Iklan

29 Ogos 2014

Kembara Trans Sumatera : Bukit Tinggi - Danau Toba - Medan (Intro)

السلام عليكم
Salam sejahtera ke atas kamu.
Peace be upon you.


Alhamdulillah, dengan izin-Nya gua baru sahaja mendarat di tanah air Malaysia lewat petang semalam setelah seminggu berpetualang di pulau keenam terbesar di dunia iaitu Pulau Sumatera. Rancangan saat akhir ini disertai oleh adik perempuan gua sendiri, yang ingin turut merasai sendiri pengalaman 'budget backpacking'. 

Idea untuk berkelana di bumi Sumatera ini sebenarnya sudah lama berada di dalam fikiran tetapi laluannya masih belum jelas. Rancangan asal Kembara Trans Sumatera adalah untuk bermula di Palembang sebelum berakhir di Banda Acheh. Tetapi memikirkan kos yang sedikit dan adik perempuan yang turut serta, trip ini terpaksa disingkatkan waktunya. Kalau gua sorang-sorang tak kisah sangat, tapi ada orang yang mengikut ni yang buat leceh sikit.

Laluan perjalanan Kembara Trans Sumatera.

Bermacam pengalaman yang kami tempuh sepanjang perjalanan di Sumatera ini. Laluan perjalanan darat dengan minivan bermula di Sumatera Barat iaitu dari Padang sebelum menuju ke Bukit Tinggi. Dari Bukit Tinggi, kami bergerak menuju Parapat untuk ke Pulau Samosir (Danau Toba) dan seterusnya ke kota Medan di Sumatera Utara. Perjalanan balik kami adalah melalui kapal laut (feri) jurusan Tanjung Balai ke Pelabuhan Klang melalui Selat Melaka.

Sesi pengenalan ni gua tak nak sembang banyak. Layan dululah gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang perjalanan. Nanti ada masa gua sambung cerita Kembara Trans Sumatera ni.

Menyelak laci mencari duit lebihan kembara terdahulu.

Penerbangan pagi ke Padang.

Masjid Raya Bukit Tinggi. Terdapat banyak masjid di kawasan sekitar dan sangat dekat di antara satu sama lain.

Pasar Wisata Bukit Tinggi. 

Adik-adik balik sekolah.

Jam Gadang yang menjadi mercu tanda Bukit Tinggi.

Senibina Minangkabau banyak terdapat di kawasan sekitar Bukit Tinggi ini.

Berhenti pekena Pop Mie dulu di Kelok 44 menuruni Danau Maninjau yang dingin.

Lembah Harau.

Yosemite Indonesia, Lembah Harau.

Jambatan Layang, Kelok 9 yang mengambil masa 10 tahun untuk dibina menghubungkan Bukit Tinggi dan Pekan Baru.

Menu harian, Nasi Soto.

Ngarai Sianok berlatarkan Gunung Singgalang.

Buah salak yang banyak dijual di pinggir jalan.

Pemandangan biasa di Sumatera.

Menunggu bas di Terminal Aur Kuning, Bukit Tinggi.
Bot membawa penumpang dari Parapat ke Tuk-Tuk, Pulau Samosir.


Danau Toba yang terletak 1000 m dari paras laut. Cuacanya dingin.

Aktiviti harian masyarakat Batak. Di situlah menjala, di situlah basuh kain.

Kresma Geocaching, Menara Tinjau Tele.

Laluan berkabus menuju Tele.

Tasik vulkanik Danau Toba, bukan Danau Kota.

Kanak-kanak masyarakat Batak Pulau Samosir.

Owner guesthouse bersama haiwan peliharaannya.

Tasik Danau Toba yang memukau.

Rumah tradisional masyarakat Batak.

Jalan di sekitar Pulau Samosir, Danau Toba.

Gereja yang banyak terdapat di Pulau Samosir.

Tanah gunung berapi yang subur.

Cari mana kerbau.

Beramah mesra bersama Uncle Tam yang berketurunan Batak.


Bot yang berulang-alik dari Tuk-Tuk ke Tigaraja.

Masjid Raya Mashun, Medan.

Lepak tunggu hujan berhenti.

Orang perempuan seronok la kalau datang ke Medan ni.

Kelab Penyokong Kerajaan provinsi Medan.

Persekitaran Masjid Raya, Medan.

Keretapi Medan ke Tanjung Balai.


Menaiki becak di Tanjung Balai.

Peniaga buah-buahan di sekitar Tanjung Balai.

Masjid Nurul Iman, Tanjung Balai.

Di tengah-tengah Selat Melaka menuju Pelabuhan Klang.

Selamat tiba di Pelabuhan Klang menaiki feri dari Tanjung Balai, Asahan.


5 ulasan:

  1. Tahniah Sdr Hazwan......tentu ini perjalanan yg menarik. tak pa lps ni kami nak baca tengok. InsyaAllah sy juga ingin ke sana. Cuma taste masakan depa yg kureng sikit dgn selera kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih !
      Perjalanan yang menarik dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis di bumi Sumatera. Masakan depa tak boleh nak telan kadang-kadang tu. Haha.

      Padam
  2. suka sgt bca ur blog.. saya mmg adventure jugak.. tp sekarang dah ada anak terbatas sikit aktiviti.. but my next plan nk pegi tanah taroja.. husband mcm x bg sbb baby x sesuai jer nk pegi area tu..mistik skit katenye.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi membaca blog Budak Letrik.
      Fuh impian jugak tu nak jejak Sulawesi terutama sekali Tana Toraja. Tapi itu lah, ada baby macam payah sikit nak ke tempat macam tu. Adventure habis !

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...