karcis (tiket masuk) + parking Lembah Harau : Rp 5,000 + Rp 2,000
  • Cenderamata Fridge MagnetRp 15,000 (dikongsi 2 orang = Rp 7,500)
Jumlah : Rp 86,500


Hari Ketiga | Bukit Tinggi - Parapat (Danau Toba)

  • Tiket bas Bukit Tinggi - Parapat : Rp 210,000 + Rp 50,000 (tukar bas kepada trafel)
  • Duit 'paw' Terminal Aur Kuning : Rp 10,000
  • Internet Cafe : Rp 3,000
  • Angkutan Kota ke Terminal Aur Kuning : Rp 2,500
Jumlah : Rp 225,500


Hari Keempat | Parapat - Pulau Samosir  (Danau Toba)

  • Angkut Parapat-Jeti Tigaraja : Rp 3,000
  • Feri Tigaraja - Tuktuk : Rp 10,000
  • Rodeo Guesthouse : Rp 150,000 x 2 malam (dikongsi 2 orang = Rp 150,000)
Jumlah : Rp 163,000


Hari Kelima | Danau Toba

  • Sewa skuter : Rp 90,000 (dikongsi 2 orang = Rp 45,000)
  • Bensin : Rp 27,000 (dikongsi 2 orang = Rp 13,500)
  • Tiket Menara Tinjau Tele : Rp 2,000
Jumlah : Rp 60,500


Hari Keenam | Parapat - Medan

  • Feri Tuktuk - Tigaraja : Rp 10,000
  • Trafel Parapat - Medan : Rp 50,000
  • Check in Residence Hotel, Medan : Rp 95,000 semalam (dikongsi 2 orang = Rp 47,500)
Jumlah : Rp 107,500


Hari Ketujuh | Medan - Tanjung Balai

  • Tiket Keretapi Medan-Tanjung Balai : Rp 20,000
  • Becak Motor ke Stasiun Keretapi Medan : Rp 20,000 (dikongsi 2 orang = Rp 10,000)
  • Becak Motor Tanjung Balai : Rp 15,000 (dikongsi 2 orang = Rp 7,500)
  • Check-in Ananda Hotel, Tanjung Balai : Rp 135,000 (dikongsi 2 orang = Rp 67,500)
Jumlah : Rp 105,000



Hari Kelapan | Tanjung Balai - Pelabuhan Klang

  • Tiket Feri Jetstar Services : Rp 390,000
  • Caj Pelabuhan Tanjung Balai : Rp 20,000
Jumlah : Rp 410,000


Jumlah Keseluruhan :  Rp 1,357, 000 (Pengangkutan dan Penginapan)


Tak sampai RM 400 pun sebenarnya untuk kos pengangkutan dan penginapan sepanjang 8 hari Kembara Trans-Sumatra ni. Kos makan dan minum pun tak mahal di Sumatra. Yang buat mahal gua rasa tiket feri balaik dari Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang. Itu pun dah dekar RM 100 termasuk caj cukai pelabuhan semua. Dah nak nama overland kan balik Malaysia. Kalau ikutkan boleh je nak naik kapal terbang balik melalui Medan. Harga pun lebih kurang sama. Tapi sengaja kami beli tiket flight Airasia sehala je ke Padang hari tu. Saja nak melihat dan merasai sendiri perjalanan darat dan membelah lautan Selat Melaka untuk pulang kembali ke Malaysia.



Tips

  • Sebelum nak pergi Indonesia tu mesti hangpa nak kena tukar duit Ringgit ke Rupiah kan? Boleh pi cari money changer atau pengurup wang di sekitar Chow Kit yang menawarkan kadar tukaran matawang yang agak tinggi. Gua pernah terbaca yang di Chow Kit sana kan banyak warga asing terutama dari Indonesia, jadi banyaklah jugak urusan penukaran wang di kawasan tersebut. Tempat yang gua boleh syorkan adalah pengurup wang bersebelahan dengan Maybank Chowkit, berhampiran dengan pasaraya Mydin. Nama apa gua tak ingat pulak.

  • Kalau dah sampai Lapangan Terbang Minangkabau, siap-siaplah hangpa dengan tiket balik. Kalau tak ada tiket balik siaplah hangpa dengan duit pulak. Pegawai imigresen dekat sini rajin 'paw' orang. Kononnya kena tunjuk tiket balik, kalau tak ada kena beli visa. Nanti dia buat la isyarat kena bayar berapa-berapa. Sebab tu yang jem selalu bila beratur cop passport. Saja buat-buat lambat tanya itu ini cari kesalahan. Jangan jadi kes macam kami, kena masuk dalam bilik tahanan dia kena soal siasat sebab degil tak nak bayar. Boleh baca di catatan Kembara Trans-Sumatra bahagian pertama.

  • Di Padang atau pun Bukit Tinggi, gua selalu kena 'paw' duit rokok lah, duit makan lah. Mungkin gua bawa adik perempuan yang pakai lawa-lawa sikit depa dah dok usya dari jauh. Tak lama bila kami jalan-jalan, mesti ada orang luar yang gua tak kenal himpit buat-buat ramah. Ingatkan betul ramah nak tolong, tapi sebenarnya semua ada sesuatu. Kalau gua jalan sorang-sorang dengan pakai hodoh-hodoh takda siapa pun nak dekat. Sebenarnya ada banyak mata-mata liar yang memerhatikan anda terutama jika anda pelancong dari luar. Gua nasihatkan tak perlulah nampak menonjol sangat bak retis kalau nak berjalan-jalan di Sumatera ni. Memang agak bahaya.

  • Pengangkutan utama untuk perjalanan jauh dari satu bandar ke satu bandar yang lain di bumi Sumatera ini bukan bas sebaliknya adalah trafel (minivan). Jarang sebenarnya nak nampak bas di sini. Kalau ada pun tak banyak. Mungkin kerana faktor jalan dan geografi menyebabkan bas kurang digunakan sebaliknya trafel yang digunakan secara meluas. Gua siap tanya orang tempatan lagi, katanya bas agak lamabat kalau nak dibandingan dengan trafel. Betul. Pemandu atau supir trafel di Sumatera atau di mana-mana sahaja di Indonesia ini memang laju dan bahaya cara bawaknya. Boleh kecut perut bila ada dalam trafel ni. Yang gua terkejut masa naik trafel berhimpit-himpit dari Bukit Tinggi ke Parapat, pemandu trafel melanggar seekor kucing sewaktu jam 2.00 pagi entah di kawasan hutan mana. Pemandu tersebut cepat-cepat berhenti dan mengutip bangkai kucing yang telah hancur dilanggar tadi lalu dibungkus dalam bag plastik lalu dicampakkan di ruang penumpang. Bila sampai di kedai makan (hentian rehat), pemandu trafel tadi akan ambil cangkul dan tanam semula kucing tersebut di dalam tanah. Itu harus dipuji. Berbanding dengan kita, bila langgar kucing buat tak tahu sampai ke sudah. Akhirnya mereput bangkai kucing tu tengah jalan.

21 ulasan:

  1. 8 hari dgn budget tak sampai Rp1.5j, kira dah hebat sgt tu...bab pow-mengepow mmg tak boleh dielakkan..haritu pun masa ke sana, ada orang kita yang kena sebab takde tiket balik...tapi part paling drama bila bdk pompuan tu tak nak bayar duit poket, dia cari internet dan beli tiket balik on the spot hahaha! padan muka derang, sesen pun tak dpt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Power budak tu ! Perempuan pulak tu ! Ikut orang jugak Imigresen ni minta tunjuk tiket balik. Kalau agak buku passport kosong tu memang peluang dia lah nak paw.

      Padam
  2. tips last tu buleh je sms kpd yg berkenaan..hahaha tp sempoilah dia cantik2 pon buleh ikot bekepes ke sumatera.

    anta dia mengadap aku, ti aku turunkan ilmu travel fashion ala maklampir...hihi

    BalasPadam
  3. Betul tu, kena hati-hati dan jadikan diri bukan target bila duk sana. Tak yah melaram pakai cantik-cantik, pakai simple-simple sudah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau pakai lawa lawa senang depa cam dan scam kita

      Padam
  4. Di indonesia sudah kebiasaan klo melanggar kucing akan dikubur, sebab kalo tdk di kubur akan mendatangkan petaka nantinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh begitu. Kalau di Malaysia dibiarkan saja di tepi jalan.

      Padam
  5. Pasal paw n scam kitapun yg org Indonesia sendiri jg boleh kena paw jg sebab itu disetiap nak pi ke tempat yg hendak di tuju kita harus sedikit tahu keadaan social tempatan mcm mana...
    Blog yg bagus seang dibacanya...salam kenal bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal. Baru saya tahu begitu rupanya keadaan di Indonesia. Terima kash atas info.

      Padam
  6. salam,

    well written. very informative.

    tq bro Hazwan. rasa macam nak start semula backpacking immediately

    cheers,
    Anuar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Anuar.

      Terima kasih sudi singgah baca blog abam ni.
      Harus dah tu mulakan balik hobi backpacking yang dah lama terkubur tu. Haha

      Padam
  7. suka baca travelog simple ni..jelas dan terang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih !

      Tak pandai karang ayat bunga-bungaan.

      Padam
  8. banyak kali plan ke padang tak sampai2 jugak....suka baca blog ni. naik ferry ni boleh sakit pinggang tak?
    boring tak lama duduk dlm ferry ni..nampak laut je...terasa jauh tak..rasa nak cuba tapi takut bosan je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi baca blog Budak Letrik !

      Harus cuba ni pi Padang.

      Dalam feri boleh bergerak bebas. Nak keluaq tengok laut pun boleh.

      Padam
    2. as Slm En Hazwan...Terima kasih atas segala catatan kembara saudara terutama tip travel. saya jugak berminat untuk membuat travel backpacking pada awal bulan mac ini..bermula dari Tg balai mengikut jalan darat terus pekan baru,jambi, Palembang,bandar lampung merintasi selat sunda ke Jakarta dan berakhir di bandung. mengambil kesempatan ini ,mungkin En Hazwan dapat memberi cadangan dan tips perjalanan selama tempoh travel saya. saya bergerak solo. sesiapa berminat menyertai travel bolih ikut serta. PM saya 012-2987438.

      Padam
  9. Berguna sekali ulasannya... memang petugas imigrasi d negara kami senang sekali pungut cukai... cari2 kesalahan orang... bukan hanya org luar yg mau masuk ke indonesia... bahkan sebaliknya org indonesia yg mau keluar... pintar sekali mereka cari kesalahan...suamiku bbrp hari yg lalu kena korban... mau berangkat ke malaysia... tertahan imigrasi bandara akhirnya pulang lg kerumah tak jadi berangkat xan tiket seharga 1 jt pun hangus sia2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh macam tu sekali rupanya di Indonesia?

      Saya ingatkan orang luar macam dari Malaysia saja yang kena.

      Padam
  10. bagus sekali infonya. terbantu sama saya yang akan bermusafir ke bukittinggi dan padang romadhon nanti. udah habis di baca sekalian log travelnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi dibaca sekalian blognya bang !

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...